Wednesday, September 30, 2009

Entry untuk Bonda Kakcik Seroja

been trying to reply all comments from friend but couldn't do so...

so, di entry ini laily ingin ucapkan terima kasih kepada bonda a.k.a kakcik seroja yang sudi bertandang ke teratak laily nie.. laily masuk juga ke blog bonda, tapi boleh nak post any comment there...

selamat hari raya diucapkan kepada bonda sekeluarga.. Mudah2an ada rezeki untuk kita bertemu lagi di lain masa.. Insya Allah... Dengan ucapan, semoga cepat sembuh dari demam.... (p/s cik abg kita pun tgh demam bonda!.. dah 4 hari dah...)
.
.
.

Raya @ Parit Sulong

hari raya ke 3 bertolak balik ke Parit Sulong


Raya @ Kota Tinggi

Tahun ni turn balik beraya di Kota Tinggi dulu... Hari Sabtu (19/9/09) baru mummy,iris n bibik bertolak balik ke Kota.. Ayah, Kakak dan Adik dah bertolak balik ptg Jumaat.. Why? Sebab, mummy ada baaaaaaaaaaaaaanyak sgt urusan nak settle'kan kat rumah sendiri... Sempat jugaklah mummy buat sebuku kek coklat utk dibawa balik ke kg...

Sepanjang hari Sabtu dari pagi membawa ke petang, mak tak renti renti memasak... Dari satu menu ke satu menu.... Antaranya ikan patin masak gulai tempoyak (my peberet!) dan gulai masam untuk juadah berbuka puasa.. merebus nasi impit segera, memasak rendang daging, menggoreng ayam (utk ayam masak merah) dan juga menyiapkan sayur2an utk masak lodeh pagi raya nanti...
(jap... ada gambar ni dlm hp, nanti mummy upload...)

Petang Sabtu, keluarga Uncle Jaafar dan Pakcu Noh sampai dari Kuantan, Pahang.. 3 kereta semuanya... video makan2 bukak puasa hari terakhir pun ada... tunggu masa utk upload k!...

Malam Sabtu, upacara membakar duit... video pun banyak... nanti mummy masukkan entry khas..

Hari Ahad, selesai solat sunat Aidilfitri, bergambar beramai2...








Tuesday, September 29, 2009

Gambar Raya

Enjoy viewing my gambar raya at my facebook!...

Raya Tahun Ini...

Setelah beberapa tahun menyambut raya di perantauan, kali ini raya tahun ini ternyata sungguh berbeza dengan tahun tahun dahulu....

Puasa...
Tahun ini...
Si little prince sudah mula belajar berpuasa... 3 minggu pertama berderet penuh tanpa ada satu lompang!... walaupun naik jenuh nak menjawab soalan 'bila nak buka nie?' yang keluar berulang2 kali dari mulut si little prince.... Minggu terakhir puasa si little prince diserang demam panas... hari pertama demam, masih larat berpuasa hingga ke tengahari, tapi masuk hari ke dua demam, kami tak benarkan si little prince berpuasa sebab kesian sangat tgk dia terbaring je di bilik... si ahmad ni mana pernah duduk diam sesaat, so bila dia demam memang jadi teramat-amat la pelik takde yang melompat2 depan mata kita...
so, kesimpulannnya 6 hari Ahmad ponteng puasa kerana demam dan disambung pulak dengan sakit mata...

Tahun dulu...
si little prince baru nak belajar belajar berpuasa.. tapi undang2 di Claremont Primary School, pelajar2 Year 1 masih belum dibenarkan berpuasa... tidak menjadi masalah utk si little princess kerana ada disediakan Ramadhan Club utk anak2 dari Year 3 ke atas yang berpuasa.. So, during break time, anak2 yang berpuasa disediakan bilik khas untuk membuat kraftangan atau membaca buku atau bermain 'game'...


Terawih...
tahun dulu...
byk bacaan2 dalam sembahyang yang si little prince belum pandai baca.. so, dia cuma ikut2 kita solat terawih.. sambil mulut tak henti2 tanya, 'ada lagi ke bu?', setiap kali habis 2 rakaat...

tahun ini...
si little prince sudah pandai bersolat sendiri... teringat kakak bercerita ttg adiknya di sekolah agama.. suatu hari tu, ustazah minta pelajar di dalam kelas membaca tahyiat.. kakak sebagaimana biasa, awal2 lagi dah angkat tangan dan berjaya membaca dengan lancar... adik pun katanya tak sabar2 nak angkat tangan.. tapi, bila baca depan ustazah, mesti salah... tapi, si adik macam biasalah, mana tahu erti kalah... mesti nak cuba dan cuba dan cuba lagi... 4,5 kali adik angkat tangan untuk mencuba lagi, tapi semuanya salah... balik rumah, adik2 tak jemu jemu menghafal bacaan tahyiat dah hasilnya Alhamdulillah sekarang dah lancar dah... itulah si Ahmad, sifatnya memang tak pernah nak mengalah atau mengaku kalah dan amat gigih berusaha kalau nakkan sesuatu...


Raya....
tahun dulu...
pusing2 satu notts beraya rumah rakan2.. samada yang ada buat undangan rumah terbuka ataupun yang tak undang.. dgn selambanya kami datang menyerang...

tahun ini...
pusin2 satu johor beraya ke rumah sanak saudara dan jiran tetangga...


