Saturday, April 28, 2012

Irissa Laundry Kini Di Parit Raja


Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah... Irissa Laundry kini berkembang lagi dengan penubuhan cawangan baru di kawasan jajahan Parit Raja...
Irissa Laundry Parit Raja
No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
No telefon : 019-764 6334 (Puan Laily)
Di Parit Raja ini, kami fokus kepada cucian karpet dan tilam petak-petak sahaja.. Basuhan biasa, kami bukan taknak ambil, tapi dah banyak sangat kedai dobi di Parit Raja nie.. Kalau ikut kiraanlah, ada dlm 6-7 kedai kalau tak silap...
Karpet paling besar yang pernah dicuci setakat ini... giler punya berat... kekotorannya pun boleh tahan, sampai kene cuci 3 kali... sekarang sudah berseri, warna pun dah naik semula dah...
Strategi memfokuskan kepada cucian karpet nampaknya membuahkan hasil. Sejak seminggu lalu, bibik dah tak menang tangan mencuci karpet saban hari.. Buat masa ini, bibik seorang sahaja pekerja yang bertugas menguruskan karpet.. Saya nak tolong, memang dah tak mampu dah... Badan makcik dan "sizen" dah, dah tak sekuat dulu...
karpet sedang dijemur...
Pulaknya, ramai kawan-kawan yang mintak tolong, collect karpet di rumah... Sepanjang hari ini, saya meround hingga ke Peserai dan Taman Pantai, Batu Pahat untuk collect karpet, sampaikan bisa bisa perut makcik dibuatnya... Sampai semula di rumah malam tu, terus collapse, tak mampu dah nak buat apa-apa... Cakap kat Mus, "itulah abang.. Nak bawak bibik tak bagi, kan dah sakit perut nie.." Biarkan dia tau, yg isteri dia ni belum betul betul sembuh lagi... Lepas daripada hari tu, barulah dia nak tolong aku pegi collect karpet...hehe...
Karpet yang diambil di Peserai... (Ni karpet mak Zarina-my bff tu yer..hehe)
Karpet mak Zarina dah bersih berseri dah... puas mata memandangnya...

Insya Allah, nantikan satu lagi projek Irissa Laundry dalam bulan Mei nie... Projek masih dalam peringkat perancangan, tapi permintaan dah banyak diterima... Sasaran saya, masa birthday saya 29 Mei ni, kalau dapat jalan, tentu lebih manis kan... Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Allah kan sebaik-baik perancang, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita... Semoga Allah senantiasa memudahkan laluan buat saya. Syukran Ya Allah...

Wednesday, April 25, 2012

Minggu Setiausaha di UTHM : 25 April 2012

Aku seronok jadi Setiausaha sebab tiap-tiap tahun pasti akan ada sambutan untuk Setiausaha. Tarikh sebenar sambutan, aku tidak pasti tak pasti tapi ia akan jatuh pada setiap bulan April. Oleh itu sepanjang bulan April, akan banyaklah program-program untuk meraikan seksiteri-seksiteri ni yg diadakan seperti  seminar, makan malam, makan tengahari, konsert dan macam-macam lagilah. Kalau syarikat swasta, biasanya boss-boss akan bawak seksiteri-seksiteri derang gi tgk konsert Anuar Zain ke, Jamal Abdillah ke, Siti Nurhaliza ke...

