Monday, September 14, 2009

Munjung-Ngunjung-Kunjung + Projek Rempeyek

Bagi masyarakat jawa di Malaysia, perkataan munjung atau ngunjung atau kunjung [(actually aku pun tak berapa pasti perkataan yang paling tepat)... #kunjung=wording yg kuar dari mulut org melayu pure mcm mus :p#] bukanlah sesuatu yang asing terutama di bulan Ramadhan...

Secara ringkasnya, 'ngunjung' ini merupakan satu amalan masak memasak dan menghantar lauk pauk kepada jiran tetangga yang biasanya dibuat dalam bulan Ramadhan... Amalan ini merupakan satu sedekah selaras dengan hadis :-

"Barangsiapa memberi makan kepada orang yang berpuasa maka baginya seperti pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangi sedikitpun dari pahalanya. " (HR. Ahmad dan At-Tirmidzi).

Saban tahun, menu 'ngunjung' mak tidak pernah berubah... Nasi Impit, ayam masak merah, sayur lodeh dan sambal kacang...

Sabtu yang baru lalu (12/9/09), dari awal pagi lagi kami anak beranak dah sibuk di dapur. Aku dan Mus pagi pagi lagi dah start motor gi beli ayam.. Tak banyak.., 10 ekor sahaja.. Jumlah agihan, dianggarkan 20 rumah sahaja.. Menjelang jam 2 petang, semua menu telah siap dimasak. Jam 3.00 petang, bermulalah ekspedisi aku dan mus dari satu rumah ke satu rumah mengagih-agihkan 'lauk ngunjung', ke rumah saudara mara dan jiran tetangga... Yang dekat-dekat tu takdelah masalah sangat, ada juga rumah yang jauh nak dihantar... Jam 6.00 petang barulah kami tiba semula di rumah... Mak terbaring keletihan tapi dalam raut wajah yang cukup puas, sebab hajat telah terlaksana...

Ahad (13/9/09), projek kami hari ini ialah membuat rempeyek... juadah wajib di hari raya nanti... 4 kampit tepung beras, dapatlah 2 balang besar (26L)... Sekali lagi mak tersenyum puas kerana kalau mak sorang yang buat, memang confirm mak tak kan buat punya!....

Jumaat (12/9/09), kami bershopping baju baju raya dan kasut raya untuk anak2.. xtvt yang telah 2 tahun tidak dilakukan... Memandangkan kemelesetan ekonomi yang masih ketara, kami berbelanja secara sungguh berhemah... Hanya sepasang dua sahaja baju baru untuk mereka... Yang paling mahal pun rasanya t-shirt transformers si Ahmad.. RM40++ lebih kurang 7-8pound laa... tapi takper, kat UK amat ler yg paling tak pernah beli baju baru sebab baju baju carboot ahmad senang nak carik!.. size yang sgt senang dicari... melambak2 kat carboot... jeans ahmad yang 50p pun melambak2.. koyak je beli, koyak je beli hahaha...

Untuk Iris, mujur bekalan dari UK sungguh banyak!... Baju2 pemberian auntie2 dan uncle2 di UK masih belum berusik.. Mujur juga Iris nie sangat2 kecik comey orangnya... So, baju2 untuk gigirl 6month masih boleh disarungkan!... tapi kasut2 dah banyak yg tak muat!... seb baik juga bekalan kasut utk Iris juga sangat banyak!.. cukup utk Iris sampai usia 3 or 4 tahun... so, beli sehelai jer baju iris... nampak2nya iris pun sangat happy dgn her new dress nie!...


yang masalah problem sekarang ialah cik kak saya yg sungguh sungguh comey itu!... nak cari baju, mesti carik yg size ibunya, baru jumpa.. begitu juga dgn kasut.. mujur juga cik kak tu dah jumpa sepasang kasut yang sungguh comey... terlihat raut kepuasan yang sungguh ketara di wajahnya... tak mahal pun kasut tu, cuma RM39.90, lebih kurang 6-7pound sahaja!..

dan yg lagi satu masalah ialah ayahnya.... tahun ni ayah dah banyak berhabis utk makwe barunya... so, ayah beraya dgn makwe barunya sahajalah... sehelai baju pun ayah tak beli lagi!... kebetulan juga, 'makwe oren' ayah pun mintak kasut jugak, 2 pasang pulak tu!... pening jugak ayah melayan 2 makwenya tahun ini... tapi, Insya Allah condition kedua-dua makwe ayah dah tiptop, tak ler risau nak balik beraya karang....

bagaimana pula dgn ibunya?.. oooooooo ibunya dalam keadaan yg sungguh stress!... nak pakai baju apa pun tak tau... sarung apa suma serba tak kena... lagi pulak nak berjumpa dgn saudara mara di hari raya ini.. takdelah perkataan lain yang keluar dari mulut mereka! "eeee Ngah! gemuknya skrg!" aaaaaaaaaargggggggggggggggggggggggggggghhhhhhhhhh tensionnya!...

No comments:

Post a Comment