Thursday, April 18, 2013

Lama Menyepi

Rindunya dengan Teratak Muslaily... dah hampir genap 2 bulan blog ini terbiar sepi. Bukan tidak mahu singgah, tapi kesibukan yang terlalu-lalu menghimpit... Hakikatnya terlalu banyak kisah untuk dikongsikan tapi waktu sangat mencemburui. Bagi rakan-rakan yang sentiasa follow di facebook, pasti mengetahui setiap inci pergerakan Muslaily Family sebab aku memang jenis yang akan sentiasa update setiap pergerakan di face. Hasrat untuk melayari blog kawan-kawan pun just 'touch n go' jer.

Sebenarnya dalam banyak perkara indah yang diabadikan di laman muka buku, kami sekeluarga ada banyak perkara pahit dan sedih yang melingkari kehidupan kami. Tapi, belum terlintas di hati untuk mencatatkan di mana mana laman sosial pun lagi. Yang pahit biarlah ditelan sendiri, yang perit biarlah ditanggung sendiri. Kita di sini berkongsi cerita cerita gembira ajer lah yer.. Biarlah aura-aura negatif tidak membayangi laman blog yang indah ini kan.. 

Mood nak menulis tak datang-datang. Fikiran kosong. Jari kaku. Sekarang sedang baca novel "Aku Bercerita" karya Ramlee Awang Murshid. Ada 4 atau 5 naskhah travelog yang telah dibeli tapi belum sempat dibaca, menyemarakkan lagi hasrat untuk menulis travelog sendiri.. Mudah2an impian ini akan terlaksana juga nanti. Insya Allah...