Pagi tadi, nampak satu missed call dari nombor yang tidak dikenali.. Di dalam hati terbetik, agaknya customer dobi call, nak tanya barang dah siap lom kot... Memang slalu macam tu.. Tapi, bila call balik nombor tu, satu suara yang amat kurindui bergema di hujung talian..
Mak Daaaaaaaaaaaaah!!!!... Makdah ialah panggilan untuk mak angkat kami yang bernama Hamidah Jaaffar, seorang Setiausaha kepada Dekan di UTM, atau lebih tepat lagi FKA.. Sudah puluhan tahun Mak Dah berkhidmat di FKA, langsung tidak pernah berpindah randah.. Yang bertukar hanyalah Dekan-dekannya sahaja..
Sewaktu bekerja di UTM, Mak Dah lah mak angkat saya.. Yang menjadi pendengar kala duka kala ceria, tempat meluah rasa, tempat mengadu domba, tempat meminta pendapat... Sangat sayang Makdah... Pengganti mak yang jauh di mata..
Perkhabaran yang diterima dari Mak Dah, boss lama saya (Dekan Makdah la nie), nak menerima menantu!... Sangat teruja saya mendengarnya... Dan sgt gembira bila boss lama masih ingat nak jemput saya.. Takut kene marah dengan sayalah tu, kalau tetiba tau buat kerja kawin and yet tak jemput x-PA dia nie.. hehehe... TQ TQ TQ boss!...
Saya masih simpan lagi gambar-gambar keluarga boss saya.. Bila tgk gambar-gambar nie, terasa haish, cepatnya masa berlalu.. Dah nak berumahtangga yer kamu Ihsan... Tahniah yer dik!... Buat my x-boss, u r still my "bestest" boss.... :)
TERATAK MUSLAILY.... Love of my life ~ pieces of a moment in my life ... The place for me to show all my love to my family, my lovely hubby MUSTAFA KAMAL, my little-princess LIYANA AMNANI, my little-prince AHMAD QAMARUL and my little-angel IRIS MARISSA.
Thursday, January 17, 2013
Gulai Ikan Patin Tempoyak di Batu Pahat
Sejak berkahwin dengan Mus, saya sudah mula pandai makan gulai ikan patin masak tempoyak. Masakan ini sangat famous di Negeri Pahang... Ikan Patin yang paling sedap adalah ikan patin dari sungai Pahang.. Kalau makan yang original ni, memang tak cukup 5 pinggan lah jawabnya... Kebanyakan ikan patin yang ada di pasaran sekarang adalah ikan patin kolam.. Kalau di sekitar Jerantut, Maran, Bentong, kita masih lagi boleh memperolehi ikan patin sangkar. Patin sangkar ni sebenarnya masih dikategorikan sebagai patin sungai kerana disangkarkan di pinggir sungai dan masih menerima bekalan air sungai pahang...
Di Johor, kalau teringin nak makan ikan patin, selalunya Makcik Mus (bernama Laili) akan beli di daerah Kluang.. Mungkin yang ini patin sungai Kahang kot.. Tapi, rasanya masih boleh tahan, sedap!
Di Batu Pahat, terdapat sebuah kedai yang menyediakan menu masakan Ikan Patin Tempoyak. Uniknya, tukang masak di kedai ini (Kak Izan) merupakan anak jati Pahang.. Atau lebih tepat lagi, Jerantut. Pertama kali kami makan di sini adalah pada 10/1/2013 yang lalu, setelah membawa kakak keluar dari asrama TIGS. Memang boleh bagi 5* untuk makcik nie.. Memang betul-betul selera Pahang lah! Patutlah persis orang Pahang masak, rupa2nya memang orang Pahang 'pure' yang masak.
Pada 15/1/2013 yang lalu (setelah selesai urusan pendaftaran kakak di MRSM Batu Pahat), kami berkunjung untuk kali ke dua kedai kak Izan ini untuk belanja mak dan abah Mus makan di sini. Borak punya borak, bual punya bual, tanya punya tanya.. Rupa2nya orang kampung Mak dan kemungkinan ada kaitan sedara mara sebab semua nama yang mak sebut, Kak Izan tu kenal dan semua nama yang kak Izan sebut, pun mak kenal... Ha? Ashaner tu? hehehehe...