Duit raya...
tahun dulu....
dulu sebelum ke UK, sempat juga beraya di Malaysia.. tapi anak2 masih belum mengerti keseronokan mendapat duit raya.. bila dapat duit, terus bagi kat ibu...

tahun ini...
seronok tgk Ahmad dah pandai kira duit... bukan setakat sen sen atau ringgit tapi dah pandai kira puluh puluh dan ratus ratus... everytime dapat duit raya, tak sabar2 nak bukak sampul dan kira lagi duit raya yang ada... rasa2nya dalam sehari, berpuluh puluh kali mengira duit raya!.. puas dipesan pada anak2, 'sabar laa.. simpan dulu.. nanti balik rumah kiralah... jgnlah tunjuk perangai tak elok dpn orang'... tapi dah resam anak2, begitulah.. pesanlah macamana pun, macam tulah jugak perangai mereka... begitu excited dgn duit2 raya yang diterima hinggakan terlupa pesanan ibu...


Baju Raya...
tahun dulu...
tunggu wan pos baju raya...

tahun ini...
tunggu ibu ambil baju raya kat kedai...


Kuih raya...
Tahun dulu...
yang mana teringin nak makan, buat sendiri... yang mana ada orang jual, beli...

Tahun ini...
tunjuk sana tunjuk sini... tiba pagi raya, penuh meja dgn kuih tunjuk tunjuk...


gambar raya...
tahun dulu...
dengan kawan2 yg dah macam saudara sendiri...

tahun ini..
dengan ibu bapa dan sanak saudara...



oh ya!..... ada tambahan...
langsir raya...
tahun dulu...
bertahun2 duduk kat laurie avenue, tak pernah ganti langsir langsung!...

tahun ini..
meneruskan tradisi kontrak langsir di rumah mak... itulah kontrak wajibku saban tahun... this year kena tambah rel langsir sebab suma langsir dah jadi 2 tingkat... (hmmm i really love to arrange and manage anything about curtain! yeah i know, i'm crazy about curtain! huh!)


seb baik ada Arip, tolong pasang rel langsir... encik tukang potong besi, aku tukang masukkan plastik putih, arip tukang pasang.. tq arip!!!

Monday, September 28, 2009

I'm baaaaaaaaaaaack!!!

Selamat Hari Raya Aidilfitri diucapkan kepada semua rakan2 yang sudi berkunjung ke teratak kami ini... Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan penuh kemeriahan dan kesyukuran oleh kalian...

Hari ini hari pertama naik keje setelah bercuti raya raya Malaysia selama 11 hari!... Almaklumlah dah 2-3 tahun tak merasa cuti raya lama lama, tahun ni dah macam lepas geram plak hehehehe!...

Sebagaimana perancangan, hari Khamis (17/9/09) : bekerja keras di Parit Sulong...

Jumaat (18/9/09) : bekerja keras di rumah sendiri pula

Sabtu (19/9/09) : bekerja keras di rumah mertua

Ahad (20/9/09) : beraya sakan di Kota Tinggi dan Kulai

Isnin (21/9/09) : beraya sakan lagi di Bandar Tenggara dan juga Kota Tinggi

(malamnya : sepatutnya pulang beraya ke Parit Sulong tapi mummyiris telah diserang demam panas yang amat memudaratkan utk mummy memandu kenderaan di malam2 hari, so terpaksa bermalam semalam lagi di Kota Tinggi)

Selasa (22/9/09) : menggagahkan diri juga untuk bangun dan bertolak bali ke Parit Sulong, tiba di Parit Sulong sambung lagi tidur dan berselubung...

Rabu (23/9/09) : pagi-pagi lagi dah siap2kan masak nasi ayam utk mak then keluar beraya ke rumah saudara mara di sekitar Parit Sulong dan Batu Pahat
(malam demam lagi)

Khamis (24/9/09) : siangnya tak sempat nak ke mana2.. rakan2 lama yang telah 5-6 tahun tidak ditemui bertandang ke rumah mak.. (ingat lagi derang ye, rumah mak aku! TQ WAN FARIZA dan ZARINA)
malamnya : sambung lagi beraya di rumah saudara mara

Jumaat (25/9/09) : setelah siap2 masakkan mee kari utk kumpulan marhaban mak (sebelah petang) dan encik (sebelah malam pulak), berangkat balik ke Air Hitam. Tetamu istimewa dari Notts datang... (eh! salah.. ex-notts...) - IZAN&IKO, IMA&IZNI&ILYA...

malam : beraya ke rumah Dato' Baha

Sabtu (26/9/09) : keluarga mertua dan adik2 ipar datang menyerang... hidangan istimewa menanti! : 2 ekor ayam golek, 1/2kg daging masak merah dan 1 ekor ayam masak tomyam serta air bandung yg sunggu mabeleess...

Ahad (27/9/09) : BERKEBUN...

Isnin (28/9/09) : hari ni dah naik keje.. cepatnye la seminggu berlalu... aku lom puas beraya lagi!!!

