Malam tadi, aku bermimpi aku menyertai program Masterchef dan aku dapat masuk ke final bersama seorang lagi peserta. Hidangan aku malam itu ada 3 hidangan, hidangan yang pertama aku tak ingat, yang kedua asam pedas ikan mayong, dan yang ketiga kami perlu sediakan satu pencuci mulut.. sangat pelik pencuci mulut ni, sbb diperbuat dari keropok.. Ntah la aku pun musykil, sehinggakan ada para penyokong kami, yang tolong dapatkan dulu bahan utama tu, then serahkan pada kami untuk diolah... kelakar pun ada...hehehe...
Dalam pertandingan itu, apa yang aku masak serba tak menjadi. Aku ajar lawanku cara-cara masak asam pedas, tapi untuk hidangan aku sendiri byk elemen yang aku lupa hehe.. Sehinggakan ikan pun aku lupa nak masukkan dalam kuah, dah nak mendidih baru teringat nak masukkan ikan.. lawak kan?..
Lepas tu, masa nak buat hidangan ketiga, kami tunggu supporters yang tolong carikan bahan utama.. Bila supporters sampai, ingatkan bawak keropok, rupa-rupanya tahu kering atau ada juga orang panggil 'pucuk'.. Kelam kabut jugalah nak fikir apa pencuci mulut yang boleh dibuat dengan tahu kering.. Masa tu suasana dah jadi kecoh sbb suppporters pun sibuk hulur tangan beri bantuan pada peserta. Aku dah jadi hilang arah, sorang datang, tolong hias pinggan untuk ikan, tapi datang pulak sorang lagi alih ikan kat pinggan lain.. aku jadi kelam kabut tak tau nak ikut yang mana satu.. hidangan dah jadi bercampur-campur dah.. hiasan pun dah jadi caca marba. supporters contestant aku datang jengah hidangan aku. Dia kata, hidangan peserta yang sorang lagi tu lagi menarik dan sedap. Sejujurnya jauh di sudut hati, aku rasa sungguh kerdil sebab peserta tu jauh lebih muda dari aku dan aku yang banyak ajar dia tapi at the end, aku punya yang tak sempurna...
Aku terjaga dari tidur bila terdengar Mus balik dari PALAPES..
hahahahahaa.. nak gelak la kuat-kuat... boleh bikin novel lah, kalau mimpi yang bukan-bukan nie..
Sambung tidur, mimpi lain la pulak.. Mimpi ni memang best.. Aku mimpi aku pegi UK lagi sekali, dengan Farah Zul pulak tu.. pelik betul.. Nak gelak lagi la kuat-kuat hahaha.. Aku asyik check-in kat iphone jer setiap kali sampai di satu satu lokasi. Aku rasa, sejak balik dari UK, dah lebih 10 kali aku mimpi aku pegi UK lagi.. Kalaulah mimpi kan jadi kenyataan, mesti best kan..
ok cukup,cukup... keje...keje..keje.. Banyak keje nak diselesaikan hari nie.. Walaupun bos takde, kerja-kerja pejabat berderet panjang nie...
TERATAK MUSLAILY.... Love of my life ~ pieces of a moment in my life ... The place for me to show all my love to my family, my lovely hubby MUSTAFA KAMAL, my little-princess LIYANA AMNANI, my little-prince AHMAD QAMARUL and my little-angel IRIS MARISSA.
Tuesday, January 31, 2012
Saturday, January 28, 2012
Kisah tas tangan
Sudah hampir seminggu aku melilau-lilau di Summit Parade, di Parkson Square One dan juga di Pacific BP Mall meninjau-ninjau handbag. Setiap kali aku belek handbag, pasti En.Suami dan Ahmad lari jauh-jauh, malas nak layan.
Pernah juga aku suarakan pada En.suami,
"bang, abang nampak tak isteri kawan abang tu? Pakai handbag COACH bang... tu mesti suami dia belikan..."
"branded ke handbag coach tu?
"branded la bang.. dari US..."
"takpe la bu.. membazir jer beli handbag mahal-mahal..."
