Friday, February 8, 2013

Am di MRSM

Am?? Kenapa Am? Siapa Am?

Am ialah Liyana.. Liyana ialah Nani.. Am ialah nama baru kakak di MRSM Batu Pahat... Memang dari kecil lagi, ibulah yg selalu panggil kakak dgn panggilan Am.. Tapi bila dah ada adik, panggilan kakak yang lebih melekat.. Yang masih kekal panggil si kakak dgn panggilan Am ialah Mak Teh Pura.. Well done makteh! hehe...
 



Sempena Maulidurrasul yang jatuh pada hari Khamis (24/1/2013), pelajar MRSM diberi pelepasan cuti selama 4 hari (24 - 27/1/2013).. Sangat cepat rasanya masa berlari pergi.. Sudah tiba masanya untuk hantar kakak balik semula ke asrama..
 



2 Februari 2013 (Ahad), kakak boleh outing.. First time ayah datang untuk bawa kakak keluar. Biasanya ibu atau Moksu jer yang ambil kakak.. This time, ayah ada sedikit kelapangan, so ayah ikut sekali. Pelajar-pelajar dibenarkan keluar dari asrama selepas jam 10 pagi. Cuaca pada hari ini sungguh mendung, hujan di sana sini. Kami terus mengisi perut di sebuah warung yang amat terkenal dengan menu LONTONG SATE. Warung ini terletak tidak jauh dari MRSM Batu Pahat, berhampiran Simpang Lima, betul betul di hadapan pencawang elektrik TNB.




Sebelum hantar kakak masuk semula ke asrama, kami bawa kakak makan di Patmah Cookies Parit Sulong. Makanan di sini memang semuanya sedap sedap.. Mee goreng, kue teau goreng, mee kari nyonya, nasi ayam penyet... Perrgggh..., memang menyelerakan...

Patmah Cookies ni terletak bersebelahan Balai Polis Parit Sulong, di deretan kedai yang terletak di hadapan Sekolah Menengah Dato' Sulaiman (my former school tu!)


Posing dulu sebelum melepaskan kakak masuk ke asrama.. We all love you so much kakak! Study hard and wishing u all the best!

Sempena cuti Maulidurrasul, bawa kakak pulang ke kampung Kota Tinggi


8 Februari 2013 ~ Majlis Penyerahan Bantuan Awal Persekolahan yang disempurnakan oleh YB Datuk Hj. Ariss Samsudin, DUN Semerah/Ahli Majlis Mara


Sebelum meninggalkan asrama, mak dan anak bergambar dulu... 

1 comment: