Friday, July 27, 2012

10 Sebab Mengapa Ramai Orang Gagal Dalam Perniagaan

10 sebab mengapa ramai orang gagal dlm perniagaan..

Saya bukanlah seorang usahawan berjaya malah masih jauh utk bergelar seorang jutawan.. Saya juga masih mentah dlm bidang perniagaan kerana baru setahun dua berjinak2 dlm bidang ini kalau nak dibandingkan dgn mereka di luar sana yg telah 5-6 tahun menceburi bidang perniagaan.. Namun saya ingin kongsikan sedikit informasi hasil dari pengalaman & pemerhatian serta pembelajaran saya sepanjang 2 tahun ini..

Berikut merupakan punca utama ramai orang gagal di dalam perniagaan pertama mereka :-

1. Mudah lupa diri
Ramai org mudah lupa diri bila nampak duit byk depan mata.. Sewaktu mahu memulakan bisnes, dpt sahaja duit loan utk modal bisnes, terus beli hp baru, gadget baru, atau kereta baru.. Barulah nmpak gaya org bisnes!, katanya.. Kemudian bila modal awal dah terusik, byk perancangan menjadi tergendala kerana kekurangan modal & mereka mula membuat hutang baru dgn meminjam drpda Ah Long pula.. Akhirnya bisnes yg diusahakan trpaksa gulung tikar kerana pndpatan bulanan yg diterima habis digunakan utk membayar bunga & hutang pinjaman..

2. Tidak bijak menguruskan kewangan
Antara punca utama kegagalan dlm perniagaan adalah kegagalan dlm menguruskan kewangan perniagaan.. Manusia mudah gelap mata bila dpt payment.. Bila dpt payment, terus shopping handbag baru, kasut baru, make up berjenama bgi perempuan & mungkin eksesori kereta bagi lelaki.. Mereka lupa atau buat buat lupa bhw duit itulah yg perlu mereka simpan utk pusingan modal, membeli semula brg2 yg telah habis, bayar hutang bank, membayar expenses (gaji, bil elektrik & air, Sewa Kedai, bil telefon, beli bahan mentah, dll).. Bila cukup bulan & waktu membayar gaji telah tiba, mereka tidak mampu melunaskan semua expenses yg wajib.. Dan ini menyebabkan mereka mempunyai beban expenses berganda pada bulan2 berikutnya.. Dan akhirnya sampai pada satu ketika, mereka langsung tiada dana utk membayar expenses kerana expenses telah melebihi income yg mereka terima.. Sy nasihatkan anda semua, bertindak bijaklah menguruskan kewangan anda.. Berhati2lah ketika berbelanja.. Belilah barang yg perlu sahaja... Dan yg penting, beli brg dgn menggunakan duit gaji anda, bukannya duit bisnes.. Ingat! Payment yg anda terima, bukannya semuanya milik anda & anda berhak dgn sewenang2nya gunakan duit itu utk keperluan peribadi! Itu salah sama sekali! 1/3 drpd hasil pndapatn adalah utk perbelanjaan perniagaan, 1/3 lagi utk gaji & 1/3 lagi utk simpanan.. Nasihat seorang mentor "Bila anda telah simpan wang di bank, cuba utk lupakan wang yg anda telah simpan itu"

3. Tidak menyimpan
& yg paling penting adalah simpanan utk masa depan.. Kita perlu menyimpan dgn tujuan utk mengembangkan perniagaan kita. Wang itu juga bole digunakan ketika kecemasan if anything berlaku contohnya mesin rosak ke, nak tambah mesin baru ke..

Ramai orang sgt susah utk membiasakan diri menyimpan wang kerana kata mereka duit tak cukuplah, macamana nak menyimpan.. Payment yg dpt ni pun cukup cukup utk belanja bulan nie, mcmner nak simpan? Di sinilah pentingnya pengurusan kewangan tadi.. Percayalah cakap saya, walaupun anda hanya berniaga kerepek yg dibungkus kecil kecil dgn harga Rm1 sepeket, sbnarnya anda masih boleh menyimpan!

Saya berikan contoh.. Harga sekilogram pisang tanduk ialah Rm3 sekilo., dgn 8kg pisang, anda boleh menghasilkan 60 bungkus kerepek.. Dengan modal rm30, anda akan berjaya mndapat rm60 sekiranya semua kerepek anda habis dijual.. Ingat! Jgn belanjakan semua wang rm60 yg anda terima itu... Ambil semula modal awal rm30 yg telah anda keluarkan sebelum ini.. Dan gunakan wang itu utk beli lagi pisang tanduk.. Rm15 anda ambil utk upah anda & lagi rm15 anda wajib simpan! Jika anda membelanjakan kesemua wang rm60 hasil jualan kerepek tadi, mcamner anda hendak beli lagi pisang tanduk yg lain? Sebab itu ramai org akan buat hutang baru, pegi meminjam wang lagi utk beli pisang lagi.. Dan ramai juga yg akan gulung tikar sbb tidak mampu utk teruskan perniagaan anda..

Sy kagum dgn semangat org2 tua kita mengumpul wang utk menunaikan fardhu haji, especially Mak saya.. Semangatnya menyimpan wang utk menunaikan rukun Islam ke 5 itulah yg membuatkan sy bangga dgn beliau.. Cuba kita fikirkan seorang ibu yg mnjadi surirumah sepenuh masa, tidak mempunyai pekerjaan, tidak mempunyai sumber kewangan tetapi mampu menyimpan puluhan ribu ringgit di dlm akaunnya.. Keinginan mereka yg membara membuatkan mereka sanggup mengikat perut, tidak membeli baju baru, tudung baru & menyimpan berdikit-dikit wang yg dihulurkan oleh anak2.. malah boleh pula bermain 'kutu' serta menyimpan duit kutu yg diperolehi di dlm acc Tabung Haji.. Kalau kitalah agaknya, hari ni dpt duit kutu, esok lusa mesti dah habis buat beli handbag & kasut baru.. Itulah dia semangat menyimpan org2 tua kita yg perlu kita contohi.. Dan yg lebih mengagumkan sy, setelah menunaikan fardhu Haji pada tahun 2002, keinginan utk mengunjungi Tanah Suci sekali lagi masih membara & Mak berkunjung sekali lagi ke Mekah tahun ini (2012) utk menunaikan umrah pula! Kita yg muda belia ni, entah bila bole dpt kumpul duit utk buat umrah?