Walaupun sedih, tapi bila aku kenang-kenangkan balik, betul juga kata-kata En.suami.. Kalau ada duit RM1,000 sanggup ke aku beli handbag coach? Rasa-rasanya baik aku bagi kat mak duit RM1,000 tu kan?.. Dah la sekarang ni tiap-tiap bulan pun tak mampu nak bagi mak seribu ringgit.. kalau sampai satu masa nanti, tiap2 bulan aku boleh permanently bagi mak duit seribu, mungkin aku akan fikirkan untuk beli handbag coach pulak lepas ni.. Insya Allah...
Semalam (Jumaat), aku beranikan diri buka mulut kepada En.Suami
"Bang, malam ni lepas maghrib, kita gi BP Mall heh?"
"Ada apa?"
"Nak beli handbag.."
"Abes tu, handbag yang banyak banyak tu nak buat apa?"
"Alaaa, dah koyak, ada yg dah nak putus tali, ada yg dah buruk.."
"Abes tu, kalau beli yg baru, yg lama lama ni boleh buang ke?"
"Eh! Mana boleh bang.. Semua handbag tu ada sejarah tersendiri... Tak boleh buang...sayang..."
Dan, tanpa disangka-sangka, En.suami setuju nak temankan ke BP Mall, cari handbag! Yahuuuuuuuuuuuu.....
Sejujurnya, aku memang nak cari handbag yang murah-murah jer.. Cukuplah untuk dibawa melasak ke pejabat. Bajet untuk handbag kali ni pun ciput jer.. Mungkin tak ada yang percaya, aku bajet cuma RM60 jer!.. Dan bila sampai di Pacific BP Mall, banyak handbag yang aku berkenan, harganya sangat tidak menepati bajet yang aku peruntukkan... Aku keluar masuk BP Mall dan berulang alik ke Carlo Rino pula. Kalau Sembonia pun dah macam harga Carlo Rino, baik aku ambil CR jer.. Sebab, memang dari dulu teringin nak ada handbag CR.
Masih belum bertemu idaman hati, aku putuskan untuk makan malam dulu di Chicken Rice Shop. Selesai makan, En.suami ajak masuk Carlo Rino. Beriya-iya dia suruh aku ambil Carlo Rino.. Aku cakap, bajet cuma bawah seratus jer bang.. Mana dapat CR.. Sudahnya, aku ajak En.Mus masuk Pacific semula.
Belek punya belek, pilih punya pilih, masih belum dapat idaman hati.. En.suami tanya, nak carik handbag yg mcmaner? Jawapan aku mudah jer, "nak yang murah, tapi nak leather dan ada compartment".. Tiba-tiba En.suami bawakan 2 handbag untuk aku pilih.. Ternyata pilihan En.suami benar-benar memenuhi citarasa aku. Tapi bajet dah melebihi dari yang sepatunya tapi masih reasonable lagi lah!.. Bajet untuk kasut nampaknya terpaksa pegi ke handbag nie.. So, tanpa membuang masa, kami terus pegi ke kaunter bayaran. Sedang aku sibuk nak keluarkan duit untuk bayar, En.suami pun keluarkan duit juga.. Dan sungguh aku tak menyangka Allah mendengar mimpi aku, aku bajetkan cuma RM60, dan ternyata aku cuma perlu keluarkan duit Rm60 sahaja... Kerana selebihnya dibiaya oleh En.suami!!!... Oh sayang, tq tq tq mr hubby!!!...
Dalam perjalanan pulang, barulah En.suami buka cerita, dia baru jer dapat cek. Patutlah beriya-iya suruh aku ambil Carlo Rino.. Arrrrgh menyesal gila tak ambil CR!!!... Lain kali, kalau orang offer tu, jangan tunggu-tunggu lagi, rembat jer terus sebelum dia ubah fikiran!.. Sampai skrg aku masih terkenang-kenangkan si Carlo Rino... Tapi, aku dah sempat bagi hint "birthday nanti, nak hadiah handbag Carlo Rino!!" hahaha.. boleh gitu?

