Thursday, October 8, 2009

Keletah Si Ahmad

Masuk je kereta tengahari tadi, Ahmad terus bertanya "Ibu, ada seposen tak?"...

"Nak buat ape?", pantas aku bertanya..

"Duit adik tak cukup seposen nak cukupkan tiga ringgit, nak pulang kat ayah"

Si Ahmad sejak dah pandai mengira wang nie, mmg agak sukar dikawal perbelanjaannya... Pantang ada duit banyak di tangan, pandai sahaja dia membeli barang2.. kdg2 dibelinya sharpener, kdg2 beli mainan, kadang2 beli buku, kadang2 beli makanan.. Kalau makanan tu ok lagi lah, tapi bila bab bab beli bende2 yang mengarut-ngarut ni, mulalah nak kena marah nie...

Pagi tadi, Ahmad bawak duit RM5 ke sekolah... Sebabnya, dia mintak RM2 tapi ayah dan ibu takde duit kecil nak bagi.. SO, ayah beriya-iya pesan, nanti pulang balik kat ayah tiga ringgit tau!... Dalam hati berbicara, entah apa la criter si ahmad kat skolah dgn duit yg banyak tu, ntah apa la yang dibelinya...

Benar seperti jangkaan, bila ditanya Ahmad menunjukkan barang2 yang telah dibelinya di koperasi pada waktu rehat tadi.. Sebuah buku Mickey Mouse dan mainan dam ular!!... so, kos kedua2 barang tadi telah melebihi rm2.60... dah ahmad sudah tak cukup duit utk serahkan baki rm3 kepada ayahnya... nak tau apa akal si ahmad?

Ahmad ada sebatang pembaris yang ada mainan di dalamnya.. Mainan kat pembaris tu merupakan biji biji bola.. kita perlu menggoyang2kan pembaris utk memasukkan biji biji bola tersebut ke dalam lubang... "Ibu jgn marah yea..", pesan Ahmad.. So, akal si Ahmad siapa yang nak pinjam pembaris dia, dikenakan bayaran seposen.. so, setelah dikumpul2 duitnya, dapatlah dia tambahan lima posen menjadikan wangnya RM2.90 kurang seposen je nak pulangkan kat ayah.. Dalam hati aku macam nak gelak, nak marah pun ada, sedih pun ada.. hai ahmad ahmad... akalnya sentiasa berjalan... takut kena marah, macm2 bende dia boleh terfikir...

aku pun kadang2 tak sampai hati nak marah,sebab tak mau dia buat perkara2 yang tak betul... aku cakap kat Ahmad, esok pulangkan semula duit kawan2... sebenarnya memang aku dah jangka Ahmad pasti akan berbelanja lebih, tapi takde la sampai nak marah.. cuma, bila dah diwarning berkali2 oleh ayah, itu membuatkan dia takut agaknya...

sudahnya belanja sekolah agama, aku bagi dua posen jer.. malas nak bagi byk2, nanti entah apa2 lagi yg dibelinya... sentiasa nak kena pesan, jgn beli toys, beli makanan.. sehari dua ingatlah dia.. bila kita lupa nak pesan, dia pun buat buat lupa laa..

1 comment:

  1. hihihi..klako la ahmad ni..byk akal..terbayang jek muka dia yg sll nmpk innocent tu..

    ReplyDelete