Monday, August 1, 2011

'Anniversary' di 1 Ramadhan


Tahun ini 1 Ramadhan disambut agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Hari ini 1 Ramdhan jatuh pada 1 Ogos 2011. Satu tarikh yang memberikan sejuta makna di dalam hidup aku sebagai seorang wanita kerana pada tarikh keramat inilah aku dengan sahnya menjadi suri hidup seorang insan bernama suami.

Sebagaimana biasa, seperti tahun tahun yang sudah, 1 Ogos dilalui sebagaimana melalui hari hari yang biasa, tiada bezanya dengan 364 hari yang lain juga. Namun sedikit berbeza, tahun ini hari ini dilalui pada pembukaan Ramadhan, bulan di mana dibukakan pintu rahmat seluas-luasnya. Dan sedikit berbeza juga, sang suami sudah mula pandai menyebut-nyebut dan mula mengingati tarikh ini. Sudah pandai memberikan pembayang untuk 'candle light dinner' di mana-mana hotel walaupun hanya di bibir, langsung tidak terlunas, namun aku bersyukur dengan sedikit kelainan itu pada tahun ini.

Di bulan yang penuh barakah ini, aku bersujud memohon sepenuh hati kepada Allah, agar memanjangkan usia perkahwinan kami, moga berkekalan hingga hujung nyawa, dan berbahagia hingga ke syurga.

12 tahun mengorak langkah bersama..., mengharungi onak duri, ketawa dan menangis bersama... Hidup kami lebih bererti dengan kurniaan 2 puteri dan 1 putera Liyana Amnani, Ahmad Qamarul Mustafa Kamal dan Iris Marrisa... "We all love you so much ayah..." Moga Allah merahmati perjalanan hidup kami...Insya Allah....

No comments:

Post a Comment