4. Berat utk bersedekah
Mereka juga alpa untuk bersedekah, kerana mereka kata tunggu kalau ada duit lebih nanti, aku sedekah lah! Skrg ni cukup cukup makan jer..
"tidak akan miskin org2 yang bersedekah ke jalan Allah" percayalah..
Pengalaman sy.. Sy baru sahaja sediakan sekeping cek utk menderma pada satu Tabung ni (tapi belum sempat nak serahkan lagi), keesokan harinya, sy dpt panggilan telefon dari seseorang yg tidak sy kenali & mnta saya cuci karpet di pejabatnya.. Sy malu kerana amaun yg sy dpt dari projek ini jauh lebih byk dri apa yg sy telah dermakan.. Nikmat Allah yg mana yg mahu kita dustakan, bila mana Dia mahu melimpahkan rezeki kpd hambaNya?
Bersedekahlah dgn ikhlas Insya Allah besar ganjarannya utk kita..

5. Tidak Fokus
Masalah utama ramai drpd kita adalah tidak fokus pd sesuatu perniagaan yg diusahakan.. Teruja utk melakukan semua kerja di dalam satu satu masa.. Nasihat saya, fokuslah pd satu perkara dahulu.. Bila kita sudah rasa agak selesa sedikit, dgn mggunakan duit smpanan tdi, kita kembangkan prniagaan kita.. Di situlah pentingnya wang simpanan.. Jika kita tidak menyimpan, b/mana kita hndak kembangkan bisnes kita?biarlah sekecil mana pun bisnes kita, lebih rendah modal yg kita keluarkan, itu lebih selamat utk kita sebenarnya.. Elakkan terlalu byk berhutang kerana akhirnya kita hanya akan menjadi hamba duit di mana setiap bulan, duit pndapatan kita habis utk membayar hutang sahaja..

Ok, sy mnta maaf kerana menulis panjang lebar.. Sebenarnya sy langsung tidak layak utk memberi nasihat kpd anda yg bijak pandai di luar sana.. Sekiranya ada manfaat di dalam tulisan ini, ambillah.. Sy manusia yg tidak sempurna malah jauh dari kesempurnaan.

Eh! Kata ada 10 sebab, kenapa baru 5, dah ada penutup pulak ni? Hehe.. Lagi 5 sebab akan sy bongkar & kupas dlm e-book sy sedikit waktu lgi.. Insya Allah.. Doakan sy yer..

(Ribuan penghargaan buat mentor saya Tuan Baharudin yg telah byk membuka mata & minda saya.. Semoga terus sukses & sy juga ingin ikut jejak langkah tuan :))

Thursday, July 26, 2012

6 hari berlalu sudah..

Diam tak diam hari ini sudah hari ke 6 kita berpuasa.. Aktiviti tahun ini nampaknya lebih padat! Baru 6 hari jer pun, hari hari pasti ada sahaja aktiviti!

Hari pertama & ke 2 berpuasa : bersahur, berbuka & bertarawikh di rumah keluarga mertua di Kota Tinggi

Hari ke 3 (Isnin) : berbuka di rumah mak di Parit Sulong. Balik dari kerja hari Isnin tu, terus kemas2 barang, packing karpet, ambil anak2 di sekolah agama, dan pecut ke Parit Sulong. Sempat juga meninjau bazar Ramadhan Parit Sulong yg pasti meriah saban tahun.. Sempat juga solat tarawikh di masjid Parit Sulong. Alhamdulillah, banyak pula karpet dan tilam yang dihantar di Parit Sulong.. Memang bekerja keraslah bibik nampaknya sepanjang bulan ini..

Hari ke 4 (Selasa) : Waktu rehat tengahari, lari kejap ke Batu Pahat untuk beli syampu karpet dan sabun karpert.. Petangnya pula, Encik perlu masuk wad untuk persediaan mengambil air tulang sum sum keesokan harinya.. Hari ini bersahur, berbuka dan bertarawikh di rumah sahaja.

Hari ke 5 (Rabu) : tengahari pergi melawat Encik di hospital. Sebelah petang pula, Mus yang datang melawat.. Mak stay di hospital siang hari, Adik pula ambil giliran jaga Encik sebelah malamnya. Hari ini berbuka puasa di Polkadot Steamboat bersama rakan-rakan pejabat.

Hari ke 6 (Khamis) : dapat berita Encik dah boleh discaj hari ni.. Alhamdulillah...

Hari ini juga dapat berita, penjawat awam akan dapat bonus raya setengah bulan gaji dan akan dibayar pada 9 Ogos ini..

Hari ini juga dapat panggilan telefon, kemungkinan besar saya akan dipindahkan ofis (sebulan dua) utk menggantikan rakan yang akan cuti bersalin.

Petang ini Insya Allah akan lari balik ke Parit Sulong untuk hantar sebahagian karpet yang dah siap dicuci, dan ambil pula karpet yang baru dihantar oleh pelanggan.. Alhamdulillah, tak henti henti pelanggan hantar karpet bukan sahaja di Parit Sulong malahan di sekitar Pt. Raja pun ramai yang hantar... Syukur syukur syukur Ya Allah berkat rezeki di bulan Ramadhan...

Esok hari ke 7 (Jumaat) : ada kawan tempah Nasi Ayam 30 bungkus. Bahan mentah seperti ayam, daun salad, timun dan lada sudah dibeli tengahari tadi.. Pagi esok, lepas sahur nak buat sambal dan sup serta perap ayam dulu.. Then, tengahari waktu rehat yang panjang tu, bolehlah masak nasi. Kalau tak pun, prepare jer dulu bahan2, then kul 5 balik keje esok, boleh la terus masak nasi..  Dalam kul 5 lebih, bolehlah suruh bibik goreng ayam.. Ala 30 ketul jerk, kejap jer tu, Insya Allah... Insya Allah dalam jam 6.30 petang, kawan nak datang ambil. Nak bersedekah di surau/masjid katanya.. Alhamdulillah, mudah2an bertambah murah rezeki sahabatku itu..

