Friday, March 27, 2009

kekasih Allah

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURASUL 1430 HIJRAH
DI DEWAN TUANKU ISMAIL IBRAHIM UTHM

PENCERAMAH : Y.BHG. USTAZ SOLAHUDIN B. AZRAAI
MANTAN DEKAN FAKULTI PENGAJIAN ISLAM, KOLEJ TEKNOLOGI ANTARABANGSA ISLAM MELAKA

Antara nota yang sempat kutulis...
(bagus diletak di blog, sebab kalau dibiarkan di atas kertas akan lupus dimakan anai2... sekurang2nya bila ada di sini, boleh dibelek belek semula bila2 masa nanti di samping boleh berkongsi dengan rakan2 di luar sana walaupun tidak sebanyak mana nota yang dapat kuabadikan di atas kertas itu... )

@ sambutan maulidurasul ni disambut untuk menunjukkan rasa cinta kita pada Rasulullah..
@ Nabi Muhammad ketika dilahirkan telah dikhatankan, telah dibersihkan (dimandikan)m telah diputuskan tali pusat, dan telah diminyakkan rambutnya...
@ Istimewanya Nabi Muhammad, di dalam solat hanya ada satu nama orang sahaja yang disebut iaitu nama Muhammad
@ manusia ketika dilahirkan muka telangkup ke bawah, menunjukkan tanda kita tunduk kepada Allah
@ sebagai umat Islam, kita perlu mendekatkan diri dengan Allah, dan mengamalkan sunnah Rasulullah kerana apabila umat Islam semakin jauh daripada Nabi, akan hilanglah pedoman hidup...

antara hadis :-
"sesempurna orang mukmin adalah orang yang akhlaknya baik dan dengan ahli keluarganya berlemah lembut"

walaupun gambarnya gelap, tapi hatiku tetap terang...


No comments:

Post a Comment