Wednesday, September 16, 2009

Selamat Hari Raya

Hari ni last day kerja.. Esok dah start cuti raya.. Petang ni nak balik parit sulong, nak tolong mak pasang langsir baru (pengumuman yea, kali terakhir mak tukar langsir ialah 5 tahun yang lalu).. so, hari raya tahun ini rumah mak bukan sahaja diserikan dengan cucu-cucu yang dah 2 tahun tak dapat beraya bersama tapi juga braya dengan langsir yang sangat cantik!.. hehehe...

ptg ni hanya kami bertiga yang balik, mummy,iris dan pembantu.. anak2 dan ayah stay kat umah air hitam sebab esok masih bersekolah...

rasa2nya banyak lagi bende nak buat kat umah mak tu... tu yg balik jugak petang nie... harap2 esok boleh settlekan banyak bende sebab hari jumaat nak kerjakan rumah sendiri di air hitam pulak.. then hari sabtu lepas sahur dah nak bertolak balik ke kota tinggi...

tahun ni turn balik beraya di rumah hubby... keputusan muktamad tiada sebarang rundingan walaupun mak parit sulong cuba mengecek... then hari raya kedua malam baru balik ke parit sulong... tak tau lagi nak stay sampai hari apa di parit sulong... rasa2nya dalam hari jumaat or khamis nak ke johor bahru utk beraya di rumah sedara mara di johor bahru...

ok jumpa lagi Insya ALlah di lain entry...

Tuesday, September 15, 2009

Happy Birthday Auntie Izan & Uncle Iko

Happy belated birthday to Uncle Iko (September 10) and Auntie Izan (September 14)... Sori mori untie Izan, mummyiris tak tau rupa2nya smlm bday auntie izan... kalau tau, mummyiris bawk bunga besar ke Melaka semalam...

Anyway, semoga kalian berdua beroleh kerahmatan Allah dalam kehidupan dan semoga kebahagiaan berkekalan... Dengan ucapan, jangan tunggu lama lama, nanti lama lama...

Sian auntie Izan ngan uncle Iko, tahun ni takde anak2 yg tiup belon, yang nyanyi nyanyi, yg tepuk tepuk tangan dan salam2 dan cium cium dan jugak belikan kek... sabar yea... Insya Allah bday next year mudah2an majlisnya makin meriah hehehe sebab anak2 dah nak balik agaknya tu.....


.
.
.
.
.
.
.
.
.
and... happy 11 month old Iris on September 14!!!!

Monday, September 14, 2009

Saya Anak Malaysia

Masih ingat lagi keletah Ahmad sewaktu Program Hari Keluarga UTHM di Sheffield UK? Tatkala Y.Bhg. Dato' Naib Canselor bersalaman dengan anak2 sewaktu menyampaikan hadiah, Dato' bertanya dengan anak2 dari mana mereka datang? ada yang menjawab dari London, dari Bristol, Manchester dan pelbagai lagi tempat.. Bila turn Ahmad, dia jawab "from Malaysia!".. Ahmad Ahmad... jujur dan bernas sungguh!... waktu tu, Ahmad memang tak berapa faham yang dia sebenarnya menetap di Nottingham, yang dia tau dia berada di England, dan dia berasal dari Malaysia...

Ini gambar 4,5 hari lepas... Inilah kerja abg Amat dengan adiknya... Abang akan masukkan adik dalam kereta kecik nie, then abang akan tarik adik ke hulu hilir... adik pun kemain suka hati bila abang buat macam2 kat dia!...

Munjung-Ngunjung-Kunjung + Projek Rempeyek

Bagi masyarakat jawa di Malaysia, perkataan munjung atau ngunjung atau kunjung [(actually aku pun tak berapa pasti perkataan yang paling tepat)... #kunjung=wording yg kuar dari mulut org melayu pure mcm mus :p#] bukanlah sesuatu yang asing terutama di bulan Ramadhan...

Secara ringkasnya, 'ngunjung' ini merupakan satu amalan masak memasak dan menghantar lauk pauk kepada jiran tetangga yang biasanya dibuat dalam bulan Ramadhan... Amalan ini merupakan satu sedekah selaras dengan hadis :-

"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. " (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

Saban tahun, menu 'ngunjung' mak tidak pernah berubah... Nasi Impit, ayam masak merah, sayur lodeh dan sambal kacang...

Sabtu yang baru lalu (12/9/09), dari awal pagi lagi kami anak beranak dah sibuk di dapur. Aku dan Mus pagi pagi lagi dah start motor gi beli ayam.. Tak banyak.., 10 ekor sahaja.. Jumlah agihan, dianggarkan 20 rumah sahaja.. Menjelang jam 2 petang, semua menu telah siap dimasak. Jam 3.00 petang, bermulalah ekspedisi aku dan mus dari satu rumah ke satu rumah mengagih-agihkan 'lauk ngunjung', ke rumah saudara mara dan jiran tetangga... Yang dekat-dekat tu takdelah masalah sangat, ada juga rumah yang jauh nak dihantar... Jam 6.00 petang barulah kami tiba semula di rumah... Mak terbaring keletihan tapi dalam raut wajah yang cukup puas, sebab hajat telah terlaksana...

Ahad (13/9/09), projek kami hari ini ialah membuat rempeyek... juadah wajib di hari raya nanti... 4 kampit tepung beras, dapatlah 2 balang besar (26L)... Sekali lagi mak tersenyum puas kerana kalau mak sorang yang buat, memang confirm mak tak kan buat punya!....