Hari ke 8 (Sabtu) : Insya Allah nak hantar karpet ke Yong Peng. Petang-petang Sabtu tu nanti, plannya  nak hantar langsir dan toto ke Parit Besar.

Hari ke 9 (Ahad) : Insya Allah nak ambil langsir di Sri Gading.. Biasanya kawan2 memang suruh ambil di rumah jer.. Tak kuasa derang nak ngusung langsir toto ke UTHM. Irissa Laundry memang ada sediakan perkhidmatan ambil dan hantar tanpa sebarang caj!

Oh!ya mulai 21/7/2012 - 31/8/2012 Irissa Laundry mengadakan PROMOSI RAYA. Semua cucian akan diberi diskaun 10% kecuali 'ironing'... Jom ramai-ramai hantar karpet/tilam petak/ toto/ langsir/ skirting/ scallop/ baju di Irissa Laundry..

Thursday, July 19, 2012

Kemelut Di Muara Kasih

Insya Allah esok atau lusa kita akan menyambut 1 Ramadhan... Tahun ini, giliran menyambut puasa ialah di Kota Tinggi.. Jangan sangka sambut raya sahaja ada giliran yer!... Nak menyambut puasa pun, ada giliran tau! Oleh kerana tahun ini 1 Syawal giliran balik Parit Sulong, maka 1 Ramadhan akan disambut di Kota Tinggi.. Adil kan?


Masih saya ingat di tahun 2009, sewaktu baru pulang dari luar negara, giliran menyambut 1 Syawal jatuh kepada keluarga suami.. Jadi, untuk menyambut 1 Ramadhan sudah semestinya milik keluarga saya. Namun, oleh kerana tahun 2009 itu merupakan tahun pertama kami berpuasa dan beraya di Malaysia setelah 'puluhan' tahun tidak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga, maka kedua-dua belah keluarga sudah berebut-rebut merancang sambutan awal puasa bersama kami sekeluarga.

Demi menjaga hati ibu saya, saya berusaha menelefon ibu dan bapa mertua saya untuk memohon keizinan menyambut puasa bersama keluarga saya di Parit Sulong atas alasan adik-beradik saya semuanya balik kampung untuk bersama-sama menyambut awal Ramadhan. Lagipun, 1 Syawal nanti, kami akan beraya di Kota Tinggi, jadi berilah peluang untuk kami menyambut 1 Ramadhan di Parit Sulong.

Mak mertua saya bersetuju dan mengizinkan... Namun rupa-rupanya bapa mertua tidak begitu bersetuju. Jadi, sebagai anak yang baik dan 'never say no to his parents', suami saya bersama anak-anak pulang ke Kota Tinggi petang itu untuk bertemu dengan ibu dan ayahnya.. Saya tidak dapat turut serta kerana tidak dapat bercuti atau dengan erti kata lain, simpan cuti untuk hari raya!...

Di rumah, saya sudah bersiap-siap 'packing' barang untuk pulang ke Parit Sulong. Sehingga jam 12 malam saya menunggu suami dan anak-anak pulang ke rumah, namun menjelang jam 2 pagi, barulah suami tiba di rumah... Adik-adik di kampung, seorang demi seorang, hantar sms, bertanyakan di mana kami, dan bila mahu sampai ke Parit Sulong. Setelah suami berehat seketika, barulah kami pulang ke Parit Sulong. Menjelang waktu bersahur, kami akhirnya tiba di Parit Sulong. Dapatlah jugalah kami merakamkan detik menyambut awal Ramadhan bersama keluarga Parit Sulong.

Sejujurnya, saya suka kehidupan di UK.. Tidak perlu bergaduh, bertengkar, merajuk, merengus setiap kali tiba bulan puasa dan raya. Biarlah tiada baju raya, atau kuih raya.., atau selepas solat hari raya sahaja, suami perlu masuk lab, tidak mengapalah...

Itu pengalaman saya.. Bagaimana dengan rakan-rakan di luar sana? Ada yang mengalami kemelut dan dilema seperti saya?

Tuesday, July 17, 2012

17/7/12 : Lebih Padat + Penat

Syukur Ya Allah, aku terus diberi kekuatan untuk bergerak aktif dan cergas. Jadual sepanjang minggu ini sungguh padat.. Harap2 saya mampu bertahan sehingga tibanya Awal Ramadhan Sabtu ini...


15/6/2012 : Mr Kanda bergerak ke Johor Bahru untuk menghadiri Bengkel anjuran Fakulti.. Maka bermulalah rutin keluar-masuk rumah hantar/ambil anak tuisyen/sekolah sendirian.. Kebiasannya kami akan bergilir-gilir..


16/6/2012 : 
Pagi : Sibuk dengan penerangan/taklimat mengenai perjalanan persembahan untuk Program Malam Irama Antarabangsa Asia-UTHM pada 17/7/2012.
Petang : bersama rakan-rakan office menyiapkan props sebagaimana yang diarahkan oleh boss pagi tadi.
Malam : Keluar masuk rumah hantar si kakak ke tuisyen jam 7.45 malam dan kemudian keluar semula hantar Ahmad ke latihan badminton pula jam 9.00 malam.
9.00 malam : Sempat tengok Masterchef Selebriti Malaysia selama setengah jam sahaja!. :P
9.30 malam : masuk UTHM semula untuk sesi rehersal Malam Irama Antarabangsa Asia-UTHM
11.00 malam : ambil Ahmad yang sudah selesai latihan badmintonnya...