Di UTHM, sambutan Minggu Setiausaha tahun ini disambut dengan pelbagai acara menarik sepanjang minggu. Antaranya Ceramah "Kerja Itu Ibadah" (11 April 2012), Kursus Penampilan diri & Tatarias (18 April 2012), Jualan Amal (23 April 2012) dan diakhiri dengan acara penutup Makan Malam Gala yang sangatlah glam (25 April 2012)...heehe... Tema dinner kali ni "Traditional Purple Glam"...
Tarikh : 25 April 2012
Masa : 8.00 malam
Tempat : DTII,  UTHM
Pelbagai hadiah menarik menanti para Setiausaha untuk cabutan bertuah.. Malam tu, aku rasa diri aku sgtlah bertuah sbb aku dpt lucky draw handbag yg sangat cantik!!!.... Actually hari Jumaat before dinner tu, Kak Suhailah Philip, AJK Biro Kebajikan mohon aku wakilkan dia ke meeting AJK SUTERA. Aku pun dah belek belek senarai hadiah untuk lucky draw.. Sajer jer buat buat lawak kat member-member aku nak handbag, aku nak handbag sambil gelak-gelak.. Alhamdulillah, dapat jugak handbag tu kat aku rupa-rupanya hehehe... Walaupun h/bag tu bukan coach ke, Giorgio Amani ke, Clarks ke... Tapi, dah namanya handbag, memang ler aku suka!... En. Mus sampai dah block h/bag dari shopping list aku!.. Nampak gaya, birthday tahun ni, tak dapat ler nak kecek h/bag kat Mus..huhu... (syyyyy...aku dah aim satu Carlo Rino huhu... haha...)
Y.Bhg. Dato Naib Canselor sedang menyampaikan hadiah cabutan bertuah
tempat ke 7 kepada Puan Laily Mariana Samsudin

Inilah dia handbag terbaru yang sangat menawan... sgt sesuai dipakai dengan baju Sulam Kerawang pink
yg beli dgn Shad De Closet hari tu hehehe...
Lagi satu sebab (aku rasalah)... petang before dinner tu, mak mertua datang rumah... Mak sudah berkenan dengan kain sulam warna purple yang aku beli dengan Shad & De Closet tu... Aku dgn ikhlas hati, hadiahkan kat mak sebgai hadiah hari raya... Itulah sebabnya Allah gantikan dengan barang lain pulak.. Alhamdulillah...

Lepas tu, hari Jumaat (27 April 2012), dapat pulak hadiah jam tangan dari boss sempena hari Setiausaha. Syukur syukur Ya Allah... Berganda-ganda rezeki datang minggu tu...hehehe


Oh!ya, jangan tak tau... boss kita siap nyanyi tau kat Malam Gala hari tu... sporting giler, suara pun wow!boleh tahan heheehe... cuba la dgr video clip ni kalau jelas la yer..hehehe...

Dan, lagi satu.. Jangan sangka para setiausaha cuma tahu menaip jer yer.. Ada juga bakat-bakat terpendam mak mak orang ni rupanya... Sorilah, gambar jauh la.. Abes, big big boss dah duduk kat depan depan tu, takkanlah kita nak diri depan meja derang lak kan, amik gambo... segan sey...hehehe...

Oh!ya... 2 tahun lepas, aku menang Miss SUTERA 2010 yer... glemer tak baju? hahahha...


Tuesday, April 24, 2012

Seminggu bagaikan sebulan

Seminggu pertama naik kerja, rasa macam dah sebulan bekerja... Ya Ampuuuuun sibuknya.. Letih rasa badan nie.. Dengan perut yang masih belum pulih sepenuhnya, nak berenyah ke sana ke mari tak berapa kuat rasanya...

18 April (Rabu)
Kursus Ketrampilan Diri & Tatarias anjuran Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA)
Petang : balik dari kerja terus ke Batu Pahat untuk ambil barang tupperware, hantar baju dry clean, dan kemudian balik ke Pt Sulong untuk ambil karpet.


19 April (Khamis)
Awal pagi : Buat pusingan roundabout dalam UTHM, hantar barang2 tupperware dan collect payment
9.00 pagi : Pelawat dari Universitas Kanjuruhan, Malang, Indonesia

20 April (Jumaat)
Meeting SUTERA dan juga persiapan untuk Jumbo Sales SUTERA

Malam : Majlis Jamuan Makan Malam Bersama Y.Bhg. Dato KSU Kementerian Pengajian Tinggi...