Friday, January 27, 2012
Pasar Karat Batu Pahat
Dahulu saya sering tertanya-tanya apa yang orang sibuk perkatakan tentang Pasar Karat. Terbit keinginan di hati untuk melihat sendiri apa yang dimaksudkan dengan Pasar Karat itu...
Kebetulan di satu hari minggu, 8 Januari 2012, saya berada di kampungku yang permai Parit Sulong. Sebagaimana hari hari minggu yang biasa, mak akan ke Masjid Batu Pahat untuk kelas agamanya. Dan pagi itu, mak meminta bantuan kami untuk menghantarkannya ke Batu Pahat. Oleh kerana Masjid Batu Pahat terletak sangat hampir dengan kedudukan Pasar Karat yang asyik bermain-main di bibir, aku memohon keizinan En.Suami untuk singgah sebentar di pasar tersebut.
Rupa-rupanya Pasar Karat Batu Pahat umpama carboot di UK. Cuma-cuma barang-barang serta harganya langsung tidak dapat menandingi barangan carboot UK.. Rindunya dengan carboot UK, dengan barang-barangnya, harganya, cuacanya....arggghhh segala-galanya lah!!...
Pasar Karat Batu Pahat terletak di Jalan Idrus, berhampiran dengan pasar basah Batu Pahat. Dibuka setiap pagi Ahad seawal jam 7.00 pagi hingga tengahari. Pengunjung sentiasa ramai, tidak putus-putus memeriahkan Pasar Karat ini. Kebanyakan barang merupakan barangan terpakai yang dibawa masuk dari negara jiran Singapura. Boleh dikatakan umpama Mini Rengitlah juga.

Kegilaan Pada Handbag
Aku akui, aku memang gila handbag... Tak kiralah, handbag mahal ke, handbag murah ke. Yang penting, cantik di mataku, walau tidak cantik di mata orang lain. Rasa-rasanya kalau tiap-tiap tahun dapat hadiah handbag sempena birthday atau anniversary pun tak kisah...
Ini antara himpunan handbag yang pernah aku miliki...
Malangnya, setiap kali aku belek handbag, mesti En.suami tak layan, malah mencebik-cebikkan bibir mengusik...
Insya Allah, next week, aku upload lagi beberapa keping gambar handbag yang tak sempat nak upload hari nie..
Di saat entri ini ditaip, aku sedang menjeruk rasa untuk membeli sebuah lagi handbag. Dengan alasan, handbag yang sedang digunakan sekarang, dah nak putus dah... Oh Tuhan... i'm so crazy of handbag...
Ini antara himpunan handbag yang pernah aku miliki...
DOMO : beli di Junction 28, United Kingdom |
TOUCH : beli di City Centre of Nottingham |
Burberry : beli di 'carboot' Trowell |
CLARK : beli di Clark Village |
CLARK : beli di carboot |
MARK & SPENCER : beli di Junction 28 |
FIRINA : beli di The Store Batu Pahat |
No brand : door gift semasa menghadiri kursus di Kota Kinabalu, Sabah |
Tak ingat brand : beli di carboot |
C&L beli di carboot Trowell |
Malangnya, setiap kali aku belek handbag, mesti En.suami tak layan, malah mencebik-cebikkan bibir mengusik...
Insya Allah, next week, aku upload lagi beberapa keping gambar handbag yang tak sempat nak upload hari nie..
Di saat entri ini ditaip, aku sedang menjeruk rasa untuk membeli sebuah lagi handbag. Dengan alasan, handbag yang sedang digunakan sekarang, dah nak putus dah... Oh Tuhan... i'm so crazy of handbag...
Thursday, January 26, 2012
Fiksyen 302
Kekangan masa di Irissa Laundry membuatkan saya terbejat seketika di dalam pembacaan novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid, Fiksyen 302. Helaian terakhir terlunas jua akhirnya jam 12.30 malam 26 Januari 2012.
Debaran di dada berhenti sudah, tanda tanya juga sudah terlerai, bibir meleret senyum kepuasan...
