Wednesday, September 9, 2009

Resepi nasi tomato

got this mail few weeks ago...

nasi tomato
Between You and Nadia Yong
Nadia Yong 27 August at 00:05
salam ak laily, apo khabar? panas n virusssss je mana2...harap2 akak n keluarga sihat.
hari nie second last day dgn mak kat notts, so nadia buat nasi tomato. ingat tak kak laily pernah ajar masa nadia n family beraya kat rmh kat in 2008...akak tunjuk kat dpur kak...alhamdulillah..jadi n sedap nasi yg nadia masak hari nie...
thanks so much kak...
hear from you and take care
nadia



Terharu sungguh terharu... Terharu kerana Nadia masih ingat ajaranku.. Ternyata Nadia anak murid yg cepat pick-up.. sekali lihat sahaja sudah boleh menjamu ibunda tersayang.. Terharu juga kerana secara tidak langsung aku berjaya memanjangkan ilmu yang aku tahu dan yang lebih2 terharunya, mulalah bayangan laurie avenue menari2 di depan mataku.. Masih terbayang jelas di ruang mata dapur kecilku di laurie avenue.. membuatkan kelopak ini basah lagi...

2 Syawal 1429H
actually detik itu, usia kandunganku sudah mencecah 38 minggu.. kalau ikutkan memang tak larat, tapi dah jenis aku memang suka masak masak dan panggil orang datang makan.. so, aku jemput jugalah sorang dua kawan2 utk menjamu selera di rumahku di hari raya... Aku masak memang tak banyak, hanya seperiuk nasi sahaja... so, bila time Nadia datang ke rumah, nasi dah habis. Sambil menanak nasi baru, sempatlah juga kuturunkan ilmu kepada Nadia dan Ina/Saiful.

Inilah menu kami sewaktu berbuka puasa hari Sabtu yang lalu (plus ayam masak merah, dalca dan mee hailam) kerana menerima kunjungan daripada ibu dan bapa mertua dari Kota Tinggi serta adik2 ipar dari Johor Bahru. malangnya tiada satu das tembakan pun dilepaskan kerana mummyiris sangat sangatlah lepaknya sampai demam hari Ahad tu.. sepanjang hari tak boleh bangun, iris pun demam so kami dua beranak dok melepak je atas tilam sepanjang siang dan malam...

So, utk tatapan semua rakan2 di luar sana, disertakan di sini resepi Nasi Tomato versi Laily yang sungguh simple ini...

Bahan-bahannya :-

1. 1 cawan minyak sapi
2. 1 inci kulit kayu manis
3. 1 kuntum bunga lawang
4. 2 kuntum bunga cengkih
5. 2 biji buah pelaga
6. 2 biji bawang putih (dipotong dadu)
7. 3 biji bawang merah (dipotong dadu)
8. 1 cawan sos tomato
9. 4 cawan beras
10. 5 cawan air (sukatan air bergantung kepada jenis beras)

Cara-caranya :-

1. Basuh beras
2. Tumis bawang putih dan bawang merah hingga naik bau
3. Masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan buah pelaga dan kacau sebentar
4. Masukkan beras dan kacau rata
5. Masukkan air
6. Setelah mendidih dan hampir kering, masukkan sos tomato
7. Teruskan menanak hingga nasi kering



Taraaaaaaaaaa sedia utk dihidangkan, enak dimakan bersama ayam masak merah/tomato dan dalca daging... Insya Allah di lain waktu, mummyiris akan paparkan resepi ayam masak merah dan dalca pula utk tatapan kakzalila dan zai yg selalu sebut2 menuku itu..., juga istimewa utk rakan2 lain yang masih mengingati air tanganku ini.. muhehehe...





3 comments:

  1. sabar kak..mana tau ada rezeki lg , akak yg smbung ke, dpt g notts semula :)

    ReplyDelete
  2. aku slalu g rumah ko tu...tp menu sudah tukar..skrg slalu mkn nasi kerabu atau laksam...tuan yang baru ni pon suke masak gak...dan suka panggil kengkawan gak...agaknye kenan ko la laily...hhha...
    cuma menunya je tukar...
    ko mmg dah rindu rumah tu tapi kami ni masih dan masih bergembira dengan menu2 di rumah itu...hhaa..jangan jeles....

    ReplyDelete
  3. betul..betul kak yati..seb baik bkn aku yg duduk umh tu..klu idak..abis le pewaris rajin masak..huhuhu..

    ReplyDelete