Jumaat (12/9/09), kami bershopping baju baju raya dan kasut raya untuk anak2.. xtvt yang telah 2 tahun tidak dilakukan... Memandangkan kemelesetan ekonomi yang masih ketara, kami berbelanja secara sungguh berhemah... Hanya sepasang dua sahaja baju baru untuk mereka... Yang paling mahal pun rasanya t-shirt transformers si Ahmad.. RM40++ lebih kurang 7-8pound laa... tapi takper, kat UK amat ler yg paling tak pernah beli baju baru sebab baju baju carboot ahmad senang nak carik!.. size yang sgt senang dicari... melambak2 kat carboot... jeans ahmad yang 50p pun melambak2.. koyak je beli, koyak je beli hahaha...

Untuk Iris, mujur bekalan dari UK sungguh banyak!... Baju2 pemberian auntie2 dan uncle2 di UK masih belum berusik.. Mujur juga Iris nie sangat2 kecik comey orangnya... So, baju2 untuk gigirl 6month masih boleh disarungkan!... tapi kasut2 dah banyak yg tak muat!... seb baik juga bekalan kasut utk Iris juga sangat banyak!.. cukup utk Iris sampai usia 3 or 4 tahun... so, beli sehelai jer baju iris... nampak2nya iris pun sangat happy dgn her new dress nie!...


yang masalah problem sekarang ialah cik kak saya yg sungguh sungguh comey itu!... nak cari baju, mesti carik yg size ibunya, baru jumpa.. begitu juga dgn kasut.. mujur juga cik kak tu dah jumpa sepasang kasut yang sungguh comey... terlihat raut kepuasan yang sungguh ketara di wajahnya... tak mahal pun kasut tu, cuma RM39.90, lebih kurang 6-7pound sahaja!..

dan yg lagi satu masalah ialah ayahnya.... tahun ni ayah dah banyak berhabis utk makwe barunya... so, ayah beraya dgn makwe barunya sahajalah... sehelai baju pun ayah tak beli lagi!... kebetulan juga, 'makwe oren' ayah pun mintak kasut jugak, 2 pasang pulak tu!... pening jugak ayah melayan 2 makwenya tahun ini... tapi, Insya Allah condition kedua-dua makwe ayah dah tiptop, tak ler risau nak balik beraya karang....

bagaimana pula dgn ibunya?.. oooooooo ibunya dalam keadaan yg sungguh stress!... nak pakai baju apa pun tak tau... sarung apa suma serba tak kena... lagi pulak nak berjumpa dgn saudara mara di hari raya ini.. takdelah perkataan lain yang keluar dari mulut mereka! "eeee Ngah! gemuknya skrg!" aaaaaaaaaargggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhh tensionnya!...

Friday, September 11, 2009

Entry Untuk Ina-Kasrul

Last entry for today (dah mula merapu la nie... satu hari sampai berapa posting... mcm takde keje jerk... hahahaha)

Attention to Ina Kasrul... pls do contact me tru email... akak dah lost contact dah ngan Ina.. akak nak call hp ko tu amatlah mustahilnya... tau tau je calling cost from malaysia to Uk hehehehe... nak emel tak tau email add... nak tgk gambo baby baru, tak tau blog add... so ina, keep in touch yea.. anyway, thanks for visiting my blog! i missed your gulai tempoyak ikan patin!... tapi yg bestnya akak dpt makan original gulai tempoyak from my mother in law tau!! hehehe...

Insya Allah kita jumpa lagi nanti... (di malaysia la gamaknya...)

Hang Tuah 4 bersaudara...


15 Ogos 2009 yang lalu, iris n family telah bertandang ke rumah Ustaz Din/Zalmiyah di Taman Pulai Utama Johor Bahru... besarnya rumahmu Zal.. puas hati menengoknya... tapi kami tak smpat jumpa Ustaz sbab Ustaz ada tugas di Batu Pahat.. Dah puas makan dan siap solat sekali tu rumah ustaz pun, ustaz masih lom sampai lagi... Minta maaf ye Ustaz, Insya Allah lain kali kami singgah lagi...

ini dia hero hero idaman malaya... dah siap sedia beratur mengikut umur... dari kiri 4 tahun, 5 tahun, 6 tahun dan 7 tahun...

Destinasi seterusnya ialah ke rumah Man/Ida... Instinct kual betul... bila sampai rumah Ida, ramai pulak tetamu Ida di rumah... mulut ringan je bertanya... "Ada gathering apa Da? ramai sangat tetamu Ida malam nie".. Rupa2nya Ida dah 2 minggu cuti sakit... Nak cakap ke heh?.. Emmm tanya Ida sendiri la yea... Ida baru saja habis fasa kesedihan, so bila ramai2 kawan datang ke rumah tu, kuranglah sedikit kemurungan Ida.. Sambil borak2 kami menonton filem Ayat-ayat Cinta.... (yang katanya dah banyak dipotong compared to original one...huhuhu)


dan ada satu lagi destinasi yg tak smpt dijengah.. apa lagi kalau bukan teratak Dr. Junaidi dan Nasiibah... Len kali kami serang umah Nasiibah plak yea... Siap2kanlah menu yg best best utk kami tau!... Akak dah rindu dah ngan air tangan Nasibah nie!.. bila la nak pekene!...

belated...

wahai cik puan mimie... sori yea lambat mengupload... but its better late than never rite...


video

Iris and her world




Suka sangat tgk Iris kalau dia tgh bz bikin keje dia... Kepala ke kiri kanan, tangan tak renti renti pegang barang, amik barang ni letak barang tu.. then pulak barang yang tu, letak pulak yang nie.. pastu suma bende nak masuk mulut...

malam tadi, abg amat sibuk amik bakul ni nak main carboot carboot... suma toys disusun atas meja kecil dan adik dihantar jauh jauh tak bagi kacau!... tapi dah sifat budak kecil memang macam tu, lagi jauh dihantar, lagi cepat si adik tu datang semula kat abg dia.. habis suma toys abg dia, dikacaunya...

then, pagi tadi adik mcam lepas geram malam tadi tak dapat main toys abang... so, adik telah masuk ke dalam bakul tersebut.. hehehe...

Iris 10 month

lama sungguh tak cerita pasal iris dan anak2 yang lain... video video dan gambar ni diambil pada 12 & 13 Ogos 2009 yang lalu, iaitu ketika Iris berusia genap 10 bulan... Waktu ini Iris sudah mula berdiri lama... Bila disandarkan di dinding, Iris akan lepaskan tangan seolah-olah dia sedang 'berdikari', berdiri di atas kakinya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa... Di peringkat ini, dah mula mudah menjaga Iris, tidak seperti sebulan sebelum ini yang mana kita mesti sentiasa berada di belakang Iris lantaran si kecik comel ni asyik berangan nak berdiri tapi kaki masih belum kuat dan selalu terbongkang ke belakang... so, anak2 sentiasa diingatkan supaya sentiasa duduk di belakang Iris tidak mengira waktu dan tempat...

video


Iris juga pantang kalau lihat pintu bilik air terbuka!. She loves water a lot!... 2 kali Iris kantoi ditemui sedang bermain2 air di bilik air!... sungguh merbahaya.. lihatlah muka Iris yang sungguh ceria, langsung tidak menunjukkan muka orang bersalah.. sejak detik ini, pintu bilik air telah dikunci sebagai ciri ciri keselamatan..
video


Iris sangat suka bermain dengan abg Amat.. setiap kali abg amat balik dari skul, Iris akan tertawa kesukaan dan menanti nanti abg Amat mengacaunya...
video

video

video

Teman...

Minggu ini aku dikejutkan dengan panggilan telefon dari kawan lama yang sudah terlalu lalu lama tidak ditemui.. kami tidak memerlukan facebook utk mencari dan dicari kerana ikatan instinct antara kami amat kuat. Walaupun dunia ini bulatannya terlalu besar, namun kecanggihan teknologi dengan maklumat di hujung jari membolehkan apa sahaja yang tida boleh.. Terima kasih teman kerana masih sudi menghubungiku... Mendengar suaranya sahaja sudah hampir luluh hati ini, betapa aku merinduimu teman.. Andai ada waktu, pasti sahaja mahuku dakap sekujur tubuhmu menyatakan kerinduan ini. Maafkan aku teman, kerana tidak mengutus sebarang berita, bukan bererti aku telah melupaimu.. Tidak sama sekali.. Terima kasih kerana pernah mewarnai hidupku..

Antarabangsa

Sekarang ni Antarabangsa sering meniti di bibir... Al-maklumlah dah duduk kat Pejabat Antarabangsa... Aku menerima pertukaran ini dengan hati sungguh positif... bukan bererti aku tidak suka ofis lama, tapi aku rasa sudah terlalu lama aku berada di bawah bumbung fakulti.. Bermula Mei 1997 di Fak Kej Awam UTM, dan kemudiannya Dis '04 di Fak.Peng.Teknologi UTHM, bagiku 10 tahun (12 - 2tahun) bukanlah satu tempoh waktu yang singkat...

Angin perubahan seperti inilah yang aku rasa mungkin boleh memberi sinar baru dalam hidupku.. Mungkin di sini mereka akan lebih mengenali aku, menyedari bakatku dan mengakui bahawa adanya sebutir bintang yang sedang bersinar di sini... cheewaaaaaaaah.. sering aku berangan2 sendiri... hahahhaa...

Di ofis baru ini, hanya ada 8 orang staf sahaja termasuk boss, satu angka yang sangat2 jauh berbeza dengan fakulti.. tapi aku senang di sini... anak2 buahnya semua muda muda belia, jauh lebih muda daripada aku yg boleh dipanggil kakak or makcik sahaja oleh mereka... tapi, keramahan, kemanisan, kerjasama yang diberikan amat excellent!... mudah dibawa berunding, berbincang dan sangat sangat sporting!... tidak perlu risau adanya komplot komplot kecil yang bisa meruntuhkan ukhwah, tidak juga perlu berlumba2 sambil memijak-mijak orang bawah untuk mendaki tangga...

