Thursday, January 3, 2013

Daftar Masuk

Bila tgk status di facebook, sana sini orang update kisah anak masuk sekolah.. Seronok pulak membacanya.. Paling seronok bila tgk anak orang tu, masuk sekolah agama, anak orang ni masuk sekolah tahfiz.. Sejuknyalah hati..

Mulalah teringat pengalaman diri sendiri masuk ke asrama... Bukanlah jauh mana pun, kat Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru tu jer.. Hari pertama sangat teruja.. Belum masuk seminggu dah menangis hari hari.. Tiap tiap petang lepas PRAP, beratur di pondok telefon.., telefon mak cakap nak balik.. Nak balik.. sebulan jugaklah menangis hahaha... Masuk bulan kedua, barulah jadi OK sket.. hehe.. Masa mula-mula masuk asrama, kurus melidi.. Urat-urat di tangan pun timbul-timbul.. Takde daging, tulang jer haha... Setahun duduk asrama, badan terus naik bulat montel gebu haha... Padahal hari-hari makan ikan jeket jerk.. hehehe...

Hari ni dapat berita gembira, kakak Liyana Amnani dah berjaya diterima masuk ke asrama TIGS.. Liyana mohon diberi pertimbangan untuk 'hold' sampai hari Isnin.. Nak puaskan tidur di biliknya katanya..hehehe... So, Isnin nanti baru daftar masuk asrama.. Yuran asrama dah siap bayar dah..

Terfikir jugak di dalam hati, macamaner la kakak nanti di asrama, semua benda nak kene buat sendiri.. Kat rumah, satu apa kerja pun tak reti buat, gosok baju, lipat baju, basuh baju pun tak pandai, semua bibik yg buat.. Hurrmmm tak per lah, sesuatu yg baik utk Liyana.. Biar lebih berdikari dan lebih matang..

Yang seronoknya asrama TIGS nie, kakak Liyana berpeluang untuk "sekolah tumpang" Darjah Khasnya di salah sebuah sekolah yang terhampir dengan TIGS.. Tak ingat la pulak apa nama sekolah tu tadi.. So, setiap hari Sabtu dapatlah kakak ke kelas Darjah Khasnya..

Sekadar catatan peribadi ~ 1/1/2013 : pendaftaran di TIGS. Kakak Liyana nampaknya seronok dapat bersekolah di sini. Dan bila ditanya samada dia ingin tinggal di asrama, nampaknya Liyana sudah bersedia. Walaubagaimanapun, jauh di sudut hati, masih mengharapkan agar permohonan masuk ke MRSM Batu Pahat akan diterima.. Ya Allah, Kau perkenanlah mimpi-mimpi kami...



Ahmad pula, sudah naik ke Tahun 5.. Tahun ini Ahmad dilantik menjadi Pengawas Surau, satu jawatan baru yang baru diwujudkan tahun ini. Uniform sekolah pun sudah bertukar. Tiada lagi warna putih melainkan kemeja hijau sahaja.




Si Iris sudah masuk 5 tahun... Kami hantar Iris ke Tadika Cina.. Sebab? Ntah lah... Sajer inginkan kelainan agaknya.. 
Iris hari kedua - tocang dua dah tanggal
Hari kedua - tocang dua
Iris di hari pertama
Muka penat baru balik skul hehe

Iris hari ketiga - siput tocang

Ibu?? Masih busy dengan kerja dan business sendiri... Insya Allah 13.1.13 satu lagi cabang bisnes akan di'launching'.. D'Western Cafe... Menjual masakan barat spt chicken chop, fish & chip, nugget & chip, segala jenis 'ball' dan juga 'ice blended'..

Ayah?? Masih stress tahap kritikal dgn pengajiannya.. Mudah2an Allah permudahkan jalan untuk dia..

