Friday, July 31, 2009

Tahniah Ustaz Agos dan CT Khir

Awal pagi tadi, terima sms dari CT Khir...

Syukur Alhamdulillah, CT telah selamat melahirkan seorang baby girl seberat 3.55kg jam 9.28 malam di Hospital Melaka pada hari Khamis malam Jumaat (30 Julai 2009)...

Tahniah kepada Ustaz Agus dan CT Khir.. Moga bayi yang dilahirkan menjadi penyambung wadah mama dan papanya di hari muka... Insya Allah...

Thursday, July 30, 2009

Yang Pergi.. Tak Kembali...

Semalam (29 Julai 2009), lebih kurang jam 12 lebih tengahari, dpt panggilan dari mak... 'An meninggal!'...
(An = sepupu aku sebelah mak, baru sahaja berusia 27 tahun)

Aku terpana seketika... terbayang2 raut wajah An di ruang mata... An yang ceria, An yang manja, An yang gedik, An yang lincah...

Jam 1.00 petang, bergegas ambil anak di sekolah dan hantar di rumah pengasuh...

1.30 petang, balik ke Air Hitam Hitam, berkemas2 sedikit kain baju, ambil Iris dan bertolak ke Pt. Sulong utk ambil mak...

3.00 petang : bertolak ke KL

5.00 petang : berhenti makan di Air Keroh kerana terlalu lapar tak smpt makan tengahari...

6.30 petang : Tiba di Bangi...


Suasana sedih dan pilu menyelubungi setiap isi rumah.. Aku cuba merisik berita daripada Ikin (isteri Izzi - abang An yang sulong)... Menurut Ikin, kejadian berlaku awal pagi tadi... An baru lepas menghantar anak di Nursery dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja di Cyberjaya... Malangnya, lantaran hujan lebat, An telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan keretanya berpusing2 beberapa kali sebelum dirempuh oleh kereta yang datang dari arah belakang...

An dikatakan cuba menyelamatkan diri menggunakan pintu belakang tetapi tidak berjaya.. Api yang marak menelan rangka kereta menyebabkan An tidak dapat berbuat apa2... Menurut laporan polis, sekujur tubuh An sedang dalam keadaan berteleku di tempat duduk belakang kereta...

Ya Allah, kau tempatlah An di tempat orang2 mukminin... Kau tabahkanlah hati suaminya dan anaknya yang sebaya Iris itu... Betapa kami sayangkan An, sesungguhnya kau lebih menyayanginya...

(p/s berita kejadian yang menimpa aruah An ada disiarkan di dalam Harian Metro hari ini 30 Julai 2009 di halaman 6)

Wednesday, July 29, 2009

Glass Bridge

Would you walk on this ?

Glass Bridge will be suspended 4,000 feet above the Colorado River on the very edge of the Grand Canyon. On May 2005, the final test was conducted and the structure passed engineering requirements by 400 percent, enabling it to withstand the weight of 71 fully loaded Boeing 747 airplanes (more that 71 million pounds). The bridge will be able to sustain winds in excess of 100 miles per hour from 8 different directions, as well as an 8.0 magnitude earthquake within 50 miles.

More than one million pounds of steel will go into the construction of the Grand Canyon SkyWalk.


August 26, 2005—Fear of heights? This is definitely no place for you.

The all-glass, balcony-like "Skywalk"--shown in an illustration released this week--will extend over the edge of the Grand Canyon, 4,000 feet (1,200 meters) above the Colorado River.

"The Skywalk will be an attraction unlike any other in the world," said Sheri Yellowhawk, CEO of the Grand Canyon Resort Corporation. The company is building the bridge in the Hualapai Indian Reservation on the south rim of the canyon.

The Skywalk is scheduled to open to the public in January 2006 as part of a new resort on the reservation. The resort, known as Grand Canyon West, is to include a re-created Indian village and a restaurant perched on the edge of the canyon. Tourism is the reservation's biggest source of income.