21 April (Sabtu)
Ke Johor Bahru untuk beli sabun/pewangi untuk kedai dobi dan singgah rumah Zai di Taman Pulai Perdana (malangnya takde gambar yang di'snap' huhu... besar rumah Zai... mmg puashatilah!!)

22 April (Ahad)
Buat pusingan roundabout di sekitar Parit Raja, hantar barang tupperware dan juga collect karpet dan toto.
Pastu, buat pusingan roundabout di bandar Batu Pahat pula, ambil barang tupperware dan ambil baju dry clean.
Then, balik Parit Sulong untuk ambil karpet.. Giler penuh si hitam manis dengan karpet, toto dan baju dry clean. Baru jer selesai urusan di kedai, dah dapat call dari kawan, bagitau nak datang rumah.. Kelam kelibut start enjin kereta balik ke Parit Raja.. Kata nak datang kul 6, alih alih lepas maghrib baru sampai.. Sempat jugaklah masak-masak untuk makan malam dulu sementara nak tunggu kawan tu sampai....





23 April (Isnin)
Jualan Amal (Jumbo Sales) anjuran SUTERA UTHM... Giler punya penat... Sampai di ruang legar Perpustakaan jam 8.15 pagi sorang AJK pun belum sampai lagi.. Meja bukan sahaja belum bersusun, malah salah tempat pulak tu derang hantar... Apa lagi, sengseng lengan dengan sorang lagi kawan, angkat meja dan kerusi.. Rasa macam nak tersiat jer kulit kepedihan di bahagian dalam perut bila buat kerja berenyah-renyah macam tu... Semua orang bising, tak bagi buat kerja berat-berat especially angkat mengangkat tapi, korang datang bila meja dah siap angkat ceh!, mana aci...hehehe...




Tuesday, April 17, 2012

Bila tiba tikanya waktu..

Kadang-kadang tersenyum sendirian bila terkenang..., awak ada sedikit tabungan dalam lingkungan 30K, tapi awak dengan baik hatinya pinjamkan tabungan tu pada orang lain atas dasar ingin membantu meringankan beban orang itu. Lagipun, awak diberi janji, hutang tersebut akan dilunaskan dalam tempoh paling lewat 3 bulan.


Awak bukan tergolong di kalangan orang-orang yang kaya, mewah, berada atau ber'wang'. Ibu bapa awak juga bukan orang kaya atau berharta yang boleh memberikan awak pinjam sejumlah wang atau sekeping geran untuk dicagarkan.

Awak juga tidak boleh meminjam dengan saudara mara, sahabat handai mahupun rakan taulan kerana sudah pasti tidak ada orang yang akan percayakan awak. Lagipun, sudah tentu mereka juga amat amat memerlukan wang tersebut untuk kegunaan sendiri yang lebih penting. Siapa awak untuk menempel kesenangan mereka? Mereka bukan siapa-siapa kepada awak, jadi awak perlu sedar diri...


Kemudian, awak dengan susah payah dan muka tebalnya pinjam pula wang dari pasangan awak untuk merealisasikan sesuatu yang memang awak impi-impikan.

Kemudian, sampai satu ketika, awak perlukan sesuatu untuk melebarkan sayap dan mengembangkan idea, awak sekali lagi tebalkan muka, bersusah payah turun naik tangga, panjat turun pejabat mana-mana institusi kewangan yang boleh memberikan pinjaman.

Syukur Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan itu... Walaupun di peringkat awal, awak langsung tidak dimaklumkan tentang 'projek' itu, namun Alhamdulillah dengarnya sudah hampir 95% berjaya. Syukur.. Syukur Ya Allah.. Mudah2an tiada apa-apa yang menghalang perjalanan projek ini.