Rumah?? Sudah mula pembinaan... Last week pegi buat lawatan tapak.. Pekerja2 sudah rentangkan tali-tali penanda.. Bila bakau sampai nanti, akan mula korek lubang katanya.. Baru first step nak bina rumah pun, dah bertekak2 bergaduh nak ubah kedudukan rumah ke belakang sikit.. Nak tunggu 14 bulan rumah siap, tak tahulah berapa banyak lagi pergaduhan yang akan berlaku.. Bersabarlah wahai supermak.. Dah itu pilihanmu kan?...hehehe..





Oh!ya.. Dah terlanjur cuti pada 1/1/2013, kami pun mengambil kesempatan untuk ke Tabung Haji Batu Pahat untuk buat semula buku akaun anak-anak.. Buku lama telah hilang dari simpanan, entah tersalah letak di mana, tak boleh nak recall dah.. Akibat pindah pindah rumah hari tu la nie... Kami tiba di Tabung Haji jam 12.45 petang.. Pejabat Hasil dah tutup untuk kami beli stem hasi.  So, sementara tunggu Pejabat Hasil dibuka, aktiviti mengambil gambar pun berlangsung hehe...





Kami ke SBP ~ Sek. Men. Sains Batu Pahat berjumpa kawan ibu, Teacher Suziana Muhammad

Monday, December 10, 2012

MRSM Batu Pahat

10/12/12 hari yang agak bz utk Muslaily family... Mus & Ahmad seawal jam 6 pagi sudah bergegas ke Muar untuk badminton tournament ~ Muar Open... Aku plak jam 8.30 pagi ada kursus.. Si kakak plak jam 11.15 pagi ada interview & ujian bertulis di MRSM Batu Pahat... Jam 9.30 pagi, aku mintak izin dari urusetia utk keluar sekejap hantar Amnani ke MRSM Batu Pahat.. Agak laju jugaklah aku memecut dengan jayanya untuk pastikan boleh sampai awal di MRSM dan berkira-kira untuk pulang awal ke UTHM untuk sambung semula kursus...
 Tiba di MRSM jam 10.40 pagi, sudah ramai ibu bapa dan pelajar yang berada di dalam perkarangan sekolah. Rupa-rupanya banyak sesi ujian hari ini dan sesi Amnani adalah pada jam 11.15 pagi. Tidak menunggu lama, kumpulan sesi C13 (jam 11.15 pagi) sudah dipanggil untuk mendaftar dan bersedia di ruang menunggu. Di peringkat ini, ibu bapa sudah tidak lagi dibenarkan bersama anak-anak. Aku meninggalkan Amnani dengan ucapan 'good luck' dan segera bergegas ke surau untuk mengambil wuduk dan membaca Yasin, mudah-mudahan Amnani dipermudahkan menjawab soalan, diterangkan hati menjawab soalan, dan diberi ketenangan sewaktu menjawab soalan. Rasa-rasanya lebih 10 kali juga aku mengulangi bacaan Yasin sehinggalah jam beranjak ke angka 1.


Rupa-rupanya kata Amnani, lebih kurang jam 11.30 pagi, Amnani sudah dipanggil ke bilik temuduga untuk ujian lisan bersama penemuduga. Mana-mana pelajar yang telah menjalani ujian lisan akan disaringkan di Perpustakaan sementara menunggu pelajar lain siap ditemuduga. Kumpulan sesi C13, C14 & C15 kemudiannya dibawa ke Dewan Besar untuk ujian bertulis Matematik, Sains & Perihal Diri tepat jam 1.00 petang.

Aku tiba di UTHM semula jam 1.45 petang, dan segera mengisi perut yg sudah berkeriut sejak jam 12 t/hari tadi. Berita yang diterima daripada En.Mus, Ahmad telah kecundang di set pertama 'single' pagi tadi dan akan beraksi pula untuk 'double' pagi esok.

Memandangkan Amnani akan habis ujian bertulis sekitar jam 2.30 petang, aku mohon bantuan adik bongsuku Lina Farhana untuk menjemput Amnani di MRSM Batu Pahat yang teletak kira-kira 15km sahaja dari Parit Sulong. Dan En. Mus pula akan bergerak dari Muar untuk menjemput Amnani di Parit Sulong selepas tamat perlawanan di Muar.

