Saturday, April 28, 2012

Irissa Laundry Kini Di Parit Raja


Alhamdulillah... Ribuan kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Allah... Irissa Laundry kini berkembang lagi dengan penubuhan cawangan baru di kawasan jajahan Parit Raja...
Irissa Laundry Parit Raja
No. 12, Jalan Cempaka 3, Taman Cempaka Biru, 86400 Parit Raja, Batu Pahat, Johor
No telefon : 019-764 6334 (Puan Laily)
Di Parit Raja ini, kami fokus kepada cucian karpet dan tilam petak-petak sahaja.. Basuhan biasa, kami bukan taknak ambil, tapi dah banyak sangat kedai dobi di Parit Raja nie.. Kalau ikut kiraanlah, ada dlm 6-7 kedai kalau tak silap...
Karpet paling besar yang pernah dicuci setakat ini... giler punya berat... kekotorannya pun boleh tahan, sampai kene cuci 3 kali... sekarang sudah berseri, warna pun dah naik semula dah...
Strategi memfokuskan kepada cucian karpet nampaknya membuahkan hasil. Sejak seminggu lalu, bibik dah tak menang tangan mencuci karpet saban hari.. Buat masa ini, bibik seorang sahaja pekerja yang bertugas menguruskan karpet.. Saya nak tolong, memang dah tak mampu dah... Badan makcik dan "sizen" dah, dah tak sekuat dulu...
karpet sedang dijemur...
Pulaknya, ramai kawan-kawan yang mintak tolong, collect karpet di rumah... Sepanjang hari ini, saya meround hingga ke Peserai dan Taman Pantai, Batu Pahat untuk collect karpet, sampaikan bisa bisa perut makcik dibuatnya... Sampai semula di rumah malam tu, terus collapse, tak mampu dah nak buat apa-apa... Cakap kat Mus, "itulah abang.. Nak bawak bibik tak bagi, kan dah sakit perut nie.." Biarkan dia tau, yg isteri dia ni belum betul betul sembuh lagi... Lepas daripada hari tu, barulah dia nak tolong aku pegi collect karpet...hehe...
Karpet yang diambil di Peserai... (Ni karpet mak Zarina-my bff tu yer..hehe)
Karpet mak Zarina dah bersih berseri dah... puas mata memandangnya...

Insya Allah, nantikan satu lagi projek Irissa Laundry dalam bulan Mei nie... Projek masih dalam peringkat perancangan, tapi permintaan dah banyak diterima... Sasaran saya, masa birthday saya 29 Mei ni, kalau dapat jalan, tentu lebih manis kan... Tapi, kita hanya merancang, Allah jua yang menentukan. Allah kan sebaik-baik perancang, Allah lebih mengetahui apa yg terbaik buat kita... Semoga Allah senantiasa memudahkan laluan buat saya. Syukran Ya Allah...

No comments:

Post a Comment