Thursday, February 12, 2009

Kontena Dari UK - 7 Februari 2009

Alhamdulillah genap sebulan kontena yang memuatkan barang2 kami di Notts akhirnya berlabuh di Taman Mekar Air Hitam Johor pada hari Sabtu 7 Februari 2009 jam 11 pagi...


kontena ditinggalkan di hadapan rumah dan kami diberi masa sehingga hari Isnin untuk menyelesaikan aktiviti memunggah


terusik hati ini bila hubby menyebut "bila tgk hoover nie, teringat laurie avenue..." terasa ada cairan di hujung mata... bukan aku sahaja yang masih rindukan notts, hubby pun begitu juga rupanya.....


Bila dah siap angkat kotak dan longgokkan mengikut kategorinya... alahai! sikitnya barang kami!!.. Kalau byk masa lagi, mesti byk lagi brg dpt kami collect... keseluruhan kotak, hanya ada lebih kurang 170 kotak sahaja...

Kak T (Dr Roziati) yg dulu belajar di Liverpool mengambil peluang untuk memegang kontena tersebut utk mengambil aura UK... Membuatkan hati ini menjadi lebih sedih.. Kalaulah Kak T yang dah setahun sebulan pulang pun masih rindukan UK, apatah lagi kami yang belum pun sebulan di sini...



Kerja-kerja memunggah barang diteruskan lagi selepas makan malam dan berakhir lebih kurang jam 11 malam... Alhamdulillah, adik beradik yang ada pun dah cukup ramai untuk mengangkut semua barang2 kami.. Bayangkan, adik2 hubby semuanya perempuan, adik2 belah mummyiris pun ramai yg perempuan, tapi nasib baik ada adik ipar lelaki (fairus) dan juga adik lelaki bongsu (pun fairus jugak namanya) datang menolong... so, keseluruhannya warga kerja ada 3 sahaja lelaki dan 7 wanita dalam kerja2 gerak khas hari ini... Bukan satu kerja yang mudah kan!!!... Namun Alhamdulillah, bila yang berat sama dipikul yang ringan sama dijinjing, kerja yang berat pun Allah permudahkan...



Hari Isnin (9/2/2009), kontena berlalu pergi... Melihat kontena pergi pun hati dah terusik... Begitu sensitif sungguh perasaan kami di sini...

Banyak sungguh kelebihan menyewa kontena 'door to door' nie... tunggu sahaja di rumah, semua urusan di'settle'kan oleh agent...

1 comment: