Sunday, August 29, 2010

Resepi Black Pepper Chicken Chop by Laily


Anak-anak sangat suka makan Chicken Chop... Kalau asyik nak beli amatlah parah ibunya... Di zaman semua barang serba serbi mahal, dan semua item serba serbi naik, marilah kita sama-sama berjimat cermat...

Setelah berkali-kali mencuba pelbagai resepi Chicken Chop, inilah hasilnya...

Bahan-bahannya

1. 4 ketul ayam (bahagian isi yang telah dibuang tulangnya)
2. 3 ulas bawang putih (dikisar)
3. 2 ulas bawang merah (dikisar)
4. 2 inci halia - kisar
5. 1 sudu kecil lada hitam - tumbuk halus
6. 2 sudu besar sos tiram
7. 1 sudu besar kicap cair
8. secubit garam
9. 1 biji telur
10.Tepung ubi
11.6 keping biskut tawar (dihancurkan)

Cara-caranya
1. Perap isi ayam tadi dengan bahan2 kisar & lada hitam yg ditumbuk, sos tiram, kicap cair & garam.
2. Gaul rata dan perapkan dlm sejam atau lebih.
3. Panaskan minyak yg byk dlm kuali.
4. Pecahkan telur dan kacau rata
5. Ambil isi ayam tadi dan lumur ayam dengan tepung ubi sehingga rata
6. Celupkan ke dalam telur.
7. Lumur pula dengan biskut tawar yang telah dihancur-hancurkan
7. Masukkan dlm minyak yg panas
8. Goreng hingga garing.
9. Angkat dan toskan utk kurangkan resapan minyak.

Bahan-bahan untuk sos
1. 5 ulas bawang putih (cincang halus)
2. 1 sudu besar tepung jagung (bancuh dengan 2 cawan air)
2. 2 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)
3. 2 sudu besar kicap pekat
4. 2 sudu besar sos cili
5. 1 sudu besar sos tomato
6. 1 kiub ayam

Cara-caranya
1. tumis bawang sehingga kekuningan
2. Masukkan air bancuhan tepung jagung
3. masukkan lada hitam, kicap pekat, sos cili, sos tomato dan kiub ayam
4. Kacau sehingga kuah pekat

Hidangan berbuka puasa...

No comments:

Post a Comment