Alhamdulillah Amnani sudah mula berminat untuk tinggal di asrama especially MRSM Batu Pahat ini.., walaupun pada mulanya langsung tidak mahu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat anak kecil ini. Kalau ditakdirkan Amnani tidak mahu ke asrama, atau tidak terpilih untuk ke asrama pun, aku redha.. Dia sudah berusaha, moga Allah jua yang menentukannya...




Friday, December 7, 2012

Y.E.S. ~ Year End Sale @ dateline hujung tahun

Arrrrgghhhhh... hujung tahun mmg selalu semput perut, tak cukup nafas, dada berombak kencang tak stabil nak kejar semua dateline... Boss nak kejar dateline SKT.. Mummy Iris pulak sedang tidak cukup nafas nak buat klaim boss... Dateline 17/12/2012, borang tuntutan mesti dah sampai ke Pejabat Bendahari Arggggggghhhhh nak jerit dulu boleh tak???? Klaim boss baru (big boss) ada dua bulan lagi belum settle... Bulan Ogos & Oktober... Klaim boss lama, bulan November belum settle.. Itupun nasib baik klaim boss lama utk bulan Ogos, September & Oktober, rakan sepejabat dah tolong buatkan.. Kalau tidak, memang haru biru... Ada 2 klaim boss lama yg kene reject, satu sebab tak lengkap, satu lagi sebab dah melebihi tempoh 3 bulan.. Bagus jugak bisnes macam nie kan, saper klaim lambat tak boleh bayar.. Kalau sorang staf klaimnya seribu lebih, seratus orang staf yg lambat hantar, sudah 100K derang bole jimatkan duit universiti.. Grrrrrrrrr....

Next week berderet-deret kursus yang ditawarkan oleh pihak universiti kepada Mummy Iris memandangkan berdasarkan rekod latihan, MummyIris masih belum mencukupi 7 hari @ 44 jam berkursus.
10 & 11 Disember 2012 : Kursus Budaya Kerja Cemerlang
12 Disember 2012 : Kursus Penerapan Nilai Etika & Entegriti
13 Disember 2012 : Seminar Sehari Bersama Dato' Dr. Fadzilah Kamsah : Warga Kerja Idaman... Saya OK Bos...

Petang ni nak pulun buat klaim Big Boss sampai siap sebab next week dah tak boleh nak fokus buat kerja.. Tak taulah kul berapa nak balik hari nie.. Yang penting, kene siap!.... Chaiyok.. chaiyok.. mummyiris!!!

Tuesday, November 27, 2012

96 hari di Pejabat Naib Canselor

Mulai 6 Ogos - 9 November 2012 saya diarahkan menjalankan tugas sebagai Setiausaha Pejabat di Pejabat Dato' Naib Canselor.. sepanjang 96 hari di sana, banyak sungguh pengalaman berharga yang diperolehi.. sungguh mahal rasanya pengalaman bekerja di sana, yang tidak mampu dibeli di mana-mana..

Menempuh 4 bulan utama, Ogos-September-Oktober-November... Menempuh dua kali raya ~ Aidilfitri & Aidil Adha.. Menempuh majlis utama universiti ~ Majlis Konvokesyen..., semua itu amat indah utk dikenang.. Tamat sahaja tugasan 3 bulan seminggu ini, saya terus ambil cuti panjang selama seminggu... :)
(akan ada satu entri khas utk aktiviti seminggu yg padat itu... tunggu...)

Rasa di hati?? Walaupun rasa lega kerana kini berakhir sudah beban berat & tanggungjawab yg besar di sini, namun agak sedih juga sebenarnya nak tinggalkan tempat nie.  sbb 3 bulan tu sebenarnya satu tempoh yg agak lama juga utk mengumpul memori indah & menjalin ikatan persahabatan dgn rakan2 baru...

