Friday, August 19, 2011

Makna Doa Di antara Dua Sujud

Makna Doa Di Antara Dua Sujud
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (Sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Mudah-mudahan selepas ini kita akan membaca doa ini dengan penuh khusyuk dan tidak membaca laju-laju ataupun mungkin ada yang sekadar toma'ninah sahaja.

Nota :
1. Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.
2. Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.
3. Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan.
4. Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat.
5. Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.
6. Solat yang tidak sah, tidak perolehi apa-apa pahala.

Thursday, August 18, 2011

Berakhir sudah..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita.. So, aku redha dengan ketentuan Allah.. Dah ditulis belum ada rezeki lagi untuk kami, aku redha.. Sebagaimana aku katakan dari awal lagi, jika ADA adalah yg terbaik buat kami, aku terima.. Namun jika TIADA adalah terbaik buat kami, aku juga terima dgn hati yg terbuka. Walaupun jauh di sudut hati ada sesalan yg masih bersisa, lantaran mmg aku dah lama tunggu saat saat ini.. Namun aku tahu Allah telah memberikan yg terbaik buatku.. Insya Allah cuba lagi tanpa kenal putus asa..

Wednesday, August 17, 2011

Kail dan ikan

Bila kita bagi dia peluang dan ruang, dia taknak gunakan sebaiknya.. Macam2 alasan diberi, merayu, menangis dan mengadu domba ke sini sana.. Kita yg mmg lmbut hati dan sentiasa berkompromi ni, tak henti berfikir bagaimana cara nak menyenangkan hati dan hidup dia.. Bila kita dah cari jalan keluar sbagaimana kehendak dia, sibuk la pulak nak berubah angin, kembali kpd jalan asal.. Pening sungguh melayan kerenah manusia yg di hati tiada pedoman hidup, yg sentiasa merusuh dgn kehidupan, yg tiada arah tujuan..

"kalau tak mampu nak bahagiakan atau senangkan hidup org lain, boleh tak berhenti dari menyusah atau memeningkan kepala org lain?"

Monday, August 15, 2011

Memang Degil

Memang degil! Itu saja ayat terbaik utk Cik Puan Laily.. Sudah disuruh erehat tapi dah memang sifatnya yang tak reti nak duduk diam, masih terus-terusan melasak dan aktif bekerja.. Kalau kerja di pejabat tidak mengapa, hanya duduk di kerusi mengadap PC. Ini tidak! Masih degil bekerja berhempas pulas di Irissa Laundry!

13 Ogos 2011
Sebenarnya hari ini merupakan hari pertama Wahyu bekerja di Irissa Laundry. Jadi, byk perkara yg perlu diajar dan ditunjukkan kpd Wahyu.. Dan memang pada hari ini basuhan sgt banyak, jadi kami bekerja tanpa henti sepanjang hari. Ingin membiarkan Wahyu mengangkat basuhan seorang diri, terasa kasihan pula di hati. Implikasinya pada diri sendiri, darah masih lagi terus-terusan keluar.. Malamnya, saya utk berehat dan baring baring sahaja sepnjang malam walaupun di dalam hati, perasaan melonjak2 ingin menjengah kedai, namun ditahankan sahaja niat di hati.

Macamana yer nak berehat2? Hujung minggu ni, mak dah booking aku untuk masak masak 'ngunjung'.. Saper lagi yg nak tolomg mak masak masak kalau bukan aku dan bibik? Anak kesayangan mak kat kl tu mmg susah la nak balik. Almaklumlah, kos pegi balik KL tu, mengalahkan harga ayam di pasaran.. Anak mak yg ada depan mata, mmg mak tak tunggu lah, sbb anaknya ramai dan tuntutan tugas yg sgt besar, jadi sukar utk menolong. Anak mak yg bongsu plak,tak habis habis lagi jmpa kawan2 di KL.. Ramai sungguh kawan2.. Takkanlah anak mak yg sulong ni, nak bg alasan pregnant utk dapat lesen duduk bersantai santai jer kat bilik? Takkan nak biarkan mak yg sakit tu, buat keje kat dapur? Nanti org kata, masak masak utk kwn2 datang boleh pulak, takkanlah masak masak utk mak sendiri, tak boleh ye tak?

Kalau ada yg tertanya2 apa makna 'ngunjung' tu sbnarnya adat org jawa yg akan hntar makanan ke rumah rumah jiran tetangga dan juga saudara mara sempena bulan puasa ni.. Kiranya macam bersedekah la nie.. Tapi, bila perkara yg baik (bersedekah di bulan Ramadhan kan mmg digalakkan), tiba2 dah jadi mcm adat wajib, yang kalau tak dibuat dah macam dosa besar ker, tu yg aku sgt sgt tak setuju dari dulu lagi!



15 Ogos 2011
Dan Alhamdulillah hari ini (15/8/2011), sudah 2 hari tiada lagi darah yang keluar. Tak sabar rasanya menanti nak check up esok. Mudah2an berita baik mengiringi kami esok Insya Allah..

Friday, August 12, 2011

Bosannya berehat...

Memang sudah menjadi kebiasaan saya, berehat-rehat bukanlah sesuatu yang saya suka buat. Tapi memandangkan hari ini masih banyak lagi darah yang keluar, saya menehadkan pergerakan dan keaktifan saya...

Pagi tadi, saya membongkar kotak kotak lama utk mencari pakaian2 lama yg mmg telah lama sy simpan utk anak bibik.. Biasanya mmg semua kotak akan saya angkat sendiri tapi kali ini saya hanya memberi arahan sahaja, selebihnya bibiklah yg bertungkus lumus menurun dan menaikkan kotak-kotak..

Selesai membongkar kotak, saya bersantai-santai di hadapan laptop smntara menunggu anak2 pulang dari sekolah.

Tengahari tadi saya mendapat tugasan yg mmg amat saya gemari. En Mus dikehendaki menyelia pelajar Latihan Industri di Kuching, Sibu dan Bintulu. Tugas saya adalah mencari tiket, hotel dan merangka itenerari.. Ouh! Saya sgt suka! Duduk berjam-jam di hadapan laptop pun saya sanggup asalkan dpt merancang perjalanan dgn lancar. Saya juga sempat melayari google maps untuk merancang perjalanan En Mus dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.

Selesai tugasan yang menyeronokkan ini, saya berehat seketika dan melelapkan mata sebelum turun ke dapur semula jam 6 petang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.. Menu hari ini sangat simple : paprik ayam, hati/pedal masak kicap dan home made martabak.

Thursday, August 11, 2011

Yang terbaik..

Alhamdulillah, bila saya letak status di facebook "tolong puan doktor! Puan pakar puan! Puan Ustazah! Apa masalah sy ni?" ramai yg mmberikan komen..
Ada yg kata hormon laa..
Ada yg kata stress laa..
Ada yg suruh jumpa pakar jiwa la (hihihi dia bergurau!)
Ada yg kata mengandung luar rahim laa
Ada yg kata kau kene kacau dgn 'something' kot..
Ada yg kata kau ada pegi mana2 tak? Ada yg ikut kot..
Ada jugak yg suggest cubakah produk bio ever..
Ada yg call directly, tanya what had happened
Ada juga yg PM me personally mntk sy cepat jumpa pakar
dan mcm2 lagi..
Sejujurnya, sy brsyukur dikurniakan teman-teman yg sgt prihatin di sekeliling saya...

Hari ini hari ke 14 saya period.. Darah masih lg keluar tanpa menunjukkan tanda2 akan berhenti, membuatkan kerunsingan saya seakan tidak bertepi lagi.. Segera langkah diatur menuju ke Pusat Kesihatan Universiti utk berjumpa Dr Saidatun Nisak.

Soalan pertama yg terpacul dari bibir D Saidatun "bila last period? Ada gap tak?" membuatkan otak segera beroutar 360 darjah ke belakang mengimbau sesuatu yg prnah juga terlintas di fikiran.. Dr Saidatun kemudiannya meminta saya membuat UPT (ujian kehamilan ler tu) dan hasilnya POSITIF!!! Namun kegusaran masih lagi bersarang di benak Dr Saidatun memandangkan ujian ultra sound tidak dpt mengesan sebarang kehamilan! Dr Saidatun menyarankan supaya saya segera merujuk kpd pakar gyne di Hospital Pantai utk pemeriksaan lanjut.. Setelah berbincang bersama suami, En Mus bersetuju menanggyng semua kos rawatan dan pemeriksaan di hospital swasta itu.. Thanks my lovely hubby! Love u so much!!!

