Wednesday, December 15, 2010

School holiday has began!!!

4 Disember 2010 (Sabtu)

Oleh kerana Ayah akan mula sibuk dengan aktiviti PALAPES bermula 10 - 24 Disember 2010, jadi Ayah memutuskan untuk membawa kami ber'cuti-cuti Malysia' di Port Dickson dan Melaka.

11.00 pagi : menghadiri kenduri kahwin di Felda Air Tawar 3, Kota Tinggi

12.00 t/hari : bertolak ke Seri Menanti, Negeri Sembilan untuk menghadiri Majlis Persandingan pasangan Fazian dan Hisham...

4.00 petang : tiba di Seri Menanti (mujur tak kena basuh periuk...)tak sempat nak bergambar bersama pengantin lelaki, nampak dah naik kereta ntah kemana ntah...suasana kebun getah yang membuatkan aku merindui zaman kecilku di rumah nenek di Kg. Pt. Kemin, Air Hitam, Muar......5.30 petang : Mengunjungi Istana Seri Menanti... sungguh kagum dengan binaan istana ini yang tidak menggunakan walau sebatang paku pun...
6.30 petang : dalam perjalanan ke Port Dickson, mata kami tertumpu ke XXXXXXXXX (maaf terlupa pula namanya... nanti cari jap...) Anak-anak yang memang pantang melihat unsur-unsur air, merayu kepada Ayah untuk membenarkan mereka berendam barang seketika...
8.30 malam : tiba di rumah Pak Itam di Port Dickson... Perjalanan yang agak mencabar kerana Negeri Sembilan bukan satu kawasan yang biasa kami lawati.. Lebih-lebih lagi setelah hampir belasan tahun aku tidak lagi mengunjungi daerah Port Dickson ini... Ternyata kemajuan dan teknologi begitu cepat berkembang... Sudah ada lebuhraya yang menghubungkan terus Seremban dan Port Dickson dengan bayaran hanya RM3.20.Malam itu, kami sempat ke pasar malam untuk mencari bahan masakan untuk esok hari. Aku plan nak masak nasi lemak untuk bekalan kami ke pantai.

5 Disember 2010 (Ahad)
Pagi : aktiviti mandi laut di Pantai Port Dickson
Petang : melawat Muzium Tentera Darat Port DicksonKeluar dari Muzium, ternyata Iris sungguh keletihan. Jarak dari muzium ke rumah Pak Itam, hanyalah lebih kurang 5 minit perjalanan sahaja, namun Iris sudah tertidur dengan nyenyaknya. Sementara menanti Iris bangun, kami dihidangkan dengan jamuan petang oleh Pak Itam sekeluarga..anak-anak Pak Itam sedang membantu Ibu di dapur menyediakan minum petang kami.

Malam : kami ke Jusco Seremban untuk aku menjalani terapi mindaku...

6 Disember 2010 (Isnin)
Pengalaman merantau di negara orang, membuatkan kami terbiasa dengan amalan membawa bekal setiap kali keluar bercuti. Dahulu, sewaktu di UK, amalan membawa bekalan sebenarnya berikutan masalah sukar mendapatkan makanan halal di perjalanan menyebabkan kami sentiasa bersedia dengan bekalan makanan yang telah di'frozen'kan. Dan pagi ini, seawal jam 5.00 pagi kami telah bangun untuk menyediakan sedikit bekalan makan kami untuk di bawa ke Zoo Melaka. Menu ayam masak merah, ikan sambal, ayam masak kicap serta sayur kobis pastinya lebih lazat dari makanan yang ntah apa-apa yang dijual di luar sana... Walaupun di Malaysia, amat mudah untuk mencari kedai makan, tapi dengan bilangan ahli yang seramai ini adalah lebih baik jika dapat masak sendiri. Kos juga dapat dijimatkan. Kualiti juga terjamin!... Mujur kami bermalam di rumah bapa saudara Mus yang mengizinkan kami untuk menggunakan dapurnya sepenuhnya!!! Terima kasih Pak Itam Sali dan Mak Itam Wati!!!!

Tiba di Zoo Melaka seawal jam 9.30 pagi...Dan malam itu sekali lagi kami bermalam di rumah Pak Itam.. Kali ini bukan di Port Dickson! Tapi, terletak di Cheng, Melaka!!!... Pak Itam mempunyai rumah di Cheng Melaka. Pak Itam sekeluarga sanggup turun dari Port Dickson ke Melaka untuk menemani kami malam itu... Mujur hanya sebuah sahaja bilik di rumah ini yang disewakan kepada penyewa... Cukuplah untuk kami tumpang berteduh pada malam itu...
Pemandangan malam di Melaka
7 Disember 2010
Melaka sentiasa menjadi percutian menarik untuk dikenang! Baik dari segi sejarah, mahupun kemajuan yang pesat berkembang...Boleh juga baca 'entry' khas di Cebisan Kenangan Dalam Kehidupan: Melaka : Sejarah dan Kemajuan


