Tuesday, August 25, 2009

Pindah

Sekarang tepat jam 5.00 petang... Ini kali terakhir aku log in guna PC di Fakulti Pengurusan Teknologi. Mulai esok aku akan bertukar opis.. Aku akan berpindah ke Pejabat Antarabangsa... so, bererti aku akan duduk di kampus induk.. Mus bersorak sakan bila kukhabarkan berita ini... Aku pulak, perasaan bercampur baur.. gembira ada sedih pun ada.. tapi, pindah opis ni tak ler sesedih pindah negara... aku dah alami kesedihan yang lebih perit masa nak tinggalkan notts dulu, so this time rasa cam besar kuman jer...

so, nantikan berita terbaru di opis baru pula...

Monday, August 24, 2009

SALAM TAKZIAH WAN RUKAIDA

Dalam kesibukan dan kegembiraan kita menyambut Ramadhan, ada hati yang sedang berduka, ada jiwa yang sedang lara...

Salam takziah buat Wan Rukaida yang kehilangan ayahanda tersayang tanggal 21 Ogos 2009 (Jumaat) jam 9.25 malam waktu UK. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita dikembalikan.. Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Wan tabah menghadapi dugaan Allah ini...

Buat Farah...
semoga tahun ini merupakan tahun terakhir Farah berpuasa di UK, Insya Allah tahun depan boleh temankan mak di Malaysia... dapat akak selami perasaanmu Farah... hati mana yang tidak terusik mengenangkan inilah tahun pertama berpuasa dan beraya tanpa seorang lelaki yang bernama ayah... Mujur juga Allah melimpahkan rezeki buat farah kerana dapat bersama2 ayah dan mak menyambut puasa dan beraya di Notts tahun lalu..

Buat kakcahaya...
setiap kali menjelang Ramadhan, memang hati ini sering disapa kesayuan... memang saban tahun menyimpan azam, pelbagai azam, memperbaiki yang kurang baik, menampal yang berlubang, menghias yang kurang cantik.. namun sifat manusia kadang kala disapa alpa... mujur ramai sahabat2 di sekeliling yang sering ingat mengingatkan... Mudah2an Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...


Sejujurnya, walau hati masih dipaut duka kerana terpaksa meninggalkan bumi England lebih awal dari jangkaan, namun banyak hikmat tersirat di sebalik kepulangan... Kesihatan ayahanda dan bonda yang tidak begitu menentu kebelakangan ini, membuatkan kami bersyukur dapat bersama mereka, melihat mereka di depan mata saban waktu dan ketika... itu yang lebih penting dalam hidup kami.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami... Mudah2an ada rezeki di lain kali untuk kami ke sana lagi... Insya Allah...

Saturday, August 22, 2009

Ramadhan Al-Mubarak

22 Ogos 2009 (Sabtu)

seluruh umat Islam di Malaysia menyambut 1 Ramadhan pada hari ini... Semoga Ramadhan kali ini akan dapat meningkatkan lagi keimananku...

Ya Allah, tiada apa yang lebih berharga dalam kehidupan ini melainkan hidup di dalam keredhaanmu Ya Allah... Aku mengimpikan sebuah keluarga yang bahagia dan harmoni... Semoga aku berjaya mencapai impianku untuk menjadi seorang isteri Solehah di sisi suaminya dan menjadi ibu yang terbaik untuk anak-anakku... Amin....

Friday, August 21, 2009

Sketsa Bulan Puasa

4 hari sebelum RAMADHAN

Isteri : Hubby, weekend ni kita sambut puasa kat rumah mak Ayang je bi...

Suami : Kenapa plak yang?

Isteri : Iyelah.. kan weekend ni adik2 ayang suma balik rumah mak ayang... so, kita pun balik jugaklah ye bi...

Suami : Eh! mana boleh yang... mak/bapak abi suruh balik rumah mak minggu nie sebab buah2an dah masak kat kebun tu, nanti bulan puasa sape yg nak makan buah2an tu, dah membazir pulak...

Isteri : tapi bi, mak ayang nak sangat ayang sambut puasa di rumah mak...

Suami : Kita kena hormat orang tua abi yang... bukan ker Dr. Fadzilah Kamsah selalu pesan, kita perlu menjaga keharmonian berumahtangga... Hati orang tua perlu dijaga, jangan membantah kehendak atau permintaan mereka kerana merekalah kita ada di dunia ini...

Isteri : Iyelah bi... syurga seorang isteri terletak di bawah kaki suaminya... ayang ikut abi...
(sambil menelan air liur kerana terpaksa melukakan hati ibu kandungnya buat ke ratusan kalinya...)



1 HARI SEBELUM RAMADHAN

Isteri : raya ni turn balik mana dulu ye bang?

