Friday, August 5, 2011

Tahniah Farah-Sarip

Tahniah diucapkan kepada Kak Farah dan Abg Sarip serta seluruh ahli keluarga di atas kelahiran seorang lagi puteri di dalam keluarga mereka pada hari Jumaat, 29 Julai 2011, jam 9.30 pagi di Hospital Putrajaya.

Semoga dengan kehadiran puteri ini akan menambahkan seri di dalam keluarga mereka, dan semakin bertambah murah rezeki. Mudah-mudahan sang puteri membesar menjadi anak solehah penyejuk kasih ayah dan bonda... Insya Allah...

Rakan-rakan dipohon untuk mendoakan agar kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat sepanjang melalui tempoh berpantang...

2 comments:

  1. tahniah farah..dan sariff...anak ke 5 ek?...so maknanya 3 girl ke dah?

    ReplyDelete
  2. Hmm aku pun tak brapa sure, brapa ramai sbnrnya anak si farah ni hehhe

    ReplyDelete