Friday, January 4, 2013

Boxing Day di JPO

Kalau dulu di UK, hari yang ditunggu tunggu utk ber'shopping' sudah pasti pada 26 Disember atau lebih dikenali dengan nama Boxing Day... Dulu, saya pernah juga bertanya-tanya dengan rakan2, apa sebenarnya makna Boxing Day tu? Menurut mereka, 'boxing day' adalah hari di mana mereka membuka semua 'box' hadiah sempena krismas mereka, iaitu sehari selepas perayaan hari Krismas.. Sebab itulah dinamakan boxing day!...

Bagi masyarakat Malaysia pula, boxing day adalah untuk ber'shopping' kerana kebanyakan outlet akan memberikan potongan harga yg giler giler selepas Hari Krismas.. Almaklumlah, rakyat Great Britain kan dah bershopping sebelum krismas.. So, selepas Krismas kiranya jualan runtuh lah.. Macam kat Malaysia jugaklah, harga runtuh kan bermula selepas jam 12 tengah malam menjelang hari raya? Kan... Samalah tu.. hehehe

Terus terang setelah 4 tahun tinggalkan UK, tahun ini saya sangat rindukan suasana bershopping di Boxing Day.. Kebetulan pula, sepupu-sepupu saya sibuk bertanyakan pengalaman mengikuti pengembaraan tanpa sempadan bersama Kelana Convoy.. Mmg carik nahaslah jawabnya... Mode blues pun sudah mari... Maka saya pun mengajaklah En.Asben saya ke JPO, sebuah tempat yang memang dia sangat tak suka pergi. Mus kata, ini tempat orang kaya-kaya, tak bestlah kat sini.. Bagi orang-orang kebanyakan macam kami nie, pegang barang letak, pegang barang letak.. Banyak tak payah daripada payah...hehe Tapi, saya akhirnya berjaya juga memujuk Mus ke sini... (Saper tak sayang bini kan?hehehe... Tapi, jgn harap la dpt habuan di sini... Cuci cuci mata boleh lah...) Walaupun boxing day jatuh pada 26 Disember tapi di Malaysia saya mengisytiharkan Boxing Day Malaysia jatuh pada 25 Disember hehehe.. Sebab, cuma pada tarikh tu jer pun yang kita cuti pun.. 26 Disember dah kene naik keje dah...hehehe

JPO atau Johor Premium Outlet terletak di Kulaijaya mula dibuka sekitar awal tahun 2012.. Saya pun sudah lupa bila tarikh sebenar JPO dibuka sebenarnya.. Nak search tak sempat la plak... Di JPO ini terdapat lebih 80 outlet yang menawarkan pelbagai diskaun menarik setiap hari (katanya..) seperti Adidas, Armani, Burberry, Canali, Coach, Ermenegildo Zegna, Gap, Guess, Lacoste, Michael Kors, Nike, Oroton, Polo Ralph Lauren, Salvatore Ferragamo, Tumi and more

Berjalan-jalan di JPO memang sangat mengimbau memori berjalan-jalan di mana mana outlet Mc Arthur Glen di England mahupun Scotland. Bezanya, harga di JPO ini memang langsung tidak dapat menandingi harga-harga di Mc Arthur Glen.. Entah mungkin nilai wang kita yang menyebabkan perasaan itu datang kot.. Yelah, kalau semua barang harganya ratusan dan ribuan?? Kalau di sana, senyum sahaja nak keluarkan wang 25pound untuk beli handbag tapi di sini??? So, pandang sahajalah yer...






 


Seronok lah pulak bila ada patung Santa Claus nie.. Rasa macam berjalan2 di J28 la pulak yer.. Cuma Boxing Day biasalah keluar shopping dengan baju 2-3 lapis.. Bukan santai macam ni pun hehehe...



Tapi, sewaktu berkunjung ke JPO ini pada 25/12/2012 yang lalu, saya dapati Carlo Rino mmg sales giler giler lah! sebab saya dah banyak kali lalu lalang kat Carlo Rino Batu Pahat.. Semua handbag di Batu Pahat yang dijual dengan harga RM400-600, di JPO semuanya 40-50% less!!! Arggh mmg boleh kena sawan dibuatnya.. Alhamdulillah iman masih tebal di dada dan berjaya melawan hasutan syaitan hehehe... Bukan sebab apa, sebab handbag dah banyak dah kat rumah.. Lagi satu di Clarks pun boleh tahan juga sales'nya.. Kalau nak compare dgn harga Clarks di Plaza Angsana, memang di JPO lebih murah selepas potongan 20-25% harga.. Malangnya, stok tak banyak.. Saiz pun, apa yang ada di rak sahajalah.. Bila ada yang kita berkenan dan kita mintak saiz yang kita nak, ini takde itu takde.. Bosanlah...hehe

Yang lagi seronok, dapat jumpa Izan di sini.. Izan pun sedang ambil mood boxing jugak!... syiiiioook kan Zan??

Kepada rakan-rakan yang masih belum berpeluang berkunjung ke JPO, sekali sekala pujuklah En Asben ke sini.. Bolehlah cuci cuci mata... Tapi saya percaya, ramai rakan-rakan kita yang akan bawa pulang ber'beg-beg' 'shopping bag' sebab para doktoran semua kan... Apalah sangat ratusan dan ribuan punya barang kan..hehe...

Ok selamat ber'shopping' everyone!!...


4 comments:

  1. haha pegang letak pegang letak..sudahnya posing je la..tention ooo aku g situ sbb balik berlenggang...grrr

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha! tau takper.. aku hari tu cuma beli cokelat utk anak2 ngan perfume jerk.. itupun sbb perfume aku dah abes dan harganya sama jer ngan kat luar..
      jom kita ramai-ramai bergabung buat mc arthur glen kita sndirik..haha

      Delete
  2. aku xpernah jejak lg kak..maklum le nk ke JB tu humang aiii jauh bebeno..tp kalu gi pun mau seksa azab gak nak pujuk en zul..tmbh2 semua org ckp benda yang sama..mahal..mahal..mahal...alamat tengok2 gmbr org je la..huhuhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. itupun puas akak pujuk abg mus ko farah.. kebetulan hari tu mmg takde plan lain, so dia ok jerlah tapi mmg dah boleh agak, mmg takkan dapat beli apa2 laa.. hehehe...
      tapi, aku tgk kawan2 lain yg isteri isteri kepada para doktoran, relek jer shopping kat JPO nie.. ber beg-beg bawak balik shopping bag!... aku mmg tak mampu la nak beli bebarang branded cam tu hehe.. almaklumlah...huhu

      Delete