Yang buat awak tersenyum sendirian ialah.... baki wang awak di tangan orang, ada 20K lagi.., tapi awak bersusah payah pulak buat pinjaman bank 10K... 'Kalau'lah awak boleh dpt balik 20K tu selepuk...tentu awak tak perlu susah payah tambah hutang lagi kan? Tapi itu hanyalah 'kalau'...dan awak mmg amat maklum, yg awak takkan dapat 20K tu selepuk. Nak dapatkan bayaran yang ansuran RM400 sebulan, tiap-tiap bulan itupun seksa, (macam mengemis duit orang lain lagaknya..padahal nak mintak duit sendiri...), apatah lagi nak berangan dapat duit 20K tu selepuk... Tahan iman jerla awak yer...

Apa yang boleh saya coretkan di sini....

1. Ikhlaslah dalam apa juga tindakan yang kita buat.. Allah akan balas keikhlasan kita itu dengan memudahkan urusan kita serta melapangkan kita daripada bebanan hutang...

2. Jangan kecewa dengan apa jua musibah yang melanda. Kehidupan perlu diteruskan, perancangan masih perlu berjalan. Cuma, perlu bijak mengolah, mencari idea baru dan merealisasikan impian menjadi kenyataan.

3. Jangan sekali-kali putus asa jika pancing yang dihulur tidak mahu digunakan.. Sebaliknya, berikan pancing itu kepada orang lain yang lebih memerlukan. Dan, perlu cari pancing baru untuk dihulur semula kepada orang pertama yang pada asalnya tidak sudi menerima. Mungkin dia akan tertarik dengan pancing baru ini yang kelihatan lebih menarik dengan fungsinya yang lebih 'up-to-date', malah lebih bergaya dengan warnanya yang 'fancy'..

4. Jangan berhenti berusaha untuk mengubah orang lain menjadi lebih baik dan berjaya. Mungkin dulu belum cukup penuh kesedaran di hati mereka untuk berhijrah. Mudah-mudahan kali ini adalah penutup kepada segala cerita duka.

5. Jangan serik untuk memberi peluang kedua kepada yang berhak. Mudah-mudahan niat suci kita itu akan mendapat perhatian Allah pula kali ini.. We never know bila Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku...

6. Yang paling penting, tolonglah ukur baju di badan sendiri... Kalau tiada duit, tak perlulah bergaya dengan barang-barang yang 'branded' dan mahal-mahal belaka untuk ditayang kepada orang ramai. Sifat tidak pernah mahu kalah dan mahu sentiasa dipandang bergaya amat memualkan mata yang memandang. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi, tapi kemampuan tidak setinggi mana..., biar papa asal bergaya kata mereka.

Untuk tahun 2012 ini, saya ada 6 lagi impian dan angan-angan yang sering hadir dalam mimpi-mimpi saya. Satu impian, sudah terlaksana.. Satu lagi impian, sudah 50% terlaksana... Ada 4 lagi impian yang perlu saya kejar dan usahakan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.. Kalau saya hanya duduk goyang kaki, tidak akan ada orang yang akan datang kepada saya menghulurkan timbunan wang yang banyak..

Dan jauh di sudut hati, saya sering berdoa agar dalam kesibukan saya mengejar dunia, saya tidak akan lalai dan alpa dengan kewajipan saya kepada akhirat.. Insya Allah...





Monday, April 16, 2012

Terasing Di Bumi Sendiri

Hari pertama bertugas setelah 45 hari cuti sakit.. U know what.., seminggu selepas sy operation, rupa2nya ofis pindah lagi!

Kisahnya begini... Once apon a time... Sbnarnya Pejabat Antarabangsa baru jer pindah dari blok D7 ke blok B2 pada 1/12/2011.. Kami dpt dua blok pejabat, Wing A dan Wing B.. Boss decide, kita duduk di Wing B.. Wing A nanti, kita jadikan International Lounge.. Sebulan jugaklah kami bergotong royong set up ofis baru..Beli partition, pindah signboard, pindah kabinet dari blok lama ke blok baru dan beli serba sedikit perhiasan pejabat.. Genap jer sebulan pindah ofis, boss pun tamat tempoh jawatan giliran dan tak disambung semula..

