Thursday, January 17, 2013

Gulai Ikan Patin Tempoyak di Batu Pahat

Sejak berkahwin dengan Mus, saya sudah mula pandai makan gulai ikan patin masak tempoyak. Masakan ini sangat famous di Negeri Pahang... Ikan Patin yang paling sedap adalah ikan patin dari sungai Pahang.. Kalau makan yang original ni, memang tak cukup 5 pinggan lah jawabnya... Kebanyakan ikan patin yang ada di pasaran sekarang adalah ikan patin kolam.. Kalau di sekitar Jerantut, Maran, Bentong, kita masih lagi boleh memperolehi ikan patin sangkar. Patin sangkar ni sebenarnya masih dikategorikan sebagai patin sungai kerana disangkarkan di pinggir sungai dan masih menerima bekalan air sungai pahang...

Di Johor, kalau teringin nak makan ikan patin, selalunya Makcik Mus (bernama Laili) akan beli di daerah Kluang.. Mungkin yang ini patin sungai Kahang kot.. Tapi, rasanya masih boleh tahan, sedap!

Di Batu Pahat, terdapat sebuah kedai yang menyediakan menu masakan Ikan Patin Tempoyak. Uniknya, tukang masak di kedai ini (Kak Izan) merupakan anak jati Pahang.. Atau lebih tepat lagi, Jerantut. Pertama kali kami makan di sini adalah pada 10/1/2013 yang lalu, setelah membawa kakak keluar dari asrama TIGS. Memang boleh bagi 5* untuk makcik nie.. Memang betul-betul selera Pahang lah! Patutlah persis orang Pahang masak, rupa2nya memang orang Pahang 'pure' yang masak.

Pada 15/1/2013 yang lalu (setelah selesai urusan pendaftaran kakak di MRSM Batu Pahat), kami berkunjung untuk kali ke dua kedai kak Izan ini untuk belanja mak dan abah Mus makan di sini. Borak punya borak, bual punya bual, tanya punya tanya.. Rupa2nya orang kampung Mak dan kemungkinan ada kaitan sedara mara sebab semua nama yang mak sebut, Kak Izan tu kenal dan semua nama yang kak Izan sebut, pun mak kenal... Ha? Ashaner tu? hehehehe...
Harga masakan ikan patin di sini memang agak mahal.. Seketul RM8.. Kali pertama kami makan, tiga orang makan = RM45... Kali kedua kami makan, makan 6 orang = RM65... Tapi, memang berbaloi-baloilah rasanya.. Cuma tak boleh lah nak makan tiap tiap hari.. Boleh bankrap tauke dobi dibuatnya hehehe...

Kedai Kak Izan ni terletak betul betul di 'corner' Pusat Servis Proton di Taman Maju Batu Pahat... Cari sahaja Pusat Servis Proton Taman Maju, kak Izan ni menyewa di sudut Pusat Servis ini. Menurut Kak Izan sudah 8 tahun dia berniaga di sini...

Mak Mertua saya pun pakar memasak ikan patin masak tempoyak... Saya pun pandai gak masak ikan ni tapi air tangan orang jawa kan tak sama dengan air tangan orang Pahang kan.. Saya ingat nak belajar lagi sampai pandai, pastu nak bukak cafe ikan patin tempoyak kat Parit Sulong plak.. Amacam???hehe


6 comments:

  1. alamak teringin beno nak merasa...camne ni..g bp byk beno nak dirasa..aku dh teringin nk mkn beriani..ni ada menu baru plak..mana nak sumbat
    ko ni skrg nmpk sume bende nak wat bisness ek..

    ReplyDelete
  2. hehehehe kalau cenggitu.. kene duduk 2 hari la kat batu pahat hehehe... check in jer Teratak Muslaily.. kompem free (B&B) hehe...

    ha'ah memang tie!... kat fikiran ni asyik fikir nak tarik seberapa banyak duit orang masuk kat akaun kita, demi mengelakkan banyak duit kita masuk kat akaun orang.. hahaha.. ini teori bahar.. aku sampaikan jerk.. haha...

    ReplyDelete
  3. Kalau di pahang, hidangan patin terbaik adalah di temerloh, sebab itu temerloh diberi gelaran bandar ikan patin. Rasa patin temerloh takkan sama dgn tempat lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. teringin nak makan ikan patin temerloh... bole cadangkan tempat yang menarik utk kami cari? :)

      Delete
    2. koi orang temerloh..tpi koi x brapa pasti dgn restoran yg sdap2 sbb orang phang besenye masak dan mkan patin tempoyak kat umah jerw..ade satu restoran namenye Go'Bang Maju berada bwah jambatan besar,tepi sungai phang dan btol2 dpan traffic light..cubelah search kat google

      Delete
  4. Jemput datang ke D Kantin Pt Raja Patin Tempoyak Sungai Pahang

    ReplyDelete