Wednesday, September 9, 2009

090909

hehehehe aku pun nak mengabadikan tarikh yang cantik ni kat blog aku...

berbulan-bulan lamanya aku memerah otak memikirkan apa yang harus kulakukan... aku perlu lakukan sesuatu untuk merubah nasibku... kalau aku hanya duduk berdiam diri, sampai bila pun masalahku tidak akan selesai...

Duduk di kerusi kakitangan kerajaan lebih daripada 14 tahun dan kini gaji sudah sampai ke dinding membuatkan otakku berjalan lebih kerap memikirkan ke mana hala tujuku lagi selepas ini?

Memegang segulung ijazah bukanlah satu jalan mudah untuk meningkatkan taraf hidup. Terlalu banyak rintangan dan ranjau yang perlu dilalui.. Ianya tidak semudah A, B, C.. juga bukan seringkas 1,2 dan 3...

Berfikir dan terus berfikir, merenung dan mengkaji, membaca dan menghayati pengalaman dan kejayaan orang membuatkan hati ini kuat untuk menjalankan perniagaan... Bukankah 9/10 rezeki Allah itu datangnya dari perniagaan?... tapi, masalahnya biznes apa yang ingin dijalankan... Berbulan2 aku memerah otak memikirkan perniagaan apa yang perniagaan yang sesuai utk dijalankan... daripada butik ke kedai fotostat, hinggalah ke kedai buku dan juga cyber cafe, apatah lagi reban ayam dan ladang serai... segala macam sudah berlegar di fikiran...

Memetik kata-kata hikmah dari sebuah blog seorang sahabat yang amat dikagumi...
Perkara pertama pada mereka yang berfikir untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah mempunyai “cita-cita yang tinggi”. Apa sahaja yang kelian usahakan perlu ada asas tersendiri. Jawapan “mengapa dan kenapa” perlu ada jawapan yang lancar dari kita. Kita harus berfikirkan “besar” untuk terus berjaya, jangan berfikiran negatif yang boleh membantutkan usaha kita. Dalam dunia perniagaan, berfikir hanya dua kali, kali pertama apa yang nak dibuat dan kali kedua membuat keputusan untuk dilaksanakan. Tetapi kebanyakan kita pecah kepala memikirkan 100 kali untuk membuat keputusan apa projek nak buat tetapi akhirnya gagal dan membazir setelah berfikir berbulan-bulan tanpa hasil.

ayat terakhir inilah yang paling aku suka dan sering kujadikan kata-kata semangat...

Tanggal 31 Ogos 2009, satu idea besar tercetus di fikiran... Sejujurnya idea ini telah lama ada tetapi tidak mampu dirungkaikan dek beberapa kekangan kecil... Namun, bila terlihat sebatang jalan yang terbentang luas di depan mata, membuatkan diri berani untuk melalui denai tersebut.

Aku peduli apa jika idea ini telah lama diketahui dan diselami oleh orang lain. Aku berkeras2an untuk terus menjalankannya... bukan sekadar memperkatakan di bibir... kerana aku telah lama nampak potensi projek ini dan sangat tertarik padanya...

Pembentangan projek telah dibuat pada hari Sabtu lepas dan kesemua ahli lembaga pengarah 100% bersetuju dengan proposal yang dibentangkan... pelbagai idea keluar untuk menyelesaikan masalah mendapatkan modal awal (sudah tentu inilah masalah yang paling utama!) Alhamdulillah, jalan telah terbentang di depan mata. Seawal hari Ahad, pelaksanaan telah bermula. Dan Insya Allah dijadualkan akan bermula 2 minggu selepas hari raya...

Dan kini, hari ini... Walaupun projek belum bermula aku seakan sudah hilang suara.. Pencetus idea kini sudah habis peranan.. mungkin akan digunakan semula selepas projek bermula, itupun jika diperlukan... Dan, kini aku mula mengatur langkah untuk beralih angin pula, masih di bidang yang sama tapi di lain udara pula... sekali lagi aku sedang memerah otak untuk mencari jalan menyelesaikan masalah pelaksanaan... serampang dua mata, mungkin boleh berjalan seiring... Mudah2an Allah permudahkan...

No comments:

Post a Comment