Friday, February 6, 2009

Berpijak di Alam Nyata

Yesterday, on our way back home from work, hubby did asked me "why are you so quite?"...

How can I tell him my feeling?, how can I let him know how much I missed UK? How can I let all the memories in UK gone with the wind? How can I smile if all the time my heart is still crying? How can I accept the fact that I'm now is in my own hometown, not in UK anymore?

Sesungguhnya pengalaman merantau di negara orang sudah pasti menjadi satu kenangan yg cukup indah dalam hidup kami sekeluarga. Tidak pernah termimpi di dalam hidup ini akan dapat menjejakkan kaki di bumi England. Tempoh waktu yang berputar seakan tidak terasa... Sejak pertama kali kaki ini menjejak tanah England, tidak pernah wujud walau sekelumit pun perasaan sedih, benci, bosan, menyampah atau apa sahaja perasaan negatif di hati.. kami sentiasa happy dan enjoy every moment kami di sini.. walaupun, seringkali kerinduan pada keluarga bagai tidak dapat ditahan2 (andai kata ada kepak, mahu sahaja kami terbang pulang) namun kehidupan tanpa tekanan di tanah asing inilah yang sering kami rindukan bila telah kembali berada di tanahair sendiri...

Kadangkala terbetik di hati, betapa kalau bisa kuputarkan semula jarum waktu, mahu sahaja kuulangi semula saat saat manis berkampung di bumi Robinhood... Namun, seringkali aku mengingatkan diri sendiri bahawa aku harus bersyukur dengan semua rezeki yang Allah telah limpahkan kepada kami sekeluarga selama ini... Peluang sebegini bukan semua orang dapat merasai dan melaluinya... Bisikan inilah yang sering kuulang2kan buat penawar hati yang masih lara...

Walau sering terbit di bibir, 'kalaulah itu, kalaulah ini....' namun kami tidak mahu menjadi hamba yang tidak pernah mahu melafazkan syukur sedangkan sudah teramat amat banyak peluang dan ruang yang Allah telah buka untuk kami kecapi di bumi Allah ini...

Alhamdulillah, segala puji-pujian buat Allah, Tuhan pencipta sekalian alam... Bersyukur kami diberi peluang untuk hidup sementara di bumi Allah yang di sebelah sana pula... Syukur juga anak2 berpeluang merasai saat-saat manis bersekolah di negara orang... walaupun terlalu pahit untuk ditinggalkan namun hakikatnya, di sini di tanah air sendiri ini sebaik-baik tempat untuk mereka membesar... Melihatkan senarai kitab-kitab yang perlu dibeli untuk persekolahan agama mereka, menyedarkan kami betapa ceteknya ilmu yang kami ada untuk diperturunkan kepada mereka sekiranya kami masih lagi di negara asing ini... Pasti satu hari nanti kami akan dipersalahkan kerana tidak mampu memberikan didikan secukupnya kepada mereka... Insya Allah anak-anak, ayah bonda berjanji akan memberikan apa yang terbaik kepada kalian... Mudah-mudahan menjadi anak soleh dan solehah... Amin...

2 comments:

  1. Salam Laily,

    Pasal pendidikan ugama jugak lah yang memujuk hati akak.. tak terberi kita ilmu ugama kalau mereka di sana... Walaupun hidup di sana kita suka, tapi bekaln untuk mati itu lebih penting dari segalanya.....

    K.nas

    ReplyDelete
  2. InsyaAllah kak, mudah2an mereka leh adopt dgn cepat sistem persekolahan kat sini...

    ReplyDelete