Di tempat baru ini sebenarnya, saya di kelilingi rakan2 yang sudah biasa dengan saya, so tiada masalah berkomunikasi dengan mereka.
1. Teman sebilik : Aida sudah dikenali sejak mengenali Sabariah (rakan sepejabat di Pejabat Antarabangsa)
2. Zamri (Pembantu Am Pejabat) : sudah dikenali sejak masuk ke UTHM, di Fakulti Pengurusan Teknologi
3. Asmah & Lin (sama-sama rakan Setiausaha Pejabat)
4. Erma : sudah biasa berurusan semasa Erma bertugas di Pejabat TNCA
5. Z : agak biasa juga berurusan sewaktu Zakiah di Pejabat Pendaftar

Yang tidak boleh dilupa di sini ialah semangat makan yang melampau2 di kalangan para sahabat. Saya naik 2kg di sini... Apa tidaknya, pagi makan, tengahari makan, petang "mentong" lagi... Kadang2 bawak bekal dari rumah..
Bekal istimewa from my kitchen ~ kari daging, ikan sepat masin, sambal belimbing buluh & keropok leko Terengganu... Mabeles!

Bekal istimewa from  my kitchen..
Nasi putih, ayam masak merah & kentang+ikan bilis+lada hitam.. :)

Antara bekal yang pernah dibawa & dibeli :)

saya pernah bawak ayam golek ini ke pejabat sempena "Port Luck Suka-suka"...
sungguh laris.. Lazat sehingga menjilat jari... :)

Rakan-rakan buat surprise party utk saya pada 8 November 2012... Macam2 lauk ada!... 

dari kiri : Lin, Fira, Aida & Asmah...
merekalah rakan2 makan saya sepanjang di sini yer... :)

Hari terakhir di Pejabat Naib Canselor,
saya bawa nasi dagang untuk rakan-rakan di pejabat..

Catatan fesbuk 8 November 2012

Esok hari terakhir sy di Pejbt NC.. Hari ni kwn2 sy yg baik hati buat jamuan utk sy.. Derang masak mcm2.. Perghh menu mmg best! Kenyang smpai ke malam.. Thanks friends for all the effort! I'm touched & speechless.. Mcm nak nangis pun ada.. 

Sy pasti akan merindui tmpat ini.. Rakan2 yg sgt baik & helpful, deringan telefon yg tidak henti2, fax/surat/dok yg menggunung saban hari serta jadual yg padat.. Thanks for all those sweet moments.. Semoga ikatan persahabatan ini tidak akan terputus di sini.

Sy bersyukur kerana terpilih utk merasai beban kerja & pengalaman indah ini.. Ada ketikanya stress, ada kalanya seronok, ada juga waktu-waktunya nak menangis atau nak marah pun ada.. Honestly, sy bukan yg terbaik tpi sy berusaha memberikan apa yg termampu sy buat sepanjang sy berkhidmat di sini..

Mohon maaf sekiranya di sepanjang sy menjalankan tugas di sini, ada tutur kata & tingkah laku yg mengguris rasa.. Sy manusia biasa yg tidak lepas dari melakukan kekhilafan.. Sy tidak sempurna & masih dlm proses pembelajaran.. Semoga kekurangan ini akan dpt diperbaiki lagi di masa2 akan dtg.. Insya Allah..

Ribuan terima kasih di atas kerjasama yg semua pihak berikan di sepanjang sy berkhidmat di sini especially rakan2 PA sy yg sgt memahami. Korang mmg best! Mudah2an k/sama sebegini akan berterusan di masa2 akan dtg..

Semoga setiap saat yg kita peruntukkan utk memudahkan urusan org lain, ganjarannya lebih besar utk dipermudahkan urusan kita pula.. Insya Allah..

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

aik! 3 bulan kat atas, pengalaman makan jer yg ko dapat Puan Laily??? hehehe.... sebenarnya ada byk lagi pengalaman berharga, cuma tak boleh reveal jer kat sini... :)

Monday, November 26, 2012

Universal Studio Singapore ~ 22 November 2012

22 November 2012 merupakan cuti umum di Johor sempena ulang tahun kelahiran DYMM Sultan Johor. Muslaily sekeluarga mengambil kesempatan utk join trip yg diaturkan oleh Persatuan Setiausaha UTHM (SUTERA) dan Kelab Staf UTHM (KSKUiTTHO) ke Universal Studio Singapura.

