Alhamdulillah... Rahmat itu milik Allah... Siapalah kita yg mampu menidakkan ketentuan Allah.. Sesungguhnya Allah sahaja yang Maha Mengetahui apa yang terbaik buat Anakanda Liyana Amnani bt. Mustafa Kamal.. Syukur..., satu lagi mimpi-mimpinya jadi nyata!... Mudah2an anakanda akan terus cemerlang di dalam pelajaran dan kehidupan. Ayah & Ibu sentiasa mendoakan kakak agar terus dapat menggapai kejayaan demi kejayaan. Ibu tidak mengharap kakak menjadi seperti ayah yang menjadi Ketua Murid, Ketua Pengawas, Ketua Kadet Bersatu, Ketua Rumah Sukan, Ketua Bola Sepak, Bola Keranjang.. Kakak jadilah diri kakak sendiri, yang tahu hala tuju kakak, target kakak dan impian kakak selama ini. Yang penting Agama Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...
Sedikit kronologi indah untuk dikenang...^_^
1/1/2013 : pendaftaran Sekolah Menengah Perempempuan Temenggong Ibrahim (Temenggong Ibrahim Girls School). Yuran pendaftaran RM201.00
2/1/2013 : hari pertama persekolahan di TIGS. Aku yang gi hantar kakak ke TIGS.. Jam 6.30 pagi keluar rumah, tiba di TIGS jam 7.00 pagi..
3/1/2013 : Kakak tumpang Cikgu TIGS, Cikgu Noris.. yang juga merupakan kawan ayah semasa di UTM dulu.. Kawan sama-sama PALAPES dengan ayah.
4/1/2013 : Hantar surat rayuan permohonan ke asrama. T/hari dapat panggilan telefon daripada Penyelia Asrama, permohonan telah berjaya. Segera ke asrama & uruskan isi borang & bayaran pendaftaran asrama ~ RM98
5/1/2013 : Ke Jekel Batu Pahat untuk membeli baju PRAP Asrama TIGS berwarna pink & kainnya berwarna maroon
6/1/2013 : Ke BP Mall Batu Pahat untuk membeli baju lengan panjang keperluan asrama yang lain.
7/1/2013 : Pagi kakak ke sekolah macam biasa, tumpang Cikgu Noris.. T/hari saya & Mus ke asrama TIGS membawa baju & peralatan asrama yang lain.
8/1/2013 : Pagi Mus ke asrama TIGS untuk hantar beberapa keperluan yang tertinggal di rumah seperti fail sekolah, kalkulator etc
8/1/2013 : Petang : Mus dapat sms daripada pihak MARA
"RM0.00 MARA : MRSM Ting.1 2013 Prog. U.Albab & IGSCE. Tahniah! Anda telah berjaya. T.Daftar 15.1.2013. Sila cetak surat twrn di http://semakmrsmF1.mara.gov.my"
yuhuuu..tak putus2 mengucapkan syukur dan tumpang gembira untuk liyana. Moga terus suksess dunia dan akhirat,..aminn
ReplyDeleteAmiiiin .... Insya Allah & thanks again & again & again... sana sini ko ucap tahniah yer tie.. tak renti renti.. kalo ko dekat kompem aku dah peluk cium kegembiraan & kesyukuran..hehe...
Deletelepas ni turn aku lak yg termimpi2kan liyana la plak hehehe... aku pun nak mem'bz'kan diri yg dah sedia bz nie lah!hehehe
tak lama lagi turn kakak lak.. mesti bertambah sunyi istana ko sok.. rumah beso kedaung 4 orang jerk duduk hehehe...
Assalamualaikum Kak Laily,
ReplyDeleteTahniah atas keayaan Liyana. Dia dapat MRSM IGSCE saa atau plus ulul albab sekali?
- Aziz @ Penang -
waalaikumsalam aziz...
Deletetq tq tq... si liyana ni ambil yg IGCSE sahaja. yg campuran igcse + ulul albab tu cuma di MRSM Kota Putra sahaja buat masa ini.. sila layari posting akak bertajuk PROGRAM IGCSE DI MRSM
http://teratakmuslaily.blogspot.com/2013/01/program-igsce-di-mrsm.html
bila nak turun Johor???
Tahniah untuk Liyana Amnani dan Kak Lalily sekeluarga. Semoga kejayaan sentiasa mengiringi tuan punya badan :)
ReplyDeletetq aunty Dal.. ko anak kecik2 lagi.. so lmbat sket la nak rasa debaran hehe.. tapi aku doakan jugak la utk anak2 ko nanti INsya Allah.. and thanks too for the though.. peace yo!!!
Delete