Thursday, January 5, 2012

Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor

19 - 21 Disember 2011 yang lalu, kami staf Pejabat Antarabangsa UTHM telah mengadakan bengkel di Felda Residence, Tanjung Leman, Mersing, Johor.

Tanjung Leman yang terletak lebih kurang 140km dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia Parit Raja bukanlah satu tempat yang asing bagi saya kerana sering ke rumah makcik saya di Felda Tenggaroh 1. Untuk makluman, Felda Residence Tanjung Leman terletak di penghujung Felda Tenggaroh, berhampiran Felda Tenggaroh 2 iaitu kira-kira 25km dari simpang Felda Tenggaroh.

Kali pertama saya menjejakkan kaki ke pantai Tanjung Leman ialah sekitar tahun 1989.  Sewaktu zaman kecil saya dahulu, setiap kali cuti sekolah, ayah saya suka membawa kami sekeluarga bercuti di pantai. Pantai Lido, Pantai Port Dickson, Pantai Teluk Kemang, Pantai Tanjung Bidara, Pantai Teluk Cempedak merupakan destinasi percutian wajib setiap kali cuti sekolah menjelma. Pantai Tanjung Leman walaupun terletak amat jauh dari kampung kami di Parit Sulong, iaitu kira-kira 150km ini kami kunjungi ketika berpeluang menziarahi makcik di Felda Tenggaroh 1.  Masih jelas di ingatan, percutian ke Tanjung Leman merupakan percutian terakhir kami bersama aruah Abang, Mohd. Fauzi Samsudin. Abang pergi meninggalkan kami pada tahun 1990 kerana terlibat dengan kemalangan jalanraya.

Laluan Kota Tinggi - Mersing juga bukan satu laluan asing bagi saya kerana saya pernah beberapa kali melalui laluan ini untuk berulang alik ke Maktab Rendah Sains Mara, Mersing.  Ini juga merupakan laluan utama kami untuk pulang ke kampung ibu mertua di Jerantut, Pahang.

Bagi mereka yang belum pernah sampai ke sini, pastinya merasakan satu azab yang besar kerana perlu menempuhi satu laluan panjang yang berbengkak bengkok. Lebih-lebih lagi bila di kiri kanan jalan hanya dipenuhi oleh rimbunan pohon kelapa sawit di sepanjang perjalanan.  Namun, sebaik sahaja sepasang mata tertumpu kepada hamparan lautan di depan mata, segala keletihan pasti terbang melayang di bawa bayu laut yang ternyata tidak pernah berhenti berhembus.

Felda Residences Tanjung Leman yang ditubuhkan sekitar Januari 2011 merupakan resort ke enam milik penuh Felda Travel Sdn. Bhd. selepas Felda Residence Hot Springs, Trolak, Tekam, Kuala Terengganu dan Sahabat.  Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan informasi yang lebih detail, boleh melayari laman web berikut

Saya juga ingin berkongsi di sini sedikit gambar sekitar Felda Residence Tanjung Leman untuk gambaran yang lebih jelas.

Reception


Lobi Felda Residence Tanjung Leman

Swimming pool


Standard room


Setelah puluhan tahun tidak ke sini, rupa-rupanya sudah ada 
restoran makanan segera KFC di jeti Tanjung Leman.


Berdiri di sini, membuatkan hati berbunga riang, walaupun terbit juga rasa gundah melihatkan ombak yang kadang kala menggulung tinggi, namun pantai, ombak, buih dan bayu tidak pernah gagal memberikan saya ketenangan dan ilham. Sungguh cantik ciptaan Allah, Subhanallah, di dalam hati tidak putus-putus memanjatkan kesyukuran.

6 comments:

  1. hotel ni berdekatan dengan tenggaroh 6 x?

    ReplyDelete
  2. best tak g tg leman?..end of this month sy & kwn2 aakn bercuti kt sn..kami ambk pakej snorkeling..tp tau nk gerak dr kluang or jb..mn yg lg dekat ek..boleh bg cdgn??tq

    ReplyDelete
  3. kalau sayalah, saya lebih prefer lalu kluang dan terus ke Felda Nitar.. walaupun jalan kampung tapi jaraknya lebih dekat compared lalu JB.. masa perjalanan pun singkat.. Cuba u google maps utk view peta dari rumah ke Tanjung Leman..

    ReplyDelete
  4. bukan setakat hotel yang dekat ngan tenggaroh6,, .
    tanjung leman tu pon dekat ngan tenggaroh6 taw,, .
    felda residence pon ada taw,, .
    owh ye lg 1,,at tanjung tu pon dah byk penambahan contoh lau korang nk bercuti dia ada sediakan 1 tempat memang khas tok ramai2 menginap.
    kire bilik tdow tu dia uat mcm dom,, .
    besar,dekat pulak ngan pantai tanjung.
    heeee=)

    ReplyDelete
  5. saya pernah pergi felda residence tanjung leman ni pertengahan tahun 2014 untuk program kolej. serius best sangat tempat ni. memang tak rugi pergi. segalanya memuaskan. saya bagi 5 bintang !!! >_<

    ReplyDelete