Pemeriksaan lanjut bersama Dr Lau telah dilakukan ptg tadi dan doktor mengesahkan saya hamil 5 minggu, namun saya mengalami komplikasi threaten pregnancy yg bermaksud confirm saya hamil namun disebabkan sesuatu masalah, saya mengalami pendarahan ranpa henti sejak 2 minggu yg lalu.. Saya akui mmg saya sgt sgt sibuk dan aktif bekerja sejak kebelakangan ini tanpa menghiraukan kesuhatan dan keselamatan diri.. Memang beginilah saya, sejak dari dulu lagi, memang lasak walaupun sedang hamil.

Dr Lau berusaha menyelamatkan kehamilan saya dengan memberika satu suntikan serta ubat untuk menahan pendarahan di sampind Asid Forlic yg perlu diambil setiap hari selama seminggu.. Saya diminta berehat sepenuhnya selama seminggu dan doktor akan melihat semula perkembangan janin selepas seminggu.. Mudah2an ada rezeki utk kami menimang cahayamata baru tahun depan..

Walau apa pun ketentuan Allah, kami redha.. Jika yg terbaik untuk kami adalah ADA, kami bersyukur dgn rezeki yg diberi.. Tetapi jika yg trbaik buat kami adalah TIADA, kami juga redha..

Wednesday, August 10, 2011

Lebaran Penuh Makna

Ingin diabadikan di sini tarikh ini..

10 Ogos 2011 : 10 Ramadhan 1432
Anak bibik yang bernama Wahyu Larasaty selamat tiba di Malaysia setelah hampir setengah jam daya dan Mus memujuk bapak imigresen di Surabaya sana untuk melepaskan Wahyu menaiki pesawatnya.. Korupsi sungguh berleluasa di sana, mudah2an mereka diberi hidayah oleh Allah untu bertaubat. Dan mudah2an kami dihindari dari manusia sebegini..

Jam 9 malam, kami bertolak ke LCCT untuk menjemput Wahyu.. Penerbangan Wahyu dari Surabaya juga bermula pada waktu yang sama, sekitar 9.10mlm dan dijangka tiba di LCCT jam 12.30 malam. Setibanya kami di lcct jam 12.30 malam, pesawat dari Surabaya juga baru sahaja mendarat di landasan.

Agak lama juga menunggu Wahyu di pintu keluar, setelah lebih sejam menunggu dan Wahyu masih tidak nampak bayangnya mbuatkan en.mus menghubungi kaunter Imigresen untuk mendaptkan informasi, bimbang jika Wahyu ditahan lantaran inilah kali pertama dia menaiki pesawat.

Syukur, jam 2 pagi kami bertolak pulang ke Parit Raja. Yang pasti lebaran tahun ini merupakan lebaran yang paling bermakna buat bibik kerana anaknya kini di sisinya..

Tuesday, August 9, 2011

Update blog

Malam ni cuba cuba update blog guna iphone..
Lambat plak rasanya menaip guna satu jari..
Spelling error pun byk..
Ok, kita tukar guna dua ibu jari..
Mcm taip sms guna keypad handphone biasa tu..
Lebih laju sikit berbanding yg satu jari tadi..
Pun masih byk lg spelling error..
Ternyata aku lebih selesa menaip guna keyboard komputer,
boleh guna kesembilan sembilan jari yg ada.. :)

Bersabarlah wahai hati...

bersabarlah wahai hati dengan kerenah mereka yang bekerja sambil lewa nie.. borang hilanglah, surat tak sampailah, dokumen tak dikembalikanlah...

muhasabah diri.. muhasabah diri... mesti ada dosa-dosa kecil yang kita tak sedari telah kita buat sebab tu Allah uji kita dengan dugaan sebegini...

Bonus Raya 2011

Petang semalam, semua orang tersenyum simpul mendengarkan berita pengumuman bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos 2011.

Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, walaupun tidaklah sebanyak mana namun sekurang-kurangnya ada juga la rezeki untuk adik-adik dan anak-anak saudara di hari raya nanti.

