Thursday, July 30, 2009

Yang Pergi.. Tak Kembali...

Semalam (29 Julai 2009), lebih kurang jam 12 lebih tengahari, dpt panggilan dari mak... 'An meninggal!'...
(An = sepupu aku sebelah mak, baru sahaja berusia 27 tahun)

Aku terpana seketika... terbayang2 raut wajah An di ruang mata... An yang ceria, An yang manja, An yang gedik, An yang lincah...

Jam 1.00 petang, bergegas ambil anak di sekolah dan hantar di rumah pengasuh...

1.30 petang, balik ke Air Hitam Hitam, berkemas2 sedikit kain baju, ambil Iris dan bertolak ke Pt. Sulong utk ambil mak...

3.00 petang : bertolak ke KL

5.00 petang : berhenti makan di Air Keroh kerana terlalu lapar tak smpt makan tengahari...

6.30 petang : Tiba di Bangi...


Suasana sedih dan pilu menyelubungi setiap isi rumah.. Aku cuba merisik berita daripada Ikin (isteri Izzi - abang An yang sulong)... Menurut Ikin, kejadian berlaku awal pagi tadi... An baru lepas menghantar anak di Nursery dan meneruskan perjalanan ke tempat kerja di Cyberjaya... Malangnya, lantaran hujan lebat, An telah terbabas dan melanggar pembahagi jalan dan keretanya berpusing2 beberapa kali sebelum dirempuh oleh kereta yang datang dari arah belakang...

An dikatakan cuba menyelamatkan diri menggunakan pintu belakang tetapi tidak berjaya.. Api yang marak menelan rangka kereta menyebabkan An tidak dapat berbuat apa2... Menurut laporan polis, sekujur tubuh An sedang dalam keadaan berteleku di tempat duduk belakang kereta...

Ya Allah, kau tempatlah An di tempat orang2 mukminin... Kau tabahkanlah hati suaminya dan anaknya yang sebaya Iris itu... Betapa kami sayangkan An, sesungguhnya kau lebih menyayanginya...

(p/s berita kejadian yang menimpa aruah An ada disiarkan di dalam Harian Metro hari ini 30 Julai 2009 di halaman 6)

1 comment:

  1. innalillah...insaf jap bc entry ni...even muda pun kt xtau ajal maut di tgn tuhan..semoga roh nya dicucuri rhmat..

    ReplyDelete