Seawal jam 6 pagi, kami sekeluarga sudah berkumpul di UTHM. Sementara menanti bas persiaran yang diaturkan oleh pihak travel agensi tiba, kami berborak2 panjang. Macam2 info yang keluar, tidak boleh bawak makanan masuk ke USS lah, di imigresen beg akan dibongkarlah, makanan berat tidak boleh dibawaklah.., dan macam2 lagi.. Pening makcik nak melayannya... Di dalam hati berkata, "amboi! susah beno nak masuk Singapore dan masuk ke USS?... Aku masuk France, masuk Switz, masuk Disneyland Paris, masuk Legoland Windsor, takde pun susah macam nie?..." Akhirnya, aku jawab, "takpelah, kalau derang nak amik makanan aku ni, amiklah.. hari ni aku bawak bekal nasi + ayam masak merah + sayur kentang ikan bilis.. Kalau derang nak, ambiklah.. Ada aku kesah? hehehe"

Akhirnya 2 buah bas yg dinanti tiba jam 7.00 pagi. (menanah tunggu bas.. mula2 kata nak gerak kul 6 pagi, then tukar plak, dapat emel gerak jam 6.30 pagi... last last bas meninggalkan kawasan UTHM sekitar jam 7.30 pagi. Kami tiba di kawasan R & R Gelang Patah sekitar jam 8.20 pagi untuk berhenti bersarapan dan seterusnya meneruskan perjalanan ke Check point Tuas jam 9 pagi. Alhamdulillah, perjalanan pagi ini dipermudahkan, tidak beratur panjang, tiada masalah di imigresen dan tiada makanan yang dirampas.. (huh!)












Sekitar jam 10.30 pagi, kami tiba di Universal Studio Singapore... Anak2 masuk semua ride yg ada kecuali roller coaster.. itupun sebab ibu dia tak bagi... ibu dia yg kecut perut lebih.. hehe... walaupun USS ni sangat lah jauh bestnya daripada Disnesyland Paris, tapi anak2 enjoy semua ride yang derang naik.. Maklumlah, anak2 dah besar besar skrg kan, so dah boleh appreciate sikit tempat2 macam nie.. dan masing2 sgt teruja utk mencuba ride yg ekstrem.. Walaupun pengunjung agak ramai hari itu, tapi kebanyakan ride tak perlu menunggu lama.. Paling lama pun, cuma setengah jam.. rata2 cuma perlu tunggu 5 minit atau 15 minit sahaja..  Ride yg paling best ~ TRANSFORMER ~ SGT BEST OK!!!...  rasa macam nak beratur lagi sekali jer.. pakkal jerla kepala dah berdenyut2 yg teramat2 sangat, ditambah pulak, hari dah petang, dan orang yang beratur pun panjang, so dpt naik sekali jerla..


Wednesday, November 21, 2012

Hari itu milik Liyana Amnani

Syukur Ya Allah... Kau Maha Mendengar mimpi-mimpi kami... 

19 November 2012 : keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, hari yang sama juga peperiksaan sekolah agama berlangsung.  Sejujurnya, walaupun jauh di sudut hati tiada debaran, tiada perasaan, tiada harapan, namun setiap kali anakanda Liyana Amnani menyuarakan rasa takutnya menanti debaran keputusan diumumkan, kata-kata positif tetap dibisikkan di telinga... "u've done your best, what u can do now is praying.., mohon pada Allah mudah2an apa yg kakak jawab tu betul semuanya.. mohon juga mudah2an Allah melembutkan hati penanda2 kertas jawapan kakak agar sejuk hati ketika menanda kertas kakak"

Sepanjang 4 tahun bersekolah di sini, seperti Aufa juga, amat jarang kakak dapat A di dalam matapelajaran Bahasa Melayunya... Kalau bukan pemahaman yg B, penulisan pulak yg B... Apa yang boleh saya bantu, hanyalah menggalakkan Liyana untuk lebih banyak membaca buku-buku cerita versi melayu. Koleksi buku cerita melayu Liyana memang banyak, malah melebihi koleksi buku Englishnya...