17/7/2012
7.00 pagi : Hantar anak ke sekolah
7.40 pagi : Ke Hospital Putra Batu Pahat
8.15 pagi : Tiba di Hospital Putra Batu Pahat (menunggu ayah, adik dan mak tak sampai-sampai lagi)
9.00 pagi : Barulah ayah, mak dan adik sampai... Terus buat pendaftaran dan syukur menunggu tidak lama, terus dapat berjumpa doktor.. Ayah sepatutnya perlu buat echocardiography di sini, malangnya peralatan rosak.. So, perlu bergerak ke hospital yang lain pula. (Insya Allah penerangan tentang penyakit ayah akan ditulis di entri lain..)
10.30 pagi : Breakfast dulu bersama-sama ayah, mak dan adik..
11.00 pagi : Ke Hospital Pantai Batu Pahat untuk ayah buat echocardiography.
12.00 t/hari : Selesai urusan di Hospital Pantai
12.10 pagi  : Beli plastik untuk kedai dobi di Bukit Pasir
12.30 t/hari : Beli charger handphone di BP Mall
12.40 t/hari : Bayar tiket boss di Passage Tour
1.10 petang : Tiba semula di Parit Raja, bayar bil h/phone di agen Celcom 
1.20 petang : Singgah beli santan di kedai runcit
1.30 petang : Ambil Ahmad di sekolah
1.40 petang : Tiba di rumah dan masak kari untuk anak-anak
2.10 petang : Ambil si kakak dan kawannya di sekolah
2.30 petang : Selamat tiba di ofis semula... Tengok meja, penuh dengan surat-surat untuk direkodkan... (pejam mata jerla dulu..)
3.30 petang : Barulah dapat makan... 
(Sempat bawak kari yang baru masak tadi, makan di kat ofis :))
5.00 petang : Balik rumah sekejap utk ambil baju dan mandi..
5.30 petang : Beli nasi ayam 12 bungkus untuk adik-adik student UTHM yang akan bantu buat persembahan
6.30 petang : Rehersal kali kedua dan terakhir di dalam dewan
7.30 malam : Balik ke ofis, solat dan salin pakaian
8.20 malam : Get ready di dalam dewan... (jantung dah berdetup detap tak boleh berhenti)
8.30 malam : Majlis bermula
11.00 malam : Majlis berakhir
12.00 malam : baru boleh zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Monday, July 16, 2012

12/7/12 : Padat + Penat

Cantik jugak yer tarikh nie!... Hari ni saya nak kongsikan pengalaman padat + penat saya hujung minggu yang lalu... Setelah berbincang dengan Mr Kanda, Mus pun ternyata seronok untuk menanti kedatangan kami anak beranak ke UUM... Saya sebagaimana biasa, telah menyiapkan itenarari dan dah sms'kan kepada Mus.. Mus pun nampaknya bersetuju, cuma kalau boleh, Mus lebih suka kalau saya bergerak pagi, supaya boleh sampai sebelum hari gelap..


Saya pun sebenarnya memang nak gerak awal-awal pagi, tapi anak-anak ada Hari Sukan Sekolah pada 12/7/12. Ayah saya pula masuk wad pada 11/7/2012.. Jadi, jadual saya sudah menjadi agak kucar kacir sedikit... Boss pulak, time kita kalut macam ni, macam-macam lah pulak 'wahyu last last minute'nya.. Kebetulan pula, boss bercuti 12 & 13 Julai 2012, disambung pula dengan outsation pada 15-17 Julai 2012, so macam-macamlah tugasan 'last minute' yang diberikan, terutama untuk persiapan malam Kebudayaan Asia yang akan berlangsung pada 17 Julai 2012.. Ditambah pula, pada 13/7/2012 Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA) akan membuka kaunter jualan sempena Hari Terbuka KSKUiTTHO, dan saya pula menjadi Ketua Kaunter Jualan! Itu yang menjadikan jadual bertambah kucar kacir.. 


12/7/12
7.00 pagi : Hantar anak ke sekolah. Balik dari hantar anak, siap-siapkan packing karpet yang sudah siap dicuci
8.00 pagi : Masuk ofis jap.. Settle'kan pesanan-pesanan terakhir boss serta tugasan-tugasan terakhir Kaunter Jualan SUTERA
8.30 pagi : Gi breakfast dengan kengkawan
9.00 pagi : Buat facial di Parit Raja.. (sempat lagi tu!.. Sebab, dah buat appointment kan..hehe)
10.30 pagi : Ambil anak di sekolah, balik rumah dan loading barang dalam kereta.
11.00 pagi : Bergerak ke Batu Pahat... Hajat di hati, nak bawa anak2 jumpa ayahanda di Hospital Batu Pahat, tapi tidak kesampaian sebab anak2 tidak boleh naik dan ayah pulak tak boleh turun. So, teruskan perjalanan ke Parit Sulong untuk ambil adik Lina yang akan jadi Co-Pilot saya sepanjang perjalanan ke utara nanti..
11.45 pagi : Tiba di Parit Sulong.. Turunkan semua karpet, dan susun semula beg..
12.00 t/hari : Memulakan perjalanan ke UUM
12.30 t/hari : Berhenti makan tengahari di R&R Pagoh
1.15 petang : Meneruskan perjalanan ke UUM
4.15 petang : Berhenti rehat di R&R Tapah
5.15 petang : Setelah mengerjakan solat Jamak Ta'khir, kami meneruskan perjalanan ke UUM. Hajat di hati nak singgah di R&R Sungai Perak, tapi tidak kesampaian sebab baru lepas berhenti di Tapah, so malas nak berhenti-henti lagi..
9.00 malam : Tiba di UUM
10.00 malam : Keluar makan di D Bamboo Seafood, tidak jauh dari Kampus UUM


13/7/2012 
8.30 pagi : Menyaksikan pegawai-pegawai kadet PALAPES IPTA MALAYSIA berlatih kawad di Padang Kawad UUM
10.30 pagi : Ke Bukit Kayu Hitam dan shopping cokelat di The Zone, Duty Free Zone, Bukit Kayu Hitam
12.30 t/hari : Makan tengahari di rumah Abang Basri/K Izan, sahabat yang kami kenali di Nottingham dahulu
3.00 petang : Pulang semula ke UUM, dan berehat-rehat di bilik.. Petang inilah, baru terasa kepenatan memandu semalam.. Bahu terasa lenguh, badan tidak bermaya... Hajat di hati nak ke Alor Setar untuk menjengah Abg Manaf & Syariza juga tidak kesampaian kerana keletihan yang amat..
6.30 petang : Bergerak ke Kuala Perlis
8.00 malam : Dinner di Restoran Lynda Ikan Bakar, Kuala Perlis
10.00 malam : Bertolak balik ke UUM


