Wednesday, December 7, 2011

Pindah 'Office' Lagi

2009 : Bulan Disember - Pejabat Antarabangsa berpindah dari pejabat sementara ke blok baru di D1...

Dan tahun ini, 1 Disember 2012 : sekali lagi Pejabat Antarabangsa diminta berpindah ke blok baru yang lebih besar dan selesa. Alhamdulillah, setelah seminggu berpindah, pejabat kami telah siap beroperasi sepenuhnya.

Thursday, November 24, 2011

Lesen

Setelah 10 hari berlalu...
Barulah terperasan yang lesen memandu dah expired pada 14/11/2011.. Itupun bila ada member kat office nie bgtau dia nak pegi renew lesen dia.
Insya Allah di tahun tahun akan datang, tidak akan ada lagi masalah untuk mengingati tarikh tamat lesen memandu kita kerana sekarang ni tarikh tamat lesen memandu adalah sama dengan tarikh lahir kita..
wajah anggun si manis 17.. muka baru habis belajar... masa tu umur baru 19 tahun hehehe..

gambar before gi UK, umur 'baru' 31 tahun..

balik dari UK, renew lesen setahun jerk... lepas tu lupa, dah 10 hari expired... siap dah merempit di  Lebuhraya Utara Selatan pada 22/11/2011 tanpa rasa bersalah ngeee^_^

yeaaay!!! dah renew.. lesen akan expired pada my next year birthday 29/5/2013...

Monday, November 21, 2011

Seronoknya ber'carboot'

Pengalaman merantau di negara orang, antara yang paling indah untuk dikenang adalah pengalaman ber'carboot' setiap pagi Ahad. Ada juga carboot yang dibuka pada hari Sabtu petang (di Junction) atau Rabu petang (di Arnold). Entah dari mana kekuatan yang kami perolehi sehinggakan sanggup meredah kesejukan pagi di musim sejuk, dengan bekalan air panas di tarmos dan juga biskut ASDA.

Carboot pertama yang kami kunjungi adalah 'indoor carboot' di Mansfield pada 9/12/2006.

Minggu kedua (16/12/2011), kami menjelajah ke carboot Colwick pula

Dan minggu-minggu seterusnya, jarang benar kami melepaskan peluang untuk ke carboot. Bagi kami, carboot sudah menjadi seperti satu kemestian, rutin yang tidak boleh ditinggalkan, dan menjadi seolah-olah satu hiburan, hari bersantai-santai bersama keluarga di hujung minggu setelah seminggu si ayah dan anak-anak bergelut dengan buku-buku.

Carboot di musim panas terutama bulan Jun hingga Ogos biasanya lebih meriah berbanding ketika musim sejuk. Ini pula gambar carboot Calverton pada 10/6/2007. Ketika ini, rakan-rakan kami dari Sheffield (Azizi dan Tuan Norhayati) dan Leeds (Norwati) datang berkunjung ke Nottingham.

Antara banyak-banyak carboot yang pernah kami kunjungi, kami paling suka carboot di Trowell yang hanya dibuka pada musim panas sahaja. Kebiasaannya, kami akan cuba sampai seberapa awal yang boleh, dan pulang seberapa lewat yang boleh. Kedengaran agak melampau kan? Namun itulah keseronokan yang kami alami, hingga hari ini, setiap kali teringat kenangan ber'carboot' seakan ada manik jernih yang bergenang di kelopak mata. Dan, hingga ke hari ini juga, saya sering kali tersenyum sendirian setiap kali teringat kata-kata kakak saya "biar menyesal beli, jangan menyesal tak beli!" wink! wink!

Semalam (20.11.2011), kami diberi kesempatan untuk merasai pengalaman ber'carboot' di Malaysia. Carboot yang kami maksudkan ini terletak di Rengit. Jika kita sebut sahaja Rengit, pasti ramai yang mengaitkan dengan pusat penjualan barangan terpakai yang boleh tahan juga besarnya di pekan Rengit. Apa sahaja boleh ditemui di pasar ini seperti perabot, barangan elektrik, pakaian dan pelbagai lagi. Kebanyakan kedai barangan terpakai ini dimiliki oleh orang-orang Asli Kuala Rengit.

Kalau sampai di Pekan Rengit, cari sahaja pasar basah. Di kiri kanan jalan, di sepanjang jalan bermula dari pasar basah, sehinggalah ke penghujung jalan menuju ke muara sungai, dipenuhi dengan kedai kedai kayu yang dibina oleh masyarakat orang asli di sini untuk menjalankan perniagaan mereka.

Barangan yang dijual pula biasanya diperolehi dari Singapura. Setiap minggu, peniaga ini akan turun ke Singapura untuk membeli barangan terpakai di sana dengan membawa lori ataupun van dan membawa pulang barang ke Rengit pada hari yang sama.

Sekali pandang, kadang-kadang kawasan ini kelihatan seperti pusat pelupusan sampah, tapi jika kita rajin berjalan dan pandai tawar menawar, Insya Allah banyak barangan berkualiti yang boleh kita perolehi dengan harga yang berpatutan.

Dan, baru-baru ini, deretan kedai kekal telah dibina oleh pihak Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk memberi keselesaan kepada usahawan orang asli ini selain memudahkan pengunjung membeli belah. Dengan adanya bangunan kekal ini, kawasan perniagaan tampak lebih sempurna. Pengunjung juga bebas keluar masuk dari satu kedai ke satu kedai untuk memilih barangan yang mereka cari.

Malangnya dek keghairahan memborong barangan terpakai semalam menyebabkan saya terlupa untuk mengambil sekeping dua gambar kenang-kenangan untuk diabadikan di blog saya ini.

Sunday, November 20, 2011

20.11.2011 ~ Tip Jimat Minyak Masa Gawat

Petikan Akhbar Berita Harian Jumaat 18 November 2011

Bukan mudah hendak membuang tabiat pemanduan yang salah. Dengan kebimbangan dan kemarahan yang menuncak, pemandu yang bijak akan melakukan apa sahaja untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Mungkin anda sendiri boleh mempraktikkan beberapa tip berikut :-

i) Apabila lampu isyarat bertukar hijau, anda tidak perlu bergerak laju. Lebih kuat anda menekankan pedal minyak, lebih banyak minyak yang digunakan. Sebaliknya, tekan perlahan-lahan dan anda dapat menjimatkan banyak petrol daripada dulu.

ii) Jika anda melihat lampu isyarat bertukar kepada merah, cepat-cepat tekan pedal brek daripada menunggu sehingga mencapai ke hujung jalan. Pijak brek secara perlahan agar kereta anda dapat berehat seketika dan ini menjamin ketahanan pad brek.

Kedua-dua tip ini mampu meningkatkan penggunaan petrol sehingga 35% berdasarkan kajian yang dijalankan oleh laman automotif. Walaupun tidak menekan minyak dengan kuat, kelajuan boleh menghabiskan banyak petrol. Lebih laju anda memecut, lebih banyak angin yang diperlukan untuk menolak kereta ke depan.

Berdasarkan satu lagi laporan konsumer, pemanduan kereta pada kelajuan 120km sejam daripada 105km sejam akan mengurangkan penggunaan minyak petrol antara tiga hingga lima batu setiap gelen, bergantung kepada jenis kenderaan.

Tabiat mengekori kenderaan lain adalah satu perkara yang patut dielakkan. Selain tidak selamat, perbuatan ini membazirkan minyak kerana setiap kali kereta di hadapan menekan brek, anda terpaksa memijak lebih cepat. Kemudian, anda terpaksa menekan lebih minyak untuk mengejar dan mengekori kereta itu semula.

Relakskan diri dan memandu secara hemah. Pastikan kereta anda sejauh dua saat dari kereta di hadapan dengan mengira dua saat di dalam hati.

Anda tidak perlu memulakan enjin dan membiarkannya panas terlalu lama. Denagn enjin baru yang dipasang pada kereta moden, tabiat ini boleh dikikis tanpa was-was.

Dengan membiarkan enjin hidup seminit akan menghabiskan minyak sejauh setengah batu berdasarkan kepada Suruhanjaya Tenaga California. Sebab itu kereta hibrid akan mematikan enjin gasolin apabila ia berhenti bergerak, walau sesaat.

Kita tidak perlu menghentikan enjin pada setiap masa tetapi sekurang-kurangnya matikan enjin sekiranya menunggu kawan berlari ke kedai dan lain-lain.

Jangan membeli makanan melalui kaunter pandu lalu kerana lebih banyak wang perlu dihabiskan untuk membayar minyak menggoreng ketulan ayam.

Pemandu yang bijak akan mengikuti kaedah-kaedah yang betul untuk menjimatkan penggunaan petrol.

Saturday, November 19, 2011

Perancangan Cuti Sekolah 2011

Cuti sekolah untuk tahun 2011 sudah bermula. Nampak gayanya program setiap hujung minggu sudah penuh.