Grand Canyon West will be on the western edge of Grand Canyon National Park, about 120 miles (about 200 kilometers) from Las Vegas. But perhaps not even the Las Vegas Strip's over-the-top attractions will be a match for this glass-bottom walkway over the world's biggest gorge.

—David Braun


Illustration courtesy Destination Grand Canyon






Tuesday, July 28, 2009

Sajak Pantai


Hari ni a bit bz... tapi takmo biarkan blog tidak ber'up-date'... So, hari ni nak tinggalkan SAJAK yang diilhamkan hampir 3 tahun yang lalu...

(sila klik di gambar utk view sajak dgn lebih jelas dan terang... tq)

Monday, July 27, 2009

Gadis Cuci The Series

Entry kali ini tidak ada kena mengena langsung dgn tajuk di atas yg merupakan drama bersiri di Astro, lakonan Fara Fauzana, Nora Danish, Anne Ngasri dan Darling Ngasri...

Entry kali ni nak tunjukkan cara2 adik mencuci lukanya... everytime lepas operate, adik dikehendaki mencuci sendiri lukanya... sementelahan pula, adik sebelum ini memang mengambil jurusan kejururawatan di Kuantan, Pahang dan sementara menunggu masuk semester, adik bekerja sambilan di Klinik di Kuala Lumpur..




Anak2 sedara yang berkerumun mengelilingi maksu...

Menyusuri Sungai Muar

Semalam, 26 Julai 2009 plan asal kami akan ke Jemputan Majlis Perkahwinan mantan Dekan... Tapi, tengahari semalam, aku dan iris telah tertido dgn lenanya gara2 malam sebelum tu, tidak tidur dgn sempurna gara2 menemankan si iris yang sibuk nak bermain di tengah2 malam buta...

Oleh kerana dah terlajak tido hingga kul 2 petang, dan menyambung plak tgk Jangan Lupa Lirik hingga jam 3.00 petang, dicampur pula dengan berkemas2 barang/kain baju coz nak balik terus ke Air Hitam lepas gi jemputan tu.. (oh!ya kejadian ni berlaku di Parit Sulong yea kawan2, kami balik kg pt sulong), so jadi sebab itu kami telah terlewat utk ke Majlis Jemputan tu... Almaklumlah majlis berlangsung di dewan, so kalau dah tulis kat kad jemputan hingga kul 4 petang, manakala kami lak, kul 3.30 baru terkedek2 nak bergerak, mahu sampai kat dewan tu karang tgk bumbung jerk... malu malu...

So, utk mengubat kekecewaan, hubby bawak kami ke bandar Muar... itupun selepas plan ke rumah baha di'cancel' (sebab baha takde) dan permintaan utk melawat baby baru ditolak oleh hubby... jadiknya kami telah ke Tanjung Emas Muar utk mencuci cuci mata... Ternyata bandar Muar yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Maharani ini sudah jauh berubah, banyak perubahan dan kemajuan yang mewarnai bandar Muar ini...

Ajakan hubby utk menyusuri sungai Muar menaiki disambut girang oleh anak2... teringat2 kembali kenangan menyusuri Thame River di London dan juga menyusuri Sungai Melaka di Melaka...





Harga tiket untuk dewasa RM10, manakala kanak2 pula RM5. Perjalanan mengambil masa selama 40minit pergi dan balik... Pada pandangan aku, kalau pihak pengurusan nak bertahan lama dalam bisnes ni, mereka perlu lakukan sesuatu... COntohnya, hire tourist guide utk explain ttg sejarah Muar ke, jambatan ke, masjid ke dan apa2 jua yang boleh dilihat di sepanjang Sungai Muar tu.. Bila senyap je, macamana pelancong nak tau tentang sejarah Johor dan Muar.. Bukan semua penumpang yang naik feri tu tau tentang sejarah tempat tu... Mereka perlu lakukan sesuatu utk menarik lebih ramai pelancong menggunakan perkhidmatan feri mereka...