Tuesday, January 24, 2012
CNY di Irissa Laundry
Cuti panjang di Tahun Baru Cina ternyata terasa sangat pendek buat saya. Dua hari pertama, saya mengisi masa dengan menyiapkan cucian karpet para pelanggan.
Manakala dua hari berikutnya, saya bertungkus lumus menyiapkan cucian sejadah masjid yang berjumlah hampir 200 helai keseluruhannya.
Sejadah yang belum dicuci
|
Sejadah yang telah siap dicuci |
Sejadah yang telah di'packing' |
Antara gulungan dan lipatan karpet yang telah siap di 'packing' |
Dua rak ternyata tidak mampu menampung pelbagai jenis toto/comforter yang telah siap di'packing' |
langsir/scallop yang telah siap dicuci dan di'packing' |
Hujan lebat yang turun di petang Isnin (23/2/2012) seolah-olah memberi seribu satu rahmat buat alam lantaran telah berminggu-minggu cuaca panas terik sepanjang hari. Dan saya, sebagaimana biasa sangat suka merenung titis titis hujan tanpa rasa jemu walau sesaat pun.
Alhamdulillah, Allah memurahkan lagi rezeki kami untuk membeli sebuah motokar pelbagai utiliti (MPV) untuk memudahkan kami mengangkut karpet dan toto para pelanggan. My little prince, si Ahmad lah insan yang paling gembira dengan kehadiran si hitam manis ini. Kerap kali dia meminta ayahnya membeli sebuah kereta besar untuk keselesaan seisi keluarga. Saya sering titipkan pesan buat Ahmad, berdoalah pada Allah Ahmad, mudah-mudahan ayah dimurahkan rezeki dan dipermudahkan oleh Allah untuk kita memiliki kereta idaman Ahmad... Ternyata Allah mendengar permintaan hamba-Nya yang kerdil ini. Walaupun si hitam manis ini bukan sebuah kereta yang hebat dan berprestij, namun Alhamdulillah dengan keupayaan dan kemampuan yang kami ada, objektif membelinya dapat dilaksanakan secara optimum. Slogan kami mudah sahaja : BESAR TAPI MURAH. Biar apa pun yang orang lain akan kata tentang pemilihan si hitam manis ini, namun kami tetap puashati dan bersyukur dengan apa yang kami ada.. Alhamdulillah...
Kurang sebulan sahaja lagi, usia penubuhan Irissa Laundry akan mencecah usia setahun. Terbayang kesukaran sewaktu hendak menubuhkannya dahulu. Dengan kekangan kewangan, dengan cabaran yang mendatang, dengan kecetekan ilmu, bukanlah sesuatu yang mudah. Ternyata kami matang dan dewasa seiring dengan perkembangan Irissa Laundry.
Masih jelas terbayang saat-saat getir di enam bulan pertama operasi, tanpa dapat menyimpan wang keuntungan, apatah lagi gaji untuk saya. Namun saya tetap gagahkan hati untuk meneruskan perjuangan. Bagi saya, yang paling penting, saya tiada hutang dengan bank, tiada hutang dengan pembekal mesin, dapat bayar gaji pekerja dan dapat selesaikan bil elektrik dan air saya, itu sudah cukup memadai buat saya. Jauh di sudut hati, saya amat yakin bahawa Insya Allah setelah enam bulan beroperasi, perniagaan akan lebih stabil dan sudah boleh mula menyimpan. Ternyata, naluri saya berkata benar. Bulan ke tujuh membuahkan hasil yang sebagaimana yang saya jangkakan. Dan, sedikit demi sedikit simpanan saya mula bertambah dan berjaya menambah aset Irissa Laundry. Kami kini mengembangkan lagi servis perkhidmatan di Irissa Laundry dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara cucian kering.
Saya akui, saya banyak terpengaruh dengan kaedah seorang sahabat menjalankan perniagaannya. Kata-kata hikmat untuk mengasingkan wang keuntungan hasil dari perniagaan sering saya sematkan di hati. Jangan sekali-kali gunakan wang keuntungan untuk kepentingan peribadi, sebaliknya 'beranak'kan wang tersebut untuk mengembangkan lagi perniagaan.