19 November 2011 (Sabtu)
Walimatul urus adik kak Jurita Jasman di Kg. Parit Kassan, Air Hitam

20 November 2011 (Ahad)
Walimatul urus sepupuku di Kg. Petani, Minyak Beku

22 November 2011 (Selasa)
cuti Keputeraan Sultan Johor (hooreeyyyyy... Johor ajer yer!!)
Majlis Konvokesyen adik Lina Farhana di INSPEN Bangi

25 November 2011 (Jumaat)
Lawatan dari UniMAP (bertugas sebagai urusetia)

25 - 26 November 2011 (Jumaat & Sabtu)
Program Youth to Youth untuk Kakak Liyana dan Abang Ahmad

25 November 2011 (Jumaat)
Majlis Akad Nikah sepupu (Along Azi) di Mantin

26 November 2011 (Sabtu)
Walimatul urus sepupu (Along Azi) di Mantin

27 November 2011 (Ahad)
Walimatul urus kembar kepada Siti Hawa Ismail di Felda Sungai Mas, Kota Tinggi

28 November 2011 (Isnin)
cuti gantian Awal Muharram... (hooorey)

3 Disember 2011 (Sabtu)
Walimatul urus kawan seperjuangan di UUM ~ Abd. Fadzil Abdul Hamid di Sri Medan
Walimatul urus adik kepada Shazlina Kassim di Dewan Jubli Intan Batu Pahat

4 Disember 2011 (Ahad)
Walimatul urus kawan seperjuangan di UUM ~ Abd. Fadzil Abdul Hamid di Air Tawar 5 Kota Tinggi
Walimatul urus adik kepada ipar Ayie a.k.a Mohd. Nazri di Sri Kembangan

10 Disember 2011 (Sabtu)
Walimatul urus sepupu (Along Azi) di Felda Kahang Barat Kluang
Walimatul urus adik kepada ipar kami ~ Ayie di Jitra Kedah

11 Disember 2011 (Ahad)

17 Disember 2011 (Sabtu)
18 Disember 2011 (Ahad)


19-21 Disember 2011 (Isnin-Rabu)
Bengkel SKT Pejabat Antarabangsa di Tanjung Leman

24 Disember 2011 (Sabtu)
Walimatul urus kawan office Nor Sabariah di Kg. Pt Kadir, Senggarang

Friday, November 11, 2011

11.11.11

Tak tau apa nak dicoretkan di tarikh yg cantik nombornya ini... Tiada apa-apa yg istimewa hari ini.. Sekadar hari hari biasa sahaja...

Hari ni anak-anak dapat report card... Secara keseluruhannya, aku berpuashati dengan pencapaian Ahmad yang semakin baik. Tahun ini, Ahmad dapat naik kelas lagi... Tahun pertama dihantar ke kelas ke tiga.. Tahun kedua dinaikkan ke kelas kedua.. Tahun ketiga, tiada peningkatan.. Dan masuk tahun ke empat tahun depan, Ahmad naik ke kelas pertama.. Syukur Alhamdulillah...

Kakak pula, nampak sedikit merosot membuatkan ibu tak senang duduk memikirkan UPSRnya tahun depan... Takpela nak... Tahun depan kita all out yer!!... Ini semua salah ibu.. Sibuk sangat ke hulu ke hilir berulang-alik dari rumah ke kedai dobi, hinggakan mengabaikan anak-anak ibu di rumah.

Rekod matapelajaran Bahasa Melayu kedua-dua anak memang tak pernah bagus terutama Bahasa Melayu Pemahaman tak pernah dapat A... Kalau English memang tak pernah B lah.. Ini yang merisaukan kami... Nampaknya, tahun depan tumpuan perlu diberikan lebih kepada matapelajaran Bahasa Melayu dan Sains mereka.

Untuk sekolah agama, kakak yang baru 6 bulan dinaikkan ke darjah 5, nampaknya menunjukkan prestasi yang sangat-sangat memberangsangkan... Kakak dapat no.6 dari 30 pelajar yang ada, merupakan sesuatu yang mengagumkan. Insya Allah untuk tahun hadapan, ibu yakin kakak boleh menaikkan lagi prestasi kakak. Dan kakak perlu berusaha untuk UPKK kakak tahun depan, ibu sentiasa doakan kejayaan kakak...

Mutiara Kata
"anak-anak ibarat sehelai kain yang putih bersih.. Kita sebagai ibu bapalah yang akan mencorakkan kain itu mengikut citarasa kita... Andai buruk corak itu, buruklah ia..."

"anak-anak akan menjadikan ibu bapa sebagai contoh dan idola mereka.. jika baik contoh yang kita beri, baiklah juga mereka jadinya..."

Thursday, November 10, 2011

Anda mampu anda buat, anda buat anda dapat...

Saya tertarik dengan ungkapan ini...

"Anda mampu anda buat, Anda buat anda dapat..."

Saya nak menyambung sedikit...
Kalau nak tunggu mampu (dari segi kewangan), memang confirm saya tak kan buat...
Tapi kalau dari segi kemampuan fizikal, mental, idea dan kerja, Insya Allah saya yakin saya boleh melakukannya...

Di dalam membuat satu keputusan besar, terlalu banyak faktor yang perlu diambilkira dan ditimbang. Jika pemberat lebih kepada risiko kegagalan, adalah lebih baik batalkan sahaja niat di hati.. Tetapi jika naluri kita kuat menyatakan ada potensi besar utk keputusan yg besar itu, teruskanlah perancangan.

Bila terlalu banyak bertanya, kita akan jadi ragu-ragu dengan tindakan kita. Kata-kata negatif ada kalanya bagus untuk kita memandang lebih jauh ke depan, tapi ada ketikanya hanya akan meruntuhkan keyakinan kita.

Saya suka mencari kelainan atau mewujudkan sesuatu yang belum pernah dibuat oleh orang lain di sesuatu tempat baru, dengan niat untuk membantu insan lain yang memerlukan... Mungkin dengan kemudahan yang kita ada, dapat memudahkan urusan orang lain atau mungkin juga menyelesaikan masalah orang lain, kita mungkin tidak tahu...

Walaupun risikonya besar, kerana lebihan yang tidak besar namun jika formula berhasil, maka hasilnya akan menjadi lebih besar dari apa yang kita keluarkan...

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim... Kuserahkan seluruh jiwa dan ragaku untukmu, berikan aku petunjuk dalam setiap jalan yang berliku... Moga sinar kejayaan menantiku di penghujung jalan... Insya Allah... Amiiin...

Koleksi Novel Ramlee Awang Murshid

Hari ini saya nak berceloteh tentang koleksi novel penulis thriller no.1 Malaysia, seorang penulis yang sangat saya kagumi, seorang penulis yang saya minati..., Ramlee Awang Murshid.. Saya mempunyai hampir kesemua novel tulisan beliau.

Sejarah perkenalan kami (chewah... maksud saya, bagaimana saya mula jatuh cinta dengan hasil karya Ramlee Awang Murshid...) bermula 7 tahun yang lalu. Waktu itu, saya baru berpindah dari UTM ke UTHM. Saya bersyukur ditemukan dengan seorang rakan yang sangat suka membaca novel dan mempunyai koleksi novel yang sangat banyak. Sejak berkawan dengan aminazura atau nama penuhnya Siti Nur Azurah bt. Mohamed, saya mula mengumpul semula novel setelah bertahun-tahun saya tidak membaca novel atau membeli novel.

Melalui Zura, saya mula mengenali novel Tombiruo. Waktu itu, novel terakhir trilogi Tombiruo iaitu Tombiruo Terakhir baru sahaja dipasarkan. Oleh itu, saya perlu membaca novel pertama iaitu Tombiruo barulah saya boleh membaca novel kedua dan ketiga!... Menakjubkan, saya berupaya menghabiskan ketiga-tiga novel dalam tempoh kurang seminggu sahaja, berbanding tujuh tahun untuk menghabiskan pengembaraan Tombiruo yang berpanjangan selama 7 tahun kerana novel Tombiruo dihasilkan sekitar tahun 1998 kalau tidak silap..

Ini catatan peribadi saya yang dicoretkan sekitar tahun 2005
"Pada 17/2/2005, aminazura belikan saya novel Tombiruo, tapi saya tak terus baca sebab saya sedang exam. Kemudian pada pada 25/2/2005 saya beli Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Mula membaca Tombiruo menyebabkan saya tidak dapat berhenti membaca kerana jalan ceritanya yang sungguh menarik. Tidak sabar rasanya ingin melihat kesudahan kisah Ejim. Ini diikuti dengan kisah Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Jika orang lain menghabiskan masa selama 7 tahun (bermula dengan Tombiruo-1998, Semangat Hutan-2001 dan Tombiruo Terakhir-2004) untuk mengetahui penyudah kisah pahlawan pagan Hutan Keningau ini, saya hanya mengambil masa 3 hari sahaja untuk membaca ketiga-tiga novel tersebut. Ini semua gara-gara jalan ceritanya yang digarap dengan begitu menarik, suspen dan penuh emosi membuatkan saya tidak boleh berhenti membaca selagi tidak sampai ke noktahnya yang terakhir. Kepuasan yang tidak mampu dilahirkan dengan kata-kata setelah saya selesai membaca karya Ramlee Awang Murshid trilogi Tombiruo, Semangat Hutan dan Tombiruo Terakhir. Semua persoalan yang terbit di benak akhirnya disimpulkan di penghujung cerita."

Bermula dari itu, saya mula mengumpul semua hasil karya Ramlee Awang Murshid seperti A.D.A.M (Aku Darah Anak Malaysia), Satu Janji, Rahsia Perindu, Ranggau, Ungu Karmila, Bagaikan Puteri, Cintaku di Harajuku, Cinta Sang Ratu, Hijab Sang Pencinta, Mikhail, 9 Nyawa, Cinta Sufi, Rayyan Fantasi dan yang terbaru Sutera Bidadari...

