Friday, November 11, 2011

11.11.11

Tak tau apa nak dicoretkan di tarikh yg cantik nombornya ini... Tiada apa-apa yg istimewa hari ini.. Sekadar hari hari biasa sahaja...

Hari ni anak-anak dapat report card... Secara keseluruhannya, aku berpuashati dengan pencapaian Ahmad yang semakin baik. Tahun ini, Ahmad dapat naik kelas lagi... Tahun pertama dihantar ke kelas ke tiga.. Tahun kedua dinaikkan ke kelas kedua.. Tahun ketiga, tiada peningkatan.. Dan masuk tahun ke empat tahun depan, Ahmad naik ke kelas pertama.. Syukur Alhamdulillah...

Kakak pula, nampak sedikit merosot membuatkan ibu tak senang duduk memikirkan UPSRnya tahun depan... Takpela nak... Tahun depan kita all out yer!!... Ini semua salah ibu.. Sibuk sangat ke hulu ke hilir berulang-alik dari rumah ke kedai dobi, hinggakan mengabaikan anak-anak ibu di rumah.

Rekod matapelajaran Bahasa Melayu kedua-dua anak memang tak pernah bagus terutama Bahasa Melayu Pemahaman tak pernah dapat A... Kalau English memang tak pernah B lah.. Ini yang merisaukan kami... Nampaknya, tahun depan tumpuan perlu diberikan lebih kepada matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains mereka.

Untuk sekolah agama, kakak yang baru 6 bulan dinaikkan ke darjah 5, nampaknya menunjukkan prestasi yang sangat-sangat memberangsangkan... Kakak dapat no.6 dari 30 pelajar yang ada, merupakan sesuatu yang mengagumkan. Insya Allah untuk tahun hadapan, ibu yakin kakak boleh menaikkan lagi prestasi kakak. Dan kakak perlu berusaha untuk UPKK kakak tahun depan, ibu sentiasa doakan kejayaan kakak...

Mutiara Kata
"anak-anak ibarat sehelai kain yang putih bersih.. Kita sebagai ibu bapalah yang akan mencorakkan kain itu mengikut citarasa kita... Andai buruk corak itu, buruklah ia..."

"anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai contoh dan idola mereka.. jika baik contoh yang kita beri, baiklah juga mereka jadinya..."

2 comments:

  1. ly...amnani darjah 5 kan sek agama taun ni..knapa UPKK dia taun depan..sbb maisarah UPKK dia taun ni...dah lepas dah ....

    ReplyDelete
  2. tie.. Amnani kan baru lompat kelas. Lepas jer exam pertengahan tahun hari tu, Amnani terus lompat kelas dari tahun 3 terus lompat ke tahun 5. So, biasalah ustaz ustazah kat sekolah tu, tak bagi dia ambil exam UPKK sebab takut tak boleh nak bawak... Tak taulah, tahun depan boleh ambil ke tidak.. Aku berserah jer.. Kalau tak boleh ambil pun, tak per lah.. Dan aku berbangga dengan pencapaian dia tahun nie.. Walaupun baru 6 bulan duduk kat kelas tahun 5 nie, tapi dia boleh moving forward dgn cukup pantas... Syukur Ya ALlah...

    ReplyDelete