Monday, April 9, 2012

3 Tahun Bersama

19 April ini genaplah tiga tahun bibik bersama keluarga kami.. Hari ini, aku dan Mus ke Kompleks KDN di Setia Tropika.. Parking di kawasan ini mmg sentiasa penuh walaupun ketika itu jam baru menunjukkan 8.30pagi.. Sefera Tingkat 9 kami daki (eh! Betul ke 9? Lupa la plak.. Jap.., check kejap..) Oleh kerana ini kali pertama kami uruskan lanjutan permit bibik, maklumat yg kami perolehi di sini ialah kami perlu menyediakan Bank Draft berjumlah RM495.. Untu lanjutan tahun ke empat (maksudnya 3 tahun nak masuk ke empat tahun), bibik tidak perlu lagi membuatkan pemeriksaan kesihatan (FOMEMA).. Urusan yg sepatutnya mengambil masa yg singkat, tidak dapat dibereskan hari ini sebab sistem offline.. Sticker (permit baru) tidak dpt dicetak... Grrrr.. Kena datang lagi utk collect paspot la nampaknya..

No comments:

Post a Comment