Novel yang paling saya gemari ialah Cintaku di Harajuku... Berulang-ulang kali saya membaca novel ini. Sewaktu mengikut suami ke United Kingdom dahulu, saya sanggup bawa novel-novel kesayangan untuk diulang baca tatkala kerinduan pada Malaysia meragut kenangan. Dan, rakan-rakan saya juga membantu saya mengirimkan novel terbaru karya Ramlee Awang Murshid iaitu Ungu Karmila dan Cinta Sang Ratu (kalau tak silap) semasa saya berada di sana.

Manakala pengembaraan dan kisah Laksamana Sunan dalam koleksi Bagaikan Puteri (2005), Cinta Sang Ratu (2008), Hijab Sang Pencinta (2009), Cinta Sufi (2010) dan Sutera Bidadari (2011) memang tiada tandingan. Ramai peminat-peminat di luar sana (termasuk saya juga) mengharapkan agar kisah ini difilemkan di layar perak.. Pasti akan jadi sehebat novel Harry Potter hasil karya J.K. Rowling.Kisah pertemuan Haryani yang hidup di masa sekarang dan Sunan yang hidup di Kurun ke 15, pasti mengundang pelbagai kenangan indah dlm pembacaan yang sukar dirungkai dengan kata-kata.

Dengar khabarnya novel terbaru Ramlee Awang Murshid berjudul Fiksyen 302 akan berada di pasaran pada bulan Disember 2011 ini

Saya juga ada penulis-penulis lain yang saya suka tulisan mereka.. Insya Allah, di lain posting, akan saya ceritakan mengenai mereka pula...

Anak pertama saya, ternyata mengikut jejak langkah saya. Setiap kali berkunjung ke pusat membeli belah, tiada destinasi lain yang menarik perhatiannya melainkan Kedai Buku. Setiap kali kami keluar, beg selempangnya pasti akan diisi dengan buku cerita. Setiap waktu senggang, samada ketika menunggu hidangan dihantar atau ketika menunggu giliran, pasti ada sahaja buku yang dibaca.

Dan, yang seronoknya sekarang ini saya juga berkongsi minat yang sama dengan pekerja kedai dobi saya, iaitu Wahyu Larasaty a.k.a anak bibik saya. Kami sering berbual-bual tentang pengembaraan Laksamana Sunan dalam Bagaikan Puteri. Seronoknya mengupas kisah Laksamana Sunan dalam kelima-lima novel RAM... Saya masih lagi mengembara bersama Cinta Sufi, belum lagi sampai ke penamat dalam Sutera Bidadari... Insya Allah, sebelum Fiksyen 302 keluar, mungkin akan tamat pembacaan saya..

Saturday, November 5, 2011

Rindu Bertandang Lagi

Pagi ini, tepat jam 8.40 pagi, En Mus akan terbang sekali lagi ke tanah Inggeris.. Aku, dan anak2 mengiringi pemergian Mus dgn doa dan airmata.. Semoga Allah memudahkan urusan dan melindungi Mus dan delegasi di sepanjang perjalanan..

Kerinduan pada tanah England itu ternyata begitu menebal.. Kakak dan Ahmad merengek-rengek ingin turut serta dlm kembara ini... Sabarlah anak2, Insya Allah jika ada rezeki kita, ibu dan ayah akan bawa kalian mengembara sekali lagi ke sana...Izinkan ibu dan ayah kumpul duit dulu utk ke tanah suci yer.. Bila dah selesai tuntutan rukun islam ke lima itu, bolehlah kita fikir utk berjalan2 dan melancong lancong pula...

Kepada anak2, kami titipkan nasihat dan pesan agar belajar bersungguh sungguh supaya berpeluang utk melanjutkan pelajaran ke luar negara.. Kami sbgai ibu bapa akan sntiasa mendoakan kejayaan anak-anakanda semua.. Semoga Allah mendengar suara hati kamu yer wahai anak2..


6.11.2011 : 23:11
Separuh jiwaku telah dibawa pergi bersama
Merantau mengimbau semua kenangan silam
Melingkari sebuah jalinan indah
Dalam lipatan sejarah
Jasad terhempas di sini
Kala hati dan semua tafsiran kenangan terlontar jauh
Menerawang merentasi benua
Masihkah ada rindu untukku
Dalam batas waktu...

Tuesday, November 1, 2011

1.1.11 : Kerja-kerja Mengukur

Tanggal 1.11.11 kerja-kerja mengukur dijalankan oleh Juru Ukur bertauliah... Tujuan kerja-kerja ukur ini dijalankan adalah bagi memastikan kita menambak tanah dan membina rumah di atas lot yang tepat.

Mengikut cerita tuan tanah yg lama, kerja-kerja ukur telah dijalankan dahulu semasa kerja-kerja pecah lot dijalankan, namun kami gagal menemui batu tanda tersebut. Oleh itu, sebagai jaminan masa depan, adalah lebih baik kami mengupah Juru Ukur sekali lagi sebagai langkah-langkah keselamatan. Tidaklah nanti di kemudian hari, bergaduh pula dengan jiran sebelah rumah, sekiranya kita terambil sedikit tanah mereka.

2 peringkat kerja ukur telah dijalankan iaitu mengukur aras dari ketinggian jalanraya dan juga mengukur dari lot ke lot untuk menandakan kedudukan sebenar tanah kami. Tujuan mengukur dari aras jalanraya adalah bagi mengenalpasti ketinggian terbaik untuk menambak tanah supaya tanah yang ditambak sama tinggi dengan aras jalanraya, ini penting bagi memastikan tapak rumah kita terselamat dari ancaman banjir. Memandangkan kawasan tapak rumah kami ini pernah dilanda banjir 5 tahun yang lalu, ada sedikit kegusaran yang bersarang di hati. Namun, bencana alam adalah perancangan Allah.. Kita sebagai hamba-Nya hanya mampu berikhtiar namun ketentuan adalah di tangan-Nya...

Saturday, October 29, 2011

Konvokesyen UTHM Ke 11 (29-31 Oktober 2011)

Selama 3 hari, bermula hari ini : 29 Oktober hingga 31 Oktober 2011, berlangsunglah majlis Konvokesyen UTHM Kali Ke 11.

Sepertimana universiti-universiti yang lain juga, bila tiba hari Konvokesyen, ramai staf yang akan turut sibuk. Macam aku, memang sejak bertugas di UTM SKudai lagi, memang tidak pernah miss bertugas untuk konvokesyen... Di UTM dulu, aku selalu jadi Penyambut Tetamu untuk ibu bapa.. Bertahun-tahun tugas yang sama jer... Tapi di sini, di UTHM ini, aku mula bertugas sejak balik dari UK (Tahun 2009)... Tahun 2009, aku bertugas sebagai Penyambut Tetamu untuk Ibu-bapa... Tahun 2010,aku ditugaskan di Dewan Jamuan VIP.. Tiba-tiba, tak pasal pasal, tahun ini aku ditugaskan untuk menjadi Pegawai Pengiring...

Pegawai yang perlu aku iring adalah dari UniSZA... Semalam pegawai telah tiba di Hotel Katerina. Tugas aku bermula hari ini di mana seawal 6.30 pagi lagi, aku dah sampai di UTHM dan bersama-sama Pemandu UTHM untuk mengambil pegawai ini di Hotel Katerina... Tugasku hanya mengiringi pegawai ini sehingga ke UTHM dan tengahari nanti hantar semula ke Hotel Katerina...

Aku, sejak 2-3 hari lepas, sudah mula buat homework... Sudah melayari website UniSZA untuk melihat gambar pegawai yang akan aku iring... Maklumat universiti, seperti bilangan pelajar, bilangan graduan dan serba sedikit maklumat lain juga sudah kuhafal di kepala.. Manalah tau, kalau kalau ditanya nanti, tidaklah terkelat-kelat aku untuk menjawabnya...

Di sebalik kemeriahan Majlis Konvokesyen, satu lagi acara yg tidak kurang meriah, ialah Pesta Konvokesyen... Di UTHM, dipanggil CONVAIR... Sudah bermula sejak hari Khamis yang lalu... Terdapat pelbagai gerai yang menjual pelbagai jenis barangan untuk para pengunjung.. Yang paling banyak, sudah tentulah kedai tudung! hehe...

Oh!ya, kali ini CONVAIR UTHM lebih besar dari tahun tahun yang lalu di mana tapak pesta kini diadakan di Padang Kawad PALAPES... Jumlah gerai juga lebih banyak berbanding tahun tahun yang sudah...


*gambar-gambar sekitar Konvo akan diupload sedikit waktu lagi*

Tuesday, October 25, 2011

Tambak Tanah

Setelah menunggu dan menunggu, akhirnya lori mengangkat tanah pun mula masuk ke tapak pembinaan pada 24 Oktober 2011 untuk menambak tanah.. Dijangkakan sebanyak 70 lori tanah akan digunakan untuk menaikkan sedikit ketinggian tanah di tapak ini...

Hari ini 25 Oktober 2011, sebuah lagi JCB masuk ke tapak pembinaan untuk meratakan tanah yang ditambak..

Tuesday, October 11, 2011

9.10.11

Tanggal 9.10.11 rupa-rupanya menjadi tarikh istimewa buat kami sekeluarga kerana Alhamdulillah akhirnya sebuah projek besar akan dilaksanakan Insya Allah awal tahun 2012.