Bak kata Ustaz Haji Abdul Razak Ariffin, wang yang kita dapat sebenarnya tidak semestinya rezeki yang mutlak untuk kita. Oleh itu, sebagaimana tahun-tahun yang sudah, rezeki yang diperolehi akan disalurkan kepada orang-orang di sekeliling pula. Mudah-mudahan ALlah akan melimpahi rezeki lain yang lebih melimpah ruah pula. Insya Allah, tidak akan miskin dengan wang yang didermakan ke jalan yang halal...

Monday, August 8, 2011

8.8.2011 - 8 Ramadhan..

Hari ini 8 Ogos 2011 atau 8.8.11 yang juga 8 Ramadhan 1432 Hijrah.

Apa istimewanya hari ini? oh hari ini merupakan hari kelapan umat Islam menyambut Ramadhan, bererti sudah 8 hari berpuasa, namun aku masih belum lagi mula berpuasa. Terasa kerugian yang amat sangat mengenangkan sasaran 30 juzuk masih belum bermula lagi. Namun, aku redha dengan ketentuan Allah. Bererti, aku perlu meningkatkan usaha untuk melunaskan paling tidak 2 juzuk setiap hari. Good luck Laily!!!...

Lagi apa yang istimewa pada tarikh 8 Ogos ini? 12 tahun dahulu, pada tarikh 8.8.99, sekali lagi majlis besar untuk aku telah berlangsung, iaitu Majlis Persandingan di rumah Mus pula. Terasa baru semalam ia berlaku.. Masih terasa perit dah nanah sejarah 12 tahun dahulu, dan kini tarikh itu tiba lagi. Begitu cepat waktu berputar. Namun, kematangan hadir seiring dengan pengalaman. Aku bersyukur dengan apa jua yang telah kukecapi saat ini... Thank you Allah!..



Friday, August 5, 2011

Tahniah Farah-Sarip

Tahniah diucapkan kepada Kak Farah dan Abg Sarip serta seluruh ahli keluarga di atas kelahiran seorang lagi puteri di dalam keluarga mereka pada hari Jumaat, 29 Julai 2011, jam 9.30 pagi di Hospital Putrajaya.

Semoga dengan kehadiran puteri ini akan menambahkan seri di dalam keluarga mereka, dan semakin bertambah murah rezeki. Mudah-mudahan sang puteri membesar menjadi anak solehah penyejuk kasih ayah dan bonda... Insya Allah...

Rakan-rakan dipohon untuk mendoakan agar kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat sepanjang melalui tempoh berpantang...

ICU Hospital Sultanah Aminah

Lebih kurang jam 9.00 malam tanggal 4 Ogos 2011, saya membaca status di facebook sepupu suami (Teratai Purple) berkenaan kebimbangannya mengenai ayahnya. Sudah 20 hari ayahnya ditahan di ICU lantaran mengalami kemalangan di kebunnya bulan lalu.

Menurut cerita isteri Pakcik Mat (Makcik Laili, yer! memang benar makcik Mus ini mempunyai nama yang sama dengan saya), Pakcik Mat telah terjatuh dari motosikal dan tergolek jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter. Kesan kemalangan itu, 4 tulang rusuk Pakcik Mat telah patah, dan paru-parunya rosak.Para doktor telah berusaha membantu dan merawat Pakcik Mat. Alhamdulillah, setelah beberapa hari tidak sedarkan diri, Pakcik Mat sudah mula sedar dan boleh berbual-bual walau masih dalam keadaan yang lemah.

Namun begitu, ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu menduganya. Malam tadi, kami dikejutkan dengan berita Pakcik Mat sudah nazak dan hanya bergantung dengan mesin pernafasan sahaja.

Lebih kurang jam 12.30 malam, saya dan Mus bergerak ke Hospital Sultanah Aminah untuk menjenguk keadaan Pakcik Mat, namun Pakcik Mat hanya tidur dengan begitu nyenyak sambil sesekali nafasnya berombak kencang. Di leher Pakcik Mat juga sudah ditebuk lubang bagi memasukkan salur yang ntah apa namanya.

Doktor dan jururawat yang bertugas menasihati kami agar tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Pakcik Mat sembuh seperti sedia kala, sekaligus membuatkan kami bersedia dan redha dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. Kami dimaklumkan jantung Pakcik Mat kian lemah dan sudah mula dibekalkan dengan ubat bagi membolehkan jantungnya berdegup normal.