2 masjid yang terletak bertentangan... Bersebelahan Tanjung Emas ialah Masjid Sultan Ismail manakala di masjid di seberang sana iaitu di Tanjung Agas pula, saya tak pasti apa nama masjid tu... Maybe orang Muor leh tolong kot... Masjid Sultan Ismail ini dahulunya dikenali dengan nama Masjid Putih... Tapi kini, masjid ini telah dicat dengan warna BIRU...


Jambatan Sultan Ismail Muar merupakan jambatan pertama yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di Tanjung Agas. Pembinaannya jambatan ini bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda.


Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.

Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka. Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.

Aktiviti menjala masih diteruskan...


Muar kini semakin maju dengan pembinaan Pasar Besar Giant berhampiran Jambatan Sultan Ismail


Di bawah Jambatan Sultan Ismail


Dataran Muar


Bangunan Aked Mara Muar (kalau tak silap)


Pasar Besar Muar (di tingkat atas, terletak sebuah pasaraya bernama Astaka), yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia umumnya dan Johor/Melaka khasnya dengan berita kemunculan naga/ular besar dari bawah pasar... Ular tersebut dipercayai kononnya telah berada di situ bertahun2 lamanya dan semakin hari semakin besar sehinggalah pada satu malam seorang peniaga di pasar besar itu telah ternampak ular tersebut di bawah pasar... Wallahu a'alam...


Jambatan Kedua Muar ialah sebuah jambatan kedua yang dibina menyeberangi Sungai Muar di bandar Muar, Johor, Malaysia selepas Jambatan Sultan Ismail Muar. Jambatan ini terletak di Muar Bypass berhampiran pekan Parit Bunga. Mempunyai kepanjangan 632 meter serta menyamai rekabentuk dengan Jambatan Pulau Pinang.


Gambar kenangan sewaktu menyusuri Thame River di London sekitar 31 Disember 2007 yang lalu... Teringat kenangan terlajak hingga ke Greenwich... Actually, kami beli tiket return dari Westminster dan balik semula ke Westminster, kami tak tau plak rupa2nya kena turun kat London Bridge then amik feri lain balik ke Westminster.. Masa org lain turun, siap leh babai babai lagi heh... pastu bila tgk feri meneruskan perjalanan (tidak berpatah balik) dah mula cuak dah... alamak nak gi Greenwich ke nie?... 2nd half perjalanan dah mula bosan sebab takde apa2 sgt yg menarik tapi masih dilayan dgn baik oleh tourist guide yang tak jemu2 menerangkan bangunan2 yg ada di sepanjang River Thame... Sampai di Greenwich menggelabah carik tube bali ke London, kiranya meronda2 gitu jela kami hari tu.. tapi yg manisnya kami dapat tgk tmpt2 lain di luar Kota London which is kalau tak sesat, mmg confirm kami takkan sampai punya.. seb baik ticket underground kami memang cover sampai ke ZOne 5...


Thursday, July 23, 2009

Adik Lina at Hospital Batu Pahat


Dah 2 hari berturut2, balik je dari keje, aku bergegas ke Hospital Batu Pahat untuk melawat adikku yang bongsu, Lina Farhana Samsudin.... Rakan2 yang rajin mengunjungi FOTOPAGES ku satu waktu dulu, pasti masih ingat kisah Adik yang terlibat dengan kemalangan jalan raya tahun lalu...

Condition adik sekarang, adik telah menjalani satu pembedahan untuk mengeluarkan satu daripada besi yang dimasukkan ke tangannya.. Reason : tulang tu dah bercantum, Alhamdulillah... adik memang rajin minum Jeli Gamat, ikan haruan dan mcm2 lagilah yg orang soh dia makan semata2 nak cepat baik...

Kronologi pembedahan kali ini :-

21 Julai 2009 : adik dimasukkan ke wad dan diminta berpuasa

petang : aku, iris, kakak dan bibik melawat Adik, tapi Iris tidak dibenarkan masuk.. Memang regulation sekarang ni, kanak2 di bawah umur 12 tahun tidak dibenarkan masuk wad..

malam : jam 12.30 malam, adik dibawa ke Operation Teathre. Pembedahan mengambil masa lebih kurang 2 jam.. Adik dibius penuh kerana Pakar Bius yang nak bius separuh badan tidak bertugas di malam hari, so kena bius penuh.. ntah aku pun tak berapa clear hal nie..