Masuk jer bos baru pd 1.1.2012, semua bertukar.. Bos baru putuskan, kita duduk Wing A.. Wing B kita jadikan 'student laounge'.. Bermulalah episod baru dlm hidup kami di International Office nie.. Bos baru nak macam ni..macam ni..dan macam ni.. Sebelum sy masuk hospital hari tu, sempatlah juga saya pantau kerja kerja mengecat ofis baru.. Bos tak berkenan warna lama ofis yg mcm sekolah tadika.. Dan kerja-kerja ubahsuai pun bermula.. Rupa-rupanya seminggu selepas sy sakit, rakan2 di ofis dah diarahkan berpindah dari Wing B ke Wing A wlupun hakikatnya kerja kerja ubahsuai belum siap sempurna..

Dan yang paling paling mengejutkan sya ialah, mereka dah pindahkan semua brg2 saya ke ofis baru.. Semua! Semua barang! Meja, kerusi, komputer, rak, kotak.. Semua sekali! Sy langsung tak tahu.. Walhal, ada juga bbrapa kali sy bertukar2 sms dgn rakan2 ofis dan brtanyakan perkembangan ofis.. "ofis dah pindah ke.." jawapan yg diterima "dah kak...dah pindah sikit sikit" tapi tidak pulak diberitahu.. "dah kak...brg akak dah dipindahkan..." Terasa mmg terasa tapi kita fikir positif jerla.. Org dah tolong, lagi nak byk bunyi pulak yer..haha..

Sepanjang hari ni, mmg tak jumpa cari barang.. Sy pun tak smpat nak bongkar satu persatu khazanah yg telah sy tinggalkan lebih sebulan yg lalu.. Ada yg perlu difailkan, ada yg perlu dibuang, ada yg perlu diasingkan.. Mmg dulu sy tak smpat nak siapkan kerja-kerja tu.. Dan mmg dah sebulan lebih terbengkalai.. Skrg ni mmg kene keje keras utk sort out semua benda semua semula... Its like u move without sorting and packing yr stuffs properly tau.. Grrrr tak suka!

Oh!ya.. 2-3 minggu lepas sy operation, sy ada mntak tolong Mus ambilkan beberapa dokumen dan brg2 peribadi di ofis.. Sy siap tulis, abg ambilkan fail ni di rak ini.. Abg ambil surat ini di meja sebelah kanan.. Abg ambil katalog ini di sudut ini.. Tapi, Mus tak jumpa! Manalah nak jmpa, mayb derang dah simpankan elok elok dlm kotak supaya tidak berterabur di atas meja kan..grrrr nak marah pun ada.. sabar...sabar...

Klaim boss utk Januari, kwn ofis dah siapkan.. Klaim utk bulan Februari dan Mac belum dibuat langsung... Argggh pening la kepala den nak ngadap klaim boss ni karang...

Sepanjang 6 minggu tiada di ofis, byk perkembangan dan cerita (termasuk gosip hehe) yg saya tercicir.. Takde sorang pun kwn2 ofis yg nak cerita sbb derang taknak ganggu sy berehat.. Wow! Berehat betul kan? Langsung tak fikir psl kerja kerja ofis.. Sgt la bagus kan? Boleh la concentrate pikir bisnes sekejap..hehehe..

Ini gambar bilik baru k.. Totally fresh! Langsung takde usik apa2.. Semua adik adik kat ofis tu yg tolong kemas dan susunkan.. Thank you la adik2ku sekalian.. Honestly..., sebenarnya saya bersyukur, ada adik2 di ofis ni yg ringan tulang, bantu saya.. Tapi at least, bgtau la dulu kan nak pindahkan brg2...huhuhu... Macam terasing di bumi sendiri rasanya...hehehe...