Setelah berbual pelbagai perkara bersama Makcik Laili dan jururawat bertugas, kami bergerak pulang ke Parit Raja. Sesampai sahaja di rumah, aku menyiapkan juadah bersahur untuk mak, adik dan anak-anak dengan tema "as simple as you can".

Thursday, August 4, 2011

Tetamu Hari Ini

Hari ini Adik dan Mak akan datang berbuka puasa di rumah. Mula-mula ingatkan adik sorang jer nak datang, tapi tiba-tiba dalam kul 4.15petang tadi, adik bagitau rupanya mak pun nak ikut sekali. So, perancangan nak masak simple-simple tiba-tiba berubah menjadi agak 'heavy'.

Menu hari ini
1. Ayam golek - sebab mak suka ayam golek
2. Sotong goreng tepung - sebab mak suka sotong goreng tepung
3. Sayur kangkung - sebab itu jer sayur yang ada kat rumah
4. Desert - bubur pulut hitam sebab itu jer desert yang ada dalam peti. Memang buat lebih hari tu sebab Mus suka makan ulang-ulang kali.
5. Ingat nak gorengkan char kuew tiau la utk mak sebab ada sikit lagi bagi kue teaw yang belum dimasak lagi, baki semalam.
6. Lain-lain ~ maybe cari kuih barang sejenis dua di bazar ramadhan. Kalau ikut tekak, nak makan pisang goreng panas panas jer berbuka ni..

Gambar akan diupload esok... Kita tengok menu apa yang muncul.. Perancangan biasanya tidak sama dengan pelaksanaan... Masya Allah...

Menu sebenar 4 Ogos 2011

Promosi Ramadhan dan Syawal di Irissa Laundry

Sempena Ramadhan dan Syawal ini, IRISSA LAUNDRY akan mengadakan promosi potongan harga sebanyak 30% untuk setiap perkhidmatan yang disediakan di kedai mulai 6/8/2011 hingga 5/9/2011.

Irissa Laundry menyediakan perkhidmatan mencuci, membersih, mengering dan menggosok pakaian, toto/comforter, langsir, cadar, 'bear', 'jacket', 'coat' dan lain-lain lagi. Cucian tangan (hand wash) dan cucian kering (dry clean) juga disediakan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Lenny : 012-755 8691
Puan Laily : 019-716 6334

Sukarnya menjadi dia... senangnya menjadi dia...

sukarnya menjadi dia..
senangnya menjadi dia..
Dua dia yang berbeza..
Tetapi bersatu hati dan rasa..
yang memandang remeh kehidupan dan realiti
yang memandang tinggi amal dan redha
Usaha, amal dan takwa perlu seiring
bukan sekadar hiasan di bibir...
bilakah kemelut kan berakhir?

Jejari Runcing

Tetiba tersangkut la pulak dengan blog Jejari Runcing nie.. Mudah2an Allah menunjukkan jalan kepada kedua-dua mereka, agar dapat menyelesaikan masalah yang kian meruncing. Bagi aku, bermusyawarah adalah jalan terbaik. Jika tiada jalan penyelesaian yang dapat dipilih, sebaik-baik jalan adalah perpisahan. Mudah-mudahan kedua-dua mereka diberi kekuatan untuk berdepan dengan ujian Allah ini.. Insya Allah...

Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

July 30, 2011

Ashraf,
Lelaki transeksual



KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985, lahir seorang bayi yang diberi nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Bayi lelaki milik pasangan Mak Yah dan Abdul Aziz tersebut sempurna segenap bentuk sifatnya tanpa sebarang kecacatan. Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.

Dari kecil lagi, Mak Yah sudah melihat ciri-ciri kewanitaan yang wujud di dalam diri anaknya itu. Namun, apalah daya seorang ibu untuk menghalang kecenderungan semulajadi yang semakin menonjol itu. Ashraf terus membesar dengan sifat kewanitaan yang makin terserlah.

Abdul Aziz, 60, pula menceritakan bahawa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk mendisiplinkan anak-anaknya. Namun berhadapan dengan Ashraf, dia mengakui bahawa tidak dapat menyelesaikan masalah ‘keperempuanan’ anaknya itu.

Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.

Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya.

Menyebut mengenai pekerjaaan Ashraf, menurut Mak Yah, dia difahamkan bahawa anaknya bekerja di Putrajaya, namun tidak memberitahu apa perkerjaan sebenar anak lelakinya itu.

