Tanggal 1.11.11 kerja-kerja mengukur dijalankan oleh Juru Ukur bertauliah... Tujuan kerja-kerja ukur ini dijalankan adalah bagi memastikan kita menambak tanah dan membina rumah di atas lot yang tepat.
Mengikut cerita tuan tanah yg lama, kerja-kerja ukur telah dijalankan dahulu semasa kerja-kerja pecah lot dijalankan, namun kami gagal menemui batu tanda tersebut. Oleh itu, sebagai jaminan masa depan, adalah lebih baik kami mengupah Juru Ukur sekali lagi sebagai langkah-langkah keselamatan. Tidaklah nanti di kemudian hari, bergaduh pula dengan jiran sebelah rumah, sekiranya kita terambil sedikit tanah mereka.
2 peringkat kerja ukur telah dijalankan iaitu mengukur aras dari ketinggian jalanraya dan juga mengukur dari lot ke lot untuk menandakan kedudukan sebenar tanah kami. Tujuan mengukur dari aras jalanraya adalah bagi mengenalpasti ketinggian terbaik untuk menambak tanah supaya tanah yang ditambak sama tinggi dengan aras jalanraya, ini penting bagi memastikan tapak rumah kita terselamat dari ancaman banjir. Memandangkan kawasan tapak rumah kami ini pernah dilanda banjir 5 tahun yang lalu, ada sedikit kegusaran yang bersarang di hati. Namun, bencana alam adalah perancangan Allah.. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berikhtiar namun ketentuan adalah di tangan-Nya...
No comments:
Post a Comment