Monday, July 9, 2012

Blog vs Diari

Kadang-kadang  baca blog orang, macam best jerk baca blog orang kan.. Macam baca diari..hehe...


Tetiba hari ni rasa macam nak tulis diari kat blog haha.. Kalau dulu-dulu (zaman sekolah), diari adalah sesuatu yang peribadi buat kita.. Hanya untuk catatan sendiri, bukan untuk dikongsi.. Namun diari di zaman millenium ini adalah untuk paparan, dan dibaca oleh semua orang..hehe...


Tidak dinafikan, ketika menulis blog, kadang-kala terikut-ikut dengan emosi. Perasan marah, sedih, geram dan gembira sewenangnya dicoret di  blog, sehingga kadang kala mengundang pelbagai persepsi oleh pembaca-pembaca di luar sana.. Si penulis sendiri, bila ulang baca semula apa yang ditulis, kadang-kala rasa malunya!.. "Haish, apalah yang aku merepek nie??" Kan? Mungkin selepas ini dan untuk entri entri seterusnya, saya perlu lebih rasional dalam menulis.. Tapi, kadang kala memang blog ni tempat meluah rasa dan melepas geram yg tak boleh nak kita lepaskan kat tuan empunya diri!... hmmm entahlah!... haha..


Ok..ok.. Kita tinggalkan persoalan blog vs diari ini buat seketika.. Saya ingin kongsikan aktiviti hujung minggu saya. Saya tahu ramai 'follower' saya yang tidak ikut saya di facebook akan ikut saya di blog walaupun secara maya sahaja.. Terima kasih semua dan maaf juga yer jika ada entri-entri yang nampak macam 'over' sikit.. Biasalah kan.. Kadang-kala bila stress melanda jiwa, macam-macam gaya penulisan yang terhasil hehe...


Catatan Hujung Minggu...


Sebagaimana biasa, hujung minggu saya memang sibuk dengan aktiviti menghantar dan mengambil karpet/ langsir atau toto di rumah para pelanggan. Selesai 'meround' hantar dan ambil, saya akan pulang ke Parit Sulong untuk meninjau perjalanan kedai dobi.. Kadang kala, saya pulang bersendirian, kadang kala bersama anak2 dan suami, kadang kala hanya bersama Bibik dan Iris sahaja.. Semuanya bergantung kepada keadaan kesibukan dan aktiviti suami dan anak-anak juga.


Kadang-kala, saya pulang ke Pt Sulong cuma sebentar sahaja.. Pagi Ahad sekitar jam 11.00 pagi tiba di Pt. Sulong, dan petang sekitar jam 4 atau 5, sudah mahu bergegas pulang ke Pt. Raja semula lantaran anak ada tuisyen di sekolah jam 8.00 malam. Kadang kala mak saya bising kerana pulang ke rumah mak sekejap sangat dan tidak tidur pun di rumah mak.. Saya bisikkan pada mak..,
"takpelah mak, sekejap sekejap pun jadiklah asalkan selalu balik Parit Sulong. Atok Kota Tinggi dah merajuk dah pun mak, sebab cucu-cucu asyik balik Pt. Sulong ajer, taknak balik Kota Tinggi katanya.. Balik Kota Tinggi kadang-kadang sebulan sekali, kadang-kadang kalau ayahnya sibuk dengan PALAPES, 3 bulan sekali baru balik.."


Kasihan kan dengan ibu-ibu dan ayah-ayah kita... Mereka sememangnya mengharapkan setiap minggu, anak-anak dan cucu-cucunya pulang ke kampung untuk melepaskan kerinduan.. Tidak dapat saya bayangkan, bagaimana agaknya anak-anak yang hanya berpeluang pulang ke kampung setahun sekali sahaja iaitu ketika hari raya sahaja? Atau paling tinggi, 3 kali setahun, iaitu ketika hari raya dan cuti sekolah?


Emak saya pernah berkata "dalam setahun ada 360 hari, kalau anak2 balik jumpa mak hanya sebulan sekali, bererti hanya 12 kali sahaja dalam setahun, anak2 menjenguk ibu dan ayah di kampung.." Hanya 12 kali X 2 hari = 24 hari sahaja bertemu ibu dan ayah. Selebihnya, ada baki lagi 336 hari lagi yang anak-anak tidak menjenguk mak dan ayah. Sayu hati saya mendengarnya.. Betapa derhakanya saya pada mak dan ayah saya...


Mujurlah sekarang ini, saya tinggal di Parit Raja. Perjalanan dari Parit Raja ke Parit Sulong hanyalah sekitar 43km... Jika ada kecemasan mak minta hantarkan ke Klinik Batu Pahat, anytime saya boleh berlari pulang ke kampung. Mudah-mudahan saya mampu menaburkan khidmat bakti saya pada mak dan ayah saya sementara mereka masih ada...

No comments:

Post a Comment