Wednesday, April 20, 2011

Bulat Air Kerana Pembentung

Betapa aku merindui semua kenangan di Nottingham... Serasa baru semalam kutinggalkan tanah Robinhood itu...

6 April 2008 : sehari sebelum sambutan Maulidur Rasul anjuran Nottingham Malaysian Community (NMC). Kumpulan kami ditugaskan untuk membuat kuih karipap. Rumahku yang kecil itu sungguh padat, sarat dan penuh sesak dengan keseluruhan ahli keluarga kumpulan kami, baik kaum ibu, kaum bapa mahupun kanak-kanak...






Monday, April 18, 2011

Patah Sayap Bertongkat Paruh

Hari ni, boss baru naik kerja setelah 10 hari tinggalkan office.. Boss outstation ke Russia dan Dubai.. Boss baru balik, ni kami dah sibuk nak uruskan trip ke New Zealand dan Australia pula. Aku dah siapkan itenarari, tapi nampaknya boss tak setuju. So, panjanglah diskusi petang ini, nak sediakan itenarari terbaik.

Sepanjang peninggalan boss, byk aktiviti yg berlaku.. Byk masalah yg timbul, tapi sebagaimana biasa, dengan team work yg baik di antara kami, satu persatu masalah cuba diselesaikan bersama.

13 April 2011 : delegasi dari Bandung, Indonesia
14 April 2011 : delegasi dari Yaman

Banyak perkara hitam berlaku di dalam menguruskan delegasi dari Bandung dan Yaman ini. Walaupun ini bukan kali pertama kami menerima kunjungan dari luar negara, namun kejadian yang berlaku dua hari berturut-turut membuat hati ini dipalut resah. Sedikit sebanyak menjejaskan juga imej kami di Pejabat Antarabangsa, dan pasti imej UTHM di mata tetamu juga!... Perasaan kecewa, bengang dan sedih silih berganti bertamu di kalbu. Namun, biarlah ianya menjadi pengajaran di dalam hidupku. Untuk lawatan akan datang, akan kupastikan masalah yang sama tidak akan berulang kembali.


15 - 17 April 2011
Mr Hubby mengiringi kadet PALAPES ke Kulim Kedah untuk satu aktiviti lasak. Aku dan anak-anak bersantai santai sahaja di Parit Raja. Di dalam 'wish list' aku sungguh banyak yang disenaraikan. Antaranya :-

1. Balik kampung Pt Sulong - tengok kedai Dobi
2. Pecut ke Melaka - nak lepak-lepak dengan kak cahaya (atau Izan kalau ada)
3. Pecut ke JB - boleh cubit-cubit anak Nasibah dan juga anak Zalmiyah (Ustaz Din)
4. Atau duduk sahaja di rumah, kemas-kemas rumah, atau bersantai depan TV.

Jumaat, 15 April 2011 ~ selesai solat Maghrib, aku ajak Ahmad baca Yaasin bersama-sama... (kakak tak dapat turut serta sebab sedang tuut)... Bosan juga malam Sabtu ni yer tanpa Raja Lawak... al-Maklumlah, tidak melanggan pakej Mustika... nak melepak kat kedai mamak, mmg keje giler la! Tak mungkin!!! Nak balik ke Pt.Sulong, hari Sabtu tu, kakak ada latihan koir pula di sekolah... Nak tgk movie, tak der cerita yang menarik... so, tidur awallah...

Sabtu, 16 April 2011 ~ nak mengemas tiada mood... Sebab, byk barang bersepah-sepah di lantai.. Nak masuk kabinet, tak cukup kabinet.. Nak beli kabinet, ruang pulak dah takder nak diletak di mana pun tak tahu... tapi, aku keluar jugalah meronda-ronda sekitar Pt. Raja mencari kabinet yang bersesuaian... tapi, aku pulang dengan kehampaan.. Tiada yang berkenan di jiwa.. Berkenan tu, maksudnya yang murah tetapi kukuh berdiri, tinggi kualitinya... yang mana aku berkenan, semuanya ribuan ringgit.. kalau yg ratusan tu, mesti yg kayu berhabuk tu!... sekali sepak je dah barai... mulalah teringat pakcik 'e-bay'... kalaulah ada... hai alahaaaaaaaaai...