Saturday, April 14, 2012

Berbaik-sangka lah Dengan Allah

Apabila seorang hamba Allah jatuh sakit, Allah akan utuskan 4 malaikat kepadanya

Malaikat yg Pertama akan mengambil Selera makannya
Malaikat yg kedua akan mengambil Rezekinya
Malaikat yg ketiga akan mengambil Kecantikan wajahnya (pucat)
Malaikat yg keempat akan mengambil Dosanya

Apabila telah sampai waktunya Allah tetapkan hambaNya itu kembali sihat, maka Allah akan memerintahkan Malaikat Pertama, Malaikat Kedua dan Malaikat Ketiga mengembalikan apa yg telah diambil oleh mereka. Tetapi Allah tidak menyuruh Malaikat Ke Empat memberi balik dosa yg telah diambil..

Subhanallah, betapa Allah mengasihi hambaNya, betapa mulia dan baik hatinya Allah terhadap kita. Janganlah bersangka buruk terhadap Allah ketika sakit. Bersyukurlah dan ucapkan Alhamdulillah ke atasNya. Sesungguhnya setiap kesakitan itu adalah penghapus dosa-dosa.

Alhmdulillah.. Sy berjaya mengharungi detik detik sukar berdepan dgn ujian kesakitan selepas menjalani major operation atas sebb 'ectopic pregnancy' atau biasa disebut mengandung luar rahim.. Oleh kerana salur fellofeum sudah pecah, doktor segera membuat pembedahan dgn membelah perut, membuang salur fellofeum yg telah pecah serta mencuci darah yg telah memenuhi kesuluruhan abdomen. Sesungguhnya sakit itu penghapus dosa dan sy sgt bersyukur dgn ketentuan Allah. Sy redha  dgn perancangan Allah, sebaik2 perancang.. Sy yakin Allah akan gantikan dgn yg lbih baik.. Insya Allah.. Setiap kejadian sudah pasti ada hikmah di sebaliknya.. Satu persatu hijab Allah buka utk sy terus bersyukur dgn rahmat dan ketentuan Allah..

Mengharungi kesakitan terutama dlm tempoh 2-3 minggu pertama sgt sukar sbnarnya.. Sy tidak mampu utk bngkit dri pmbringan sndirian.. Sy hnya mampu solat secara duduk, tidak berupaya bersolat secara normal.. Juga,  bertarung dgn kesakitan ketika batuk... Juga,Sukar melelapkan mata di waktu malam..  Serta, Sukar mmbuang air secara normal, sehari hnya berjaya sekali shj. Setiap kali terasa ingin buang angin atau buang air besar, perut akan terasa sakit memulas-mulas bagaikkan ada mesin yg memintal2 usus sy.. 

Hari ini sudah cukup 44 hari sy berpntang.. Keadaan sy mmg sudah semakin sihat dan segar tapi rasa pedih  pedih masih ada di bhgn dlm perut.. Kdg kala, terasa bagai dicucuk cucuk dgn pisau atau sesuatu yg tajam.. Sy tahu, luka di dlm masih belum pulih sepenuhnya.. Sy masih perlu berpantang dri makan makanan laut, makanan bercuka, makanan yg gatal ataupun yg sejuk.. Isnin depan, sy akan mula bertugas spt biasa. Dua minggu terakhir Cuti Sakit, 45 hari terasa begitu pantas berlalu.. Berbeza dgn dua minggu awal Cuti Sakit, terasa begitu lmbt merangkak... Pejam celik pejam celik, Alhmdulillah sy rupa2nya telah berjaya mgharungi detik2 sukar berehat panjaang sepanjang tempoh sakit..