22 Julai 2009 : tengahari mak dan encik datang melawat dgn anak2 sedara yg kecik kecik belaka, siapa lagi kalau bukan si nabil, danial dan si qibah.. tapi semuanya tak dibenarkan masuk... uish.. mmg strict giler skrg nie...

ptg : aku dan amnani je yg datang melawat... temankan adik makan petang, adik makan bekalan mak, sementara aku lak makan masakan hospital hahaha...

23 Julai 2009 : pepagi lagi adik dah sms, maklumkan adik leh discharge hari ini... Insya Allah tengahari ni dalam kul 2 adik leh kuar spital... Stay kat umah pt sulong then hari hari kena gi cuci luka tu...


besi yang telah dikeluarkan... ada 7 lubang dan 7 skrew tau!!... ish ngeri la plak nengoknya... rupa2nya kecik je, tak le beso sangat... dan yg aku musykil sgt, besi tu berkilat2 nampak cam baru jer... walhal dah dekat setahun dok kat dalam daging, cam ok jer... ke, derang polish dulu before masuk dlm plastik tu? huhuhu...

Wednesday, July 22, 2009

iris at Angsana Johor Bahru

Last Saturday, Iris and family meronda2 Plaza Angsana Johor Bahru... Iris looks so happy in her Quinny... senyap je.. cuma kadangkala terdengar suaranya 'ngoceh' dan kaki menendang2 kegembiraan...




Penat meronda, kami berehat seketika di Kenny Roger Roaster... Teringat kisah 10 tahun yang lalu sewaktu mengandungkan anak pertama, si Liyana Amnani.. Punyalah mengidam nak makan Kenny Roger Roasters... asyik sebut je selagi lom dapat... Mujur di akhir2 waktu, dapat juga makan di Melaka... Pastu bukannya byk pun makan, setakat 3,4 suap jerk.. selebihnya, Mus ngan adik2 dia yg makan.. hehehehe..


Teringin plak nak merasa Jacket Potato kat Kenny Roger Roaster nie...


Amat makan dgn berselera... Dia ni mmg tekak western sket...


Tapi tak boleh lawan jacket potato yg nie... Aku selalu beli kat City Centre kat tmpt tunggu tram di hentian yg sebelum Old Market Square tu apa namanya eik... lupa la plak.. huhuhu...

Harry Potter & The Half Blood Prince - Part II

My Harry Potter's books collection... Punyalah banyak, tak tau bila nak abis baca... hehehehee....



lagi gambar semasa menonton Harry Potter & The Half Blood Prince di TGV Jusco Tebrau City Johor Bahru pada 19 Julai 2009 (Ahad) yang lalu...


Korie, Ayie and Ahmad...


Almost SOLD OUT


Now showing


ha! oklah..oklah... ada permintaan gak yg nak nengok gmbo2 ni... oklah, nengoklaa, eden dah tambah...actually ini gambar kenangan sewaktu visit London pada Disember 2007... sgt rindukan moment ini, anak2 pun asyik sebut jer, pantang nampak gambar nie.. Gambar diambil di Stesen Keretapi King's Cross St.Pancrase, London... kalau kita nak kuar dari King Cross Station nak ke St Pancrase International Station, Insya Allah kita akan jumpa platform 9 3/4... Ia memang terletak in between platform 9 and 10... cubalah cari yea...


Underground King's Cross ni bersebelahan dgn stesen keretapi King's Cross...

