Monday, August 24, 2009

SALAM TAKZIAH WAN RUKAIDA

Dalam kesibukan dan kegembiraan kita menyambut Ramadhan, ada hati yang sedang berduka, ada jiwa yang sedang lara...

Salam takziah buat Wan Rukaida yang kehilangan ayahanda tersayang tanggal 21 Ogos 2009 (Jumaat) jam 9.25 malam waktu UK. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepadaNya jugalah kita dikembalikan.. Didoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan semoga Wan tabah menghadapi dugaan Allah ini...

Buat Farah...
semoga tahun ini merupakan tahun terakhir Farah berpuasa di UK, Insya Allah tahun depan boleh temankan mak di Malaysia... dapat akak selami perasaanmu Farah... hati mana yang tidak terusik mengenangkan inilah tahun pertama berpuasa dan beraya tanpa seorang lelaki yang bernama ayah... Mujur juga Allah melimpahkan rezeki buat farah kerana dapat bersama2 ayah dan mak menyambut puasa dan beraya di Notts tahun lalu..

Buat kakcahaya...
setiap kali menjelang Ramadhan, memang hati ini sering disapa kesayuan... memang saban tahun menyimpan azam, pelbagai azam, memperbaiki yang kurang baik, menampal yang berlubang, menghias yang kurang cantik.. namun sifat manusia kadang kala disapa alpa... mujur ramai sahabat2 di sekeliling yang sering ingat mengingatkan... Mudah2an Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita semua...


Sejujurnya, walau hati masih dipaut duka kerana terpaksa meninggalkan bumi England lebih awal dari jangkaan, namun banyak hikmat tersirat di sebalik kepulangan... Kesihatan ayahanda dan bonda yang tidak begitu menentu kebelakangan ini, membuatkan kami bersyukur dapat bersama mereka, melihat mereka di depan mata saban waktu dan ketika... itu yang lebih penting dalam hidup kami.. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kami... Mudah2an ada rezeki di lain kali untuk kami ke sana lagi... Insya Allah...

2 comments:

  1. Al Fatihah ...
    Huwaaa......aku jadi sedih sangat sebab memandang kali ke 4 pose jauh keluarga pastu aritu dapat tgk muka mak buat pertama kalinya selepas 3 tahun...(hari yang dal balik msia)...lagi la sedey kan sbb terkenang keluarga di kg.
    ditambah dengan kebelakangan byk peristiwa menyayat hati dikalangan rakan2 (kematian ahli keluarga). Kematian dikalangan artis membuatkan aku tersentap sikit...takut2 bekal yang aku ada tak cukup utk saham akhirat...

    Tak tau kenapa ramadhan kali rasa insaf sekali...semoga kita sama2 memperbaiki amalan dan akidah dan penampilan.

    ReplyDelete
  2. Al-Fatihah utk mereka yg tlh kembali menemui yg Esa...harap2 kite yg masih diberi peluang bernafas dimuka bumi ni dpt mempertingaktkn keimanan kite pada Nya..

    akak..sy doakan org tua akak diberikn kesihatan yg baik..

    slmt berpuasa utk kak laily sekeluarga..rindu nk mkn ayam masak merah, bubur jagung, air bandung spesel akak..

    ReplyDelete