Bila surat arahan pertukaran diterima, ramai yang memberikan komen2 positif, antaranya :-
1. dulu aku pernah berada di luar negara utk beberapa ketika, jadi ini merupakan tempat yang paling sesuai utk aku duduk dan mengaplikasikan apa yang pernah kucedok di sana..
2. bertahun sudah aku di tangga ini, statik tidak bergerak ke mana2, mungkin rezekiku lebih cerah di sini untuk aku mendaki setapak lagi..

Apapun andaiannya, segalanya kuterima dengan fikiran terbuka... Mungkin benar kata2 mereka... Hanya kesyukuran yang mampu dipanjatkan... Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat hamba-Nya...


Thursday, September 10, 2009

comments : nasi tomato

sori ye kengkawan... aku pun naik pening dah nie... nape takleh nak post comments kat entry yang lepas... puas ku klik cursor ku ke sana sini... tapi tak boleh nak masuk cursor... poning makcik nie...

3 comments:
sya said...
sabar kak..mana tau ada rezeki lg , akak yg smbung ke, dpt g notts semula :)
September 9, 2009 4:57 PM
"Insya Allah... akak selalu berdoa sya... mudah2an ada rezeki utk kami ke sana lagi... bila dgr ct/omar akan ke notts this november, hari meronta2 nak ikut! hehehe... kalau le boleh masuk dalam beg dia tu, mesti akak dah seludup masuk dah... hahaha...

kak cahaya said...
aku slalu g rumah ko tu...tp menu sudah tukar..skrg slalu mkn nasi kerabu atau laksam...tuan yang baru ni pon suke masak gak...dan suka panggil kengkawan gak...agaknye kenan ko la laily...hhha...cuma menunya je tukar...ko mmg dah rindu rumah tu tapi kami ni masih dan masih bergembira dengan menu2 di rumah itu...hhaa..jangan jeles....
September 9, 2009 7:13 PM
"korang tiga orang nie (sya, kakcahaya ngan zafwah) mana tau erti 'rindu' pada 'rumahtangga' (seluruh isi rumah termasuk tangga yg ada termasuk juga tangga ke cellar!... korang 3 orang ni dah berapa kali pindah umah?.. paling skit farah, 2 rumah, aisyah nak msuk 3 rumah, paling banyaaaaaaaaaaak kakcahaya lah! dah 4 rumah aku rasa! hahahaa"

zafwah said...
betul..betul kak yati..seb baik bkn aku yg duduk umh tu..klu idak..abis le pewaris rajin masak..huhuhu..
September 9, 2009 10:34 PM
"farah, akak ni kalau masak apa2 kat sini, mesti teringat ko farah... ko sebut2 ayam masak merah, bubur jagung dan air bandung... seb baik tak ngidam kan farah kan kan kan?"

Wednesday, September 9, 2009

Resepi nasi tomato

got this mail few weeks ago...

nasi tomato
Between You and Nadia Yong
Nadia Yong 27 August at 00:05
salam ak laily, apo khabar? panas n virusssss je mana2...harap2 akak n keluarga sihat.
hari nie second last day dgn mak kat notts, so nadia buat nasi tomato. ingat tak kak laily pernah ajar masa nadia n family beraya kat rmh kat in 2008...akak tunjuk kat dpur kak...alhamdulillah..jadi n sedap nasi yg nadia masak hari nie...
thanks so much kak...
hear from you and take care
nadia



Terharu sungguh terharu... Terharu kerana Nadia masih ingat ajaranku.. Ternyata Nadia anak murid yg cepat pick-up.. sekali lihat sahaja sudah boleh menjamu ibunda tersayang.. Terharu juga kerana secara tidak langsung aku berjaya memanjangkan ilmu yang aku tahu dan yang lebih2 terharunya, mulalah bayangan laurie avenue menari2 di depan mataku.. Masih terbayang jelas di ruang mata dapur kecilku di laurie avenue.. membuatkan kelopak ini basah lagi...

2 Syawal 1429H
actually detik itu, usia kandunganku sudah mencecah 38 minggu.. kalau ikutkan memang tak larat, tapi dah jenis aku memang suka masak masak dan panggil orang datang makan.. so, aku jemput jugalah sorang dua kawan2 utk menjamu selera di rumahku di hari raya... Aku masak memang tak banyak, hanya seperiuk nasi sahaja... so, bila time Nadia datang ke rumah, nasi dah habis. Sambil menanak nasi baru, sempatlah juga kuturunkan ilmu kepada Nadia dan Ina/Saiful.

Inilah menu kami sewaktu berbuka puasa hari Sabtu yang lalu (plus ayam masak merah, dalca dan mee hailam) kerana menerima kunjungan daripada ibu dan bapa mertua dari Kota Tinggi serta adik2 ipar dari Johor Bahru. malangnya tiada satu das tembakan pun dilepaskan kerana mummyiris sangat sangatlah lepaknya sampai demam hari Ahad tu.. sepanjang hari tak boleh bangun, iris pun demam so kami dua beranak dok melepak je atas tilam sepanjang siang dan malam...

So, utk tatapan semua rakan2 di luar sana, disertakan di sini resepi Nasi Tomato versi Laily yang sungguh simple ini...