14/7/2012
8.30 pagi : Meninggalkan UUM dengan hati yang berat.. Entah bila lagi agaknya nak ke UUM lagi... Bertolak ke Alor Setar
9.30 pagi : Tiba di Alor Setar dan singgah sebentar di rumah sepupu Mr Kanda (Kak Long Azah).. Sempat juga kami menjamah sarapan pagi yang enak! Jemput-jemput ikan bilis!..
10.30 pagi : Ke Pekan Rabu, Alor Setar untuk membeli ikan pekasam (my favourite..)
11.00 pagi : Bertolak ke Penang
12.30 t/hari : Tiba di rumah kawan Adik Lina di Gelugor, Pulau Pinang. Makan tengahari, solat dan rehat seketika
3.00 petang : Meneruskan perjalanan ke selatan
3.30 petang : Stranded di Changkat Jering, tayar kereta pecah
4.00 petang : Exit Changkat Jering dan tukar ke-empat-empat tayar
6.15 petang : Meneruskan perjalanan ke selatan
8.15 malam : Berhenti rehat di Restoran Jejantas Sungai Buloh. Adik saya (Ateh) sudah menanti ketibaan kami.. Pakteh belanja sate Hj. Samuri dan nasi lemak! TQ Pakteh!..
9.15 malam : Meneruskan perjalan ke Parit Sulong
11.45 malam : Tiba di Parit Sulong, hantar adik Lina dan meneruskan perjalanan ke Parit Raja
12.45 malam : Safely arrived my home sweet home Taman Robena Parit Raja...
Ya Allah, letihnya badan.. sakit pinggang duduk lama-lama dalam kereta.. Tapi syukur, perjalanan selamat dan hati pun puas!... 


Pengalaman berdepan dengan tayar kereta pecah sebenarnya adalah pengalaman pertama dalam hidup kami suami isteri... Sepanjang kami menggunakan kereta BMW ini sejak tahun 2009, memang sudah beberapa kali tayar pancit dan kebiasaannya hanya di sekitar Parit Raja sahaja... Mr Kanda sendiri realise that tayar kereta dah sampai masa untuk diganti, tetapi masih berlengah-lengah lagi... Sewaktu merancang perjalanan ke UUM, di hati saya terbetik juga, bagaimana condition tayar kereta saya? Mampukah sampai ke utara nanti? Namun, bila tiada apa-apa saranan dari Mr Kanda, hati menjadi sedikit confident...


Sepanjang perjalanan dari Selatan ke Utara, Alhamdulillah..., tiada apa-apa masalah.. Cuma, bila semakin menghampiri Changlun, sekitar kawasan tol Hutan Kampung, condition kereta agak mencurigakan. Setiap kali kereta bergerak perlahan, keadaan kereta agak tidak stabil, gegaran stereng agak kuat bergerak. Tetapi tidak jika bergerak laju.. Tiba di UUM, Mr Kanda juga perasan keadaan yang sama. Sehinggalah sewaktu dalam perjalanan pulang. Keluar sahaja dari Jambatan Pulau Pinang, Mr Kanda minta saya drive kereta kerana Mus ingin berehat seketika. Ketika kelajuan kereta mencapai tahap maksima 120 km/j, saya terdengar bunyi aneh dari tayar belakang dan gegaran stereng semakin ketara. Di dalam hati, ini mesti tayar pancit atau pecah.. Saya mengambil tindakan segera memperlahankan kenderaan, bergerak ke kiri dan berhenti di lorong kecemasan. Keluar sahaja dari kereta, ternyata memang tayar kereta sudah pecah!... Anak2 kami arahkan untuk berehat di bawah pokok di tepi lebuhraya bersama Adik Lina.. Saya dan Mus mengeluarkan beg dari bonet kereta, serta mengeluarkan tayar  'spare'.. Sedang kami suami/isteri terbongkok-bongkok tertonggeng-tonggeng di tepi lebuhraya, PLUS PERONDA berhenti di belakang kereta kami dan menghulurkan bantuan... Syukur Ya Allah, pertolongan Mu datang dari pelbagai cara!


Selesai menggantikan tayar kereta yang pecah dengan tayar 'spare', kami bergerak perlahan-lahan dan exit di Tol Changkat Jering... Tidak jauh dari tol, terdapat sebuah kedai tayar dan Mr Kanda ambil keputusan untuk tukar ke-empat-empat tayar keretanya!... I like!..hehe.. Kami bersembang-sembang sesama kami... "Jauh perjalanan tayar kereta kita ni yer bu.. Akhirnya tayar-tayar UK ini bersemadi nuuun jauh di Changkat Jering sana.." :)


Itu kisah tayar kereta... Ada lagi satu kisah yer!... Ada lagi... Yang ini kisah 'roadtax' pula.. Betapalah makcik yang sorang ni, tahunya cuma start kereta, jalan.. Start kereta, jalan jer kan?... Roadtax dah mati 8 Julai 2012, pun tak perasan.. Boleh selamba badak jer memandu hingga ke UUM.. Yang mula-mula perasan, Adik Lina lah! Sebab dia yg jadik Co-Pilot kan.. Itupun perasannya dah sampai tol Juru sana..hehe...


Mr Kanda bila diberitahu roadtax kereta dah mati, cepat-cepat dia call Cik Hajar, agen insurannya di Parit Raja.. Betapalah canggihnya dunia tanpa sempadan sekarang nie yer.. Call sahaja dari Sintok, agen uruskan roadtax di Parit Raja, then kami print sahaja statement di Changlun melalui "MYEG"... Hebat sungguh teknologi sekarang.. Kami bersyukur kepada Mu Ya Allah, semua urusan kami dipermudahkan.. Walaupun banyak rupanya ujian yang diberikan, namun banyak juga jalan yang kau permudahkan untuk kami menyelesaikan masalah-masalah yang mendatang...

Monday, July 9, 2012

Blog vs Diari

Kadang-kadang  baca blog orang, macam best jerk baca blog orang kan.. Macam baca diari..hehe...


Tetiba hari ni rasa macam nak tulis diari kat blog haha.. Kalau dulu-dulu (zaman sekolah), diari adalah sesuatu yang peribadi buat kita.. Hanya untuk catatan sendiri, bukan untuk dikongsi.. Namun diari di zaman millenium ini adalah untuk paparan, dan dibaca oleh semua orang..hehe...


