Semalam, 26 Julai 2009 plan asal kami akan ke Jemputan Majlis Perkahwinan mantan Dekan... Tapi, tengahari semalam, aku dan iris telah tertido dgn lenanya gara2 malam sebelum tu, tidak tidur dgn sempurna gara2 menemankan si iris yang sibuk nak bermain di tengah2 malam buta...
Oleh kerana dah terlajak tido hingga kul 2 petang, dan menyambung plak tgk Jangan Lupa Lirik hingga jam 3.00 petang, dicampur pula dengan berkemas2 barang/kain baju coz nak balik terus ke Air Hitam lepas gi jemputan tu.. (oh!ya kejadian ni berlaku di Parit Sulong yea kawan2, kami balik kg pt sulong), so jadi sebab itu kami telah terlewat utk ke Majlis Jemputan tu... Almaklumlah majlis berlangsung di dewan, so kalau dah tulis kat kad jemputan hingga kul 4 petang, manakala kami lak, kul 3.30 baru terkedek2 nak bergerak, mahu sampai kat dewan tu karang tgk bumbung jerk... malu malu...
So, utk mengubat kekecewaan, hubby bawak kami ke bandar Muar... itupun selepas plan ke rumah baha di'cancel' (sebab baha takde) dan permintaan utk melawat baby baru ditolak oleh hubby... jadiknya kami telah ke Tanjung Emas Muar utk mencuci cuci mata... Ternyata bandar Muar yang dahulunya dikenali sebagai Bandar Maharani ini sudah jauh berubah, banyak perubahan dan kemajuan yang mewarnai bandar Muar ini...
Ajakan hubby utk menyusuri sungai Muar menaiki disambut girang oleh anak2... teringat2 kembali kenangan menyusuri Thame River di London dan juga menyusuri Sungai Melaka di Melaka...
Harga tiket untuk dewasa RM10, manakala kanak2 pula RM5. Perjalanan mengambil masa selama 40minit pergi dan balik... Pada pandangan aku, kalau pihak pengurusan nak bertahan lama dalam bisnes ni, mereka perlu lakukan sesuatu... COntohnya, hire tourist guide utk explain ttg sejarah Muar ke, jambatan ke, masjid ke dan apa2 jua yang boleh dilihat di sepanjang Sungai Muar tu.. Bila senyap je, macamana pelancong nak tau tentang sejarah Johor dan Muar.. Bukan semua penumpang yang naik feri tu tau tentang sejarah tempat tu... Mereka perlu lakukan sesuatu utk menarik lebih ramai pelancong menggunakan perkhidmatan feri mereka...
2 masjid yang terletak bertentangan... Bersebelahan Tanjung Emas ialah Masjid Sultan Ismail manakala di masjid di seberang sana iaitu di Tanjung Agas pula, saya tak pasti apa nama masjid tu... Maybe orang Muor leh tolong kot... Masjid Sultan Ismail ini dahulunya dikenali dengan nama Masjid Putih... Tapi kini, masjid ini telah dicat dengan warna BIRU...
Jambatan Sultan Ismail Muar merupakan jambatan pertama yang menghubungkan Bandar Muar dan seberangnya di Tanjung Agas. Pembinaannya jambatan ini bermula pada tahun 1960 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) dan siap sepenuhnya pada 1962. Jambatan ini dibuka secara rasmi oleh Almarhum Sultan Ismail, Sultan Johor ketika itu pada 15 April 1967, mengambil sempena nama baginda.
Sebelum pembinaan jambatan ini, penduduk yang ingin ke Seberang (panggilan untuk ke Tanjung Agas dan Melaka) terpaksa menyeberangi Sungai Muar menggunakan kemudahan feri yang dipanggil Penambang. Penambang atau feri ini mula beroperasi sekitar tahun 1890 sejak Muar dibuka dengan rasmi oleh Almarhum Sultan Abu Bakar.
Oleh kerana pembangunan pesat ketika itu, Penambang dirasakan tidak dapat menampung kenderaan yang ingin menyeberang Sungai Muar. Oleh itu, cadangan telah dibuat untuk membina saebuah jambatan yang akan menghubungkan Bandar Muar ke Tanjung Agas dan Melaka. Untuk menampung kos pembinaannya, kutipan tol telah dikenakan bagi tempoh yang singkat. Dengan pembukaan jambatan tersebut, operasi feri Penambang juga ditamatkan.
Aktiviti menjala masih diteruskan...
Muar kini semakin maju dengan pembinaan Pasar Besar Giant berhampiran Jambatan Sultan Ismail
Di bawah Jambatan Sultan Ismail
Dataran Muar
Bangunan Aked Mara Muar (kalau tak silap)
Pasar Besar Muar (di tingkat atas, terletak sebuah pasaraya bernama Astaka), yang pernah menggemparkan rakyat Malaysia umumnya dan Johor/Melaka khasnya dengan berita kemunculan naga/ular besar dari bawah pasar... Ular tersebut dipercayai kononnya telah berada di situ bertahun2 lamanya dan semakin hari semakin besar sehinggalah pada satu malam seorang peniaga di pasar besar itu telah ternampak ular tersebut di bawah pasar... Wallahu a'alam...
Jambatan Kedua Muar ialah sebuah jambatan kedua yang dibina menyeberangi Sungai Muar di bandar Muar, Johor, Malaysia selepas Jambatan Sultan Ismail Muar. Jambatan ini terletak di Muar Bypass berhampiran pekan Parit Bunga. Mempunyai kepanjangan 632 meter serta menyamai rekabentuk dengan Jambatan Pulau Pinang.
Gambar kenangan sewaktu menyusuri Thame River di London sekitar 31 Disember 2007 yang lalu... Teringat kenangan terlajak hingga ke Greenwich... Actually, kami beli tiket return dari Westminster dan balik semula ke Westminster, kami tak tau plak rupa2nya kena turun kat London Bridge then amik feri lain balik ke Westminster.. Masa org lain turun, siap leh babai babai lagi heh... pastu bila tgk feri meneruskan perjalanan (tidak berpatah balik) dah mula cuak dah... alamak nak gi Greenwich ke nie?... 2nd half perjalanan dah mula bosan sebab takde apa2 sgt yg menarik tapi masih dilayan dgn baik oleh tourist guide yang tak jemu2 menerangkan bangunan2 yg ada di sepanjang River Thame... Sampai di Greenwich menggelabah carik tube bali ke London, kiranya meronda2 gitu jela kami hari tu.. tapi yg manisnya kami dapat tgk tmpt2 lain di luar Kota London which is kalau tak sesat, mmg confirm kami takkan sampai punya.. seb baik ticket underground kami memang cover sampai ke ZOne 5...
saya selalu pergi muar ambil barang 4life. tak tahu plk situ ada river cruise. insyaAllah next time g sana, boleh try susur sungai muar. best ni!!!!
ReplyDeletebest izan! mmg best! angin pun sepoi sepoi bahasa jerk!... tapi takde tourist guide lah! seb baik akak org johor, so tau le sket sket sejarah johor... bygkan kalau kaknas yg naik river cruise tu! mau terpinga2 kaknas sefamily kan hehehe... tapi tg emas mmg dah berbeza skrg nie! dah maju dan makin meriah!...
ReplyDelete