Detik 9.10.11, jam 9.00 pagi bermulanya kerja-kerja pembersihan tapak dan berakhir jam 11.00 pagi di mana kerja-kerja berlangsung di angka 9,10 dan 11 juga!.. What a nice number!.. Tanah seluas lebih kurang 7,840 kaki persegi ini Insya Allah akan menjadi tapak Teratak Muslaily tidak lami lagi..
Kebetulan pula mak dan encik saya, serta mak dan abah Mus, adik-adik Mus, Wan dan Induk bertandang ke rumah kami petang itu. Seluruh keluarga memberikan maklumbalas yang baik terhadap projek kami ini. Mudah-mudahan Allah akan terus memudahkan urusan pembinaan teratak kecil kami ini.. Insya Allah...

Friday, September 30, 2011

Solat Sunat Dhuha dan Kebaikannya

1) Bilangan rakaat : 2 hingga 12 rakaat (2 rakaat 1 salam)

2) Waktu : Pagi anggaran 8.00 pagi hingga 11.00 pagi

Niatnya:
"Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha 2 rakaat kerana Allah Ta'ala"

Baca ketika sujud yang terakhir - 3 kali
Baca doa ini selesai solat

Maksudnya:

Ya Allah, sesungguhnya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikanny adalah kecantikanMu,
keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu,
kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindunganMu.
Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah, dan jika di dalam bumi, keluarkanlah,
jika sukar, permudahkanlah, jika haram, sucikanlah dan jika jauh, dekatkanlah.
Berkat waktu dhuha, kecantikan. keindahan, kekuatan, kekuasaanMu,
limpahkan kepadaku segala yang Engkau telah limpahkan kepada hamba-hambaMu yang soleh.

Kebaikan solat Dhuha :

Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri.

Firman Allah dalam hadis qudsi: “Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau mal as mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

Bacaan solat boleh dibaca apa-apa surah yang penting niat kita adalah IKHLAS untuk Allah SWT, bukan kerana berkehendakkan harta dan rezeki yang banyak tetapi salah satu cara untuk mendekatkan diri kepada Allah.

Daripada Abu Hurairah, Sabda Nabi saw,
“Telah berpesan kepadaku temanku (Rasulullah saw) tiga macam pesanan: Puasa 3 hari setiap bulan, sembahyang dhuha 2 rakaat dan sembahyang witir sebelum tidur” (riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani).

Rasulullah bersabda yang bermaksud,
“Siapa saja yang dapat mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah, akan diampuni dosanya oleh Allah, sekalipun dosa itu seluas lautan.”

Rasulullah bersabda lagi,
“Solat Dhuha itu mendatangkan rezeki dan menolak kefakiran (kemiskinan), dan tidak ada yang akan memelihara solat Dhuha kecuali hanya orang-orang yang bertaubat.”

Insya Allah. Semoga anda mendapat manfaatnya.

Sumber :
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm#SOLAT_SUNAT_DHUHA
http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
http://www.perjalanansuci.com/Doa/SolatSunatDhuha.htm

Thursday, September 29, 2011

Kelebihan Surah Insyirah

Berkongsi apa yang saya baca di facebook..
AMALAN YANG BAIK OLEH IBUBAPA SUPAYA ANAK-ANAK DAPAT MENJAWAB SOALAN PEPERIKSAAN DENGAN MUDAH DAN TENANG


Assalamualaikum,
Kepada pembaca yang mempunyai anak-anak yang akan menduduki peperiksaan tahun ini. Penulis ada sikit untuk kita berkongsi bersama iaitu amalan yang baik untuk ibubapa melakukan amalan ini ketika anak-anak sedang menjawab soalan di Dewan Peperiksaan. Ibu atau bapa yang berada di rumah boleh melakukan amalan ini supaya anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-
1. Ambil Wudhuk.
2. Mengadap kiblat.
3. Baca Syahadah - 3x
4. Al- Fatihah - 1x
5. 3 Qul- 1x
6. Surah Insyirah - 1x
7. Selawat Atas Nabi - 10x
8. Baca Surah Yassin - 1x
9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:
Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber:
Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang sudah bersara 4 tahun yang lalu iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menegah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah kita dapat berkongsi.

Wasallam.
by: MataHati AinulQalbi

Rahsia Surah Al-Kauthsar


Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
© S E B A R K A N W A L A U S A T U A Y A T █║▌│█│║▌║││█
by: Danish Irfan

Friday, August 19, 2011

Makna Doa Di antara Dua Sujud

Makna Doa Di Antara Dua Sujud
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (Sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)

Mudah-mudahan selepas ini kita akan membaca doa ini dengan penuh khusyuk dan tidak membaca laju-laju ataupun mungkin ada yang sekadar toma'ninah sahaja.

Nota :
1. Toma’ninah perlu dilakukan semasa empat rukun solat iaitu semasa iktidal, rukuk, sujud dan duduk diantara dua sujud.
2. Toma’ninah ialah berhenti sebentar atau tetap atau diam seketika dalam setiap rukun yang disebutkan.
3. Seseorang itu tidak dikira toma’ninah jika dia menunaikan solat seperti burung yang mematuk makanan.
4. Di dalam mazhab Syafie dan Hambali, toma’ninah adalah salah satu daripada rukun solat.
5. Rukun solat jika ditinggalkan maka tidak sah solat.
6. Solat yang tidak sah, tidak perolehi apa-apa pahala.

Thursday, August 18, 2011

Berakhir sudah..

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik buat kita.. So, aku redha dengan ketentuan Allah.. Dah ditulis belum ada rezeki lagi untuk kami, aku redha.. Sebagaimana aku katakan dari awal lagi, jika ADA adalah yg terbaik buat kami, aku terima.. Namun jika TIADA adalah terbaik buat kami, aku juga terima dgn hati yg terbuka. Walaupun jauh di sudut hati ada sesalan yg masih bersisa, lantaran mmg aku dah lama tunggu saat saat ini.. Namun aku tahu Allah telah memberikan yg terbaik buatku.. Insya Allah cuba lagi tanpa kenal putus asa..

Wednesday, August 17, 2011

Kail dan ikan

Bila kita bagi dia peluang dan ruang, dia taknak gunakan sebaiknya.. Macam2 alasan diberi, merayu, menangis dan mengadu domba ke sini sana.. Kita yg mmg lmbut hati dan sentiasa berkompromi ni, tak henti berfikir bagaimana cara nak menyenangkan hati dan hidup dia.. Bila kita dah cari jalan keluar sbagaimana kehendak dia, sibuk la pulak nak berubah angin, kembali kpd jalan asal.. Pening sungguh melayan kerenah manusia yg di hati tiada pedoman hidup, yg sentiasa merusuh dgn kehidupan, yg tiada arah tujuan..

"kalau tak mampu nak bahagiakan atau senangkan hidup org lain, boleh tak berhenti dari menyusah atau memeningkan kepala org lain?"

Monday, August 15, 2011

Memang Degil

Memang degil! Itu saja ayat terbaik utk Cik Puan Laily.. Sudah disuruh erehat tapi dah memang sifatnya yang tak reti nak duduk diam, masih terus-terusan melasak dan aktif bekerja.. Kalau kerja di pejabat tidak mengapa, hanya duduk di kerusi mengadap PC. Ini tidak! Masih degil bekerja berhempas pulas di Irissa Laundry!

13 Ogos 2011
Sebenarnya hari ini merupakan hari pertama Wahyu bekerja di Irissa Laundry. Jadi, byk perkara yg perlu diajar dan ditunjukkan kpd Wahyu.. Dan memang pada hari ini basuhan sgt banyak, jadi kami bekerja tanpa henti sepanjang hari. Ingin membiarkan Wahyu mengangkat basuhan seorang diri, terasa kasihan pula di hati. Implikasinya pada diri sendiri, darah masih lagi terus-terusan keluar.. Malamnya, saya utk berehat dan baring baring sahaja sepnjang malam walaupun di dalam hati, perasaan melonjak2 ingin menjengah kedai, namun ditahankan sahaja niat di hati.

Macamana yer nak berehat2? Hujung minggu ni, mak dah booking aku untuk masak masak 'ngunjung'.. Saper lagi yg nak tolomg mak masak masak kalau bukan aku dan bibik? Anak kesayangan mak kat kl tu mmg susah la nak balik. Almaklumlah, kos pegi balik KL tu, mengalahkan harga ayam di pasaran.. Anak mak yg ada depan mata, mmg mak tak tunggu lah, sbb anaknya ramai dan tuntutan tugas yg sgt besar, jadi sukar utk menolong. Anak mak yg bongsu plak,tak habis habis lagi jmpa kawan2 di KL.. Ramai sungguh kawan2.. Takkanlah anak mak yg sulong ni, nak bg alasan pregnant utk dapat lesen duduk bersantai santai jer kat bilik? Takkan nak biarkan mak yg sakit tu, buat keje kat dapur? Nanti org kata, masak masak utk kwn2 datang boleh pulak, takkanlah masak masak utk mak sendiri, tak boleh ye tak?

Kalau ada yg tertanya2 apa makna 'ngunjung' tu sbnarnya adat org jawa yg akan hntar makanan ke rumah rumah jiran tetangga dan juga saudara mara sempena bulan puasa ni.. Kiranya macam bersedekah la nie.. Tapi, bila perkara yg baik (bersedekah di bulan Ramadhan kan mmg digalakkan), tiba2 dah jadi mcm adat wajib, yang kalau tak dibuat dah macam dosa besar ker, tu yg aku sgt sgt tak setuju dari dulu lagi!