Sewaktu peperiksaan percubaan, Liyana hanya mendapat 2A dan 3B sahaja.. Sewaktu hari penyampaian hadiah pun, tiada sebarang anugerah yang diterima. Saya & Mus agak kecewa sebenarnya tapi saya tidak pernah memberikan tekanan kepada Liyana. Kami katakan pada Liyana "its just UPSR, not SPM... berapa berapa pun dapat, ibu & ayah akan terima... Saya hanya meminta Liyana teruskan membuat latihan sebagaimana biasa, tetapi lebih fokus kepada matapelajaran Sains. Ayahnyalah yang banyak bantu Liyana, memberikan penjelasan mengapa begini mengapa begitu.. Thanks Abang for your effort!...

Isnin, 19/11/2012 adalah hari pertama saya melapor diri semula di Pejabat Antarabangsa setelah 3 bulan 1 minggu bertugas di Pejabat Dato' Naib Canselor dan ditambah dengan bercuti-cuti KL selama seminggu.. Sejujurnya, saya tiada hati ingin ke sekolah kerana takut untuk berdepan dengan kenyataan jika Liyana tidak berjaya kali ini. Seawal jam 10 pagi, sudah bersusun call & sms saya terima daripada adik beradik dan rakan-rakan yang bertanyakan keputusan Liyana. 

Sekitar jam 12 lebih, saya melangkah kaki menuju ke sekolah. Mus pula sebaik sahaja Liyana selesai peperiksaan sekolah agamanya jam 12 t/hari, terus membawa Liyana & Ahmad ke sekolah. Sewaktu saya tiba di dewan sekolah, rupa-rupanya guru besar baru selesai berucap dan mula mengumumkan nama 13 orang pelajar yang berjaya mendapat 5A. Lima nama pelajar lelaki telah diumumkan, pelajar ke enam pula ialah pelajar perempuan, nama ketujuh yang dipanggil ialah Liyana Amnani bt. Mustafa Kamal. Secara otomatik, mata terus menjadi panas. Memang saya langsung tak sangka kakak akan dapat 5A, malahan Liyana pun sebenarnya amat terkejut dgn keajaiban dan rahmat yang Allah limpahkan.. 

Turun dari pentas, setelah selesai bersalam dengan semua guru-guru, Liyana terus bersalam dengan saya bersama linangan airmata.. "this is the best moment of my life, mom.. i really can't believe it..", katanya... "So do I...", saya jawab.. "but you deserve it..", sambung saya pula.. 

Syukur syukur Ya Allah... Kau memakbulkan permintaan hamba kerdil itu, anak yang masih suci tanpa dosa... Mudah2an Liyana akan terus dapat mengekalkan prestasinya kerana UPSR is nothing actually.. Cabaran sebenar bermula di sekolah menengah nanti... 

Terima kasih kepada mak, encik, mak abah, adik2 beradik, kawan2 dan saudara mara yg banyak mendoakan untuk Liyana.. Berkat doa kalian semua diiringi dengan usaha Liyana juga, impian kini menjadi realiti... Alhamdulillah....


Tuesday, September 18, 2012

Ofis baru lagi..

lama giler tak update blog..

For info, effectively 6/8/2012, saya dipindahkan sementara ke Pejabat Dato' Naib Canselor utk tempoh 3 bulan, menggantikan PA Dato' NC yang cuti bersalin.. Bermula detik itulah, hidup saya sangat padat dan penat.. banyaknya kerja, dengan tanggungjawab yang besar.. Selalu saya mohon dengan Allah, mudah-mudahan takde apa-apa kesilapan besar yang saya buat lah kat sini.. Saya nak buktikan pada mereka bahawa mereka buat keputusan yang betul pilih saya, dan saya tidak akan mensia-siakan penghargaan dan peluang yang mereka berikan..

Ya Allah, kau permudahkanlah urusanku di sini...