Thursday, February 11, 2010

"tak boleh buat apa-apa"

airmataku gugur juga hari ini... dah tanya 'person-in-charge' yg uruskan hal-hal pengesahan jawatan ini... jawapannya...

"kita tak boleh buat apa-apa, sapalah saya ni.. saya cuma pelaksana sahaja, yang mengikut peraturan... peraturan kata, perlu ada pengecualian peperiksaan, perlu ada markah LNPT (Laporan Penilaian Prestasi Tahunan) tahun semasa, perlu ada induksi and so on..."

"kalau puan tak puas hati, puan boleh buat surat, nanti kita jawab..."

dan aku dah tau dah jawapannya... mesti dia nak salahkan aku tak hantar surat pengecualiaan exam, mesti dia kata macamana nak sahkan jawatan, markah LNPT takde or dia akan kata macamana nak sahkan jawatan, sedangkan aku Cuti Tanpa Gaji and bla bla bla...

dan pusing mana mana pun, yang confirm salah dan bodoh adalah AKU!!!... Mereka sebagai "pelaksana yang mengikut peraturan" itu tidak pernah salah dalam apa jua kerja mereka... Tahniah!! Tahniah!... A big clap for all of you!!!...

dan aku sangat suka jawapan "kita tak boleh nak buat apa-apa..."
.
.
.
.

2 comments:

  1. sabar yer kak laily...diorg ni xkena kat diorg, xkisah laa..cuba klu diorg y kena??

    ReplyDelete
  2. Thanks wan... takper biarkan mereka... mereka tak salah, yg salah akak yg bodoh tak nak amik tau pasal hal ni betul-betul... lebih2 lagi bila dah sibuk2 nak ke UK dulu, langsung akak tak ambil kisah hal nie, just concentrate on preparation ke sana jer, langsung tak amik tau apa lagi yg perlu akak buat b4 fly.. it's ok, i'm ok.. :)

    ReplyDelete