15 Ogos 2011
Dan Alhamdulillah hari ini (15/8/2011), sudah 2 hari tiada lagi darah yang keluar. Tak sabar rasanya menanti nak check up esok. Mudah2an berita baik mengiringi kami esok Insya Allah..

Friday, August 12, 2011

Bosannya berehat...

Memang sudah menjadi kebiasaan saya, berehat-rehat bukanlah sesuatu yang saya suka buat. Tapi memandangkan hari ini masih banyak lagi darah yang keluar, saya menehadkan pergerakan dan keaktifan saya...

Pagi tadi, saya membongkar kotak kotak lama utk mencari pakaian2 lama yg mmg telah lama sy simpan utk anak bibik.. Biasanya mmg semua kotak akan saya angkat sendiri tapi kali ini saya hanya memberi arahan sahaja, selebihnya bibiklah yg bertungkus lumus menurun dan menaikkan kotak-kotak..

Selesai membongkar kotak, saya bersantai-santai di hadapan laptop smntara menunggu anak2 pulang dari sekolah.

Tengahari tadi saya mendapat tugasan yg mmg amat saya gemari. En Mus dikehendaki menyelia pelajar Latihan Industri di Kuching, Sibu dan Bintulu. Tugas saya adalah mencari tiket, hotel dan merangka itenerari.. Ouh! Saya sgt suka! Duduk berjam-jam di hadapan laptop pun saya sanggup asalkan dpt merancang perjalanan dgn lancar. Saya juga sempat melayari google maps untuk merancang perjalanan En Mus dari satu destinasi ke destinasi seterusnya.

Selesai tugasan yang menyeronokkan ini, saya berehat seketika dan melelapkan mata sebelum turun ke dapur semula jam 6 petang untuk menyediakan juadah berbuka puasa.. Menu hari ini sangat simple : paprik ayam, hati/pedal masak kicap dan home made martabak.

Thursday, August 11, 2011

Yang terbaik..

Alhamdulillah, bila saya letak status di facebook "tolong puan doktor! Puan pakar puan! Puan Ustazah! Apa masalah sy ni?" ramai yg mmberikan komen..
Ada yg kata hormon laa..
Ada yg kata stress laa..
Ada yg suruh jumpa pakar jiwa la (hihihi dia bergurau!)
Ada yg kata mengandung luar rahim laa
Ada yg kata kau kene kacau dgn 'something' kot..
Ada yg kata kau ada pegi mana2 tak? Ada yg ikut kot..
Ada jugak yg suggest cubakah produk bio ever..
Ada yg call directly, tanya what had happened
Ada juga yg PM me personally mntk sy cepat jumpa pakar
dan mcm2 lagi..
Sejujurnya, sy brsyukur dikurniakan teman-teman yg sgt prihatin di sekeliling saya...

Hari ini hari ke 14 saya period.. Darah masih lg keluar tanpa menunjukkan tanda2 akan berhenti, membuatkan kerunsingan saya seakan tidak bertepi lagi.. Segera langkah diatur menuju ke Pusat Kesihatan Universiti utk berjumpa Dr Saidatun Nisak.

Soalan pertama yg terpacul dari bibir D Saidatun "bila last period? Ada gap tak?" membuatkan otak segera beroutar 360 darjah ke belakang mengimbau sesuatu yg prnah juga terlintas di fikiran.. Dr Saidatun kemudiannya meminta saya membuat UPT (ujian kehamilan ler tu) dan hasilnya POSITIF!!! Namun kegusaran masih lagi bersarang di benak Dr Saidatun memandangkan ujian ultra sound tidak dpt mengesan sebarang kehamilan! Dr Saidatun menyarankan supaya saya segera merujuk kpd pakar gyne di Hospital Pantai utk pemeriksaan lanjut.. Setelah berbincang bersama suami, En Mus bersetuju menanggyng semua kos rawatan dan pemeriksaan di hospital swasta itu.. Thanks my lovely hubby! Love u so much!!!

Pemeriksaan lanjut bersama Dr Lau telah dilakukan ptg tadi dan doktor mengesahkan saya hamil 5 minggu, namun saya mengalami komplikasi threaten pregnancy yg bermaksud confirm saya hamil namun disebabkan sesuatu masalah, saya mengalami pendarahan ranpa henti sejak 2 minggu yg lalu.. Saya akui mmg saya sgt sgt sibuk dan aktif bekerja sejak kebelakangan ini tanpa menghiraukan kesuhatan dan keselamatan diri.. Memang beginilah saya, sejak dari dulu lagi, memang lasak walaupun sedang hamil.

Dr Lau berusaha menyelamatkan kehamilan saya dengan memberika satu suntikan serta ubat untuk menahan pendarahan di sampind Asid Forlic yg perlu diambil setiap hari selama seminggu.. Saya diminta berehat sepenuhnya selama seminggu dan doktor akan melihat semula perkembangan janin selepas seminggu.. Mudah2an ada rezeki utk kami menimang cahayamata baru tahun depan..

Walau apa pun ketentuan Allah, kami redha.. Jika yg terbaik untuk kami adalah ADA, kami bersyukur dgn rezeki yg diberi.. Tetapi jika yg trbaik buat kami adalah TIADA, kami juga redha..

Wednesday, August 10, 2011

Lebaran Penuh Makna

Ingin diabadikan di sini tarikh ini..

10 Ogos 2011 : 10 Ramadhan 1432
Anak bibik yang bernama Wahyu Larasaty selamat tiba di Malaysia setelah hampir setengah jam daya dan Mus memujuk bapak imigresen di Surabaya sana untuk melepaskan Wahyu menaiki pesawatnya.. Korupsi sungguh berleluasa di sana, mudah2an mereka diberi hidayah oleh Allah untu bertaubat. Dan mudah2an kami dihindari dari manusia sebegini..

Jam 9 malam, kami bertolak ke LCCT untuk menjemput Wahyu.. Penerbangan Wahyu dari Surabaya juga bermula pada waktu yang sama, sekitar 9.10mlm dan dijangka tiba di LCCT jam 12.30 malam. Setibanya kami di lcct jam 12.30 malam, pesawat dari Surabaya juga baru sahaja mendarat di landasan.

Agak lama juga menunggu Wahyu di pintu keluar, setelah lebih sejam menunggu dan Wahyu masih tidak nampak bayangnya mbuatkan en.mus menghubungi kaunter Imigresen untuk mendaptkan informasi, bimbang jika Wahyu ditahan lantaran inilah kali pertama dia menaiki pesawat.

Syukur, jam 2 pagi kami bertolak pulang ke Parit Raja. Yang pasti lebaran tahun ini merupakan lebaran yang paling bermakna buat bibik kerana anaknya kini di sisinya..

Tuesday, August 9, 2011

Update blog

Malam ni cuba cuba update blog guna iphone..
Lambat plak rasanya menaip guna satu jari..
Spelling error pun byk..
Ok, kita tukar guna dua ibu jari..
Mcm taip sms guna keypad handphone biasa tu..
Lebih laju sikit berbanding yg satu jari tadi..
Pun masih byk lg spelling error..
Ternyata aku lebih selesa menaip guna keyboard komputer,
boleh guna kesembilan sembilan jari yg ada.. :)

Bersabarlah wahai hati...

bersabarlah wahai hati dengan kerenah mereka yang bekerja sambil lewa nie.. borang hilanglah, surat tak sampailah, dokumen tak dikembalikanlah...

muhasabah diri.. muhasabah diri... mesti ada dosa-dosa kecil yang kita tak sedari telah kita buat sebab tu Allah uji kita dengan dugaan sebegini...

Bonus Raya 2011

Petang semalam, semua orang tersenyum simpul mendengarkan berita pengumuman bonus setengah bulan gaji atau minimum RM500 kepada semua penjawat awam yang akan dibayar pada pertengahan bulan Ogos 2011.

Bersyukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, walaupun tidaklah sebanyak mana namun sekurang-kurangnya ada juga la rezeki untuk adik-adik dan anak-anak saudara di hari raya nanti.

Bak kata Ustaz Haji Abdul Razak Ariffin, wang yang kita dapat sebenarnya tidak semestinya rezeki yang mutlak untuk kita. Oleh itu, sebagaimana tahun-tahun yang sudah, rezeki yang diperolehi akan disalurkan kepada orang-orang di sekeliling pula. Mudah-mudahan ALlah akan melimpahi rezeki lain yang lebih melimpah ruah pula. Insya Allah, tidak akan miskin dengan wang yang didermakan ke jalan yang halal...

Monday, August 8, 2011

8.8.2011 - 8 Ramadhan..

Hari ini 8 Ogos 2011 atau 8.8.11 yang juga 8 Ramadhan 1432 Hijrah.

Apa istimewanya hari ini? oh hari ini merupakan hari kelapan umat Islam menyambut Ramadhan, bererti sudah 8 hari berpuasa, namun aku masih belum lagi mula berpuasa. Terasa kerugian yang amat sangat mengenangkan sasaran 30 juzuk masih belum bermula lagi. Namun, aku redha dengan ketentuan Allah. Bererti, aku perlu meningkatkan usaha untuk melunaskan paling tidak 2 juzuk setiap hari. Good luck Laily!!!...

