Thursday, November 10, 2011

Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid

Hari ini saya nak berceloteh tentang koleksi novel penulis thriller no.1 Malaysia, seorang penulis yang sangat saya kagumi, seorang penulis yang saya minati..., Ramlee Awang Murshid.. Saya mempunyai hampir kesemua novel tulisan beliau.

Sejarah perkenalan kami (chewah... maksud saya, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan hasil karya Ramlee Awang Murshid...) bermula 7 tahun yang lalu. Waktu itu, saya baru berpindah dari UTM ke UTHM. Saya bersyukur ditemukan dengan seorang rakan yang sangat suka membaca novel dan mempunyai koleksi novel yang sangat banyak. Sejak berkawan dengan aminazura atau nama penuhnya Siti Nur Azurah bt. Mohamed, saya mula mengumpul semula novel setelah bertahun-tahun saya tidak membaca novel atau membeli novel.

Melalui Zura, saya mula mengenali novel Tombiruo. Waktu itu, novel terakhir trilogi Tombiruo iaitu Tombiruo Terakhir baru sahaja dipasarkan. Oleh itu, saya perlu membaca novel pertama iaitu Tombiruo barulah saya boleh membaca novel kedua dan ketiga!... Menakjubkan, saya berupaya menghabiskan ketiga-tiga novel dalam tempoh kurang seminggu sahaja, berbanding tujuh tahun untuk menghabiskan pengembaraan Tombiruo yang berpanjangan selama 7 tahun kerana novel Tombiruo dihasilkan sekitar tahun 1998 kalau tidak silap..

Ini catatan peribadi saya yang dicoretkan sekitar tahun 2005
"Pada 17/2/2005, aminazura belikan saya novel Tombiruo, tapi saya tak terus baca sebab saya sedang exam. Kemudian pada pada 25/2/2005 saya beli Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Mula membaca Tombiruo menyebabkan saya tidak dapat berhenti membaca kerana jalan ceritanya yang sungguh menarik. Tidak sabar rasanya ingin melihat kesudahan kisah Ejim. Ini diikuti dengan kisah Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Jika orang lain menghabiskan masa selama 7 tahun (bermula dengan Tombiruo-1998, Semangat Hutan-2001 dan Tombiruo Terakhir-2004) untuk mengetahui penyudah kisah pahlawan pagan Hutan Keningau ini, saya hanya mengambil masa 3 hari sahaja untuk membaca ketiga-tiga novel tersebut. Ini semua gara-gara jalan ceritanya yang digarap dengan begitu menarik, suspen dan penuh emosi membuatkan saya tidak boleh berhenti membaca selagi tidak sampai ke noktahnya yang terakhir. Kepuasan yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata setelah saya selesai membaca karya Ramlee Awang Murshid trilogi Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Semua persoalan yang terbit di benak akhirnya disimpulkan di penghujung cerita."

Bermula dari itu, saya mula mengumpul semua hasil karya Ramlee Awang Murshid seperti A.D.A.M (Aku Darah Anak Malaysia), Satu Janji, Rahsia Perindu, Ranggau, Ungu Karmila, Bagaikan Puteri, Cintaku di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, 9 Nyawa, Cinta Sufi, Rayyan Fantasi dan yang terbaru Sutera Bidadari...

Novel yang paling saya gemari ialah Cintaku di Harajuku... Berulang-ulang kali saya membaca novel ini. Sewaktu mengikut suami ke United Kingdom dahulu, saya sanggup bawa novel-novel kesayangan untuk diulang baca tatkala kerinduan pada Malaysia meragut kenangan. Dan, rakan-rakan saya juga membantu saya mengirimkan novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid iaitu Ungu Karmila dan Cinta Sang Ratu (kalau tak silap) semasa saya berada di sana.

Manakala pengembaraan dan kisah Laksamana Sunan dalam koleksi Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011) memang tiada tandingan. Ramai peminat-peminat di luar sana (termasuk saya juga) mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling.Kisah pertemuan Haryani yang hidup di masa sekarang dan Sunan yang hidup di Kurun ke 15, pasti mengundang pelbagai kenangan indah dlm pembacaan yang sukar dirungkai dengan kata-kata.

Dengar khabarnya novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul Fiksyen 302 akan berada di pasaran pada bulan Disember 2011 ini

Saya juga ada penulis-penulis lain yang saya suka tulisan mereka.. Insya Allah, di lain posting, akan saya ceritakan mengenai mereka pula...

Anak pertama saya, ternyata mengikut jejak langkah saya. Setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah, tiada destinasi lain yang menarik perhatiannya melainkan Kedai Buku. Setiap kali kami keluar, beg selempangnya pasti akan diisi dengan buku cerita. Setiap waktu senggang, samada ketika menunggu hidangan dihantar atau ketika menunggu giliran, pasti ada sahaja buku yang dibaca.

Dan, yang seronoknya sekarang ini saya juga berkongsi minat yang sama dengan pekerja kedai dobi saya, iaitu Wahyu Larasaty a.k.a anak bibik saya. Kami sering berbual-bual tentang pengembaraan Laksamana Sunan dalam Bagaikan Puteri. Seronoknya mengupas kisah Laksamana Sunan dalam kelima-lima novel RAM... Saya masih lagi mengembara bersama Cinta Sufi, belum lagi sampai ke penamat dalam Sutera Bidadari... Insya Allah, sebelum Fiksyen 302 keluar, mungkin akan tamat pembacaan saya..