Dan hari ini, saya berhasrat untuk memiliki sebuah kedai sendiri. Sebenarnya agak sukar bagi seorang yang tidak bermodal seperti saya untuk melaksanakan sebuah impian besar. Namun, kata-kata sahabat "kita perlu kreatif di dalam perniagaan" sentiasa saya sematkan di hati dan saya jadikan sebagai satu cabaran buat saya. Moga impian di awal tahun 2012 ini akan terlaksana. Moga Allah mendengar mimpi-mimpi saya.
Kemudahan internet juga disediakan di Irissa Laundry untuk kegunaan pekerja |
Iris sedang membuat catatan di pintu kedai |
Sunday, January 15, 2012
Irissa Laundry & Carpet Cleaning
TERBARU DI IRISSA LAUNDRY
CUCIAN
KARPET SECARA CUCIAN KERING (dry clean)
Karpet lama telah lusuh dan
hilang serinya?
Karpet terlalu kotor dan sukar
dibersihkan?
Karpet basah terkena hujan atau
banjir?
KINI
TIDAK LAGI PERLU…
mencari serata ceruk kedai yang menawarkan
servis mencuci karpet
menghabiskan wang yang banyak mencuci karpet
menghabiskan masa dan tenaga membersihkan
sendiri karpet
menunggu terlalu lama
menghantar sendiri karpet anda
Irissa
Laundry ada penyelesaiannya…
Kami mempunyai mesin
karpet yang khusus untuk cucian kering
Kami boleh ambil karpet di
rumah
Kami akan menghantar
semula karpet yang telah bersih, wangi dan lebih lembut daripada biasa
KAMI JUGA MENYEDIAKAN
PERKHIDMATAN MENCUCI KARPET
PEJABAT, SURAU, MASJID, RUMAH, SEKOLAH
(WALL TO WALL)
Sila
hubungi
Puan Laily : 019-7166334
untuk keterangan lanjut
#######################
Alhamdulillah... Beribu kesyukuran ke hadrat Allah yang tidak henti-henti melimpahkan rezekinya kepada hamba-Nya yang sentiasa berusaha tanpa jemu, yang tidak putus-putus berdoa, yang redha dan pasrah dengan apa jua dugaan yang melanda....
Setelah 11 bulan beroperasi, Irissa Laundry kini melebarkan lagi perkhidmatan dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara 'dry cleaning'... Berkat mengumpul wang keuntungan secara berdikit-dikit, Alhamdulillah dapat juga Irissa Laundry menambah aset perniagaannya... Walaupun kami masih baru dalam bidang ini, Insya Allah berkat usaha keras dan sungguh-sungguh ini, Insya Allah Allah akan permudahkan laluan untuk kami. Buktinya, sejak adanya mesin karpet ini, tidak henti henti pelanggan menghantar karpet untuk dicuci. Dan kami menjangkakan jumlah ini akan meningkat menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri nanti. Dan syukur juga, cuaca sekarang amat baik, panas setiap hari. Ini memudahkan lagi kerja-kerja kami mengeringkan karpet yang telah dicuci.
Karpet yang sedang menanti giliran untuk dicuci |
Irissa Laundry : January 15, 2012
pelbagai toto |
kawasan jemuran |
Ada juga yang hantar 'soft toy' dan juga bantal |
Saturday, January 14, 2012
14 Januari Datang Lagi
Setiap tahun, bila tiba tarikh 14 Januari, aku akan jadi sangat sentimental.. Sebab tarikh 14 Januari lah kami sekeluarga meninggalkan tanah England.. Setiap kali itu jugalah, perasaan aku akan jadi bercampur baur. Satu-satunya blog kawan yang ada meletakkan entry tentang kepulangan kami ke tanahair hanyalah blog Izan..
http://mrshenri.wordpress.com/2009/01/14/tata-iris/
(Izan, akak mohon kebenaran publish kat blog akak yer.. Agar ianya menjadi kenangan terindah untuk kami sekeluarga)
Tahun ini tanggal 14 Januari, aku cuba membuat sesuatu untuk maju setapak lagi ke hadapan. Bak kata orang, dalam perjalanan kita menuju ke hujung jalan, ada kalanya kita perlu juga menoleh ke belakang, mengenang dan mengimbau kembali memori silam. Namun, langkah pasti perlu terus diatur utk kehidupan yang lebih bermakna untuk kita..