Tidak dinafikan, ketika menulis blog, kadang-kala terikut-ikut dengan emosi. Perasan marah, sedih, geram dan gembira sewenangnya dicoret di  blog, sehingga kadang kala mengundang pelbagai persepsi oleh pembaca-pembaca di luar sana.. Si penulis sendiri, bila ulang baca semula apa yang ditulis, kadang-kala rasa malunya!.. "Haish, apalah yang aku merepek nie??" Kan? Mungkin selepas ini dan untuk entri entri seterusnya, saya perlu lebih rasional dalam menulis.. Tapi, kadang kala memang blog ni tempat meluah rasa dan melepas geram yg tak boleh nak kita lepaskan kat tuan empunya diri!... hmmm entahlah!... haha..


Ok..ok.. Kita tinggalkan persoalan blog vs diari ini buat seketika.. Saya ingin kongsikan aktiviti hujung minggu saya. Saya tahu ramai 'follower' saya yang tidak ikut saya di facebook akan ikut saya di blog walaupun secara maya sahaja.. Terima kasih semua dan maaf juga yer jika ada entri-entri yang nampak macam 'over' sikit.. Biasalah kan.. Kadang-kala bila stress melanda jiwa, macam-macam gaya penulisan yang terhasil hehe...


Catatan Hujung Minggu...


Sebagaimana biasa, hujung minggu saya memang sibuk dengan aktiviti menghantar dan mengambil karpet/ langsir atau toto di rumah para pelanggan. Selesai 'meround' hantar dan ambil, saya akan pulang ke Parit Sulong untuk meninjau perjalanan kedai dobi.. Kadang kala, saya pulang bersendirian, kadang kala bersama anak2 dan suami, kadang kala hanya bersama Bibik dan Iris sahaja.. Semuanya bergantung kepada keadaan kesibukan dan aktiviti suami dan anak-anak juga.


Kadang-kala, saya pulang ke Pt Sulong cuma sebentar sahaja.. Pagi Ahad sekitar jam 11.00 pagi tiba di Pt. Sulong, dan petang sekitar jam 4 atau 5, sudah mahu bergegas pulang ke Pt. Raja semula lantaran anak ada tuisyen di sekolah jam 8.00 malam. Kadang kala mak saya bising kerana pulang ke rumah mak sekejap sangat dan tidak tidur pun di rumah mak.. Saya bisikkan pada mak..,
"takpelah mak, sekejap sekejap pun jadiklah asalkan selalu balik Parit Sulong. Atok Kota Tinggi dah merajuk dah pun mak, sebab cucu-cucu asyik balik Pt. Sulong ajer, taknak balik Kota Tinggi katanya.. Balik Kota Tinggi kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang kalau ayahnya sibuk dengan PALAPES, 3 bulan sekali baru balik.."


Kasihan kan dengan ibu-ibu dan ayah-ayah kita... Mereka sememangnya mengharapkan setiap minggu, anak-anak dan cucu-cucunya pulang ke kampung untuk melepaskan kerinduan.. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya anak-anak yang hanya berpeluang pulang ke kampung setahun sekali sahaja iaitu ketika hari raya sahaja? Atau paling tinggi, 3 kali setahun, iaitu ketika hari raya dan cuti sekolah?


Emak saya pernah berkata "dalam setahun ada 360 hari, kalau anak2 balik jumpa mak hanya sebulan sekali, bererti hanya 12 kali sahaja dalam setahun, anak2 menjenguk ibu dan ayah di kampung.." Hanya 12 kali X 2 hari = 24 hari sahaja bertemu ibu dan ayah. Selebihnya, ada baki lagi 336 hari lagi yang anak-anak tidak menjenguk mak dan ayah. Sayu hati saya mendengarnya.. Betapa derhakanya saya pada mak dan ayah saya...


Mujurlah sekarang ini, saya tinggal di Parit Raja. Perjalanan dari Parit Raja ke Parit Sulong hanyalah sekitar 43km... Jika ada kecemasan mak minta hantarkan ke Klinik Batu Pahat, anytime saya boleh berlari pulang ke kampung. Mudah-mudahan saya mampu menaburkan khidmat bakti saya pada mak dan ayah saya sementara mereka masih ada...

Friday, July 6, 2012

UUM Di Hati

Awal pagi sekitar jam jam 5.51 pagi, iPhone berbunyi dua kali menandakan ada sistem pesanan ringkas yang masuk ke perut iPhone.. Sekilas saya menjeling ke inbox dan baris-baris ringkas terpapar di skrin.
"Alhamdulillah, dah sampai UUM. Kolej BSN. Baring jap.. Tak boleh tidur dlm bas." 

Syukur Alhamdulillah, Allah melindungi perjalanan mr hubby, di bibir membisikkan lafaz kesyukuran.. Namun di hati, ada sekelumit perasaan ralat yang terpendam... Saya nak pergi UUM jugak!!!... hehe... 

Sebenarnya pemergian Mus ke UUM adalah untuk menghadiri Upacara Pentauliahan PALAPES IPTA yang mana tahun ini, UUM menjadi tuan rumah. Hati saya berkocak-kocak keriangan, teringin sangat untuk mengekori Mus ke UUM.. Ingin sangat mengubat kerinduan pada universiti tempat saya mengaji dulu.. Namun, jadual upacara yang langsung tidak bertepatan dengan jadual kami membuatkan perancangan sedikit terbantut..

Gambar-gambar di bawah di ambil sekitar Mac 2011, sewaktu menghantar pengantin (Adik Mus) yang berkahwin dengan orang Jitra..


 

 

Jika dikenang-kenangkan keperitan belajar secara 'part time' di UUM dulu, terasa bagai ada air jernih yang bergenang di kelopak mata. Penuh dengan kepenatan, keperitan, jerih, lelah...,semuanyalah! Bayangkan daripada baru sebulan bernikah, sehinggalah anak kedua sudah berusia 3 tahun, barulah tamat pengajian saya di UUM. Ingin menghabiskan pengajian pun, satu seksaan yang berat. Hampir-hampir saya kecundang di tengah jalan, kerana tidak sanggup berdepan dengan bebanan yang sangat sarat. 

Apa tidaknya, dengan bebanan kerja yang sangat besar (ketika itu saya bertugas di Pejabat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia), dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak kecil, dengan bebanan kewangan, dengan masalah dan tanggungjawab sosial kepada kedua-dua belah keluarga, arghh ternyata semua itu kini menjadi kenangan indah untuk dikenang..

