Friday, July 6, 2012

UUM Di Hati

Awal pagi sekitar jam jam 5.51 pagi, iPhone berbunyi dua kali menandakan ada sistem pesanan ringkas yang masuk ke perut iPhone.. Sekilas saya menjeling ke inbox dan baris-baris ringkas terpapar di skrin.
"Alhamdulillah, dah sampai UUM. Kolej BSN. Baring jap.. Tak boleh tidur dlm bas." 

Syukur Alhamdulillah, Allah melindungi perjalanan mr hubby, di bibir membisikkan lafaz kesyukuran.. Namun di hati, ada sekelumit perasaan ralat yang terpendam... Saya nak pergi UUM jugak!!!... hehe... 

Sebenarnya pemergian Mus ke UUM adalah untuk menghadiri Upacara Pentauliahan PALAPES IPTA yang mana tahun ini, UUM menjadi tuan rumah. Hati saya berkocak-kocak keriangan, teringin sangat untuk mengekori Mus ke UUM.. Ingin sangat mengubat kerinduan pada universiti tempat saya mengaji dulu.. Namun, jadual upacara yang langsung tidak bertepatan dengan jadual kami membuatkan perancangan sedikit terbantut..

Gambar-gambar di bawah di ambil sekitar Mac 2011, sewaktu menghantar pengantin (Adik Mus) yang berkahwin dengan orang Jitra..


 

 

Jika dikenang-kenangkan keperitan belajar secara 'part time' di UUM dulu, terasa bagai ada air jernih yang bergenang di kelopak mata. Penuh dengan kepenatan, keperitan, jerih, lelah...,semuanyalah! Bayangkan daripada baru sebulan bernikah, sehinggalah anak kedua sudah berusia 3 tahun, barulah tamat pengajian saya di UUM. Ingin menghabiskan pengajian pun, satu seksaan yang berat. Hampir-hampir saya kecundang di tengah jalan, kerana tidak sanggup berdepan dengan bebanan yang sangat sarat. 

Apa tidaknya, dengan bebanan kerja yang sangat besar (ketika itu saya bertugas di Pejabat Akademik, Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia), dengan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu kepada dua orang anak kecil, dengan bebanan kewangan, dengan masalah dan tanggungjawab sosial kepada kedua-dua belah keluarga, arghh ternyata semua itu kini menjadi kenangan indah untuk dikenang..

Mujur juga, suami saya memberikan sokongan yang sangat penuh kepada saya. Di saat saya hampir tewas di medan pertempuran, suamilah yang memberikan kata-kata semangat dan terus memberi dorongan kepada saya untuk tidak menyerah kalah.  Sejujurnya, saya hampir hampir saja menarik diri dari pengajian kerana sangat kecewa dengan keputusan peperiksaan saya yang tidak pernah cemerlang. Saya tahu, sebenarnya saya boleh buat lebih baik daripada itu jika saya tidak mempunyai masalah-masalah sampingan yang menuntut saya menjadi seorang pekerja, ibu, isteri dan anak dalam satu masa yang sama!... Ternyata di situ kelemahan saya. Saya yakin, sekiranya saya belajar secara sepenuh saya, kemungkinan saya akan lebih menyerlah. Hmmmm tidak mengapalah, semua itu sudah lama berlalu..., sudah 7 tahun saya menamatkan pengajian di UUM.. Itu semua kenangan yang indah untuk dikenang..

Saya selalu mengeluh kepada suami, bahawa tidak akan ada orang yang akan memandang Ijazah saya yang hanya cukup-cukup makan sahaja. Namun, sekali lagi suami memberikan kata-kata semangat kepada saya. Dia sangat berbangga dengan pencapaian saya, yang boleh menamatkan pengajian walaupun diulit 1001 macam bebanan tugas. Abang...abang... itulah istimewanya abang.. Sentiasa memandang tinggi dan berbangga dengan isteri sendiri.. Thanks abang... Tidak mengapalah kalau orang lain tidak mengiktiraf Ijazah saya, asalkan suami saya mengiktirafnya...hehe...

Banyak ilmu yang saya pelajari di sepanjang pengajian saya di UUM. Ilmu itulah yang saya aplikasikan di dalam perniagaan saya sekarang. Saya bersyukur, tidak salah langkah yang saya ambil dahulu.. Terima kasih Ya Allah, atas setiap laluan yang Kau permudahkan walaupun di sepanjang langkah yang diatur terdapat pelbagai duri yang perlu dipijak, namun itu semua kami anggap sebagai rencam kehidupan yang mana yang pahit itu pasti akan manis akhirnya...

UUM sememangnya adalah sebahagian daripada mimpi-mimpi saya sejak di bangku sekolah menengah lagi. Namun, keputusan peperiksaan SPM saya yang tidak baik menyukarkan saya untuk memohon masuk ke UUM. Saya bersyukur, walaupun selepas 7 tahun meninggalkan SPM, akhirnya saya berjaya juga menggapai mimpi-mimpi saya. Sebab itulah, setiap kali melangkah masuk ke UUM, pasti ada titis suam yang mengalir di pipi, tanda kesyukuran di atas limpah kurnia yang Allah berikan kepada hambaNya yang sabar.. Sungguh besar kekuasaanMu Ya Allah.. Alhamdulillah... 

Kalau diizinkan, saya nak naik bas ke UUM hujung minggu depan, saper nak ikut, angkat tangan! haha..

Ok have a nice weekend everybody!.. Thanks to all followers baik yang secara senyap mahupun nyata... Moga Allah merahmati kalian semua... Muaaaaaaaaaaaaaaaaah!...

No comments:

Post a Comment