Insya Allah esok atau lusa kita akan menyambut 1 Ramadhan... Tahun ini, giliran menyambut puasa ialah di Kota Tinggi.. Jangan sangka sambut raya sahaja ada giliran yer!... Nak menyambut puasa pun, ada giliran tau! Oleh kerana tahun ini 1 Syawal giliran balik Parit Sulong, maka 1 Ramadhan akan disambut di Kota Tinggi.. Adil kan?
Masih saya ingat di tahun 2009, sewaktu baru pulang dari luar negara, giliran menyambut 1 Syawal jatuh kepada keluarga suami.. Jadi, untuk menyambut 1 Ramadhan sudah semestinya milik keluarga saya. Namun, oleh kerana tahun 2009 itu merupakan tahun pertama kami berpuasa dan beraya di Malaysia setelah 'puluhan' tahun tidak dapat berpuasa dan beraya bersama keluarga, maka kedua-dua belah keluarga sudah berebut-rebut merancang sambutan awal puasa bersama kami sekeluarga.
Demi menjaga hati ibu saya, saya berusaha menelefon ibu dan bapa mertua saya untuk memohon keizinan menyambut puasa bersama keluarga saya di Parit Sulong atas alasan adik-beradik saya semuanya balik kampung untuk bersama-sama menyambut awal Ramadhan. Lagipun, 1 Syawal nanti, kami akan beraya di Kota Tinggi, jadi berilah peluang untuk kami menyambut 1 Ramadhan di Parit Sulong.
Mak mertua saya bersetuju dan mengizinkan... Namun rupa-rupanya bapa mertua tidak begitu bersetuju. Jadi, sebagai anak yang baik dan 'never say no to his parents', suami saya bersama anak-anak pulang ke Kota Tinggi petang itu untuk bertemu dengan ibu dan ayahnya.. Saya tidak dapat turut serta kerana tidak dapat bercuti atau dengan erti kata lain, simpan cuti untuk hari raya!...
Di rumah, saya sudah bersiap-siap 'packing' barang untuk pulang ke Parit Sulong. Sehingga jam 12 malam saya menunggu suami dan anak-anak pulang ke rumah, namun menjelang jam 2 pagi, barulah suami tiba di rumah... Adik-adik di kampung, seorang demi seorang, hantar sms, bertanyakan di mana kami, dan bila mahu sampai ke Parit Sulong. Setelah suami berehat seketika, barulah kami pulang ke Parit Sulong. Menjelang waktu bersahur, kami akhirnya tiba di Parit Sulong. Dapatlah jugalah kami merakamkan detik menyambut awal Ramadhan bersama keluarga Parit Sulong.
Sejujurnya, saya suka kehidupan di UK.. Tidak perlu bergaduh, bertengkar, merajuk, merengus setiap kali tiba bulan puasa dan raya. Biarlah tiada baju raya, atau kuih raya.., atau selepas solat hari raya sahaja, suami perlu masuk lab, tidak mengapalah...
Itu pengalaman saya.. Bagaimana dengan rakan-rakan di luar sana? Ada yang mengalami kemelut dan dilema seperti saya?
Saya juga suka kehidupan di UK.. hehe...
ReplyDeleteahaks k zlaa... teringat pagi raya saya diserikan dgn kehadiran k zlaa sekeluarga dan ummufawwaz sekeluarga..hehe...
ReplyDeleteTahun ni aku raya KL je kak. Pantang kat sini jer. Mals nak balik mana2 kampung. Adakah aku anak durhaka??/
ReplyDeletehaha Dal.. durhaka sungguh! hehe.. hmm tak dpt la aku beraya ke rumah mak ko dal, ko takde! haha..
ReplyDeleteselamat berpantang yer Dal... jaga diri.. jaga baby.. Amni bior abi dia jaga haha.. saper mak bidan ko dal? adik ko lagi ke?
lor nape tak balik kg...raya kang ko dah brapa hari..balik ler kg meriah sikit. kalo ko dok umah je kompem raya nnt ko tangkap syahdu punyer..sebak je tgk jiran2 sume tak de rumah
ReplyDeleteutk laily pulak..aku ada gak mengalami senario cam ni tp stakat ni kata sepakat akan dicapai, puasa pertama biasanya tak jd mslh..kdg2 kami tak balik pon...kalo raya tu kami mmg dah jadualkan jd x jadi mslh..keluarga masing2 akan terima jadual yg kami dh tentukan..biasanya raya pertama sebalh ptg kami akan balik rumah yg kami lom blk lg..so kiranya setiap raya pertama kami akan balik ke2-2 rumah..(sbb rumah tak jauh sgt)..cthnya raya rmh mak aku..ptg raya tu kami balik rumah mertua..sampailah abis cuti kami so adilkan..
Laily...rasanya faham situasi ini. Mmg kita kena hormat keputusan mertua tapi ada hati yg terluka.dan suami pula susah nak faham keadaan ini. Kadang2 dah ada timetable tapi akhirnya kita makan hati. Mmg le akan blk ke kg kita juga tapi kalau berbelas tahun kahwin, first raya di rumah mertua....sedih juga. Bak kata Kay@susan lancaster dlm keluarga iskandar sampai bila menantu nie kena telan apa jua asalkan mertua x kecil hati. anak perempuan sendiri x blk x apa tapi jgn menantu....kecil hati susah nak pujuk. Iktibar buat kita, semoga kita jadi mertua yg bertimbangrasa, menantu pun syg dekat kita....ayat yg paling selalu didengar....raya ni ko blk mana...even dah berulangkali cakap blk kg kita...suami diam aje....so akhirnya dah x larat nak jawab....the best answer....kami raya kat sini(umah mertua) n no more question from parent in-law
ReplyDeleteLa