Thursday, January 14, 2010

Pening

waduuuuuus pening nie!...

last week (hari Jumaat), mak tepon tanya bila nak balik kg? kata mak, dah 4 minggu aku tak balik... (last balik kg ialah pada 12 Disember 2009, itupun without hubby sebab hubby ada PALAPES, so takleh nak balik...) Mak pesan soh balik minggu ni sebab mak kata mak dah habis exam Guru Mengaji dia.. so, dah free dah... kalau lepas exam ni, anytime leh bawak mak gi mana2.... mak leh ikut...

tapi............ weekend ni ialah birthday mak mertua... so, satu celebration telah dirancang di pusat bowling untuk meraikan birthday mak... takkanlah tak balik plak kan!.. sangatlah tak patut...

oh encik bos!!!... tolonglah buat apa2 meeting ke, bengkel SKT ke weekend nie.. so that, takyah lah saya mengecewakan kedua-dua ibu kesayangan saya nie... huhuhu...

I hate 14 January

Why? sebab tarikh inilah merupakan hari terakhir aku memijak bumi England... semua kenangan pahit manis masih kekal di ingatan... nampaknya bukan aku sahaja, anak2 pun masih menyebut2 england, masih menyebut Claremont Primary School, masih menyebut nama rakan2... kalau sebut nama kawan2 malaysia, aku tak berapa sedih sangat, sebab lambat laun pasti akan bertemu jua di malaysia... tapi bila asyik sebut nama kawan2 kelas, dan juga nama guru2 kelas, meruntun jiwa dirintih hiba...

Wednesday, January 13, 2010

Sedekad Bersamamu

Hari ni nampak2 ada free time sket, so nak ler meng'update' berita berita sensasi yg dah hampir nak basi sejak 2,3 bulan kebelakangan ini...

mungkin susunannya berterabur, tapi akan kucuba sedaya upaya utk muaturun seberapa byk gmbr atau berita berita penting yang ingin kuabadikan di blog ini...

1 OGOS 2010

Ulangtahun ke sepuluh perkahwinan kami... tidak ada candle light dinner, tidak ada percutian mewah, tidak ada kek 10 tingkat, tidak ada kenduri besar2an... tapi aku tetap ingin mengabadikan kenangan sedekad bersama suami dengan membuat sebijik kek coklat kegemaran anak2 serta masak nasi dagang kegemaran suami dan juga roti Jon... 2 helai jersey utk bermain badminton juga sempat kubungkus rapi di dalam kotak sebagai kenang-kenangan... utk en.mus ni senang je kalau nak bagi apa2 hadiah, segala macam jenis peralatan sukan memang menjadi impiannya...

kebetulan pula, 'roomate' en.mus berkunjung ke rumah bersama family, so majlis Sedekad Bersamamu' pada hari ini menjadi bertambah meriah dengan kehadiran mereka.



sorilah menyampah la plak dgn blog nie.. ntah hapa hapa ntah masalah dia.. susah bebeno nak upload gambor, org tgh semangat ni dia lak yg buat leceh!... lain gambo yg diupload lain yg kuar.. ni satu je yg betul!.. so, next time lah update!!!!... hampeh!!!...
.
.
.
.
.
.

Monday, January 4, 2010

Hari Pertama Persekolahan di Tahun 2010

Hari ni hari pertama persekolahan di tahun baru 2010.. malam tadi semua mak bapak termasuk anak2 tido awal kerana takut terlewat bangun di pagi hari hehee... Kami berjaya mencapai target, keluar rumah sebelum jam 7.00 pagi... hari masih belum begitu cerah waktu itu... di hadapan sekolah, kereta bersimpang siur... byk sungguh kenderaan ibu bapa di awal pagi ye? namun, kuperhatikan tidak ada pemandu yang baran, melampiaskan amarah pada pemandu2 lain, masing2 faham nampaknya dengan situasi sebegini...

Sunday, January 3, 2010

Happy Birthday Pakteh

Hari ini 3 Januari 2010, hari ulangtahun kelahiran adikku yang no.6 MOHD. FAIRUS SAMSUDIN... adik yg tak banyak bawak masalah, agak pendiam, hensem dan manis orangnya, dari kecil belajar pun boleh tahan pandainya, walaupun tidaklah sepandai Angkawasan Negara, Datuk Muzaffar, tapi ALhamdulillah boleh dibanggakan...

Yang aku kagum, dulu masa sekolah rendah, amatlah lemahnya dalam matapelajaran Bahasa Inggeris, sampaikan dihantar ke tiusyen... kalau exam tu, semua subjek dapat A, tapi bila time BI, mesti B...

Tapi, sejak masuk UiTM, aku pun naik heran, boleh tahan gak English adik aku nie... ntah mana dia blajo pun aku tak tau... hehee...

Ok teh, good luck in what ever you do...

Friday, January 1, 2010

010110

Hari ini 1 Januari 2010

Rakyat Johor bekerja seperti biasa. Aku macam biasa bz di office... Anak2 masih galak bermain di rumah, menghabiskan sisa sisa cuti hujung tahun, sambil membuat macam2 perancangan utk ibu dan ayah mereka... mengajak ibu dan ayah beli beg sekolah, kasut sekolah dan juga stationaries.

Di UK, tak pernah kisah membeli uniform persekolahan atau alat2 tulis, apatah lagi membayar duit buku sekolah ataupun yuran sekolah... kebetulan di Claremont Primary School tidak diwajibkan memakai uniform, tapi mujur juga di tahun terakhir anak2 di sana, kami sempat membelikan uniform dan juga 'jumper' Claremont utk mereka.. sekurang2nya adalah juga kenangan utk mereka... aku smpai hari ni masih belum mampu nak pandang suma baju baju sekolah mereka di sana.. ntah tak tau la smpai bila mampu kuusir semua kenangan di sana...

teringat juga di zaman kecilku dulu... paling tidak pasti ada 2 pasang baju sekolah baru utk kami adik beradik tiap kali menjelang awal musim persekolahan... kasut mungkin sepasang, sebab kasut tahun lepas masih boleh diguna utk ditukar-ganti bila kasut yg baru tu kotor... baju sekolah mesti dijahit tangan, siap sembat lagi tu!... satu2nya senario yang langsung aku tak jumpa di abad ke 21 ini... baju baju siap melambak lambak di pasaran... rata2 kedai ada jual baju siap nie.. tapi utk AMnani, aku tempahkan baju khas utk dia kerana agak susah nak carik saiz utk si puteri ku yg comel ini... utk Ahmad, langsung tiada masalah!... Ahmad antara anakku yg paling senang nak cari saiz baju, standard size orang kata...

Yuran sekolah dan buku2 telah dibeli pada hari Rabu, 30 Disember 2009... melayang juga hampir RM300 sekolah kebangsaan dan RM 200 lebih utk sekolah agama, manakala utk persiapan baju, kasut dan beg sekolah aku rasa dekat-dekat RM200 ada rasanya... ini baru 2 orang anak, bayangkan kalau yg anak ramai, sampai 5,6 orang tu... mau semput juga mak bapaknya...

hmmm dah abis idea, tak tau apa lagi nak taip... so, akhir kata SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2010 utk semua pembaca...