Friday, September 11, 2009

Iris 10 month

lama sungguh tak cerita pasal iris dan anak2 yang lain... video video dan gambar ni diambil pada 12 & 13 Ogos 2009 yang lalu, iaitu ketika Iris berusia genap 10 bulan... Waktu ini Iris sudah mula berdiri lama... Bila disandarkan di dinding, Iris akan lepaskan tangan seolah-olah dia sedang 'berdikari', berdiri di atas kakinya sendiri tanpa bantuan dari sesiapa... Di peringkat ini, dah mula mudah menjaga Iris, tidak seperti sebulan sebelum ini yang mana kita mesti sentiasa berada di belakang Iris lantaran si kecik comel ni asyik berangan nak berdiri tapi kaki masih belum kuat dan selalu terbongkang ke belakang... so, anak2 sentiasa diingatkan supaya sentiasa duduk di belakang Iris tidak mengira waktu dan tempat...

video


Iris juga pantang kalau lihat pintu bilik air terbuka!. She loves water a lot!... 2 kali Iris kantoi ditemui sedang bermain2 air di bilik air!... sungguh merbahaya.. lihatlah muka Iris yang sungguh ceria, langsung tidak menunjukkan muka orang bersalah.. sejak detik ini, pintu bilik air telah dikunci sebagai ciri ciri keselamatan..
video


Iris sangat suka bermain dengan abg Amat.. setiap kali abg amat balik dari skul, Iris akan tertawa kesukaan dan menanti nanti abg Amat mengacaunya...
video

video

video

No comments:

Post a Comment