Lagi apa yang istimewa pada tarikh 8 Ogos ini? 12 tahun dahulu, pada tarikh 8.8.99, sekali lagi majlis besar untuk aku telah berlangsung, iaitu Majlis Persandingan di rumah Mus pula. Terasa baru semalam ia berlaku.. Masih terasa perit dah nanah sejarah 12 tahun dahulu, dan kini tarikh itu tiba lagi. Begitu cepat waktu berputar. Namun, kematangan hadir seiring dengan pengalaman. Aku bersyukur dengan apa jua yang telah kukecapi saat ini... Thank you Allah!..



Friday, August 5, 2011

Tahniah Farah-Sarip

Tahniah diucapkan kepada Kak Farah dan Abg Sarip serta seluruh ahli keluarga di atas kelahiran seorang lagi puteri di dalam keluarga mereka pada hari Jumaat, 29 Julai 2011, jam 9.30 pagi di Hospital Putrajaya.

Semoga dengan kehadiran puteri ini akan menambahkan seri di dalam keluarga mereka, dan semakin bertambah murah rezeki. Mudah-mudahan sang puteri membesar menjadi anak solehah penyejuk kasih ayah dan bonda... Insya Allah...

Rakan-rakan dipohon untuk mendoakan agar kedua-dua ibu dan anak selamat dan sihat sepanjang melalui tempoh berpantang...

ICU Hospital Sultanah Aminah

Lebih kurang jam 9.00 malam tanggal 4 Ogos 2011, saya membaca status di facebook sepupu suami (Teratai Purple) berkenaan kebimbangannya mengenai ayahnya. Sudah 20 hari ayahnya ditahan di ICU lantaran mengalami kemalangan di kebunnya bulan lalu.

Menurut cerita isteri Pakcik Mat (Makcik Laili, yer! memang benar makcik Mus ini mempunyai nama yang sama dengan saya), Pakcik Mat telah terjatuh dari motosikal dan tergolek jatuh ke dalam gaung sedalam 10 meter. Kesan kemalangan itu, 4 tulang rusuk Pakcik Mat telah patah, dan paru-parunya rosak.Para doktor telah berusaha membantu dan merawat Pakcik Mat. Alhamdulillah, setelah beberapa hari tidak sedarkan diri, Pakcik Mat sudah mula sedar dan boleh berbual-bual walau masih dalam keadaan yang lemah.

Namun begitu, ketentuan Allah, tiada siapa yang mampu menduganya. Malam tadi, kami dikejutkan dengan berita Pakcik Mat sudah nazak dan hanya bergantung dengan mesin pernafasan sahaja.

Lebih kurang jam 12.30 malam, saya dan Mus bergerak ke Hospital Sultanah Aminah untuk menjenguk keadaan Pakcik Mat, namun Pakcik Mat hanya tidur dengan begitu nyenyak sambil sesekali nafasnya berombak kencang. Di leher Pakcik Mat juga sudah ditebuk lubang bagi memasukkan salur yang ntah apa namanya.

Doktor dan jururawat yang bertugas menasihati kami agar tidak meletakkan harapan yang tinggi untuk melihat Pakcik Mat sembuh seperti sedia kala, sekaligus membuatkan kami bersedia dan redha dengan apa sahaja kemungkinan yang bakal berlaku. Kami dimaklumkan jantung Pakcik Mat kian lemah dan sudah mula dibekalkan dengan ubat bagi membolehkan jantungnya berdegup normal.

Setelah berbual pelbagai perkara bersama Makcik Laili dan jururawat bertugas, kami bergerak pulang ke Parit Raja. Sesampai sahaja di rumah, aku menyiapkan juadah bersahur untuk mak, adik dan anak-anak dengan tema "as simple as you can".

Thursday, August 4, 2011

Tetamu Hari Ini

Hari ini Adik dan Mak akan datang berbuka puasa di rumah. Mula-mula ingatkan adik sorang jer nak datang, tapi tiba-tiba dalam kul 4.15petang tadi, adik bagitau rupanya mak pun nak ikut sekali. So, perancangan nak masak simple-simple tiba-tiba berubah menjadi agak 'heavy'.

Menu hari ini
1. Ayam golek - sebab mak suka ayam golek
2. Sotong goreng tepung - sebab mak suka sotong goreng tepung
3. Sayur kangkung - sebab itu jer sayur yang ada kat rumah
4. Desert - bubur pulut hitam sebab itu jer desert yang ada dalam peti. Memang buat lebih hari tu sebab Mus suka makan ulang-ulang kali.
5. Ingat nak gorengkan char kuew tiau la utk mak sebab ada sikit lagi bagi kue teaw yang belum dimasak lagi, baki semalam.
6. Lain-lain ~ maybe cari kuih barang sejenis dua di bazar ramadhan. Kalau ikut tekak, nak makan pisang goreng panas panas jer berbuka ni..

Gambar akan diupload esok... Kita tengok menu apa yang muncul.. Perancangan biasanya tidak sama dengan pelaksanaan... Masya Allah...

Menu sebenar 4 Ogos 2011

Promosi Ramadhan dan Syawal di Irissa Laundry

Sempena Ramadhan dan Syawal ini, IRISSA LAUNDRY akan mengadakan promosi potongan harga sebanyak 30% untuk setiap perkhidmatan yang disediakan di kedai mulai 6/8/2011 hingga 5/9/2011.

Irissa Laundry menyediakan perkhidmatan mencuci, membersih, mengering dan menggosok pakaian, toto/comforter, langsir, cadar, 'bear', 'jacket', 'coat' dan lain-lain lagi. Cucian tangan (hand wash) dan cucian kering (dry clean) juga disediakan.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :-
Puan Lenny : 012-755 8691
Puan Laily : 019-716 6334

Sukarnya menjadi dia... senangnya menjadi dia...

sukarnya menjadi dia..
senangnya menjadi dia..
Dua dia yang berbeza..
Tetapi bersatu hati dan rasa..
yang memandang remeh kehidupan dan realiti
yang memandang tinggi amal dan redha
Usaha, amal dan takwa perlu seiring
bukan sekadar hiasan di bibir...
bilakah kemelut kan berakhir?

Jejari Runcing

Tetiba tersangkut la pulak dengan blog Jejari Runcing nie.. Mudah2an Allah menunjukkan jalan kepada kedua-dua mereka, agar dapat menyelesaikan masalah yang kian meruncing. Bagi aku, bermusyawarah adalah jalan terbaik. Jika tiada jalan penyelesaian yang dapat dipilih, sebaik-baik jalan adalah perpisahan. Mudah-mudahan kedua-dua mereka diberi kekuatan untuk berdepan dengan ujian Allah ini.. Insya Allah...

Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

Perjuangan Ashraf @ Aleesha Berakhir

July 30, 2011

Ashraf,
Lelaki transeksual



KUALA LUMPUR – Pada tahun 1985, lahir seorang bayi yang diberi nama Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz. Bayi lelaki milik pasangan Mak Yah dan Abdul Aziz tersebut sempurna segenap bentuk sifatnya tanpa sebarang kecacatan. Bayi tersebut dibesarkan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapanya.

Dari kecil lagi, Mak Yah sudah melihat ciri-ciri kewanitaan yang wujud di dalam diri anaknya itu. Namun, apalah daya seorang ibu untuk menghalang kecenderungan semulajadi yang semakin menonjol itu. Ashraf terus membesar dengan sifat kewanitaan yang makin terserlah.

Abdul Aziz, 60, pula menceritakan bahawa dia tidak pernah mengalami sebarang masalah untuk mendisiplinkan anak-anaknya. Namun berhadapan dengan Ashraf, dia mengakui bahawa tidak dapat menyelesaikan masalah ‘keperempuanan’ anaknya itu.

Ketika di alam remaja, ayahnya memberitahu bahawa suara Ashraf tidak bertukar garau sebagaimana kebiasaan remaja lelaki lain yang akil baligh dan lenggok jalan anaknya itu membayangkan seorang gadis sunti. Ini menambahkan lagi kerisauan Abdul Aziz.

“Adiknya pernah memotong rambutnya (Mohd Ashraf) seperti tentera, tetapi kami tetap melihatnya seperti seorang wanita, bezanya hanya rambut dia pendek,” katanya.

Menurut ayahnya lagi, biar apa pun yang mereka sekeluarga lakukan pada Ashraf, anaknya itu tetap dengan sifat kewanitaannya.

Menyebut mengenai pekerjaaan Ashraf, menurut Mak Yah, dia difahamkan bahawa anaknya bekerja di Putrajaya, namun tidak memberitahu apa perkerjaan sebenar anak lelakinya itu.

Tanpa pengetahuan Mak Yah dan Abdul Aziz, Ashraf yang memiliki diploma dalam bidang perubatan itu dikatakan telah menjalani ujian perubatan dan hormon di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur pada sekitar tahun 2007 dan dikatakan layak untuk bertukar jantina.

Kemuncak kepada ‘proses kewanitaan’ Ashraf berlaku ketika kedua ibu bapanya itu berangkat ke Mekah untuk menunaikan ibadat haji pada tahun 2009, apabila mengambil keputusan sendiri untuk menjalani pembedahan menukar jantina di salah sebuah hospital di Thailand tanpa pengetahuan kedua ibu bapanya itu.

Meskipun pembedahan tersebut berjaya memuaskan naluri kewanitaan Ashraf, dia berdepan dengan kemarahan ibu dan ayah apabila mereka bertindak membakar semua pakaian perempuan miliknya serta menghalaunya keluar dari rumah.