25 comments:

  1. sy dah lama baca novel tapi baru2 nie dah jatuh chenta dgn karya R.A.M.... otw nk kumpul adventure of laksamana sunan hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. btl3.... semua karya R.A.M best sangat sangat:)

      Delete
  2. dan sekarang dah keluar Sunan Musafir pengakhir pengembaraab Laksamana Sunan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. magis ade sambungan lagi laksamana sunan tu,dia pergi mase hadapan

      Delete
  3. Sy peminat novel sejak habis spm 10 tahun dulu.. Sejak mengenali karya RAM bermula dari Tombiruo, saya terus mengumpul kesemua karya RAM sehingga sekarang.. Rasa puas dapat mengumpul kesemua koleksi RAM.

    ReplyDelete
  4. salam..
    saya pun peminat novel2 R.A.M ni. actually, saye mula tertarik dgn karya2 beliau b'mula dgn novel bagaikan puteri.sjak itu, saye terus m'ngumpul novel2 R.A.M... x sbr nk tggu novel t'barunya slps sunan musafir!

    ReplyDelete
  5. asalam... saya x menyangkal bhw membaca karya2 R.A.M boleh menimbulkan keterujaan. bnyk jgk novel beliau yg saya baca tp x semua sbb ada yg belum berpeluang utk baca atas faktor kewangan dan masa. asal jumpa novel beliau je, duit kering. heee...
    apa2 pon, novel Cinta Sang Ratu paling saya minat w'laupun sedih ckit sbb Ratu Sulaman tu meninggal. sambungannya belum berkesempatan utk saya baca. sgt sedih... pertama kali baca novel ADAM, saya umur 10 tahun! ^^" saya betul2 kagum dgn beliau w'laupun saya x dpt jd macam beliau sbb saya tulis novel genre romantik komedi yg jiwang2... heee... tapi ttp suka bc novel thriller dpd novel jiwang..heee ^_^! happy jmpa peminat2 R.A.M disini buatkan saya komen dgn sgt pnjg. sorry! ^^,

    ReplyDelete
  6. assalam...
    sy jgak slh seorg peminat novel2 RAM. yg paling sy minat trilogi Bagaikan Puteri. stiap kali sy baca novel2 ni sy trasa spt sy brada di alam tersebut. sy tbayangkan bagaimana Laksaman Sunan mnewaskan musuh2 nya.sekiranya trilogi ini di filem kan, sy la org yg paling teruja utk mlihatnya.. ^_^

    ReplyDelete
  7. salam .. first novel RAM yang saya bace ialah Cinta sufi . memang dapat dirasakan watak Laksamana sunan wujud .. selepas tu sy mula mencari novel RAM yg seterusnya .. Sunan Musafir merupakan penghujung cerita Laksmana sunan .. tak dapat dibayangkan betapa sedihnye memikirkan selepas ini tak de lagi laksmana sunan

    ReplyDelete
  8. salam..
    hasil karya RAM memang sangat mengujakan serta mampu membwat kita berangan2x mnjadi watak utama...
    novel Hatiku Di Harajuku merupakan novel pertama nya yng pertama kali saya baca ketika berada di darjah 6...apa2x pun RAM adalah yg trbaik...

    ReplyDelete
  9. sunan musafir da keluar!!

    ReplyDelete
  10. yg trbaru dPasaran.. ''Aku Bercerita" (^.^)Y

    ReplyDelete
  11. Magis is the best! pertemuan Laksamana Sunan, Ryu Watanabe, Mikhail, Tombiruo dan Carlos. semua fav novel aku...

    ReplyDelete
  12. Salam, sy jg peminat ram ni... memng best giler criter2 dia...Best sgt2... smpai sgup x tido mlm. Semua novel dia sy dh bc.. kecuali pei pan.. x tahu nk cri kat mane. Skrg ade jual lg ke..

    ReplyDelete
  13. Best giler baca buku RAM, first time baca ungu kamila terus minat,, sekarang 5tajuk lagi xde dlm simpanan

    ReplyDelete
  14. novel RAM memang best... sy sekarang ni br nkl start wt collection.. setakat ni baru ada 15 buah je.. ngah pulun cr lagi.. hahahaha

    ReplyDelete
  15. first book karya ramli awing mursyid yang berkesempatan saya baca ungu karmila..best..sebab saya mmg suka karya dia.. nak try cari laksamana sunan

    ReplyDelete
  16. Saya ada semua novel tulisan RAM. memang best. Anak saudara saya yg suka baca novel org putih pun dah suka baca novel RAM. Memang best katanya. Tahniah RAM.
    PNS

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baca d aplikasi ya, kasih tw linknya donk...

      Delete
  17. Yaa sye fell in love when i was 15. Baca bagaikan puteri dulu. Then, smpai skrang non stop kumpul buku beliau. Btw, buku peipan ,igauan maut and anugerah pertama dh tk dipublish ke? Sedih la tk jumpa..

    ReplyDelete
  18. saya peminat novel RAM ..Terutama novel2 yang berunsurkan epic Ada lagi tak novel epic terbaru yang telah di terbitkan

    ReplyDelete
  19. Cara baca novel ramli d HP gmna ya klau da yg tw linknya ksih tw donk...

    ReplyDelete
  20. Salam.. Harap sgt ada sesiapa yg boleh bantu saya dptkan senarai novel dr RAM.. Saya mula baca karya RAM 9 Nyawa terus ikuti sampai skrg dan jadikan koleksi.. Saya minta senarai sbb nak pastikan sya x ketinggalan novel dr RAM.. Lau boleh senarai mengikut tahun dr novel pertama hingga yg terkini.

    ReplyDelete