Tanpa pengetahuan Mak Yah dan Abdul Aziz, Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang perubatan itu dikatakan telah menjalani ujian perubatan dan hormon di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada sekitar tahun 2007 dan dikatakan layak untuk bertukar jantina.

Kemuncak kepada ‘proses kewanitaan’ Ashraf berlaku ketika kedua ibu bapanya itu berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2009, apabila mengambil keputusan sendiri untuk menjalani pembedahan menukar jantina di salah sebuah hospital di Thailand tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya itu.

Meskipun pembedahan tersebut berjaya memuaskan naluri kewanitaan Ashraf, dia berdepan dengan kemarahan ibu dan ayah apabila mereka bertindak membakar semua pakaian perempuan miliknya serta menghalaunya keluar dari rumah.

Menurut Mak Yah, meskipun Ashraf dihalau dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya, namun anaknya itu hanya berani tidur di dalam kereta sahaja.

Hidup terbuang dari keluarga tidak mematahkan semangat Ashraf untuk menjadi lebih wanita apabila memfailkan petisyen kepada Mahkamah pada 15 Mei lalu bagi membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada ‘Aleesha Farhana’, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajiannya.

Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.

Kekecewaan Ashraf jelas terbayang apabila mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu apabila menyatakan dia lebih rela mati untuk memperjuangkan matlamatnya menukar nama di atas kad pengenalannya dan nekad untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.

Semoga Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz diberikan pengampunan oleh Allah S.W.T serta dicucuri rahmat ke atasnya, Al-Fatihah.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Wednesday, August 3, 2011

Puasa dan Sahur

Panduan Mendidik Kanak-kanak Berpuasa dan Bersahur
(dipetik dari Berita Harian,Selasa ~ 2 Ogos 2011)

1. Hidangkan juadah panas untuk bersahur kerana masakan panas boleh menambahkan selera
2. Pelbagaikan jenis masakan kerana masakan yang sama menjemukan anak-anak untuk makan
3. Perlu ada masakan berkuah yang mudah dimakan dan boleh mengenyangkan
4. Tanya anak sebelum tidur menu yang disukai mereka untuk makan waktu sahur
5. Elakkan masakan pedas yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada siang hari
6. Elak menyediakan makanan berminyak
7. Galakkan anak makan buah dan minum banyak air pada waktu sahur
8. Elakkan anak kecil yang kurang daripada usia 4 tahun makan di hadapan anak yang sedang berpuasa
9. Kurangkan menonton televisyen kerana terdapat banyak iklan makanan yang boleh menggugat fokus anak berpuasa


Panduan mengejutkan orang bangun sahur
(dipetik dari Berita Harian,Selasa ~ 2 Ogos 2011)

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan
2. Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil namanya
3. Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
4. Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
5. Tutup kipas atau pendingin hawa

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di Kampung

Saban tahun, setiap kali awal Ramadhan menjelang, kami pasti pulang ke kampung untuk bersama-sama menyambut puasa ~ bersahur dan berbuka di hari pertama bersama keluarga. Kebiasaannya jika 1 Syawal disambut di Kota Tinggi, 1 Ramadhan akan disambut di Parit Sulong. Begitulah juga sebaliknya. Tahun ini (2011) giliran menyambut raya di Kota Tinggi, so awal Ramadhan disambut di Parit Sulong.

Tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin, oleh itu kami mempunyai cuti yang panjang untuk tahun ini iaitu 3 hari sementelahan Johor bercuti pada awal Ramadhan. Awal-awal lagi, aku telah menyampaikan amanat kepada seisi rumah untuk bersiap sedia mengemas rumah sebelum Ramadhan menjelang. Pertamanya, kerana bila dah berpuasa nanti, kasihan pula pada anak-anak yang pasti keletihan jika diajak berkemas di samping keterujaan kami untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Keduanya, tidaklah kami terkejar-kejar untuk menghias-hias rumah di kala semua orang sibuk mengejar syafaat di bulan Ramadhan dengan bertadarus, bertarawikh dan berzikir sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

2 hari kami peruntukkan untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Anak-anak juga turut seronok melakukan kerja-kerja tersebut bersama-sama. Iris si kecil comel sebagaimana biasa akan turut sibuk memunggah semula barang-barang yang telah dikemas, atau menyimpan semula barang-barang yang perlu dibuang. Semua 'NO' untuk Iris sehingga akhirnya Iris bertanya "ayes, Ayis nak wat apa ni bu?" (habis tu, Iris nak buat apa ni bu?) hehe Iris..Iris..