Suami : balik rumah mak sayalah, mana lagi...

Isteri : tapi bang, mak saya suruh kita balik rumah mak dulu...

Suami : mak saya pun nak kita balik rumah mak dulu....

Isteri : yelah bang, saya ikut abang jela...
(mengalah lagi buat ke ratusan kalinya....)

Friday, August 7, 2009

Hadith Rejab Bulan Allah, Sya’ban Bulan Nabi

Soalan: Saya keliru mengenai hadith yang selalu disiarkan oleh media kita apabila datang bulan Rejab dan Sya’ban:“Rejab bulan Allah, Sya`aban bulanku dan Ramadhan bulan umatku”, ada kata sahih, ada kata bukan, tapi ramai juga penceramah yang selalu baca. Apakah kedudukan hadith ini sebenarnya?





Jawapan: Ini adalah hadith palsu yang direka oleh Ibn Jahdam. (lihat: Ibn Qayyim al-Jauziyyah, al-Manar al-Munif fi al-Sahih wa al-Dha`if, m.s. 95, Syria: Maktab al-Matbu`at al-Islamiyyah)

Nama penuhnya Ibn Jahdam ialah `Ali bin `Abdillah bin Jahdam al-Zahid. Beliau meninggal pada tahun 414H. Beliau adalah seorang guru sufi di Mekah. Dia juga dituduh membuat hadith palsu mengenai solat Raghaib (iaitu solat pada jumaat pertama bulan Rejab). (lihat: al-Imam al-Zahabi, Mizan al-`Itidal fi Naqd al-Rijal,. 5, m.s. 173,Beirut: Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah) .




Sebab itulah al-Imam Ibn al-Salah (meninggal 643H) menyebut: Ada beberapa golongan yang membuat hadith palsu, yang paling bahaya ialah puak yang menyandarkan diri mereka kepada zuhud (golongan sufi). Mereka ini membuat hadith palsu dengan dakwaan untuk mendapatkan pahala. Maka orang ramai pun menerima pendustaan mereka atas thiqah (kepercayaan) dan kecenderungan kepada mereka. Kemudian bangkitlah tokoh-tokoh hadith mendedahkan keburukan mereka ini dan menghapuskannya. AlhamdulilLah. (Ibn al-Salah, `Ulum al-Hadith, m.s. 99, Beirut: Dar al-Fikr al-Mu’asir)




Golongan penceramah, imam, khatib, dan media massa hendaklah berhati-hati agar tidak menjadi agen penyebaran hadith-hadith palsu mengenai amalan-amalan yang dikatakan disunatkan pada bulan-bulan tersebut. Kata al-Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah (wafat 751H): Hadith-hadith mengenai solat Raghaib pada jumaat pertama bulan Rejab kesemuanya itu adalah palsu dan dusta ke atas Rasulullah s.a.w. Begitu juga semua hadith mengenai puasa bulan Rejab dan solat pada malam-malam tertentu adalah dusta ke atas Nabi s.a.w. Demikian juga hadith-hadith mengenai solat pada malam Nisfu Sya`aban (kesemuanya adalah palsu). Solat-solat ini direka selepas empat ratus tahun munculnya Islam (Ibn al-Qayyim, al-Manar al-Munif, m.s. 95-98).

Allah Lebih Mengetahui
Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

Thursday, August 6, 2009

Dinner Lagi...



Malam Mesra KSKUiTTHO

Malam Mesra KSKUiTTHO atau nama ringkasnya Dinner UTHM telah diadakan pada 31 Julai 2oo9 yang lalu di Hotel Prime City, Kluang...
aku dan hubby decided tuk naik bas je ke hotel, malas nak drive... bas yg dijangka bertolak jam 7 malam, akhirnya meninggalkan UTHM jam 7.20 malam, dan berhenti solat Maghrib di Masjid yang terletak tidak jauh dari Pekan Air Hitam.. Kami sampai di hotel, tepat jam 8.30 malam..
goodies untuk para tetamu...
Gambar2 sekitar majlis tak banyak sebab aku tak kelek NIkon... saaaaaaaaaaaaaangatla menyesalnyer!!! sebab aku tak sangka plak ada artis artis undangan.. ingatkan makan makan gitu gitu jerk... hehehe...
Artis undangan pada malam ini ialah Shahri (AF2) dan Ziela dari AF4... Juga Along dari kumpulan Cham Raja Lawak dan Angah juga dari Raja Lawak (1st season)... gambar diambil dari skrin besar... meja jauh dari pentas, so malas nak bangun... gaya si along ni sebijik macam mawi ler... cuma mawi lagi tinggi, lagi tonggek dan lagi hensem.. hahaha Majlis berakhir jam 12 lebih... satu lucky draw pun tak melekat kat kami... huhuhu... memang tak bertuah la...