Saturday, October 3, 2009

Marhaban @ Johor

Negeri Johor amat sinonim dgn xtvt marhaban setiap kali menjelangnya Syawal tidak kira di kampung mahupun di bandar... tapi marhaban di kampung lebih terasa kemeriahannya berbanding di bandar2.. ada sesetengah kg, marhaban sudah bermula dari hari kedua Syawal lagi.. di rumah mak di Parit Sulong, marhaban bermula di Syawal ke-6.. paling sikit ada 2 kumpulan marhaban, kumpulan lelaki dan wanita..itu belum lagi termasuk perkumpulan marhaban kampung2 bersebelahan atau pertubuhan pertubuhan tertentu seperti UMNO, Belia 4B dan macam2 lagi...

di taman perumahan tmpat kami tinggal (Taman Mekar, Air Hitam), marhaban perkumpulan wanita bermula seawal Syawal ke-11.. manakala perkumpulan lelaki 3 hari selepas itu..

gambar2 berikut merupakan kemeriahan marhaban di Jalan Mekar 5, Taman Mekar Air Hitam pada 2 Oktober 2009 (Jumaat) yang lalu... anak2 juga turut sama memeriahkan malam malam kami di Taman Mekar.. setelah dihitung, tak kurang 50 orang anak2 turut sama mengikut kaum ibu bermahaban...
















Dalam kekalutan bekerja, sempat jugalah aku menghidangkan juadah mee hailam utk tetamu yang datang.. Insya Allah di tahun hadapan, akan lebih proper lagi... (p/s itupun kalau masih duduk kat sini lagi la yea.. huhuhu.. sedihnya..)

No comments:

Post a Comment