Teringat dulu di Notts... Kalau bosan, balik kerja mesti singgah Dunelm, tempat aku menjalani terapi minda... Kadang2 tak beli apa-apa pun, saja cuci cuci mata.. Kalau takpun, dari Sherwood Hall ambil bas ke CIty Centre then cuci cuci mata di Debenham ataupun paling cokia pun, masuk Primax... Lepas tu beli jacket potato... Hai alahai, seronoknya...

Sekarang ni, kalau nak terapi minda, aku suka balik kampung... Tengok Kedai Dobi... Rasa seronok duduk kat kedai.. tunggu pelanggan datang... basuh toto, bajuh baju... buat akaun... sambil sambil main fb ngeh3... kalau duduk kat kedai, rasa ralit... tak sedar masa berlalu... kadang2 sampai lupa nak makan... solat pun kalau boleh nak solat kat kedai... tapi, kedai tu panas, so masuk la kejap dalam rumah utk solat then bergegas semula masuk kedai...

selain kabinet, aku survey juga meja makan kecil utk dapurku yg kecil itu... hai.. manalah nak letak meja, kalau beli lagi cik laily oiii??? Entahlah, bila ke'stress'an melanda, mulalah nak bershopping segala... tapi, akhirnya aku tak beli apa-apa pun... sebab takde bajet dan takde ruang hehehehe..

Oh!ya, aku beli sebuah kipas angin berdiri di carboot Parit Raja... Jangan tak tahu, di Parit Raja ni, banyak kedai barangan terpakai.. Ala ala yang macam kat Rengit tu!... Meja makan, meja belajar, basikal, push chair segala macam bendalah.. semua ada... Khabarnya barang-barang ni kebanyakannya dari Singapura.. Kalau nasib baik, dapatlah barangan yang masih berfungsi dengan baik.

Petang, selepas Asar aku buat quick decision "Jom pegi BP Mall!!!!"... Sepantas kilat anak2 bersiap2... Anak2 pun dah berbulan-bulan lamanya tidak dibawa bersiar2 di kompleks... Agaknya mereka pun sudah lupa bagaimana rupa BP Mall itu agaknya...


Di BP Mall, aku beli 2 pasang kasut.. Satu untuk kerja, satu untuk pakai harian. Jangan kata kasut Clark aku tak banyak! Kasut Clark aku melambak2 lagi dalam kotak, tapi oleh kerana sekarang dah makin comel, nak pakai high heels pun dah tak larat dah.. so, kasut kasut tu simpan utk special occasion jer la yer.. contohnya, macam dinner ke, raya ke... (hehehe alasan utk beli kasut ler tu!)

Then, masuk ke Pacific Mall, carikan track-suit utk kakak... ingat nak cari swimming suit, tapi tak jumpa la pulak.. maybe next time leh try cari kat parkson or jusco kot... member kata leh cari kat parkson and jusco.. tapi sebenarnya kami dah pernah cari di Parkson BP, tapi macam takder jer...

Di Pasific Mall, satu insiden telah berlaku pada Iris.. Iris sibuk sangat main di tepi tangga bergerak tu bersama abang AHmadnya.. Tidak semena-mena Iris terjatuh dan dagunya terhantuk ke tangga. Kesannya gigi Iris berdarah. Sampai malam ke malam masih berdarah hingga Iris tidak boleh minum susu, hisap jari apatah lagi nak makan. 1 hari Iris tidak menyusu dan makan. Kesian sungguh.. Bercakap pun guna bahasa isyarat hihihi (lawak pun ada)... mulut pun dia takut nak tutup, so meleleh leleh la air liurnya.. Habis basah satu alas katil dengan darah Iris... Siannya anak ibu... Tengok la tu, nak tutup mulut pun tak berani, sakit bila gigi tersentuh di bibir..