Tengahari Ahad, aku telah mengorak langkah pulang ke kampung lebih awal kerana misiku di Irissa Laundry masih belum terlunas. Suami dan anak-anak meneruskan gotong-royong sehingga lewat petang dan tiba di kampung sejurus sebelum azan Isyak berkumandang.

Kesyukuran bertasbih di hati kerana anak-anak semuanya bersemangat untuk memulakan solat tarawikh malam itu. Mudah-mudahan semangat itu akan berkekalan hingga ke malam-malam terakhir juga. Insya Allah...

Kakak sudah boleh diharap mengetuai bacaan Yassin siap dengan bacaan doanya sekali.. Insya Allah, akan melatih Ahmad pula selepas ini memandangkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu Ahmad pikul satu hari nanti...

Aku yang tidak berupaya menyambut awal Ramadhan tahun ini berkampung di kedai dobi. Sepanjang malam aku tidak tidur untuk melunaskan tanggungjawabku pada "my soul" itu.. Dan siang Ahadnya, memandangkan aku yang paling bertenaga di kalangan ahli rumah, sekali lagi tenaga dihabiskan di "my soul" itu juga... Lihat sahaja kerja-kerja yang telah dilunas sepanjang satu malam dan satu siang ini... Hati pasti sahaja berbunga riang penuh kepuasan.



Hari pertama berbuka di Parit Sulong. Lihat sahaja makanan yang memenuhi tikar... Setiap orang pergi ke bazar Ramadhan dan membeli makanan kegemaran masing-masing. Itu belum lagi masakan yang dimasak oleh tukang masak tersohor, Chef Bonda lagi tu... Ikan pari bakar bersama air asam,lemak labu bersama kacang panjang serta daun ubi dan ulam-ulaman dimakan bersama kuah kacang... Ini baru 4 beradik yang balik. Ada 2 keluarga lagi yang tidak dapat bersama. Adik yang nombor 3, menyambut puasa di rumah mertua. Sementara adik yang nombor 4, tidak dapat pulang ke kampung kerana baru sahaja pulang seminggu yang lalu. Beginilah jika tinggal jauh dari keluarga, di kotaraya Kuala Lumpur pula tu.. Kos pergi dan balik sahaja sudah boleh buat belanja barang dapur selama setengah bulan.

Monday, August 1, 2011

'Anniversary' di 1 Ramadhan


Tahun ini 1 Ramadhan disambut agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Hari ini 1 Ramdhan jatuh pada 1 Ogos 2011. Satu tarikh yang memberikan sejuta makna di dalam hidup aku sebagai seorang wanita kerana pada tarikh keramat inilah aku dengan sahnya menjadi suri hidup seorang insan bernama suami.

Sebagaimana biasa, seperti tahun tahun yang sudah, 1 Ogos dilalui sebagaimana melalui hari hari yang biasa, tiada bezanya dengan 364 hari yang lain juga. Namun sedikit berbeza, tahun ini hari ini dilalui pada pembukaan Ramadhan, bulan di mana dibukakan pintu rahmat seluas-luasnya. Dan sedikit berbeza juga, sang suami sudah mula pandai menyebut-nyebut dan mula mengingati tarikh ini. Sudah pandai memberikan pembayang untuk 'candle light dinner' di mana-mana hotel walaupun hanya di bibir, langsung tidak terlunas, namun aku bersyukur dengan sedikit kelainan itu pada tahun ini.

Di bulan yang penuh barakah ini, aku bersujud memohon sepenuh hati kepada Allah, agar memanjangkan usia perkahwinan kami, moga berkekalan hingga hujung nyawa, dan berbahagia hingga ke syurga.

12 tahun mengorak langkah bersama..., mengharungi onak duri, ketawa dan menangis bersama... Hidup kami lebih bererti dengan kurniaan 2 puteri dan 1 putera Liyana Amnani, Ahmad Qamarul Mustafa Kamal dan Iris Marrisa... "We all love you so much ayah..." Moga Allah merahmati perjalanan hidup kami...Insya Allah....