Tuesday, April 1, 2014

Travelog Bandung 26-30 Mac 2014


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua pembaca...

Alhamdulillah, hari ini diberi kesempatan untuk mencoretkan kenangan berkunjung ke Bandung pada 26-30 Mac 2014 yang lalu... Semoga perkongsian ini bisa memberikan serba sedikit gambaran dan panduan kepada rakan-rakan di luar sana untuk merancang perjalanan anda.

Secara jujurnya, perancangan ke Bandung ini boleh dikatakan "last minute planning" jugaklah.. Kebetulan seorang daripada rakan baik adik saya (Lina Farhana) yang bernama Farah Wahidah akan menamatkan pengajian dalam bidang kedoktorannya di salah sebuah Universiti di Bandung. Farah beriya-iya mengajak Lina untuk bercuti di Bandung.

Dalam waktu yang singkat, saya perlu membuat keputusan samada ingin turut serta atau tidak sementelahan adik-adik & ibu/ayah juga teleh membeli tiket penerbangan Air Asia. Memandangkan ibu dan ayah juga berminat untuk turut serta, saya segera menempah tiket. Walaupun cuma berbeza tiga hari sahaja daripada adik, harga tiket saya dan Liyana Amnani sudah meningkat naik sehingga rm500 seorang.

Detail tiket adalah seperti berikut :-
Adik beli untuk 6 orang hanya rm1200 sahaja, manakala saya beli untuk 2 orang sudah meningkat sehingga rm1,000.  Tips dari saya, kalau ada tiket murah, cepat cepat beli, Jangan fikir banyak panjang sangat atau fikir banyak sangat hehe.. 




Mak yang tersenyum gembira kerana pertama kali mahu bercuti ke luar negara...

Peringkat kedua urusan kami adalah menempah bilik hotel.. Oleh kerana saya tidak berapa ada masa, adik-adik lah yang banyak survey hotel melalui Agoda.. Saya tidak begitu pasti, samada membuat tempahan melalui Agoda berbeza dengan tempahan melalui hotel atau tidak kerana saya tidak sempat untuk buat research.. Tapi yang pasti tempahan melalui Agoda dikenakan cukai 20%.. 10% untuk perkhidmatan dan 10% lagi untuk ....(lupa).. Tapi harga sebelum cukai di Agoda memang nampak-nampaknya macam lebih murah, siap ada harga promosi lagi.. Entahlah, yang ni saya tidak begitu pasti tapi memandangkan keadaan hotel yang selesa & besar, saya rasa berbaloi wang yang dikeluarkan untuk hotel.

Detail hotel adalah seperti berikut :-
Nama hotel : Grand Setiabudi Hotel & Apartment
Alamat : Jl Dr. Setiabudi No. 130-134, Bandung, Indonesia
Jenis bilik : deluxe room
Harga sebilik/malam : rm153/nite



Check-in di Grand Setiabudi Hotel & Apartment



Urusan ketiga pula adalah untuk buat web check-in & print boarding pass.. Mcm2 hal jugak lah, dengan internet kdg2 slow, kdg2 terputus, pastu ada boarding pass yg tak keluar lah.. Macam2.. Tpi still ada masa sbb urusan print boarding pass tu awal kami buat, lebih kurang 4 hari sebelum bertolak.
Gambaran jarak di antara Hotel Setiabudi Bandung ke tempat-tempat yang kami lawati seperti Chihampelas Walk, Rumah Kain yang teletak di Kapo, Pekan Baru & Factory Outlet


Aturcara yang telah dirancang adalah seperti berikut :

Hari Pertama (26/3/2014 - Rabu)
Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai sebelum berlepas ke Bandung
9.30 pagi : bertolak dari Pt Sulong/Pt Raja ke Senai
11.00 pagi : check in di Lapangan Terbang Senai
12.30 t/hari : berlepas drpd Senai ke Bandung
2.20 ptg (waktu Malaysia) : tiba di Bandung
3 ptg (waktu Indonesia) : check in hotel Setiabudi Bandung
5 ptg : Chihampelas Walk
Bergambar di atas landasan tidak dibenarkan sama sekali.. Kalau teringin nak bergambar, kene buat cepat-cepat sebelum para petugas memberikan arahan "tidak dibenarkan bergambar di sini yer dik.. Silakan naik ke pesawat terus"

Pertama kali menjejakkan kaki ke bumi Bandung... Bergambar kenangan di Lapangan Terbang Bandung atau lebih dikenali dengan nama Bandara Hussein Sastranegara Bandung....

Makan malam di The Kiosk, Chihampelas Walk, Bandung

Makan Malam di The Kiosk, Chihampelas Walk, Bandung

Hari Kedua (27/3/2014 - Khamis)



8 pgi : Rumah Kain, Kopo
12 t/h : Toko Tiga
3 ptg : Pasar Baru
6 ptg : Rumah Mode Factory Outlet



Hari Ketiga (28/3/2014 - Jumaat)
7 pg : Bertolak ke Tangkuban Parahu
12 t/h : Floating Market Lembang
4 ptg : Factory Outlet
9 mlm : Paris Van Java



Hari Ke Empat (29/3/2014 - Sabtu)
10 pg : Chihampelas Walk
4 ptg : Factory Outlet

9 mlm : Zen Spa


Hari Kelima (30/3/2014 - Ahad)
9.30 pagi : bertolak ke Bandara
12 t/h : berlepas dari Bandung ke Senai
3.30 ptg (waktu malaysia) : selamat mendarat di Lapangan Terbang Antararbangsa Senai

****akan di update dari semasa ke semasa***
Nyampah ngan pc ofis, leh masuk gambo tpi takleh taip..
Kat iphone lak, leh taip tpi takleh masuk gambo.. Grrrr sabo....