Wednesday, February 4, 2015

Kembara Umrah Day 1 (15/12/2014)

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh....
Bismillahirrahmanirrahim....

Entry 1 : Pra - Kembara Umrah 15 Dis - 26 Disember 2014
Entry 2 : Kembara Umrah 15 - 26 Disember 2014

14 Disember 2015 (Sabtu)
Seusai solat Subuh, debaran di hati kian terasa... Ya Allah, benarkah aku telah dijemput menjadi tetamu Mu Ya Allah?... Sepanjang pagi ini, saya menghabiskan masa mengulangkaji Buku Panduan Umrah serta nota nota dari kursus yang pernah saya hadiri. Beg untuk berangkat juga telah siap dikemas. Sepanjang siang & malam saya tidak tidur, tidak mampu untuk melelapkan mata walau seminit. Perasaan teruja, berdebar, sayu silih berganti.
Dua buah beg (separuh isian) berserta beg sandang


15 Disember 2015 (Ahad)
Tepat jam 1.30 malam kami bergerak ke Johor Bahru. Mak, Ayah, Adik-adik & adik ipar bertolak dari Parit Sulong, dan saya dari Parit Raja. Kami berkumpul di Tol Skudai, jam 2.30 pagi dan tiba di hadapan Mumtaz Travel, Taman Nong Chik Johor Bahru tepat jam 3.00 pagi.


sejurus sebelum memulakan musafir.. Lokasi : hadapan rumah di Parit Raja

Jam 3.30 pagi, tiga buah bas yang membawa lebih kurang 90 jemaah bergerak menuju ke Singapura. Di Checkpoint Singapura, kami perlu membawa turun semua beg dari perut bas. Syukur semasa perjalanan pulang setelah menunaikan umrah, kami tidak perlu membawa beg keluar daripada bas. Urusan di checkpoint Singapura agak mengambil masa kerana perlu beratur panjang namun semua urusan berjalan lancar tanpa sebarang masalah. Di sini, Allah sudah menguji dengan ujian kecil di mana segelintir jemaah sudah mula berebut-rebut dan potong Q.. Saya ingatkan adik-adik agar bertenang & berkata 'ujian kecil sahaja", tidak perlu ambil pusing.
di checkpoint Woodland

Jam 5.00 pagi, ketiga-tiga bas bergerak meninggalkan check-point Singapura menuju ke Lapangan Terbang Changi dan tiba sekitar jam 5.40 pagi.
bergambar beramai-ramai bersama jemaah di Changi Airport , Singapura

Jam 6.00 pagi semua jemaah menunaikan solat Subuh di Lapangan Terbang Changi. Uniknya kami beramai-ramai menunaikan solat di ruang kosong yang dikhususkan untuk "Mickey Mouse Club House".. sungguh.. saya sungguh tersentuh..
solat subuh di Changi Airport
Solat Subuh di Changi Airport
Jam 6.30 pagi : sementara menanti gate dibuka kami diberikan sarapan pagi oleh pihak Mumtaz Travel. Ternyata hidangan nasi ayam masih tidak membuka selera saya untuk menjamah walau sebutir nasi pun ketika itu.. Mungkin disebabkan masih terlalu awal pagi untuk menerima makanan berat atau mungkin juga lebih kepada debaran ingin memulakan perjalanan jauh.
sarapan pagi disediakan oleh Mumtaz Travel.. Nasi Ayam..
Alhamdulillah , di Changi Airport asya diberi kesempatan utk bertemu dengan Atok Rahim (bapa saudara kepada bapa mertua saya) bersama ahli keluarga mereka. Sebuah perjalanan yang sama, destinasi yang sama, hanya berlainan travel agent sahaja.
bersama keluarga Atok Rahim dari Kg. Lukut, Kota Tinggi

Jam 7.50 pagi : kesemua 90 jemaah diminta berkumpul di hadapan kaunter Lankan Air untuk urusan check in bagasi dan juga penyerahan boarding pass.

