Thursday, January 17, 2013

Khabar dari UTM

Pagi tadi, nampak satu missed call dari nombor yang tidak dikenali.. Di dalam hati terbetik, agaknya customer dobi call, nak tanya barang dah siap lom kot... Memang slalu macam tu.. Tapi, bila call balik nombor tu, satu suara yang amat kurindui bergema di hujung talian..

Mak Daaaaaaaaaaaaah!!!!... Makdah ialah panggilan untuk mak angkat kami yang bernama Hamidah Jaaffar, seorang Setiausaha kepada Dekan di UTM, atau lebih tepat lagi FKA.. Sudah puluhan tahun Mak Dah berkhidmat di FKA, langsung tidak pernah berpindah randah.. Yang bertukar hanyalah Dekan-dekannya sahaja..

Sewaktu bekerja di UTM, Mak Dah lah mak angkat saya.. Yang menjadi pendengar kala duka kala ceria, tempat meluah rasa, tempat mengadu domba, tempat meminta pendapat... Sangat sayang Makdah... Pengganti mak yang jauh di mata..

Perkhabaran yang diterima dari Mak Dah, boss lama saya (Dekan Makdah la nie), nak menerima menantu!... Sangat teruja saya mendengarnya... Dan sgt gembira bila boss lama masih ingat nak jemput saya.. Takut kene marah dengan sayalah tu, kalau tetiba tau buat kerja kawin and yet tak jemput x-PA dia nie.. hehehe... TQ TQ TQ boss!...

Saya masih simpan lagi gambar-gambar keluarga boss saya.. Bila tgk gambar-gambar nie, terasa haish, cepatnya masa berlalu.. Dah nak berumahtangga yer kamu Ihsan... Tahniah yer dik!... Buat my x-boss, u r still my "bestest" boss.... :)




No comments:

Post a Comment