Harga masakan ikan patin di sini memang agak mahal.. Seketul RM8.. Kali pertama kami makan, tiga orang makan = RM45... Kali kedua kami makan, makan 6 orang = RM65... Tapi, memang berbaloi-baloilah rasanya.. Cuma tak boleh lah nak makan tiap tiap hari.. Boleh bankrap tauke dobi dibuatnya hehehe...
Kedai Kak Izan ni terletak betul betul di 'corner' Pusat Servis Proton di Taman Maju Batu Pahat... Cari sahaja Pusat Servis Proton Taman Maju, kak Izan ni menyewa di sudut Pusat Servis ini. Menurut Kak Izan sudah 8 tahun dia berniaga di sini...
Mak Mertua saya pun pakar memasak ikan patin masak tempoyak... Saya pun pandai gak masak ikan ni tapi air tangan orang jawa kan tak sama dengan air tangan orang Pahang kan.. Saya ingat nak belajar lagi sampai pandai, pastu nak bukak cafe ikan patin tempoyak kat Parit Sulong plak.. Amacam???hehe

Wednesday, January 16, 2013
Pendaftaran di MRSM Batu Pahat
Lega rasa hati bila dan selesai urusan pendaftaran Kakak Liyana Amnani di MRSM Batu Pahat pada 15/1/2013 (Rabu) yang lalu... Kakak sendiri meluahkan rasa tidak sabarnya untuk bergelar pelajar MRSM dan juga tinggal di asrama MRSM.. Lega hati mendengarnya... Senang hati melepaskannya pergi... Cuma..., no more kakak lah at home skrg nie.. huwaaaaaa... Takpelah nak.. this is for the sake of your life... Ibu redha.. Mudah2an jalan yg terang menantimu di penghujung jalan nanti...
Congratulations kakak!!! You are now MRSM student!!!... |
Pelajar berbaju purple adalah Pengawas.. Menguruskan kaunter pendaftaran untuk penempatan di asrama, 'homeroom' dan kelas... |
Pelajar berbaju biru ni tak pasti jawatan apa.. Tapi, baju biru yg macam baju pengawas nie, memang one the school uniform.. Kaunter ni uruskan persembahan untuk penutup Orientasi |
Mak Datin ni plak sedang bz isi borang... |
Macam-macam borang nak ke isi daaaa.... Tapi, perjalanan pendaftaran sangat smooth, tak kucar kacir langsung.. Flow dari satu kaunter ke kaunter berikutnya pun sangat lancar... I like... |
Walaupun tiap-tiap minggu lalu lalang jalan nie, tapi bila nampak sign board ni masa nak hantar kakak, perasaan excited semakin menggunung tinggi.. ehheehe... |
Abang Amat yang hensem... Dah kurus & panjang jer leher sekarang nie.. |
Kakak yang dah kene pakai cermin mata sebab rabun.. Dan mengikut genetik ibu yg silaunya agak tinggi... Welll, saper soh baca buku dalam cahaya yg tak cukup kan? hehe |
Wajah yang sentiasa ceria sepanjang hari pendaftaran.. Jelas sekali kegembiraan memang sedang mewarnai hidup Liyana Amnani... :) |
Abang Amat lagi... Iris yg tukang snap gambo heheehe |
Sesi Taklimat Bersama Ibu Bapa |
Merenung jauh mengharapkan agar anakanda yang dikasihi terus menggapai kejayaan dan tidak menghampakan harapan kedua orang tuanya... :) |
Like father like daughter... sama kan muka mereka berdua?? ngeh3.. |
Lain kan muka mereka berdua??? ngeh3.. |
Roomate kakak.... Seorang dari Batu Pahat, seorang dari Muar & seorang lagi dari Selangor... |
Locker kakak... |
Dato' & Datin mengimbau memori duduk di asrama... ngeh3... |
Anak ayah... |
Main henpon..ngeh3... |
Baju outing MRSM... Oleh kerana takde saiz, so terpaksalah ibu hantar tempah di kedai... :) |
Telefon awam ditempatkan di setiap 'floor'.... |
Bersama Wan, Moksu & Kakak Wahyu |
Bersama Wan, Moksu & Ibu.... |
Bersama Wan (Ayah) sebelum mengucapkan selamat tinggal..huhuhu.... |
Belanja Wan & Atok makan tengahari lauk ikan patin tempoyak orang Pahang... |
Iris yg gedik.. ngeh3... |
My model Iris Marissa.. hehe |
Sunday, January 13, 2013
Pembukaan D'Western Corner Parit Sulong
Petang 13.1.13, kami buat sedikit kenduri doa selamat, mudah2an berkat rezeki yang dicari dan dilimpahi rahmat oleh Allah... Insya Allah...
