Wednesday, November 21, 2012

Hari itu milik Liyana Amnani

Syukur Ya Allah... Kau Maha Mendengar mimpi-mimpi kami... 

19 November 2012 : keputusan peperiksaan UPSR diumumkan, hari yang sama juga peperiksaan sekolah agama berlangsung.  Sejujurnya, walaupun jauh di sudut hati tiada debaran, tiada perasaan, tiada harapan, namun setiap kali anakanda Liyana Amnani menyuarakan rasa takutnya menanti debaran keputusan diumumkan, kata-kata positif tetap dibisikkan di telinga... "u've done your best, what u can do now is praying.., mohon pada Allah mudah2an apa yg kakak jawab tu betul semuanya.. mohon juga mudah2an Allah melembutkan hati penanda2 kertas jawapan kakak agar sejuk hati ketika menanda kertas kakak"

Sepanjang 4 tahun bersekolah di sini, seperti Aufa juga, amat jarang kakak dapat A di dalam matapelajaran Bahasa Melayunya... Kalau bukan pemahaman yg B, penulisan pulak yg B... Apa yang boleh saya bantu, hanyalah menggalakkan Liyana untuk lebih banyak membaca buku-buku cerita versi melayu. Koleksi buku cerita melayu Liyana memang banyak, malah melebihi koleksi buku Englishnya...

Sewaktu peperiksaan percubaan, Liyana hanya mendapat 2A dan 3B sahaja.. Sewaktu hari penyampaian hadiah pun, tiada sebarang anugerah yang diterima. Saya & Mus agak kecewa sebenarnya tapi saya tidak pernah memberikan tekanan kepada Liyana. Kami katakan pada Liyana "its just UPSR, not SPM... berapa berapa pun dapat, ibu & ayah akan terima... Saya hanya meminta Liyana teruskan membuat latihan sebagaimana biasa, tetapi lebih fokus kepada matapelajaran Sains. Ayahnyalah yang banyak bantu Liyana, memberikan penjelasan mengapa begini mengapa begitu.. Thanks Abang for your effort!...

Isnin, 19/11/2012 adalah hari pertama saya melapor diri semula di Pejabat Antarabangsa setelah 3 bulan 1 minggu bertugas di Pejabat Dato' Naib Canselor dan ditambah dengan bercuti-cuti KL selama seminggu.. Sejujurnya, saya tiada hati ingin ke sekolah kerana takut untuk berdepan dengan kenyataan jika Liyana tidak berjaya kali ini. Seawal jam 10 pagi, sudah bersusun call & sms saya terima daripada adik beradik dan rakan-rakan yang bertanyakan keputusan Liyana. 

Sekitar jam 12 lebih, saya melangkah kaki menuju ke sekolah. Mus pula sebaik sahaja Liyana selesai peperiksaan sekolah agamanya jam 12 t/hari, terus membawa Liyana & Ahmad ke sekolah. Sewaktu saya tiba di dewan sekolah, rupa-rupanya guru besar baru selesai berucap dan mula mengumumkan nama 13 orang pelajar yang berjaya mendapat 5A. Lima nama pelajar lelaki telah diumumkan, pelajar ke enam pula ialah pelajar perempuan, nama ketujuh yang dipanggil ialah Liyana Amnani bt. Mustafa Kamal. Secara otomatik, mata terus menjadi panas. Memang saya langsung tak sangka kakak akan dapat 5A, malahan Liyana pun sebenarnya amat terkejut dgn keajaiban dan rahmat yang Allah limpahkan.. 

Turun dari pentas, setelah selesai bersalam dengan semua guru-guru, Liyana terus bersalam dengan saya bersama linangan airmata.. "this is the best moment of my life, mom.. i really can't believe it..", katanya... "So do I...", saya jawab.. "but you deserve it..", sambung saya pula.. 

Syukur syukur Ya Allah... Kau memakbulkan permintaan hamba kerdil itu, anak yang masih suci tanpa dosa... Mudah2an Liyana akan terus dapat mengekalkan prestasinya kerana UPSR is nothing actually.. Cabaran sebenar bermula di sekolah menengah nanti... 

Terima kasih kepada mak, encik, mak abah, adik2 beradik, kawan2 dan saudara mara yg banyak mendoakan untuk Liyana.. Berkat doa kalian semua diiringi dengan usaha Liyana juga, impian kini menjadi realiti... Alhamdulillah....


6 comments:

  1. Tahniah Liyana..

    dari aunty Nas sekeluarga!

    ReplyDelete
  2. tq aunty.. and tahniah utk Aufa & the whole family tooo...

    ReplyDelete
  3. Congratz Liyana!! Best nyer kak...anak doing well...moga2 Liyana menjadi contoh yang baik untuk Ahmad & Iris. :)

    -Nadira-

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori Dira.. baru leh reply kat sini.. hari tu error jerk..huhu
      tq tq tq... yup mmg kakak liyana dah jadik macam role model utk adik2 especially Ahmad yg akan bertarung dgn upsr tahun depan (2014).. ciri2 nak ikut jejak langkah kakak dah nampak dah kat Ahmad (before this byk main jerk hehe).. Syukur.. :)

      Delete
  4. tahniah..tiada kata dpt mengambarkan kegembiran inikan..alhamdulillah Allah dengar jua

    ReplyDelete
    Replies
    1. sori tie, baru leh reply kat sini... hari tu asyik error jerk..huhu..
      tq tq tq... Alhamdulillah sungguh besar rahmat Allah, sungguh tak diduga.. Syukur.. Tahniah jugak utk kakcik.. feel happy for her too..

      Delete