Kadang-kadang tersenyum sendirian bila terkenang..., awak ada sedikit tabungan dalam lingkungan 30K, tapi awak dengan baik hatinya pinjamkan tabungan tu pada orang lain atas dasar ingin membantu meringankan beban orang itu. Lagipun, awak diberi janji, hutang tersebut akan dilunaskan dalam tempoh paling lewat 3 bulan.
Awak bukan tergolong di kalangan orang-orang yang kaya, mewah, berada atau ber'wang'. Ibu bapa awak juga bukan orang kaya atau berharta yang boleh memberikan awak pinjam sejumlah wang atau sekeping geran untuk dicagarkan.
Awak juga tidak boleh meminjam dengan saudara mara, sahabat handai mahupun rakan taulan kerana sudah pasti tidak ada orang yang akan percayakan awak. Lagipun, sudah tentu mereka juga amat amat memerlukan wang tersebut untuk kegunaan sendiri yang lebih penting. Siapa awak untuk menempel kesenangan mereka? Mereka bukan siapa-siapa kepada awak, jadi awak perlu sedar diri...
Kemudian, awak dengan susah payah dan muka tebalnya pinjam pula wang dari pasangan awak untuk merealisasikan sesuatu yang memang awak impi-impikan.
Kemudian, sampai satu ketika, awak perlukan sesuatu untuk melebarkan sayap dan mengembangkan idea, awak sekali lagi tebalkan muka, bersusah payah turun naik tangga, panjat turun pejabat mana-mana institusi kewangan yang boleh memberikan pinjaman.
Syukur Alhamdulillah... Allah permudahkan urusan itu... Walaupun di peringkat awal, awak langsung tidak dimaklumkan tentang 'projek' itu, namun Alhamdulillah dengarnya sudah hampir 95% berjaya. Syukur.. Syukur Ya Allah.. Mudah2an tiada apa-apa yang menghalang perjalanan projek ini.
Yang buat awak tersenyum sendirian ialah.... baki wang awak di tangan orang, ada 20K lagi.., tapi awak bersusah payah pulak buat pinjaman bank 10K... 'Kalau'lah awak boleh dpt balik 20K tu selepuk...tentu awak tak perlu susah payah tambah hutang lagi kan? Tapi itu hanyalah 'kalau'...dan awak mmg amat maklum, yg awak takkan dapat 20K tu selepuk. Nak dapatkan bayaran yang ansuran RM400 sebulan, tiap-tiap bulan itupun seksa, (macam mengemis duit orang lain lagaknya..padahal nak mintak duit sendiri...), apatah lagi nak berangan dapat duit 20K tu selepuk... Tahan iman jerla awak yer...
Apa yang boleh saya coretkan di sini....
1. Ikhlaslah dalam apa juga tindakan yang kita buat.. Allah akan balas keikhlasan kita itu dengan memudahkan urusan kita serta melapangkan kita daripada bebanan hutang...
2. Jangan kecewa dengan apa jua musibah yang melanda. Kehidupan perlu diteruskan, perancangan masih perlu berjalan. Cuma, perlu bijak mengolah, mencari idea baru dan merealisasikan impian menjadi kenyataan.
3. Jangan sekali-kali putus asa jika pancing yang dihulur tidak mahu digunakan.. Sebaliknya, berikan pancing itu kepada orang lain yang lebih memerlukan. Dan, perlu cari pancing baru untuk dihulur semula kepada orang pertama yang pada asalnya tidak sudi menerima. Mungkin dia akan tertarik dengan pancing baru ini yang kelihatan lebih menarik dengan fungsinya yang lebih 'up-to-date', malah lebih bergaya dengan warnanya yang 'fancy'..
4. Jangan berhenti berusaha untuk mengubah orang lain menjadi lebih baik dan berjaya. Mungkin dulu belum cukup penuh kesedaran di hati mereka untuk berhijrah. Mudah-mudahan kali ini adalah penutup kepada segala cerita duka.
5. Jangan serik untuk memberi peluang kedua kepada yang berhak. Mudah-mudahan niat suci kita itu akan mendapat perhatian Allah pula kali ini.. We never know bila Allah mengkehendaki sesuatu itu berlaku...
6. Yang paling penting, tolonglah ukur baju di badan sendiri... Kalau tiada duit, tak perlulah bergaya dengan barang-barang yang 'branded' dan mahal-mahal belaka untuk ditayang kepada orang ramai. Sifat tidak pernah mahu kalah dan mahu sentiasa dipandang bergaya amat memualkan mata yang memandang. Mereka mempunyai keinginan yang tinggi, tapi kemampuan tidak setinggi mana..., biar papa asal bergaya kata mereka.
Untuk tahun 2012 ini, saya ada 6 lagi impian dan angan-angan yang sering hadir dalam mimpi-mimpi saya. Satu impian, sudah terlaksana.. Satu lagi impian, sudah 50% terlaksana... Ada 4 lagi impian yang perlu saya kejar dan usahakan. Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu melainkan kaum itu sendiri berusaha mengubahnya.. Kalau saya hanya duduk goyang kaki, tidak akan ada orang yang akan datang kepada saya menghulurkan timbunan wang yang banyak..
Dan jauh di sudut hati, saya sering berdoa agar dalam kesibukan saya mengejar dunia, saya tidak akan lalai dan alpa dengan kewajipan saya kepada akhirat.. Insya Allah...
Laily,
ReplyDeleteAwak sangat tabah... dah beberapa kali dikecewakan. Sangat kagum dengan ketabahan itu. Kalau akak, huhhhh... biarkan aje! Gerammmm. Tapi berhati-hatilah dengan wang ringgit dan pinjam meminjam... bila nak pinjam senang, nak bayar sangat susah.
Bisness apa tu Laily??? Suspense!
Sevendrops
Thanks kaknas... Betul kata akak, waktu nak pinjam mmg senang, nak membayarnya Ya Ampuuuun susahnya.. Waktu pinjam manisnya mulut berjanji nak pulangkan segera.. Waktu nak bayar, semakin manisnya buat janji, esok dan esok dan esok dan minggu depan hinggalah ke bulan depan..
ReplyDeleteKak.. Kalau ikut hati mmg nak biar tapi bila fikir fikir balik, tak sampai hati la plak.. Itulah kelemahan diri yg paling ketara, terlalu lembut hati..
Mudah2an secubit kebaikan yg dihulur, akan membuahkan hasil yg merimbun..
Baiknya kita biar Allah yg balas.., buruknya mereka pun biar Allah juga yg balas.. Siapalah saya yg nak menghukum mereka kak..
Bisnes?? Tungguuuuuuuu... Akan diwar-warkan sedikit waktu lagi.. Laily pun tak sabar jugak.. Ala kak, bisnes kecik kecik jer kak.. Modal kecil, bisnes pun kecil la.., untung pun kecil juga la kan.. Tapi takpela, jadikla.., utk tlg adik beradik :)