Ayun & Khabib (my adik & adik ipar)

My adik bongsu, Lina Farhana
My Ayahanda


di satu sudut, kelihatan 3-4 orang jemaah melayan wasap agaknya, memberikan perkhabaran kepada kaum keluarga

me & my adik while waiting for our boarding pass..

para jemaah menanti gate dibuka utk check in bagasi & boarding pass

Jam 9.00 pagi : sebelum melangkah masuk ke Ketua Rombongan yang merupakan boss besar Mumtaz Travel yang juga merangkap mutawif kumpulan kami mengetuai rombongan membaca doa selamat sebelum memulakan perjalanan.
Ustaz Fauzi & Iman Shafie & staf Mumtaz Travel


My Encik & my adik ipar.. menunggu mak & adik ke toilet

Me & Swarovski

Me & Ayun & Khabib

Jauh jugak nak sampai ke gate.. Best! kitorang dapat naik kete airport nie..

check in luggage.. gunting saya kantoi. terlupa nak masukkan dalam beg besar..

menunggu utk masuk ke dalam kapalterbang

Sekitar jam 10.00 pagi : kami sudah berada di dalam perut pesawat UL 307. Saya lihat begitu banyak pesawat sedang berbaris menunggu giliran untuk memulakan penerbangan. Hampir setiap minit ada pesawat yang akan berlepas dari Changi Airport ini.


Tepat jam 10.00 pagi : penerbangan UL 307 dari Changi  berlepas ke Sri Lanka dan selamat mendarat di Colombo jam 1122 pagi (waktu Colombo) bersamaan 1.52 petang (waktu Malaysia). 
bergambar bersama peramugari Lankan Air

hidangan di pesawat Lankan Air
Setibanya di Colombo, kami dimaklumkan telah masuk waktu Zuhur di Colombo ketika itu. Mutawif telah membawa kami ke sebuah surau kecil di penghujung pusat perniagaan Colombo Airport. Di sini jugalah  para jemaah bersiap sedia dengan pakai ihram kerana kami akan berniat di dalam kapalterbang sekitar sejam sebelum kapalterbang mendarat di Jeddah.




Colombo Airport

Colombo Airport
Pengalaman dan cabaran untuk mengambil wudhuk di negara luar, pastinya berbeza-beza di setiap negara. Sebagai contoh di Changi Airport, semua tandas tidak mempunyai paip air untuk kita beristinjak. Mujur juga di WC (water closet) yang paling hujung, disediakan tandas cangkung dan saluran paip. Berbaris panjanglah jemaah Malaysia di situ. Manakala di Sri Lanka pula, langsung tiada salur paip di dalam tandas. Lubang air keluar juga tidak ada. Mujur juga ada disediakan paip untuk membasuh kaki di penjuru tandas. Berbaris jugalah jemaah Malaysia di situ. Alhamdulillah.. Dan di sana juga, walaupun suraunya kecil namun kami mempunyai waktu yang cukup untuk solat dan menyalin pakaian sebelum boarding time.  
di dalam tandas Changi Airport

Jam 1.20 petang waktu Colombo (bersamaan jam 4.40 petang waktu Malaysia) : kami masuk ke ruangan menunggu. Ruangnya tidak besar dan ramai jemaah daripada Indonesia akan sama sama menaiki pesawat yang sama dengan kami.




Jam 2.10 petang waktu Colombo (bersamaan jam 5.10 petang waktu Malaysia) : pesawat UL281 meninggalkan lapangan terbang Colombo menuju ke Jeddah dan selamat mendarat di Lapangan terbang Jeddah jam 5.50 petang waktu Saudi (bersamaan jam 11.00 malam waktu Malaysia). Jika dihitung masa perjalanan kami (bermula dari masa berlepas di Changi) sehinggalah tiba di Jeddah, mengambil masa selama 13 jam. 


Sepanjang perjalanan dari Colombo ke Jeddah, hati semakin dipalit kerisauan.. Apa yang boleh dikatakan hanyalah perasaan gementar, gementar & gementar.. Ungkapan "rabbi yassir wala tuassir.. rabbi atmim min hair" serta "La ilaha ila anta subhanaka inni kuntu minazzolimin tidak lekang lekang dari bibir.
video


Jeddah Airport
Jeddah Airport

Di Jeddah, urusan di kaunter imigresen mengambil masa yang cukup lama untuk jemaah lelaki. Jemaah wanita dan warga emas mendapat laluan ekspress tetapi jemaah lelaki perlu beratur panjang. Hampir 5 jam juga kami "berkampung" di lapangan terbang Jeddah. Ujian kecil lagi ni, hati berdetik. Perut sudah lapar, mata juga hampir tidak boleh dibuka. Sepanajng tempoh menunggu, saya sangat kagum melihat raut wajah Ustaz Fauzi yang langsung tiada menunjukkan wajah letih, sangat sabar menunggu semua jemaah keluar dari balai ketibaan. 