Mujur juga, suami saya memberikan sokongan yang sangat penuh kepada saya. Di saat saya hampir tewas di medan pertempuran, suamilah yang memberikan kata-kata semangat dan terus memberi dorongan kepada saya untuk tidak menyerah kalah.  Sejujurnya, saya hampir hampir saja menarik diri dari pengajian kerana sangat kecewa dengan keputusan peperiksaan saya yang tidak pernah cemerlang. Saya tahu, sebenarnya saya boleh buat lebih baik daripada itu jika saya tidak mempunyai masalah-masalah sampingan yang menuntut saya menjadi seorang pekerja, ibu, isteri dan anak dalam satu masa yang sama!... Ternyata di situ kelemahan saya. Saya yakin, sekiranya saya belajar secara sepenuh saya, kemungkinan saya akan lebih menyerlah. Hmmmm tidak mengapalah, semua itu sudah lama berlalu..., sudah 7 tahun saya menamatkan pengajian di UUM.. Itu semua kenangan yang indah untuk dikenang..

Saya selalu mengeluh kepada suami, bahawa tidak akan ada orang yang akan memandang Ijazah saya yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Namun, sekali lagi suami memberikan kata-kata semangat kepada saya. Dia sangat berbangga dengan pencapaian saya, yang boleh menamatkan pengajian walaupun diulit 1001 macam bebanan tugas. Abang...abang... itulah istimewanya abang.. Sentiasa memandang tinggi dan berbangga dengan isteri sendiri.. Thanks abang... Tidak mengapalah kalau orang lain tidak mengiktiraf Ijazah saya, asalkan suami saya mengiktirafnya...hehe...

Banyak ilmu yang saya pelajari di sepanjang pengajian saya di UUM. Ilmu itulah yang saya aplikasikan di dalam perniagaan saya sekarang. Saya bersyukur, tidak salah langkah yang saya ambil dahulu.. Terima kasih Ya Allah, atas setiap laluan yang Kau permudahkan walaupun di sepanjang langkah yang diatur terdapat pelbagai duri yang perlu dipijak, namun itu semua kami anggap sebagai rencam kehidupan yang mana yang pahit itu pasti akan manis akhirnya...

UUM sememangnya adalah sebahagian daripada mimpi-mimpi saya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Namun, keputusan peperiksaan SPM saya yang tidak baik menyukarkan saya untuk memohon masuk ke UUM. Saya bersyukur, walaupun selepas 7 tahun meninggalkan SPM, akhirnya saya berjaya juga menggapai mimpi-mimpi saya. Sebab itulah, setiap kali melangkah masuk ke UUM, pasti ada titis suam yang mengalir di pipi, tanda kesyukuran di atas limpah kurnia yang Allah berikan kepada hambaNya yang sabar.. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.. Alhamdulillah... 

Kalau diizinkan, saya nak naik bas ke UUM hujung minggu depan, saper nak ikut, angkat tangan! haha..

Ok have a nice weekend everybody!.. Thanks to all followers baik yang secara senyap mahupun nyata... Moga Allah merahmati kalian semua... Muaaaaaaaaaaaaaaaaah!...

Wednesday, July 4, 2012

Pindah rumah

Tetiba hari ni terasa nak cerita pasal pindah rumah... Kata orang, kalau dah 7 kali pindah randah, boleh jadi papa kedana... Saya rasa saya dah pindah rumah ni, lebih 7 kali rasanya... Makin penuh rumah, dengan barang-barang adalah kot..hehe

Kisah pindah rumah ni, saya nak pecahkan kepada dua seksyen.. Seksyen A ialah ketika anak dara hehe, masa belum berkahwin.. Seksyen B pula, rumah-rumah yang pernah didiami setelah mendirikan rumahtangga hehe..

Seksyen A (chewah..seksyen la plak.. Dah macam soalan final exam jer..hehe)

1. Rumah pertama yang saya diami ialah rumah makcik saya di Kampung Kastam, Johor Bahru.. Masa tu, saya baru mula-mula bekerja di Johor Bahru.. Sebelum bekerja di JB, saya kerja di kilang Mitsumi Electonic (BP) di Batu Pahat, so saya tinggal di rumah mak di Parit Sulong... Setelah menerima tawaran bekerja di Kelana Ventures Sdn Bhd Johor Bahru, saya menumpang di rumah makcik saya di Kampung Kastam.  Dari Kg Kastam ke tempat kerja saya di Metropolis Tower (Jalan Dato' Abdullah Tahir) sebenarnya tidak jauh, tetapi saya perlu menaiki dua buah bas untuk ke tempat kerja... Dari rumah makcik nak ke tempat tunggu bas pun, boleh tahan jauhnya nak menapak....

2. Setelah beberapa bulan tinggal di rumah makcik, saya terasa ingin berdikari.. Saya minta keizinan dari makcik utk menyewa sendiri, di Flat Bukit Chagar.. Masa tu, saya macam sewa bilik la, sbb saya tinggal dengan seorang ibu tunggal bersama anak tunggalnya... Saya suka tinggal di Bukit Chagar sebab kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru.. Dari Bukit Chagar ke tempat kerja sangatlah dekat.. Kalau naik bas, cuma 2 hentian sahaja hehe.. Sebab itu, saya suka jalan kaki jer ke tempat kerja.. Masuk kerja jam 8.30 pagi, jam 7.30 pagi saya dah keluar rumah... Kadang2, saya ada kawan yang temankan saya jalan kaki... Kalau ada kawan, memang langsung tak rasa penat berjalan.. Alih-alih dah sampai ofis hehe.. Tapi, satu jer masalah kat Bukit Chagar nie, lif selalu rosak.. Bayangkanlah saya tinggal di Tingkat 11, terpaksa memanjat tangga setiap hari.. Nasib baiklah masa tu, masih muda belia, tenaga pun masih banyak lagi, stamina pun tinggi...

3. Rumah ketiga yang saya diami di Johor Bahru ialah di Flat Stulang Laut.. Di rumah ini, saya tinggal bersama kawan baik saya Mahriza dan juga 2 orang lagi kawan Mahriza yang juga kawan sekampung Mahriza... Saya tinggal di sini tidak lama lantaran telah menerima tawaran bekerja di UTM Skudai.. Maka berpindahlah saya ke Skudai...