Biasanya klu ada yg bertnya ttg keadaan sy, sy akan jawab yg sy telah sembuh... Walhal, pedih di dlm masih terasa2 lagi.. Sy perlu terus kuat dan tunjukkan yg sy kuat spy aura positif akan terus mewarnai hidup sy.. Klu sy terus2an bermurung dan terlantar di atas katil, siapa yg akan ambil peduli dgn nasib sy, anak2 serta keluarga.. Biar apa pun dugaan dan ujian yg melanda, kehidupan perlu diteruskan.. Selama mana kita perlu bergantung shj pd org lain? Selama mana org lain boleh menolong kita? Selama mana en suami boleh masuk ke dapur masakkan makanan utk kita dan anak2? Selama mana en suami boleh drive utk kita, bwk kita ke hulu hilir sepanjang masa?

Terus terang, masuk minggu ke 5, saya sudah mula masuk ke dapur, masak utk diri sendiri serta lauk pauk utk anak2.. Sya juga sudah ke pasar membeli lauk, saya sudah ke kedai runcit atau pasaraya membeli groceries.., sy sudah menghantar dan mengambil anak sekolah, sy juga sudah ke bank urusan keluar masuk duit kedai dobi.. Sy juga dah ke bandar Batu Pahat utk ambil brg tupperware.. Ke Pt Sulong utk hantar dan ambil karpet pun sy dah buat..  Then, lelaki biasalah kan.. Kalau tgk kita dah sihat sikit, faham cukuplah... Cuma satu jer yg sy belum buat lagi! ANGKAT BARANG! Yg ini mmg sy tak berani nak buat!

Di awalnya en suami selalu bertanya "boleh ke bu, pegi kedai sendiri?" "boleh ke bu, drive kereta?" "boleh ke bu, ambil anak?".. Sy terpaksa berbohong yg sy boleh lakukan semua itu sendirian.. "boleh Insya Allah..,pelan pelan jerla" itu jwpn standard sy.. Sy slalu berfikir, smpai bila sy nak bergantung harap kat suami? Smpai bila sy nak susahkan suami? Sampai bila sy nak bebankan suami? Sedangkan en suami ada 1001 macam urusan/kerja yg perlu diselesaikan.. Tugas2 hakikinya terlalu byk, berjela2 panjang to-do-list'nya... Kelas? Kertas ujian? Soalan exam? Gran? Research? Meeting? PaLAPES? Dgn bebanan pengajian yg belum selesai lagi... Bukankah melampau klu saya terus2an menambahkan listnya? Mudah2an Allah terus beri sy kekuatan utk terus kuat.. Sy tak boleh tunjukkan kelemahan sy.. Sy mesti terus kuat..demi suami, anak2 dan keluarga..Semoga segala perancangan dipermudahkan oleh Allah, sebaik2 perancang.. Insya Allah..

Friday, April 13, 2012

Promosi DeCloset di Pt Raja

Berita baik utk kwn2 sekitar kawasan jajahan Parit Raja... Petang esok (13/4/2012), "DeCloset" akan mengadakan siri Jelajah Zon Selatan bersama koleksi pelbagai jenis kain pasang sulam dan kerawang yang sungguh cantik dgn harga yg sgt2 berpatutan. Rakan2 sekalian dipersilakan melawat blog 'DeCloset' di alamat http://decloset-decloset.blogspot.com utk view pelbagai jenis kain yg ada di dalam koleksi DeCloset.. Jgn lupa temujanji esok sbgaimana berikut :

Tarikh : 13/4/2012 (Jumaat)
Tempat : Rumah Laily
(11, Jalan Robena 2, Taman Robena, Pt Raja)
Masa : 3.00 ptg - 7.00 mlm

Jom shopping pelbagai jenis kain yg didatangkan khas dari kilang terus ke tangan anda! Gerenti puashati! :)


(ehem! Ehem! Sebagaimana biasa, Cik Puan Laily ni klu promote apa2, atau jual apa2 pun, mesti laris punya! Mlm ni jer, dah 4-5 org respon/komen dan sms, tanya psl DeCloset.. ^_^ i like! Moto hidup sy Moto hidup I senang ajer, sy gembira klu dpt gembirakan org lain.. Sy bahagia klu dpt bahagiakan org lain.. Sy senang hati klu kwn2 puashati!! :)

