Tuesday, August 31, 2010

Teratak Indah


Genap 3 bulan kami berpindah ke rumah baru ini... Rumah baru yang masih juga rumah sewa... Entah bila rumah sendiri nak siap, kami pun tak pasti... Terlalu banyak perancangan pun susah juga yer... Tidak mengapalah... Perlahan-lahan... Insya Allah, tidak akan lari gunung dikejar... Urusan pembelian tanah telah selesai... Nama di atas geran sudah tertulis nama En.Mustafa... Syukur... Pelan yang dihantar juga telah diluluskan... Tinggal tunggu permohonan mendirikan rumah diluluskan oleh Perbendaharaan sahaja. Namun, setelah dikira ditolak, dicampur, dibahagi, didarab, nampak gayanya projek pembinaan rumah akan ditunda buat seketika... Tumpuan kini diberikan kepada rumah yang sedang didiami sekarang... Fizikal dan lokasinya amat memikat hati kami sekeluarga untuk memilikinya...

Monday, August 30, 2010

Resepi Kuih Goyang by Azimah

Resepi Kuih Goyang @ Kuih Ros (recipe by Azimah)

Buat pertama kalinya mummyiris mencuba membuat kuih goyang atau kuih ros. Kuih goyang ni, memang peberet mummyiris... selalu tu beli ajer... Sesuai dengan zaman yang semua barangnya serba mahal, di mana rakyat kini berbelanja dengan penuh berhati-hati, berhemah dan berjimat cermat, maka mummyiris pun meringankan tulang yang dah berat ini untuk menggoyang kuih ros peberet mummyiris nie... Mummyiris memang suka minta resepi dengan Puan Azimah nie... sebab, mesti menjadik!!!... Many thanks Ma...

Bahan-bahannya :-
1. 5 cawan tepung beras (anggaran sekampit tepung beras)
2. 3 cawan santan
3. 1 1/2 cawan gula
4. 2 biji telur

Cara-caranya :-
1. campurkan kesemua bahan
2. kacau rata supaya tidak berketul-ketul
3. panaskan minyak
4. celupkan acuan ke dalam minyak panas
5. celupkan acuan ke dalam tepung

6. celupkan acuan di dalam minyak


7. kuih ros akan keluar dengan sendirinya dari acuan.
8. bila sudah keperangan, angkat kuih


macam2 rupa ada... yang bulat, yang lonjong, yang pecah, yang gelap, yang terang... Ya Ampuuuuuuuuun, teruknya!!!


Sedia untuk dimakan...

Sunday, August 29, 2010

Resepi Black Pepper Chicken Chop by Laily


Anak-anak sangat suka makan Chicken Chop... Kalau asyik nak beli amatlah parah ibunya... Di zaman semua barang serba serbi mahal, dan semua item serba serbi naik, marilah kita sama-sama berjimat cermat...

Setelah berkali-kali mencuba pelbagai resepi Chicken Chop, inilah hasilnya...

Bahan-bahannya

1. 4 ketul ayam (bahagian isi yang telah dibuang tulangnya)
2. 3 ulas bawang putih (dikisar)
3. 2 ulas bawang merah (dikisar)
4. 2 inci halia - kisar
5. 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
6. 2 sudu besar sos tiram
7. 1 sudu besar kicap cair
8. secubit garam
9. 1 biji telur
10.Tepung ubi
11.6 keping biskut tawar (dihancurkan)

Cara-caranya
1. Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam.
2. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
3. Panaskan minyak yg byk dlm kuali.
4. Pecahkan telur dan kacau rata
5. Ambil isi ayam tadi dan lumur ayam dengan tepung ubi sehingga rata
6. Celupkan ke dalam telur.
7. Lumur pula dengan biskut tawar yang telah dihancur-hancurkan
7. Masukkan dlm minyak yg panas
8. Goreng hingga garing.
9. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.

Bahan-bahan untuk sos
1. 5 ulas bawang putih (cincang halus)
2. 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 2 cawan air)
2. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
3. 2 sudu besar kicap pekat
4. 2 sudu besar sos cili
5. 1 sudu besar sos tomato
6. 1 kiub ayam

Cara-caranya
1. tumis bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan air bancuhan tepung jagung
3. masukkan lada hitam, kicap pekat, sos cili, sos tomato dan kiub ayam
4. Kacau sehingga kuah pekat

Hidangan berbuka puasa...