Melaka Mega Mall yang terletak di Dataran Pahlawan
Setelah penat meronda-ronda di Melaka Raya, kami bergerak ke Durian Tunggal untuk ke rumah Kak Cahaya...5 keluarga X-Notts berjaya dikumpulkan hari ini :-
1. Keluarga Nazri-Yati
2. Keluarga Mus-Laily
3. Keluarga Zul-Farah
4. Keluarga Ustaz Agus-CT Khir
5. Keluarga Naim-Nadia
6. Shah Wollaton (bakal pengantin)

Sungguh beruntung geng2 Melaka, ramai ahli boleh dikumpulkan... Kami kesunyian di Parit Raja... Keluarga Baha-Awin nuuuuuuuun jauh di Muar... Keluarga Latip-Aisyah nuuuuuun jauh di Batu Pahat... (Teringin juga nak melawat si comel Nufah ni, tapi Uncle Mus bz sket sampai next week!... Insya Allah lepas krismas nanti, Iris datang visit Nufah yer!!)

Seringkali bila tiba hari Jumaat malam Sabtu, Mus berbunyi "Bu, malam ni kita nak serang rumah saper bu?" atau "Bu, kita nak ajak saper lepak rumah kita malam ni bu?"

Tak sabar rasa di hati nak menanti kepulangan geng2 UTHM di UK (keluarga Azizi, keluarga Wati, keluarga Fidah)... Mujur juga ada keluarga Mun yang baru pulang... Dapat jugalah kami menumpang bermanja tidak lama lagi nie!!!...

Penutup kepada percutian kali ini adalah acara makan-makan di Medan Ikan Bakar di.... (Ya ALlah lupa lagi... kenapalah ingatanku begitu cetek akhir akhir ini? nanti jap yer..) tajaan sahabat kami, Ezree... Thanks friend!!!
Tiba di rumah sebaik sahaja embun malam mula membasahi bumi... home sweet home... esok pagi dah start kerja... zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz....

Wednesday, December 8, 2010

Melaka : Sejarah dan Kemajuan

Hujung minggu yang lalu sekali lagi penulis (chewah... kali nie nak tulis ala ala penulis yang menulis di ruangan akhbar atau majalah) membawa anak-anak bercuti. Destinasi percutian kali ini adalah ke negeri jiran iaitu Melaka dan Negeri Sembilan... Mengapa Melaka dan Negeri Sembilan yang menjadi pilihan??

Pertamanya kerana Melaka merupakan sebuah tempat yang penuh dengan sejarah dan nostalgia. Bukan sahaja kepada seluruh dunia malahan kepada penulis sendiri. Satu ketika dulu, bandaraya Melaka (yang dahulunya lebih popular dengan nama Banda Hilir) merupakan tempat yang wajib dikunjungi penulis setiap kali cuti sekolah tiba. Bukan setakat rombongan sekolah sahaja yang diikuti oleh penulis.. Malahan ibu bapa penulis juga gemar membawa penulis dan adik-adik bercuti ke Melaka dan juga mandi laut di Pantai Port Dickson ataupun Tanjung Bidara.

Kini setelah puluhan tahun berlalu, nampaknya tempat-tempat yang penuh dengan nostalgia kepada penulis kian berubah seiring dengan arus perkembangan dan kemajuan Malaysia.Bandar Melaka sebagai contoh, kini dihiasi dengan pelbagai bangunan baru dan moden seperti Dataran Pahlawan dan Menara Taming Sari yang hampir sahaja menenggelamkan tinggalan Kota A'Famosa yang cukup sinonim dengan Melaka.
Kota A'Famosa merupakan kubu yang telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada 25 Julai 1511. Namun kota ini telah dimusnahkan pada tahun 10 Ogos 1807 semasa pemerintahan tentera British... Satu-satunya pintu masuk yang tinggal adalah Porta de Santiago (sepertimana gambar di bawah).
Hati penulis berbisik, walaupun bangga dengan kemajuan yang dikecapi oleh Melaka sehinggakan gelaran Melaka Bandaraya Bersejarah kini sudah berubah menjadi Melaka Maju, namun kesayuan sedikit terpahat mengenangkan sejarah Melaka yang kian terkubur. Tahukah anak-anak serta cucu-cucu penulis kelak tentang sejarah Melaka? Mengertikah mereka perjuangan dan pengorbanan datuk nenek mereka satu ketika dulu?