Wagikh N9 - Part II

Wagikh N9 Part I

This is Part II

11.. Berikut pernah jadi menteri besar N9 : Isa Samad, Rais Yatim, Mohamad Hassan, Isa Bakar
( ) 4 betul
( ) 2 betul 2 salah
( ) 1 betul 3 salah
( ) 3 betul 1 salah

12. Laluan kajang seremban, kita akan lalu sebuah pekan kecil iaitu
( ) nilai dan sepang
( ) mantin dan longgeng
( ) pajam dan mambau
( ) bongek dan klawang

13. tompek yang popular kek pok den sen
( ) toluk komang
( ) salak tinggi
( ) toluk tinggi
( ) pantai klebang

14. kuala klawang dalam daerah mano ?
( ) rembau
( ) jelobu
( ) kualo linggi
( ) kualo pilah

15. semuo adolah tompek kek sempadan N9... yg mano satu bukan
( ) simpang ompek
( ) lubuk cino
( ) bongek
( ) tampin

16. apo makno "hongap"
( ) dengkur
( ) hinggap
( ) nafas
( ) gatal

17. Wisma apo yg paling glamour kek seremban sekitar awal tahun 90 an
( ) wisma emas
( ) wisma MPS
( ) wisma punca emas
( ) wisma dagang emas

18. Kg senaling kualo pilah terkonal dengan apo ?
( ) taik lombu yg banyak (den ghaso yg ni la...dh lamo tk ikut jln ni.....banyak piuk api)
( ) perusahaan telur itik
( ) tanaman buah nago
( ) pusat pemprosesan baja taik ayam

19. klau masak lomak cili api... bahan apo yg ponting skali
( ) lado api, bawang, kunyit, air
( ) lado api, kunyit, soghai, santan
( ) lado api, kunyit, halio, santan, limau purut
( ) lado api, daun kunyit, santan, sengkuang

20. namo salah satu undang N9 yg menanda tangani perjanji kemerdekaan malaysia
( ) Tengku Adnan Mansor - Tengku Besar Tampin
( ) Dato Lela Maharaja Hj Ipap
( ) Dato Paduka Demang Lebar Daun Hj Isap
( ) Dato' Kelana Kamaruddin kacha (Den agak yo)


Part III akan disambung esok jeng jeng jeng...

Tuesday, July 21, 2009

Harry Potter & The Half Blood Prince

yahoooooooooo akhirnya sampai jua gambar ini! thanks for my dearest sister in law, Korie for sending me all those pics!... been waiting for those picas without patient you know!!! hehehe...

Actually, last Sunday me and family plus my sister in law, Ima, Korie and our future brother in law :p (Ayie) have been to Jaya Jusco Tebrau City for watching Harry Potter & The Half Blood Prince movie!...

Seronok sangat2 tak tau nak kata camner... Dah 10 tahun tak nengok wayang gara2 hubby mmg bukan kaki wayang, dapat jugak akhirnya... Ntah camner mood hubby sgt baiklah plak this time hahahaha... Maybe sebab cerita Harry Potter adalah salah satu favourite movie cik abgku agaknya...

Actually, last Friday, I did rang Korie asking her about my plan... Aku dah agak, tiket mesti laris mcm goreng pisang panas.. I've been trying to book ticket secara online tapi the regulations is kena book 2 days early.. SO, I asked Korie to buy the ticket from the counter... Seperti yg dijangka, barisan utk membeli tiket memang panjang berjela... plan asal nak tgk hari Sabtu terpaksa diubah ke hari Ahad sebab tiket SOLD OUT!!!... kalau midnight show memang available, tapi aku sian lak kat anak2 karang tido lak kat dalam panggung tu, rugi la plak..

Tiket utk dewasa berharga RM 13, manakala kanak2 half price...


Post istimewa dr penyokong Kelab England yg sgt teruja utk menonton Harry Potter movie..


smpt 'nap' sekejap sementara tunggu penyokong2 lain bersiap...


England team in front of TGV Tebrau City


Mus-Laily-Liyana-Ahmad-Korie & Ima (picas taken by bro Ayie)


Muka yg sangat berkobar2 tak sabar nak tunggu pintu dibuka...


si anggun Ima dan si jelita Korie...