Menurut Mak Yah, meskipun Ashraf dihalau dia tetap pulang ke rumah ibu bapanya, namun anaknya itu hanya berani tidur di dalam kereta sahaja.

Hidup terbuang dari keluarga tidak mematahkan semangat Ashraf untuk menjadi lebih wanita apabila memfailkan petisyen kepada Mahkamah pada 15 Mei lalu bagi membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada ‘Aleesha Farhana’, bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian, selain mahu memasuki universiti melanjutkan pengajiannya.

Petisyen yang difailkan selepas Ashraf menukar jantina itu dikendalikan oleh peguamnya, Horley Isaac dan Peguam Kanan Persekutuan, Adha Abu Bakar, serta kes tersebut didengarkan di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa.

Bagaimanapun, pertisyen yang dikemukakan itu ditolak oleh Mohd Yazid dengan alasan bahawa meskipun Ashraf pernah melakukan pembedahan pertukaran jantina, ia tidak boleh dijadikan hujah untuk mahkamah meluluskan permohonan itu.

Kekecewaan Ashraf jelas terbayang apabila mendengar keputusan hakim Mahkamah Tinggi itu apabila menyatakan dia lebih rela mati untuk memperjuangkan matlamatnya menukar nama di atas kad pengenalannya dan nekad untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan tersebut.

Namun, hasrat Ashraf itu tidak kesampaian apabila terlebih dahulu dilaporkan meninggal dunia ketika dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah, di sini, 5 pagi tadi akibat serangan jantung yang tidak stabil atau ‘unstable angina with cardiogenic shock’.

Maka dengan itu maka tamatlah perjuangan Mohd Ashraf Hafiz untuk menjadi seorang ‘Aleesha Farhana binti’ Abdul Aziz dan menurut Abdul Aziz, jasadnya dijangka disemadikan selepas solat zohor di Seberang Takir sebagai seorang lelaki.

Semoga Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz diberikan pengampunan oleh Allah S.W.T serta dicucuri rahmat ke atasnya, Al-Fatihah.

Oleh : ZAMZUKHAIRI NOORDIN

Wednesday, August 3, 2011

Puasa dan Sahur

Panduan Mendidik Kanak-kanak Berpuasa dan Bersahur
(dipetik dari Berita Harian,Selasa ~ 2 Ogos 2011)

1. Hidangkan juadah panas untuk bersahur kerana masakan panas boleh menambahkan selera
2. Pelbagaikan jenis masakan kerana masakan yang sama menjemukan anak-anak untuk makan
3. Perlu ada masakan berkuah yang mudah dimakan dan boleh mengenyangkan
4. Tanya anak sebelum tidur menu yang disukai mereka untuk makan waktu sahur
5. Elakkan masakan pedas yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada siang hari
6. Elak menyediakan makanan berminyak
7. Galakkan anak makan buah dan minum banyak air pada waktu sahur
8. Elakkan anak kecil yang kurang daripada usia 4 tahun makan di hadapan anak yang sedang berpuasa
9. Kurangkan menonton televisyen kerana terdapat banyak iklan makanan yang boleh menggugat fokus anak berpuasa


Panduan mengejutkan orang bangun sahur
(dipetik dari Berita Harian,Selasa ~ 2 Ogos 2011)

1. Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan
2. Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil namanya
3. Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
4. Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
5. Tutup kipas atau pendingin hawa

Tuesday, August 2, 2011

Ramadhan di Kampung

Saban tahun, setiap kali awal Ramadhan menjelang, kami pasti pulang ke kampung untuk bersama-sama menyambut puasa ~ bersahur dan berbuka di hari pertama bersama keluarga. Kebiasaannya jika 1 Syawal disambut di Kota Tinggi, 1 Ramadhan akan disambut di Parit Sulong. Begitulah juga sebaliknya. Tahun ini (2011) giliran menyambut raya di Kota Tinggi, so awal Ramadhan disambut di Parit Sulong.

Tahun ini 1 Ramadhan jatuh pada hari Isnin, oleh itu kami mempunyai cuti yang panjang untuk tahun ini iaitu 3 hari sementelahan Johor bercuti pada awal Ramadhan. Awal-awal lagi, aku telah menyampaikan amanat kepada seisi rumah untuk bersiap sedia mengemas rumah sebelum Ramadhan menjelang. Pertamanya, kerana bila dah berpuasa nanti, kasihan pula pada anak-anak yang pasti keletihan jika diajak berkemas di samping keterujaan kami untuk menyambut Ramadhan tahun ini. Keduanya, tidaklah kami terkejar-kejar untuk menghias-hias rumah di kala semua orang sibuk mengejar syafaat di bulan Ramadhan dengan bertadarus, bertarawikh dan berzikir sepanjang bulan yang penuh barakah ini.

2 hari kami peruntukkan untuk bergotong-royong membersihkan rumah. Anak-anak juga turut seronok melakukan kerja-kerja tersebut bersama-sama. Iris si kecil comel sebagaimana biasa akan turut sibuk memunggah semula barang-barang yang telah dikemas, atau menyimpan semula barang-barang yang perlu dibuang. Semua 'NO' untuk Iris sehingga akhirnya Iris bertanya "ayes, Ayis nak wat apa ni bu?" (habis tu, Iris nak buat apa ni bu?) hehe Iris..Iris..

Tengahari Ahad, aku telah mengorak langkah pulang ke kampung lebih awal kerana misiku di Irissa Laundry masih belum terlunas. Suami dan anak-anak meneruskan gotong-royong sehingga lewat petang dan tiba di kampung sejurus sebelum azan Isyak berkumandang.

Kesyukuran bertasbih di hati kerana anak-anak semuanya bersemangat untuk memulakan solat tarawikh malam itu. Mudah-mudahan semangat itu akan berkekalan hingga ke malam-malam terakhir juga. Insya Allah...

Kakak sudah boleh diharap mengetuai bacaan Yassin siap dengan bacaan doanya sekali.. Insya Allah, akan melatih Ahmad pula selepas ini memandangkan betapa besarnya tanggungjawab yang perlu Ahmad pikul satu hari nanti...

Aku yang tidak berupaya menyambut awal Ramadhan tahun ini berkampung di kedai dobi. Sepanjang malam aku tidak tidur untuk melunaskan tanggungjawabku pada "my soul" itu.. Dan siang Ahadnya, memandangkan aku yang paling bertenaga di kalangan ahli rumah, sekali lagi tenaga dihabiskan di "my soul" itu juga... Lihat sahaja kerja-kerja yang telah dilunas sepanjang satu malam dan satu siang ini... Hati pasti sahaja berbunga riang penuh kepuasan.



Hari pertama berbuka di Parit Sulong. Lihat sahaja makanan yang memenuhi tikar... Setiap orang pergi ke bazar Ramadhan dan membeli makanan kegemaran masing-masing. Itu belum lagi masakan yang dimasak oleh tukang masak tersohor, Chef Bonda lagi tu... Ikan pari bakar bersama air asam,lemak labu bersama kacang panjang serta daun ubi dan ulam-ulaman dimakan bersama kuah kacang... Ini baru 4 beradik yang balik. Ada 2 keluarga lagi yang tidak dapat bersama. Adik yang nombor 3, menyambut puasa di rumah mertua. Sementara adik yang nombor 4, tidak dapat pulang ke kampung kerana baru sahaja pulang seminggu yang lalu. Beginilah jika tinggal jauh dari keluarga, di kotaraya Kuala Lumpur pula tu.. Kos pergi dan balik sahaja sudah boleh buat belanja barang dapur selama setengah bulan.

Monday, August 1, 2011

'Anniversary' di 1 Ramadhan


Tahun ini 1 Ramadhan disambut agak berbeza dengan tahun-tahun sebelumnya. Hari ini 1 Ramdhan jatuh pada 1 Ogos 2011. Satu tarikh yang memberikan sejuta makna di dalam hidup aku sebagai seorang wanita kerana pada tarikh keramat inilah aku dengan sahnya menjadi suri hidup seorang insan bernama suami.

Sebagaimana biasa, seperti tahun tahun yang sudah, 1 Ogos dilalui sebagaimana melalui hari hari yang biasa, tiada bezanya dengan 364 hari yang lain juga. Namun sedikit berbeza, tahun ini hari ini dilalui pada pembukaan Ramadhan, bulan di mana dibukakan pintu rahmat seluas-luasnya. Dan sedikit berbeza juga, sang suami sudah mula pandai menyebut-nyebut dan mula mengingati tarikh ini. Sudah pandai memberikan pembayang untuk 'candle light dinner' di mana-mana hotel walaupun hanya di bibir, langsung tidak terlunas, namun aku bersyukur dengan sedikit kelainan itu pada tahun ini.

Di bulan yang penuh barakah ini, aku bersujud memohon sepenuh hati kepada Allah, agar memanjangkan usia perkahwinan kami, moga berkekalan hingga hujung nyawa, dan berbahagia hingga ke syurga.

12 tahun mengorak langkah bersama..., mengharungi onak duri, ketawa dan menangis bersama... Hidup kami lebih bererti dengan kurniaan 2 puteri dan 1 putera Liyana Amnani, Ahmad Qamarul Mustafa Kamal dan Iris Marrisa... "We all love you so much ayah..." Moga Allah merahmati perjalanan hidup kami...Insya Allah....