Sebelum berangkat pulang dari BP Mall, kami makan di Pizza Hut... Sajer jer nak habis-habiskan duit yang memang dah nak habis dah pun... Beginilah bila kebosanan melanda...


Ahad, 17 April 2011 : tiba-tiba dapat panggilan dari Jon... Ish.. Jon ni kalau takde apa2 tak akan telefon punya.. Ni mesti nak singgah nie!!! Pukul 11 telefon, pukul 1 dah sampai... Macam Jet Ski, aku bersiap.. Pegi pasar (kebetulan lauk dah habis), dan sempat juga bawa Iris ke klinik... Tapi, masa Jon dan K Hanny sampai, aku lom siap masak hehhehe... Tinggal nak goreng sayur.. Ayam golek pun belum siap.. Tapi, aku jamu jugalah mereka dengan ikan keli dulu. Ayam golek kita ratah ratah jer nanti...

Geram sungguh melihat kecomelan Khadijah, puteri ke tiga Jon/Hanny... iiiiiiiiiiii rasa macam nak gigit gigit jer!!!

Friday, April 15, 2011

Diari Februari 2011

2-6 Februari 2011 : Ladang Serai Februari 2011


12 Februari 2011 : Wedding Yusnorsyazana di Kluang, Johor

12 Februari 2011 : Wedding Adik Izan di Johor Bahru

12 Februari 2011 : Visit Zai



12 Februari 2011 : Visit Black and her new girl...



13 Februari 2011 : Kerja-kerja Membuat Partition

15 Februari 2011 : Majlis Pelancaran Irissa Laundry

19 & 20 Februari 2011 : Sambutan yang Alhamdulillah sungguh menggalakkan walaupun baru 5 hari dibuka...


25 Februari 2011 : Kenduri Mee Bandung di Pejabat

25 - 27 Februari 2011 : Bengkel Skim Perkhidmatan Sokongan IPTA di UTHM

28 Februari - 2 Mac 2011 : Kursus Komunikasi Interpersonal - Dale Carnegie di Shah Beach Resort, Melaka

Tuesday, April 12, 2011

Tiada suara

Betul-betul takde mood nak update blog...
Sebab... sedang betul betul merindui tanah England...

Monday, April 4, 2011

Diari Mac 2011

28 Feb - 2 Mac 2011
Kursus Komunikasi Interpersonal Dale Carnegie di Shah Beach Resort, Melaka


Sampai jer dari Melaka, terus pecut ke Johor Bahru untuk beli chemical untuk kedai Dobi ~ sabun, softener dan juga pewangi... singgah di Plaza Angsana untuk pekena Mee Rebus Hj Wahid..

5 & 6 Mac 2011 :

12 & 13 Mac 2011
Majlis Pertunangan, Pernikahan dan Persandingan adik ipar, Nur Akmariah bt. Shamshuddin di Kota Tinggi Johor.

Majlis Pertunangan (12/3/2011)
Majlis Pernikahan (12/3/2011)
Majlis Malam Berinai (12/3/2011)Majlis Persandingan (13/3/2011)
16 & 17 Mac 2011
Percutian di Pulau Pinang bersama keluarga
18 Mac 2011
Rumah Pakya
19 Mac 2011
UUM Di Hati
Majlis Persandingan Korie-Ayie di Jitra, Kedah
Rumah Kak Long Azah
20 Mac 2011 : perjalanan pulang ke Johor...

25 Mac 2011 : Ladies Nite Anjuran PUSPANITA di Hotel Equatorial Bangi

26 Mac 2011 : Majlis Persandingan sepupu di Ang Mo Kio, Singapura

27 Mac 2011 : Boss turun padang