Adeh!... Ini Tauke Soh 'Lai' nampak manyak gumuk la with that flowerish apron!.. Seb baik ada muka ayu Iris yang menghiasai gambar menyebabkan gambar ini dipilih untuk dipaparkan...hehe... |
The manager of D'Western Corner yg sgt komited pada kerja.. Siang kerja di CIMB, malam uruskan D'Western Corner... Mudah2an Allah membukakan pintu rezeki seluas-luasnya buat adik kesayanganku ini... |
Sambil menunggu makanan, boleh melayari internet dengan wifi percuma yer... :) |
Sambil tunggu cucian di Irissa Laundry, boleh ngeteh dulu di D'Western Corner... |
Friday, January 11, 2013
D'Western Corner di Parit Sulong
Insya Allah...., D'Western Corner akan dilancarkan pada hari Ahad ini, 13.1.13... Menyediakan masakan barat seperti 'chicken chop', 'fish & chip', 'nugget & fries', 'fries', aneka bebola & juga 'ice blended'... Doakan semoga berjaya yer kawan-kawan...
Ini projek terbaru saya bersama adik saya yang bongsu, Lina Farhana Samsudin... Adik yang beriya-iya dan bersemangat melontarkan idea supaya saya membuka sebuah kedai 'western' yang berkonsepkan ala-ala kampung dan santai.. Dan yang penting, dijual dengan harga yang murah supaya semua golongan masyarakat berpeluang menikmati keenakan masakan barat ini.
Sedikit catatan kronologi indah untuk dikenang...
19/12/2012 : Adik bongsu saya melontarkan idea supaya saya membuka sebuah kedai masakan barat di Parit Sulong...
20/12/2012 : Saya merayau di sekitar Parit Sulong mencari lokasi yang strategik atau kedai-kedai kosong untuk disewa. Akhirnya terfikir untuk buat bersebelahan Irissa Laundry Parit Sulong
21-28/12/2012 : Saya tidak sempat untuk memikirkan sangat mengenai pelaksanaan kedai ini kerana sibuk dengan persiapan Hari Keluarga sebelah Ayah saya serta persiapan anak-anak naik ke sekolah.
30/12/2012 : Mula berfikir secara serius dan all out beli serba sedikit peralatan kedai seperti blender & termos air
1/1/2013 : Beli peralatan plastik di bandar Batu Pahat
5/1/2013 : Beli barangan untuk 'ice blended' di Batu Pahat
6/1/2013 : Beli peralatan kedai seperti sinki dan kabinet dapur di Parit Sulong
7/1/2013 : Beli pinggan mangkuk
10/1/2013 : buat promosi di laman sosial 'facebook'
Sungguh tak sangka, tak sampai sebulan perancangan, sudah boleh direalisasikan.. Alhamdulillah.. Semoga Allah memberkati usaha dan melimpahi rezeki kepada kami... Amiiiin....
Insya Allah kalau Allah izinkan, 31.1.13 (cantik kan nombor nie.. diterbalikkan pun, sama susunannya hehe), saya nak launching satu lagi projek.. Projek ni dah terbengkalai lama dah, sudah dirancang sejak Mac 2012.. Tapi saya yakin dengan ketentuan Allah.. Pasti ada hikmahnya di sebalik kelewatan ini kan...
Semoga Allah memudahkan urusan saya... Amiiiiiiiiiiiiiiin....