Thursday, July 28, 2011

Selagi Nyawa Dikandung Badan

Tuhan Pencipta Langit dan Bumi
Jauhkanlah aku dari segala bebanan hutang
Andai ada lagi hutangku pada orang yang mungkin telah kulupa
Berikanlah aku ingatan untuk mengingatinya semula
Tiap bulan aku dihimpit bebanan
Hutang orang-orang di sekelilingku
Yang sungguh liat untuk membayar
Yang membayar tidak mengikut waktu
Bukan kerana tidak mahu membayar
Tetapi kerana kesibukan atau kesempitan yang bertamu
Kau murahkanlah rezekiku untuk membantu mereka
Dengan penuh keikhlasan
Benar sungguh kata pujangga
Wang bukanlah segala-galanya
Namun segala-galanya memerlukan wang...
Selagi aku masih boleh bertahan
Mereka semua akan kupertahankan

Wednesday, July 27, 2011

Di Penghujung Derita

Hari ni mengemas-ngemas bilik dan fail-fail lama... Terjumpalah nukilan-nukilan yang pernah kuhasilkan bertahun-tahun yang lalu...

Nukilan hari ini diberikan tajuk Di Penghujung Derita.. tiada catatan bila nukilan ini terhasil, tapi rasa-rasanya sekitar 2000-2004.

Kembali di sini..
Menggamit ribuan kenangan
Yang sukar luput dari ingatan
Kasih yang terbang bersama bayang
Cinta yang hanyut bersama gelombang
Rindu yang padam bersama malam
Setiap hembusan nafas
Setiap degupan jantung
Seakan terhenti..

Mengertikah insan
Hati yang kau calarkan
Segunung harapan yang kau musnahkan
Ribuan impian yang kau punahkan
Janji yang kau mungkiri

Mengertikah kau derita hati ini
Luka dihiris
Kian berdarah dan bernanah
Tinggal parut dan dendam
Yang tak mungkin luput
Dari sisipan kenangan

Hanya doa dalam tangisan
Yang mampu kudendangkan
Moga beroleh penawar duka
Di penghujung derita...


Yang ini pula dihasilkan pada 13 Februari.. mungkin sekitar tahun 1994. Dan diberi tajuk : Bicara Hati Insan

Suara-suara itu mendamaikan..
Menenangkan...
Sang bayu berpuput lembut
Menyapa sekilas wajah suram
Merenung jauh
Ombak yang berkejaran
Berlumba-lumba memukul pantai
Dan akhirnya meninggalkan buih-buih bertaburan...
sepi...
begitu asing di daerah ini..

Nun jauh di kaki langit
Mega mula bertukar wajah
Menyedarkan lamunan insan
Kewajipan yang belum tertunai
Mampukah sepasang kaki melangkah
Meninggalkan tempat yang indah?

Biarlah..
Biarlah batu-batu karang berbicara
Pasir-pasir di pantai berbisik
Serta angin yang berlabuh
Mendengar rintihan hati
Seorang insan sepi..

Monday, July 25, 2011

A'Famosa Resort, Melaka

22 - 24 Julai 2011 : Pejabat Antarabangsa UTHM menganjurkan satu bengkel untuk membincangkan beberapa kertas kerja yang dibangunkan oleh Pejabat Antarabangsa. Aku sebagaimana biasa, menjadi urusetia untuk bengkel tersebut.

Memandangkan Mr.Hubby tiada aktitivi PALAPES minggu ini, aku mengajak Mus dan anak2 bersantai-santai di A'Famosa Resort Melaka. Kebetulan pula, Mus dan anak-anak belum pernah sekalipun menjejakkan kaki ke sini. Bagi peluang pada anak-anak berendam sepuasnya di A'Famosa Waterworld.

Ruang tamuRuang makanBilik 1Bilik 2

22 Julai : aku bergerak ke A'Famosa bersama rakan-rakan sepejabat dengan menaiki kenderaan pejabat. Pemandunya sudah pasti seperti biasa, 'Kak Ngah' ler sementelahan pula, adik-adikku yang lain tu, tak biasa atau tidak pernah ke A'Famosa... Inilah dia adik-adikku di Pejabat Antarabangsa dan seorang lagi diimport dari Pusat Pengajian Diploma...

Mus dan anak-anak pula menyusul selepas Maghrib, setelah menghantar Bibik ke kampung Pt.Sulong sementelahan kakak habis sekolah agama jam 6.30 petang dan mak pula memerlukan khidmat bibik kerana pada hari Ahad di rumah ada Yasinan dan mak memerlukan pembantu bagi menyediakan juadah untuk tetamu.

Semua peserta tinggal di D'Savoy Condominium.. Setiap bilik mempunyai 2 kali besar dan satu ruang tamu. Tempat penginapan terletak agak jauh dari bilik mesyuarat. Jika berjalan kaki, mengambil masa lebih kurang 5-10 minit (bergantung kepada berapa laju pergerakan kaki :))

23 Julai : sementara aku sibuk di bilik mesyuarat, Mus membawa anak-anak ke Water World bermula jam 9.45 pagi sehinggalah 4.45 petang.. Hanya berhenti untuk makan tengahari sahaja dan sambung main air semula.

Bayaran masuk ke WaterWorld RM36 (dewasa) termasuk makan tengahari dan RM32 (kanak-kanak) termasuk makan tengahari. No outside food are allowed tapi harga makanan di dalam Waterworld ini sangat mahal yer!...

24 Julai : seawal 8.00 pagi kami sekeluarga telah bertolak pulang ke Parit Sulong. Secara jujurnya, aku sangat tidak berpuashati dengan trip kali ini kerana tidak berpeluang mengambil gambar di sekitar A'Famosa terutama di dalam Water World. Di dalam hati terpendam azam, untuk kembali semula ke sini satu hari nanti. Insya Allah mudah-mudahan dipermudahkan oleh Allah...

Setiap hari Ahad petang, aktiviti rutin yang dijalankan di kampung adalah Majlis Yasinan yang dihadiri oleh kaum Ibu. Setiap minggu, giliran tuan rumah silih berganti, bergantung kepada permintaan. Kebiasaannya, tuan rumah yang berhajat akan menyuarakan hasrat mereka kepada Ketua Yasinan dan disebarkan di kalangan ahli selepas tamat bacaan Yasin beramai-ramai diadakan.

Dan sebagaimana rutinnya juga, penutup Yasinan akan dibuat di rumah mak, memandangkan mak merupakan Ketua Yasinan di kawasan Parit Sulong. Penutup Yasin ini bermakna,inilah aktiviti Yasinan terakhir sebelum direhatkan sepanjang bulan Ramadhan dan Syawal.

Majlis Khatam Al-Quran ini pula diadakan sempena Majlis Penyampaian Sijil Khatam Al-Quran kepada anak-anak murid mak yang telah menamatkan bacaan Al-Quran...

Majlis Khatam Al-Quran dan Yasinan di rumah mak..

Sungguh gembira rasa di hati, kerana Baha-Awin sekeluarga sudi berkunjung ke teratak kami di Parit Sulong...

Friday, July 22, 2011

Hati ke hati

Bila berpeluang berbicara hati ke hati, ada simpulan yang telah terlerai... Apa yer yang boleh kulakukan untuk membantu kedua-dua mereka berbaik-baik semula? Kusut fikiran memikirkannya...

Ya Allah...
dalam kekusutan, hanya Engkau yang bisa meleraikan...
dalam kekaburan, hanya Engkau yang bisa menerangkan...
dalam kesusahan, hanya Engkau yang bisa menyenangkan...
satukanlah hati kedua-dua mereka...
hanya itu sahaja penamat kepada dua sengketa...
kuserahkan pada Mu Ya ALlah...
kasihanilah kami hamba-hambaMu...
yang senantiasa mengharapkan rahmat dan restuMu...

Thursday, July 21, 2011

Diari Julai 2011

4 & 5 Julai 2011 : Kursus Auditor ISO
Kursus ini merupakan anjuran Pejabat Perancangan Strategik & Kualiti (PPSK) UTHM dan disampaikan oleh Cik Roslainy dari AJA Consultant. Pertama kali dengan tentang AJA ini.. Kalau dulu aku hanya familiar dengan SIRIM.. Rupa-rupanya sekarang ini AJA juga merupakan Consultant yang agak setanding juga dengan SIRIM.


4 Julai 2011 : menjadi penonton Persembahan Malam Akrab oleh Pegawai-pegawai Kadet PALAPES IPTA

9 Julai 2011 : Istiadat Pentauliahan Pegawai Kadet PALAPES IPTA 2011. UTHM sebagai tuan rumah. Lt.Mustafa pula sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Komandan (TK), Prof. Dr. Hashim bin Saim...



10 Julai 2011 : Jamuan BBQ untuk Pegawai-pegawai Muda PALAPES UTHM yang bertugas di Bilik Sekretariat selama lebih 2 minggu. Well done for your good job!!..



15 Julai 2011 : menonton Harry Potter and the Deathly Hallows Part 2 di MBO Square One, Batu Pahat bersama keluarga..



16 & 17 Julai 2011 : balik kampung Kota Tinggi dan merayakan kenduri durian di Kebun Atok.. Inilah yang dinamakan segar dari ladang.. Tapi, takde snap gambar sebab iphone takde bateri dan charger tertinggal di Parit Raja...


22-24 Julai 2011 : Bengkel di A'Famosa Resort Melaka...