Bermula 14 Januari 2012, Irissa Laundry kita melebarkan lagi sayapnya dengan menawarkan perkhidmatan mencuci karpet secara 'dry cleaning' pula. Kami boleh mencuci karpet rumah, surau, masjid, sekolah mahupun pejabat.
Insya Allah, entry mengenai cucian karpet akan ditulis di entri khas nanti...

Thursday, January 5, 2012
Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor
19 - 21 Disember 2011 yang lalu, kami staf Pejabat Antarabangsa UTHM telah mengadakan bengkel di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor.
Tanjung Leman yang terletak lebih kurang 140km dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja bukanlah satu tempat yang asing bagi saya kerana sering ke rumah makcik saya di Felda Tenggaroh 1. Untuk makluman, Felda Residence Tanjung Leman terletak di penghujung Felda Tenggaroh, berhampiran Felda Tenggaroh 2 iaitu kira-kira 25km dari simpang Felda Tenggaroh.
Kali pertama saya menjejakkan kaki ke pantai Tanjung Leman ialah sekitar tahun 1989. Sewaktu zaman kecil saya dahulu, setiap kali cuti sekolah, ayah saya suka membawa kami sekeluarga bercuti di pantai. Pantai Lido, Pantai Port Dickson, Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Teluk Cempedak merupakan destinasi percutian wajib setiap kali cuti sekolah menjelma. Pantai Tanjung Leman walaupun terletak amat jauh dari kampung kami di Parit Sulong, iaitu kira-kira 150km ini kami kunjungi ketika berpeluang menziarahi makcik di Felda Tenggaroh 1. Masih jelas di ingatan, percutian ke Tanjung Leman merupakan percutian terakhir kami bersama aruah Abang, Mohd. Fauzi Samsudin. Abang pergi meninggalkan kami pada tahun 1990 kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya.
Laluan Kota Tinggi - Mersing juga bukan satu laluan asing bagi saya kerana saya pernah beberapa kali melalui laluan ini untuk berulang alik ke Maktab Rendah Sains Mara, Mersing. Ini juga merupakan laluan utama kami untuk pulang ke kampung ibu mertua di Jerantut, Pahang.
Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, pastinya merasakan satu azab yang besar kerana perlu menempuhi satu laluan panjang yang berbengkak bengkok. Lebih-lebih lagi bila di kiri kanan jalan hanya dipenuhi oleh rimbunan pohon kelapa sawit di sepanjang perjalanan. Namun, sebaik sahaja sepasang mata tertumpu kepada hamparan lautan di depan mata, segala keletihan pasti terbang melayang di bawa bayu laut yang ternyata tidak pernah berhenti berhembus.

Felda Residences Tanjung Leman yang ditubuhkan sekitar Januari 2011 merupakan resort ke enam milik penuh Felda Travel Sdn. Bhd. selepas Felda Residence Hot Springs, Trolak, Tekam, Kuala Terengganu dan Sahabat. Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan informasi yang lebih detail, boleh melayari laman web berikut
Saya juga ingin berkongsi di sini sedikit gambar sekitar Felda Residence Tanjung Leman untuk gambaran yang lebih jelas.
Setelah puluhan tahun tidak ke sini, rupa-rupanya sudah ada
restoran makanan segera KFC di jeti Tanjung Leman.
Berdiri di sini, membuatkan hati berbunga riang, walaupun terbit juga rasa gundah melihatkan ombak yang kadang kala menggulung tinggi, namun pantai, ombak, buih dan bayu tidak pernah gagal memberikan saya ketenangan dan ilham. Sungguh cantik ciptaan Allah, Subhanallah, di dalam hati tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran.
Subscribe to:
Posts (Atom)