Friday, August 27, 2010

Hati berbisik

Syukur Alhamdulillah...
Ribuan kesyukuran dipanjatkan kepada Pencipta Yang Maha Agung...
Di bulan Ramadhan yang penuh barakah ini,
di bulan yang mana pintu rahmat dibuka seluas-luasnya,
di bulan yang mana Allah Maha Mendengar doa-doa hambaNya,
aku bersujud dan memohon dengan setulus hatiku...
Semoga Allah memudahkan urusan suamiku,
semoga Allah menunjukkan jalan kepada suamiku,
semoga Allah memberikan petunjuk kepada suamiku...
Aku yakin dengan kata-kata
"Di sebalik kejayaan seorang suami adalah isterinya..."
Dan aku ingin menjadi insan itu...
Kejayaan dia adalah kejayaan kami
Kegembiraan dia adalah kegembiraan kami
Kesenangan dia adalah kesenangan kami
Setelah lebih setahun diikat dengan bebanan
Setelah lebih setahun digantung dengan tugasan
Setelah lebih setahun diacu belati kerumitan
Hari ini kami mendapat jawapan
Jawapan kepada sebuah permintaan
Tuntutan ke atas hak yang wajar
Alhamdulillah... atas nikmat yang Allah berikan
Alhamdulillah... atas rezeki yang Allah limpahkan
Alhamdulillah... atas jalan yang Allah bukakan
Alhamdulillah... atas laluan yang Allah permudahkan
Alhamdulillah... atas peluang yang pasti tidak akan dipersiakan
Walau kala ini barangkali...
Dia agak jauh tertinggal di belakang
Atau barangkali juga....
ramai yang seangkatan telah berada di punjak jaya
Sedangkan dia....
masih banyak yang perlu diperjuangkan
Masih banyak ranjau yang perlu ditempuh
Masih banyak denai yang perlu diredah
Masih banyak tanda tanya
Namun dia telah siap siaga
Untuk menempuh jalan yang telah dipilih...
Diiringi doa dan usaha
Pasti ada kejayaan di hujung sana...
Dan aku...
sentiasa sabar menantikan saat saat manis itu!!!....

Thursday, August 26, 2010

Kad Raya

Hari ini di pejabat, kami amat sibuk dengan urusan penghantaran kad raya... Beginilah saban tahun... Walaupun kecanggihan teknologi di zaman globalisasi ini kian pesat berkembang, namun acuan tradisional masih tidak dilupakan... walaupun medium facebook, blog, twitter. e-card dan seangkatan dengannya merupakan satu medium mudah untuk menyampaikan ucapan hari raya, namun kad raya asli masih lagi menjadi tumpuan.

Mengagih-agihkan tugasan, kami berusaha untuk menyelesaikan kerja-kerja menghantar kad raya seberapa segera yang mungkin, agar semua kad dapat diterima sebelum hari lebaran. Antara senarai penerima yang telah dikenalpasti :-
1. staf UTHM yang sedang cuti belajar di luar negara
2. Embassy
3. pelajar antarabangsa UTHM
4. ketua-ketua PTj
5. Jalinan MoU/MoA luar negara



Kenangan bersama kad raya sesungguhnya sesuatu yang amat indah untuk dikenang.. sejak dari kecil lagi, saban tahun mummyiris pasti membeli berkeping-keping kad raya untuk dikirimkan kepada rakan-rakan...

Sejak berkawan, bertunang dan berkahwin dengan En.Mus pun amalan masih diteruskan... Cuma, apa yang mummyiris sedar, sejak berangkat ke UK dan sejak pulang ke tanahair, sudah tiada lagi kiriman kad antara kami... Kenapa yer??? kesibukan yang membataskan mungkin!... Banyak sungguh perkara yang harus diselesaikan saban hari (rasa-rasanya 70% peribadi, dan hanya 30% sahaja urusan kerja!)

Wednesday, August 25, 2010

Rezeki kita rezeki untuk mereka juga...

Baru dengar berita dari rakan-rakan, Kerajaan mengumumkan pemberian saguhati raya sebanyak RM500 kepada semua kakitangan kerajaan dari Gred 1 - 54... Sejauh mana kebenarannya, mummyiris belum dapat pastikan... Cuba-cuba google di internet tapi belum bertemu jawapan... Tapi berita sudah hangat di facebook...

Jika benar bagai dikata, syukur Alhamdulillah... Bolehlah mummyiris ke bank esok hari untuk tukar duit raya... itulah namanya rezeki yang diberikan kepada kita sebenarnya untuk disalurkan kepada sanak saudara... bukanlah untuk kita keseluruhannya... Mudah-mudahan dengan rezeki yang dikongsi bersama, akan bertambah murah rezeki kita.... Insya Allah...

Ramadhan 1431H

Hari ini hari ke 14 Ramadhan...
sudah satu per dua (1/2) Ramadhan...
Bagus juga kalau dapat membuat analisa....


1.Terawikh....
~penuhkah 14 malam???~

2.Tadarus....
~sudah masuk juzuk 14 kah???~

3.Qiyamullail...
~berapa kali??~

yang sedang disibukkan?
1. baju anak2 yang belum dibeli
2. tempahan baju kurung siap ke tidak
3. rumah dah siap dikemas ke belum
4. kuih raya bila nak start buat
5. nak upah siapa utk selesaikan mengecat rumah


betapa manusia sering alpa...
mahukah aku tergolong di kalangan orang2 yang alpa...
lantas bila Ramadhan meninggalkan kita...
baru terasa kesalan di jiwa...

Thursday, August 12, 2010

Sudah dapat gading bertuah, tanduk diletak ke tepi...

Sejak mem'bz'kan diri dengan facebook, kasihan blog ku ini bersawang...
Tapi, sama sekali aku takkan melupakannya...
apa yer nak tulis... belum ada mood yang baik lagi...
ntah la.... merapu la plak petang nie...
layan jer la...

oh!ya terima kasih kepada kawan2 yang masih setia mengunjungi blog ini walaupun dah lama gelap gelita... kadang2 tu bila singgah di sini, nampak juga visitors dari Nottingham dan jugak KL... walaupun tiada sebarang coretan yang ditinggalkan, ternyata rakan2 masih menanti2, apakah aku telah melupakan terus blogku ini???

Kepada yang masih sudi singgah, diucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak!.. Semoga amalan kita diberkati... Insya Allah...