Wednesday, January 9, 2013
MRSM Batu Pahat "Yang Terbaik Untukmu Liyana Amnani"
Alhamdulillah... Rahmat itu milik Allah... Siapalah kita yg mampu menidakkan ketentuan Allah.. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Anakanda Liyana Amnani bt. Mustafa Kamal.. Syukur..., satu lagi mimpi-mimpinya jadi nyata!... Mudah2an anakanda akan terus cemerlang di dalam pelajaran dan kehidupan. Ayah & Ibu sentiasa mendoakan kakak agar terus dapat menggapai kejayaan demi kejayaan. Ibu tidak mengharap kakak menjadi seperti ayah yang menjadi Ketua Murid, Ketua Pengawas, Ketua Kadet Bersatu, Ketua Rumah Sukan, Ketua Bola Sepak, Bola Keranjang.. Kakak jadilah diri kakak sendiri, yang tahu hala tuju kakak, target kakak dan impian kakak selama ini. Yang penting Agama Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Sedikit kronologi indah untuk dikenang...^_^
1/1/2013 : pendaftaran Sekolah Menengah Perempempuan Temenggong Ibrahim (Temenggong Ibrahim Girls School). Yuran pendaftaran RM201.00
2/1/2013 : hari pertama persekolahan di TIGS. Aku yang gi hantar kakak ke TIGS.. Jam 6.30 pagi keluar rumah, tiba di TIGS jam 7.00 pagi..
3/1/2013 : Kakak tumpang Cikgu TIGS, Cikgu Noris.. yang juga merupakan kawan ayah semasa di UTM dulu.. Kawan sama-sama PALAPES dengan ayah.
4/1/2013 : Hantar surat rayuan permohonan ke asrama. T/hari dapat panggilan telefon daripada Penyelia Asrama, permohonan telah berjaya. Segera ke asrama & uruskan isi borang & bayaran pendaftaran asrama ~ RM98
5/1/2013 : Ke Jekel Batu Pahat untuk membeli baju PRAP Asrama TIGS berwarna pink & kainnya berwarna maroon
6/1/2013 : Ke BP Mall Batu Pahat untuk membeli baju lengan panjang keperluan asrama yang lain.
7/1/2013 : Pagi kakak ke sekolah macam biasa, tumpang Cikgu Noris.. T/hari saya & Mus ke asrama TIGS membawa baju & peralatan asrama yang lain.
8/1/2013 : Pagi Mus ke asrama TIGS untuk hantar beberapa keperluan yang tertinggal di rumah seperti fail sekolah, kalkulator etc
8/1/2013 : Petang : Mus dapat sms daripada pihak MARA
"RM0.00 MARA : MRSM Ting.1 2013 Prog. U.Albab & IGSCE. Tahniah! Anda telah berjaya. T.Daftar 15.1.2013. Sila cetak surat twrn di http://semakmrsmF1.mara.gov.my"

Tuesday, January 8, 2013
Ku rasa kosong... kosong... oooo
Semalam (7/1/2013) hantar kakak register asrama TIGS.. Kakak dah mula buat muka, muka orang taknak duduk asrama.. Tapi, bila tanya, kenapa ni? taknak duduk asrama ke? jawapannya "takdelah..." Tapi, bila kita nak balik, mulalah panjang muncungnya.. dengan muka sedihnya.. hati kita pun jadi gundah jer...
Petang dalam kul 5 lebih tu, kakak telefon... "Ibu.. I have no friend lah ibu.. I'm so shy.." Aduuuus... Si Kakak ni mmg pemalu sikit orangnya (kalau belum kenal kawan..) Tapi esok lusa kalau dah ada kawan, barulah OK sikit..
Yelah, aku pun paham.. Dalam dorm tu, ada 20 orang pelajar.. Semuanya dah masuk awal.. Kakak dan sorang lagi pelajar, Balqis jer yg baru masuk semalam.. So, mestilah rasa macam kera sumbang kan?...Yang senior senior tu, bukannya reti nak tegur tegur adik adik baru nie.. Masing-masing buat hal sendiri jer.. grrrr... geram jugak lah aku menengokkannya.. But I'm sure, seminggu dua lagi ok lah tu kakak kat situ...
Tapi, honestly malam tadi mmg kurasa kosong.. kosong.. ooo... bak lirik lagu Najwa Latiff tu laa... Aku dok teringat si kakak yg tak pandai buat keje sangat... Nak kemas baju pun tak reti, apatah lagi nak basuh baju.. Semalam kakak siap call aku tanya camner nak basuh baju kecik dia? adeh! anak... anak...
Lepas tu, aku terkenangkan kakak dapat katil di tingkat atas.. Dengan saiznya yg "kecil" tu, masalah besar utk kakak nak turun naik katil... Mahu bergegar otak kawan2 kat bawah tu dibuatnya.. Lepas tu dgn masalah si kakak yg pemalu (atau sebenarnya lebih tepat, rasa rendah diri), segan nak bagitau kat kawan, nak memanjat katil..