4. Rumah ke empat saya (rasanya tidak boleh dipanggil rumah) kerana saya menyewa bilik di tingkat atas rumah kedai di Taman Sri Skudai. Di sini, saya tinggal bersama anak-anak dara yang lain, sebelum berpindah ke sebuah rumah kedai yang lain kerana tuan tanah kedaung nak ambil alih rumah...

5. Rumah ke lima (juga rumah kedai), terletak di Taman Sri Puteri, Skudai... Di sini saya tinggal bersama pelajar-pelajar UTM..

6. Rumah ke enam, adalah sebuah rumah murah (2 bilik) yang terletak di Taman Teratai (bersebelahan Taman Sri Pulai).. Ketika mendiami rumah ini, saya sudah bertunang, dan saya tinggal bersama adik saya yang bersekolah di JB ketika itu.

Tamatlah kisah seksyen A (fasa sebelum mendirikan rumahtangga) kerana selepas ini adalah rumah-rumah yang saya diami selepas saya berumahtangga pula....

1. Rumah pertama yang saya diami setelah mendirikan rumahtangga ialah rumah murah Taman Teratai.. Kadar sewa ketika kalau tidak silap sekitar RM300 sebulan.

2. Tidak lama kemudian, saya berpindah ke rumah kos sederhana rendah (tiga bilik) yang terletak di Taman Universiti. Sewanya ketika itu RM350 sebulan.  Ketika menetap di sinlah, saya melahirkan anak pertama saya, Liyana Amnani...

3. Lebih kurang setahun setelah melahirkan anak pertama, saya berpindah rumah lagi, iaitu tinggal di Kolej Kediaman di dalam UTM.. Ketika menginap di sini, saya melahirkan anak kedua saya, iaitu Ahmad Qamarul..

4. Dua tahun kemudian, saya berpindah rumah ke Taman Teratai semula, tetapi kali ini rumah sederhana rendah (3 bilik)... Saya tinggal bersebelahan dengan sepupu saya, Allahyarham Rosman Md. Zain. Al-Fatihah buat Allahyarham...

5. Sekitar tahun 2004, rumah yang kami beli di Taman Pulai Indah siap dibina. Kami berpindah ke rumah sendiri pada bulan Mei 2004. Dalam hati terpahat kegembiraan, akan berakhirlah kemarau berpindah randah ini, setelah selamat berpindah ke rumah sendiri.  Namun ternyata perancangan Allah itu, adalah sebaik-baik perancangan. Saya bertukar tempat kerja dari UTM Skudai ke UTHM Parit Raja bermula 1/12/2004.. Maka berpindahlah kami ke Parit Raja.. Kadang-kala saya senyum sendirian.. Sewaktu saya mula-mula berhijrah ke Johor Bahru, saya hanya berbekalkan sebuah beg baju sahaja! Tetapi bila pulang semula ke Batu Pahat, 2 lori PALAPES penuh dengan barang-barang termasuk pasu bunga! haha

6. Rumah ke enam yang kami sewa ialah di Taman Manis Parit Raja... Sangka kami, inilah rumah terakhir yang kami sewa sebelum terbang ke bumi England.. Namun takdir Allah tiada siapa yang mampu menjangka. Tiba-tiba sahaja tuan rumah meminta kami mengosongkan rumah kerana ingin menjual rumah yang sedang kami sewa itu... Mujur juga Allah memudahkan urusan kami, di mana terdapat rumah kosong yang ingin disewakan selang 5 buah rumah sahaja dari rumah kami!

7. Rumah ke 7 yang kami sewa, sebaris dengan rumah ke 6, hanya selang 5 pintu sahaja. Dan kami tinggal di rumah ini cuma beberapa bulan sahaja sementara menanti penerbangan ke London...

Syukur Alhamdulillah, di Nottingham kami tidak berpindah randah rumah... Terima kasih kepada host kami yang sangat baik yang telah berusaha mencari sebuah rumah sewa utk kami, Brother Black!!!... Itulah satu-satunya rumah kami di Nottingham, "Laurie Avenue"... tq too to Mr Qayyum our Landlord..
(mood : rindukan Laurie Avenue sesangat nie!!!huhuhu)

Balik dari UK, kami menetap di Taman Mekar, Air Hitam di rumah seorang rakan yang juga sedang melanjutkan pengajian di London.. Sementara menanti kepulangan Adnan, kami berusaha mencari tapak tanah untuk membuat rumah.. Namun, nampaknya sekali lagi perancangan Allah itu lebih sempurna berbanding perancangan kita sebagai hamba-Nya... Projek rumah kami terbengkalai beberapa ketika, dan kami mula berusaha mencari rumah sewa yang lain sementara menanti waktu yang sesuai utk membina rumah.

Kami berpindah ke Taman Robena Parit Raja penghujung bulan Mei 2010.. Kebiasaannya, setiap kali kami pindah rumah, kami pasti mengecat rumah untuk menyuntik aura dan semangat baru bila masuk ke rumah baru nanti.. Di rumah Taman Robena ini, saya mengecat rumah ini di hari lahir saya 29 Mei 2010... Dan kini sudah 2 tahun kami menginap di Taman Robena.. Alhamdulillah, rumah ini sungguh selesa dan dekat dengan sekolah, UTHM, kedai runcit dan juga masjid.. Setiap kali azan Subuh berkumandang, hati pasti tersentuh...

Sekarang ini, hati saya sedang berbunga-bunga riang kerana pembinaan "cottage" saya akan bermula tidak lama lagi Insya Allah... Hari ni Mr Hubby ke Batu Pahat untuk urusan peguam dan Insya Allah minggu ini atau minggu depan borang kami akan dihantar ke Perbendaharaan...

Syukur...syukur.. syukur Ya Allah... Sabar itu indah kan?.. Allah itu kan sebaik-baik perancang... Saya sentiasa berbaik sangka dengan Allah mengapa mimpi-mimpi saya belum lagi tertunai selama ini. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami sekeluarga dan bila ketikanya yang terbaik untuk kami sekeluarga.. Thanks Allah... Saya tahu pasti banyak dugaan di sepanjang pembinaan nanti, tapi Insya Allah kami sudah bersedia!..

(mood : nak berangan duduk rumah baru.....lalalalala~~~)