Satu insiden yang sangat menyentuh hati, di belakang kaunter imigresen, terdapat sebuah hamparan sejadah. Ketika masuk sahaja waktu solat, beberapa orang kakitangan lapangan terbang, menghampiri sejadah tersebut dan solat berjemaah bersama-sama. Petugas di kaunter pula ketika itu masih lagi memeriksa satu persatu passport para jemaah. Tiba-tiba petugas itu bangun meninggalkan kaunter dan menyertai rakan-rakannya yang sedang solat berjemaah. Selesai sahaja solat, petugas tersebut meneruskan tugasannya sebagaimana biasa. 

Jam 10.50 malam, kami semua meninggalkan lapangan terbang Jeddah dan bergerak menuju ke Mekah. Jarak dari Jeddah ke Mekah adalah 75km. Di sepanjang perjalanan , Ustaz Fauzi masih lagi bercerita tentang Mekah dan lafaz "LabbaikAllah Humma Labbaik ... LabbaikAllah Syarikalaka Labbaik Innalhamda Wannikmata Lakawalmulk la Syarikalak" 
bergema di setiap ruang bas. Saya yang ketika itu, hampir hampir sahaja tidak boleh membuka mata, turut menyambutnya di dalam hati. 

Tepat jam 12.00 malam kami check-in di Hotel Loq Loq Al Azhar... Hidangan makan malam nasi putih + daging + ayam goreng ternyata amat membuka selera saya setelah menempuh sebuah perjalanan yang jauh dengan tidur yang tidak sempurna. 



Hotel Loq Loq Al Azhar, Mekah

Di dalam hati, saya tertinjau-tinjau ke satu arah di mana Kaabah terletak. Hati digamit perasaan tidak sabar untuk memandang Kaabah di depan mata buat pertam kalinya. Yang kelihatan dari depan hotel hanya Menara Jam. Bersabarlah wahai hati.. Sebentar lagi, selepas check in hotel & makan malam, kita kan terus mengerjakan umrah pada malam ini juga.. Berdiri di hadapan hotel sahaja sudah membuatkan perasaan menjadi hiba, apatah lagi nanti bila sudah melangkah masuk ke Masjidilharam. Di dalam hati tidak henti henti melafazkan syukur yang saya telah berjaya menjejakkan kaki ke Tanah Haram.. Kaki ini sedang berdiri di atas tanah haram!!! sesuatu yang memang sangat saya inginkan setelah sekian lama.. Terim kasih Allah...


Seringkali di dalam hati, saya berdoa semoga Allah menjemput kami menjadi tetamuNya yang istimewa. Di sepanjang perjalanan di hari pertama tiba di hotel pun, saya sudah merasa betapa istimewanya saya. 

Pertamanya, kumpulan kami sungguh besar.. Seramai 94 orang jemaah dalam satu kumpulan. Dan istimewanya kami adalah mutawif kami merupakan Bos Besar Mumtaz Travel dan juga Imam Shafie. Kedua-dua orang mutawif ini memang sungguh berilmu dan tidak lokek menurunkan ilmunya kepada kami di sepanjang kami berada di sana. Lagipun, boss besar kan ada, segala komplen mengenai pengurusan, boleh kita suarakan secara terus kepada boss besar. 

Keduanya, ketika check in bilik hotel, saya dapati kami ditempatkan di dalam bilik yang hanya ada 3 buah katil sahaja sedangkan kami berempat kesemuanya, dengan bilik yang agak sempit, dan bilik airnya pula berada di luar. Di dalam hati, masih tidak terbetik untuk komplen, melainkan redha sahaja. Sewaktu hendak mengunci pintu untuk berkumpul dan bergerak bersama-sama untuk mengerjakan umrah pertama kami, entah bagaimana tiba tiba pemegang pintu patah. Tiba di ruang lobi, saya melaporkan kepada Ketua Rombongan Ustaz Fauzi dan beliau memberikan kami kunci yang baru. Kami segera memindahkan barang-barang kami ke bilik yang baru. Ternyata permintaan saya agar dijemput menjadi tetamu Nya yang istimewa dimakbulkan ketika itu juga. Bilik baru kami lebih besar daripada bilik yang pertama, katilnya ada 4, ruangnya lebih luas. bilik airnya di dalam dan sebagai tambahan, ada ruang kabinet dapur kering juga di dalam bilik!.. Semakin istimewa, rupa2nya bilik Ayahanda bersama adik beradik lelaki pula berhadapan dengan bilik kami.. Syukur Ya Allah... Istimewanya kami di sini...

No comments:

Post a Comment