Pagi tadi, pagi pagi lagi dah ada missed call kat hp aku & mus dari public phone asrama kakak... Aku malam tadi mmg 'silent'kan hp sebab selalu terganggu dgn group "cuzzie muzzie" aku yg suka hantar sticker kat LINE malam malam buta.. selalunya kul 2-3 pagi bising jer bunyi notification masuk.. Karang kalau Mus dgr bunyi hp mesti dia bising, ingat aku main fesbuk malam malam buta... Tu yang aku silent'kan hp tu.. Si Mus plak ngecas hp dia kat bawah.. Hp bunyi pun tak dengar.. Entah apalah yang di adukan lagi pagi nie.. Mesti nak bagitau, dia tak suka duduk asrama la tu.. Takpelah kita bagi kakak masa sebulan dua nie.. Kalau tak selesa jugak duduk asrama, duduk jerla rumah.. Berulang jerlah hari hari ke TIGS tu...
Memang si kakak ni jenis study sendiri.. Bukannya pandai nak study ramai-ramai dengan kawan-kawan.. Kalau kat rumah tu, biasanya memang memerap jerla kat bilik dia tu.. Nak buat homework sambil dengar radio ke, sambil meniarap ke, sesuka hati dia lah.. Memang begitu dunia dia... Lagi satu si kakak ni memang sgt lembut hatinya.. Mudah tersentuh, mudah menangis, mudah terasa hati... Nampak badan jer besar, tapi hatinya kecil..
Ya Allah.. Kau berikanlah apa yang terbaik buat anakandaku Liyana Amnani...

Locker beso ni jerk.. bawak baju pun takleh byk2.. 4 helai baju lengan panjang, 4 helai seluar tracksuit, 4 pasang baju kurung, 3 helai baju sekolah, 2 helai baju prap..hehe.. |
Pagi tadi, pagi pagi lagi dah ada missed call kat hp aku & mus dari public phone asrama kakak... Aku malam tadi mmg 'silent'kan hp sebab selalu terganggu dgn group "cuzzie muzzie" aku yg suka hantar sticker kat LINE malam malam buta.. selalunya kul 2-3 pagi bising jer bunyi notification masuk.. Karang kalau Mus dgr bunyi hp mesti dia bising, ingat aku main fesbuk malam malam buta... Tu yang aku silent'kan hp tu.. Si Mus plak ngecas hp dia kat bawah.. Hp bunyi pun tak dengar.. Entah apalah yang di adukan lagi pagi nie.. Mesti nak bagitau, dia tak suka duduk asrama la tu.. Takpelah kita bagi kakak masa sebulan dua nie.. Kalau tak selesa jugak duduk asrama, duduk jerla rumah.. Berulang jerlah hari hari ke TIGS tu...
Memang si kakak ni jenis study sendiri.. Bukannya pandai nak study ramai-ramai dengan kawan-kawan.. Kalau kat rumah tu, biasanya memang memerap jerla kat bilik dia tu.. Nak buat homework sambil dengar radio ke, sambil meniarap ke, sesuka hati dia lah.. Memang begitu dunia dia... Lagi satu si kakak ni memang sgt lembut hatinya.. Mudah tersentuh, mudah menangis, mudah terasa hati... Nampak badan jer besar, tapi hatinya kecil..
Ya Allah.. Kau berikanlah apa yang terbaik buat anakandaku Liyana Amnani...
Friday, January 4, 2013
Boxing Day di JPO
Kalau dulu di UK, hari yang ditunggu tunggu utk ber'shopping' sudah pasti pada 26 Disember atau lebih dikenali dengan nama Boxing Day... Dulu, saya pernah juga bertanya-tanya dengan rakan2, apa sebenarnya makna Boxing Day tu? Menurut mereka, 'boxing day' adalah hari di mana mereka membuka semua 'box' hadiah sempena krismas mereka, iaitu sehari selepas perayaan hari Krismas.. Sebab itulah dinamakan boxing day!...
Bagi masyarakat Malaysia pula, boxing day adalah untuk ber'shopping' kerana kebanyakan outlet akan memberikan potongan harga yg giler giler selepas Hari Krismas.. Almaklumlah, rakyat Great Britain kan dah bershopping sebelum krismas.. So, selepas Krismas kiranya jualan runtuh lah.. Macam kat Malaysia jugaklah, harga runtuh kan bermula selepas jam 12 tengah malam menjelang hari raya? Kan... Samalah tu.. hehehe
Terus terang setelah 4 tahun tinggalkan UK, tahun ini saya sangat rindukan suasana bershopping di Boxing Day.. Kebetulan pula, sepupu-sepupu saya sibuk bertanyakan pengalaman mengikuti pengembaraan tanpa sempadan bersama Kelana Convoy.. Mmg carik nahaslah jawabnya... Mode blues pun sudah mari... Maka saya pun mengajaklah En.Asben saya ke JPO, sebuah tempat yang memang dia sangat tak suka pergi. Mus kata, ini tempat orang kaya-kaya, tak bestlah kat sini.. Bagi orang-orang kebanyakan macam kami nie, pegang barang letak, pegang barang letak.. Banyak tak payah daripada payah...hehe Tapi, saya akhirnya berjaya juga memujuk Mus ke sini... (Saper tak sayang bini kan?hehehe... Tapi, jgn harap la dpt habuan di sini... Cuci cuci mata boleh lah...) Walaupun boxing day jatuh pada 26 Disember tapi di Malaysia saya mengisytiharkan Boxing Day Malaysia jatuh pada 25 Disember hehehe.. Sebab, cuma pada tarikh tu jer pun yang kita cuti pun.. 26 Disember dah kene naik keje dah...hehehe
JPO atau Johor Premium Outlet terletak di Kulaijaya mula dibuka sekitar awal tahun 2012.. Saya pun sudah lupa bila tarikh sebenar JPO dibuka sebenarnya.. Nak search tak sempat la plak... Di JPO ini terdapat lebih 80 outlet yang menawarkan pelbagai diskaun menarik setiap hari (katanya..) seperti Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tumi and more
Berjalan-jalan di JPO memang sangat mengimbau memori berjalan-jalan di mana mana outlet Mc Arthur Glen di England mahupun Scotland. Bezanya, harga di JPO ini memang langsung tidak dapat menandingi harga-harga di Mc Arthur Glen.. Entah mungkin nilai wang kita yang menyebabkan perasaan itu datang kot.. Yelah, kalau semua barang harganya ratusan dan ribuan?? Kalau di sana, senyum sahaja nak keluarkan wang 25pound untuk beli handbag tapi di sini??? So, pandang sahajalah yer...
Seronok lah pulak bila ada patung Santa Claus nie.. Rasa macam berjalan2 di J28 la pulak yer.. Cuma Boxing Day biasalah keluar shopping dengan baju 2-3 lapis.. Bukan santai macam ni pun hehehe...
Tapi, sewaktu berkunjung ke JPO ini pada 25/12/2012 yang lalu, saya dapati Carlo Rino mmg sales giler giler lah! sebab saya dah banyak kali lalu lalang kat Carlo Rino Batu Pahat.. Semua handbag di Batu Pahat yang dijual dengan harga RM400-600, di JPO semuanya 40-50% less!!! Arggh mmg boleh kena sawan dibuatnya.. Alhamdulillah iman masih tebal di dada dan berjaya melawan hasutan syaitan hehehe... Bukan sebab apa, sebab handbag dah banyak dah kat rumah.. Lagi satu di Clarks pun boleh tahan juga sales'nya.. Kalau nak compare dgn harga Clarks di Plaza Angsana, memang di JPO lebih murah selepas potongan 20-25% harga.. Malangnya, stok tak banyak.. Saiz pun, apa yang ada di rak sahajalah.. Bila ada yang kita berkenan dan kita mintak saiz yang kita nak, ini takde itu takde.. Bosanlah...hehe
Yang lagi seronok, dapat jumpa Izan di sini.. Izan pun sedang ambil mood boxing jugak!... syiiiioook kan Zan??
Kepada rakan-rakan yang masih belum berpeluang berkunjung ke JPO, sekali sekala pujuklah En Asben ke sini.. Bolehlah cuci cuci mata... Tapi saya percaya, ramai rakan-rakan kita yang akan bawa pulang ber'beg-beg' 'shopping bag' sebab para doktoran semua kan... Apalah sangat ratusan dan ribuan punya barang kan..hehe...
Ok selamat ber'shopping' everyone!!...

Subscribe to:
Posts (Atom)