Bahan-bahannya :-

1. 1 cawan minyak sapi
2. 1 inci kulit kayu manis
3. 1 kuntum bunga lawang
4. 2 kuntum bunga cengkih
5. 2 biji buah pelaga
6. 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
7. 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
8. 1 cawan sos tomato
9. 4 cawan beras
10. 5 cawan air (sukatan air bergantung kepada jenis beras)

Cara-caranya :-

1. Basuh beras
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan kacau sebentar
4. Masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air
6. Setelah mendidih dan hampir kering, masukkan sos tomato
7. Teruskan menanak hingga nasi kering



Taraaaaaaaaaa sedia utk dihidangkan, enak dimakan bersama ayam masak merah/tomato dan dalca daging... Insya Allah di lain waktu, mummyiris akan paparkan resepi ayam masak merah dan dalca pula utk tatapan kakzalila dan zai yg selalu sebut2 menuku itu..., juga istimewa utk rakan2 lain yang masih mengingati air tanganku ini.. muhehehe...





090909

hehehehe aku pun nak mengabadikan tarikh yang cantik ni kat blog aku...

berbulan-bulan lamanya aku memerah otak memikirkan apa yang harus kulakukan... aku perlu lakukan sesuatu untuk merubah nasibku... kalau aku hanya duduk berdiam diri, sampai bila pun masalahku tidak akan selesai...

Duduk di kerusi kakitangan kerajaan lebih daripada 14 tahun dan kini gaji sudah sampai ke dinding membuatkan otakku berjalan lebih kerap memikirkan ke mana hala tujuku lagi selepas ini?

Memegang segulung ijazah bukanlah satu jalan mudah untuk meningkatkan taraf hidup. Terlalu banyak rintangan dan ranjau yang perlu dilalui.. Ianya tidak semudah A, B, C.. juga bukan seringkas 1,2 dan 3...

Berfikir dan terus berfikir, merenung dan mengkaji, membaca dan menghayati pengalaman dan kejayaan orang membuatkan hati ini kuat untuk menjalankan perniagaan... Bukankah 9/10 rezeki Allah itu datangnya dari perniagaan?... tapi, masalahnya biznes apa yang ingin dijalankan... Berbulan2 aku memerah otak memikirkan perniagaan apa yang perniagaan yang sesuai utk dijalankan... daripada butik ke kedai fotostat, hinggalah ke kedai buku dan juga cyber cafe, apatah lagi reban ayam dan ladang serai... segala macam sudah berlegar di fikiran...

Memetik kata-kata hikmah dari sebuah blog seorang sahabat yang amat dikagumi...
Perkara pertama pada mereka yang berfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah mempunyai “cita-cita yang tinggi”. Apa sahaja yang kelian usahakan perlu ada asas tersendiri. Jawapan “mengapa dan kenapa” perlu ada jawapan yang lancar dari kita. Kita harus berfikirkan “besar” untuk terus berjaya, jangan berfikiran negatif yang boleh membantutkan usaha kita. Dalam dunia perniagaan, berfikir hanya dua kali, kali pertama apa yang nak dibuat dan kali kedua membuat keputusan untuk dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kita pecah kepala memikirkan 100 kali untuk membuat keputusan apa projek nak buat tetapi akhirnya gagal dan membazir setelah berfikir berbulan-bulan tanpa hasil.

ayat terakhir inilah yang paling aku suka dan sering kujadikan kata-kata semangat...

Tanggal 31 Ogos 2009, satu idea besar tercetus di fikiran... Sejujurnya idea ini telah lama ada tetapi tidak mampu dirungkaikan dek beberapa kekangan kecil... Namun, bila terlihat sebatang jalan yang terbentang luas di depan mata, membuatkan diri berani untuk melalui denai tersebut.

Aku peduli apa jika idea ini telah lama diketahui dan diselami oleh orang lain. Aku berkeras2an untuk terus menjalankannya... bukan sekadar memperkatakan di bibir... kerana aku telah lama nampak potensi projek ini dan sangat tertarik padanya...

Pembentangan projek telah dibuat pada hari Sabtu lepas dan kesemua ahli lembaga pengarah 100% bersetuju dengan proposal yang dibentangkan... pelbagai idea keluar untuk menyelesaikan masalah mendapatkan modal awal (sudah tentu inilah masalah yang paling utama!) Alhamdulillah, jalan telah terbentang di depan mata. Seawal hari Ahad, pelaksanaan telah bermula. Dan Insya Allah dijadualkan akan bermula 2 minggu selepas hari raya...

Dan kini, hari ini... Walaupun projek belum bermula aku seakan sudah hilang suara.. Pencetus idea kini sudah habis peranan.. mungkin akan digunakan semula selepas projek bermula, itupun jika diperlukan... Dan, kini aku mula mengatur langkah untuk beralih angin pula, masih di bidang yang sama tapi di lain udara pula... sekali lagi aku sedang memerah otak untuk mencari jalan menyelesaikan masalah pelaksanaan... serampang dua mata, mungkin boleh berjalan seiring... Mudah2an Allah permudahkan...

Friday, September 4, 2009

Comments

Wahai rakan2 blogging'ku di luar sana, camne yea kalau kita takleh nak posting comment kita kat blog nie? puas ku letakkan cursor di kotak comment tu tapi takleh nak masuk pun cursor tu.. camner eik?

btw, aku nak jawab jugak comment dari kaktim dan kakcahaya ni kat entry baru nie lah...