Monday, April 9, 2012

3 Tahun Bersama

19 April ini genaplah tiga tahun bibik bersama keluarga kami.. Hari ini, aku dan Mus ke Kompleks KDN di Setia Tropika.. Parking di kawasan ini mmg sentiasa penuh walaupun ketika itu jam baru menunjukkan 8.30pagi.. Sefera Tingkat 9 kami daki (eh! Betul ke 9? Lupa la plak.. Jap.., check kejap..) Oleh kerana ini kali pertama kami uruskan lanjutan permit bibik, maklumat yg kami perolehi di sini ialah kami perlu menyediakan Bank Draft berjumlah RM495.. Untu lanjutan tahun ke empat (maksudnya 3 tahun nak masuk ke empat tahun), bibik tidak perlu lagi membuatkan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).. Urusan yg sepatutnya mengambil masa yg singkat, tidak dapat dibereskan hari ini sebab sistem offline.. Sticker (permit baru) tidak dpt dicetak... Grrrr.. Kena datang lagi utk collect paspot la nampaknya..

Sunday, April 8, 2012

Weekend 7 & 8 April 2012

Weekend ni, sepatutnya aku ke rumah Zai, sempena house warming rumah barunya.. Apakan daya En Mus ada Latihan PALAPES.. Aku pulak, belum habis pantang sepenuhnya, jadi tak sedaplah pulak nak ompak-ompak'an jauh jauh.. Terkilan juga rasa di hati.. Tapi, Insya Allah, akan kujejaki juga istana Zai satu hari nanti..

Sabtu : hanya berehat di rumah..

Petang tu, adik2 YO PAlapes Batch 5, yg merupakan anak2 didik Tuan Mus dtg visit.. Si Wak Akmal dan Nurulnisa.. Hmmmm dah terbau-bau nasi minyak korang la! Ingatkan datang nak hantar kad!hehehe... Oh!ya.. One good news!!! Mus dah pakai Kapten!!! Effectivelu bulan September 2011... Syukur Alhamdulillah...

Teringat tahun 2010 hari tu, sebulan En Mus berkursus (Kursus Senjata Bantuan) di Puswatan.. Alhamdulillah.. Penat lelah has paid off..

Hari Ahad, kami anak beranak (tanpa Mus) balik ke Pt Sulong utk jenguk mak dan pantau perkembangan Irissa Laundry..

Gambar2 akan menyusul..

Friday, April 6, 2012

TW Biz

Sepanjang minggu ini, aku menyibukkan diri dgn biz tupperware.. Sungguh tak kusangka, bila upload jer gambar gambar tupperware di fb, berderet-deret respon dan komen yg diterima.. Sampaikan aku terpaksa pergi ambil lagi brg TW 2 hari berikutnya...

Yang paling aku tak sangka, berduyun-duyun kawan2 office dtg visit aku kat rumah sambil sambil tgk brg2 TW walaupun selama sebulan aku terlantar kat rumah sebelum ni, tanya khabar pun takde hehe.. Syukur, seb baiklah ada TW biz, boleh juga merapatkan silaturrahim yg tak berapa nak kukuh tu sebenarnya..

Hari Jumaat tengahari tadi, Mimie - kawan ofis lama (FPTPK) dtg lepak kat rumah, tumpang solat, rehat dan makan-makan.., sambil nak pinjam novel..

Gambar2 akan diupload sedikit waktu lagi..

Iris bersama koleksi Tupperware untuk dijual...
Dua hari selepas upload gambar ni di fb, semua stok gone...
Yang ini pula stok baru yang diambil dua hari selepas stok pertama (gambar di atas)
laris diborong oleh rakan2 UTHM...
 Antara stok yang tinggal, hanyalah....
 1. MM Rectangular : RM45 sebiji...


2. Thirstquake tumbler : RM30 sebiji