Anonymous said...
Laily,

Point for you to ponder......kalau tak sah lagik jawatan macammana boleh ambil cuti tanpa gaji.....setahu kak tim mesti dah sah jawatan baru boleh ambil CTG....bior diorang pikir

September 3, 2009 8:46 PM

yela kaktim, ye tak ye jugak kan?... kalau tak sah, camne leh CTG kan?... tapi rasa2 lailylah, laily macam dah pernah hantar surat kat derang utk sahkan jawatan dan sertakan sekali surat pengesahan jawatan di utm dulu... tapi derang kata kene amik induksi khusus dulu... alih alih sekrang ni bila dah amik induksi, derang soh buat surat lak eik?... hai pening makcik, derang pusing pusingkan makcik... ha'ahlah kaktim, bior derang ler yg pikior... hehehe...


kak cahaya said...
macam2 sebenonya ko bole buat laily such as...
Boleh...

bole blah...
bole jalan...
bole la bole (versi dangdut)
hahahaha sakit hati tak dengo ayat aku..heheh sowy aa lama tak gurau ngan ko...realease sket...

lu fikir la sendirikkk...

September 4, 2009 6:15 AM

hehehe kakcahaya, boleh blah la ko... hehhee... aku ingat, selain daripada semua bole yg ko sebut ni, aku rasa aku bole sakit jantung, sakit jiwa dan sakit hatilah kakcahaya.. hahaa...

Thursday, September 3, 2009

New Office

Hari ni dah seminggu duduk kat opis baru... ape citer yea? buat masa ni bz buat new filing for new PTJ (Pusat Tanggungjawab). International Office ni memang ofis baru, baru ditubuhkan pada 1 Ogos 2009, so everything still new.. and currently kami sedang sibuk dapatkan new office equipment such as, perabot, komputer, printer, mesin fotostat dan macam2 lagilah... buat sementara waktu kami menumpang di bangunan PEKA lama (now PEKA dah tak wujud lagi dah) dan Insya Allah lepas raya kami masuk ofis baru....

Hari ni taknak citer sgt pasal ofis baru tapi nak cite pasal 'SAH JAWATAN'. Bagi kakitangan kerajaan perkataan ini bukanlah sesuatu yang asing. Secara ringkasnya, aku dah disahkan jawatan semasa berkhidmat di UTM dulu. dah tak ingatlah tahun bila, maybe around 2000 kot... so, bila berpindah ke UTHM (perpindahan dengan izin) aku perlu menghadiri Kursus Induksi (Khusus) sahaja untuk disahkan jawatan di UTHM pula. Dan, aku dah ikuti kursus tu pada 15/12/2005.

Setahun kemudian (Disember 2006), aku Cuti Tanpa Gaji... Bila sambung semula perkhidmatan di UTHM awal Januari 2009, aku hampir terlupa tentang pengesahan jawatan aku... Sampailah satu saat tu, aku teringin nak beli tanah menggunakan pinjaman kerajaan, baru terlintas di kepala, eh! aku ni dah sah jawatan ke belum yea? rasa2nya belum pernah terima apa2 surat pengesahan jawatan lagi nie... segera aku hubungi Pejabat Pendaftar dan jawapan yang kuterima.......................................................................

"Puan, untuk pengesahan jawatan, puan perlu mengambil Peperiksaan Perkhidmatan Untuk Pembantu Tadbir Kesetiausahaan"

'Aik? nape dulu tak pernah sebut pun hal ni yea?' dalam hati berbicara sendiri...

"Ataupun, puan boleh buat surat kepada Unit Latihan untuk memohon pengecualian daripada mengambil Peperiksaan Perkhidmatan, dan puan perlu sertakan surat pengesahan jawatan puan di UTM dulu..."

'Aik? Aik? (dua kali Aik?) nape dulu tak pernah bagitau pun yea?' aku termenung seketika menerawang jauh ke tahun 2006 untuk mengimbas kembali di mana kuletakkan surat2 dan fail2 peribadiku....

'Aik? Aik? Aik? (3 kali pulak)... aku yg dah mati gaji, dah langgar dinding ni masih belum sah sah jawatan lagi?'

Kesimpulan...

1. salah aku la tak follow up dgn mereka berkenaan pengesahan jawatan aku nie... ikutkan boleh disahkan jawatan dalam tempoh 1 - 3 tahun, tak perlu tunggu 3 tahun pun takper...

2. salah aku juga tak tanya betul2 dengan mereka syarat2 pengesahan jawatan di tempat baru.. tapi rasa2 aku la, dulu aku pernah tanya.. tapi dah lama sangat, aku pun dah lupa...

3. mungkin derang pun lupa nak sahkan jawatan aku sebab aku dah takde di universiti, cuti tanpa gaji mengikut suami...

4. minggu ni nak balik parit sulong, nak carik fail aku, maybe ada dalam salah satu kotak kotak yang ada di parit sulong tu... jenuhlah nak cari ni karang... huhuhu...

5. sekarang ni nak buat apa suma tak boleh selagi lom sah jawatan, nak beli rumah tak boleh, nak beli tanah tak boleh, nak wat loan uthm beli moto pun tak boleh.. so, apa yg boleh?

lu pikirlah sendiri...............