Dek kerana mengejar kemajuan, sejarah nampaknya kian menjadi sejarah... Bandaraya yang dahulunya sungguh bersejarah nampaknya kini sudah diiktiraf sebagai Maju... Sukar untuk diluahkan perubahan perasaan penulis, sungguh berbeza perasaan penulis sewaktu menyaksikan bandar Melaka (atau Banda Hilir) di tahun 1987 dengan perasaan penulis menyaksikan Bandaraya Melaka di tahun 2010... Kerana itulah, sejarah dan kemajuan tidak akan pernah dapat bersatu...

Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan
Projek terbaru
Inilah dia gambaran sebenar Dataran Pahlawan yang sungguh besar dan moden yang kini menenggelamkan kesan sejarah di Banda Hilir Melaka
Di malam hari Melaka kini disimbahi cahaya indah di sepanjang Sungai Melaka. Menyusuri Sungai Melaka dengan menaiki bot pasti membawa penumpang mengimbau zaman kegemilangan Melaka sebagai pusat tumpuan dunia satu ketika dulu...

Thursday, December 2, 2010

iphone4 vs N8

rasa mcm nak tukar handphone... skrg ni guna Nokia N73... model zaman jepun hehehe.. takdela jepun sangat, dalam tahun 2006-2007 punya model... dibeli di UK pada tahun 2008, mula digunakan sepenuhnya pada tahun 2009... itupun setelah handphone Sony Ericson'ku hilang dirembat orang...

Actually takdelah masalah besar sgt dgn N73 ni cuma dia selalu mati mati... ntah kenapa... tertekan lebih, mati... tertindih-tindih kat dalam handbag mati... pastu yg tak bestnya, hp ni takde memory card... betul2 mengharapkan build-in memory jer... aku ni jenis suka amik gambar sana, gambar sini... so memori cepat penuh, paling tinggi leh simpan gambar cuma 20keping jer!!! tu yg tak best tu... pastu dari segi kualiti gambar actually not so bad la.. sebab lensa Carl Zeiss kan... tapi 3.2megapixel jer... tapi, sangat telah berkhidmat dgn cukup berjasanya kepadaku... Cuma, aku perlukan lebih ruang penyimpanan dan gambar yang lebih berkualiti... Macam yang ditawarkan oleh N8 ni... heheehehe...
aku ada google gak ttg N8 nie.. dan ianya mmg memenuhi citarasa aku sebagai pengguna handphone dan kamera tegar... sila ke link di bawah untuk saksikan sendiri kehebatan N8
http://justkhai.com/blog/maxis10-nokia-n8-camera-photo/

tapi masalahnya, hatiku dah jatuh cinta dgn iPhone4!! so, dalam dilema jugak la sekarang nie... ditambah pula dgn harga iPhone4 yang sangat sangat unaffordable!!!... huhuhu... so, telan airliur jer la gamaknya...

Ini adalah nota ringkas rumusan mengenai hardware iPhone 4. Dah tak ingat kat blog mana aku jumpa...
1) Sangat laju, dan tidak pernah lag walaupun tak pernah off selama seminggu, terima kasih kepada A4 processor dan 512MB ram
2) Build quality sangat bagus dan kena dengan title sebagai ovepriced premium smartphone.
3) Capacitive touch screen sangat responsive dan laju
4) Retina Display, cantik dan berkualiti tinggi. Main game, tengok movie, gambar dan kartun lebih seronok sebab nampak cantik. Baca ebook dan browsing pun best.
5) 5MP camera, bagi saya dah cukup untuk pengguna biasa dan bukannya peminat photography, mereka patut beli N8 atau DSLR
6) Kamera depan boleh FaceTime, berbual dengan rakan-rakan menggunakan video call. Serta boleh rekod video dengan kamera depan.
7) HD video recording, akhirnya iPhone sudah boleh rekod hd video pada 720p kelajuan 30 fps. Even kamera digital sekarang puu boleh tentu boleh rekod hd video.
8) 802.11n Wi-Fi support, coverage WiFi lebih luas
9) Gyroscope 3-axis, bermain game dengan motion sensor

Dan ini pula antara beberapa kelemahan iPhone 4 dari segi hardware;
1) Tiada stereo speaker
2) Tiada FM radio – kalo nak dengar radio kena melalui internet lah
3) Tiada slot micro sd
4) Bateri cepat habis dan tidak boleh tukar bateri
5) Hanya boleh support Micro-Sim, sim card biasa tidak boleh dan agak menyusahkan
6) Tiada dedicated button untuk Camera, nak capture gambar kena buka Camera apps
7) Masalah antenna-gate yang menyebabkan signal telefon menurun bila memegang menggunakan cara tertentu
8) Tiada HDMI slot – masih menggunakan tv out, sangat kuno
9) Walaupun ada Bluetooth + EDR 2.1 – tetapi tidak boleh transfer file menggunakan bluetooth disebabkan restriction iOS

Kelebihan software iPhone:
1. laju gila dan tidak perlu risau lag
2. interface sangat mesra pengguna, kanak-kanak hingga warga emas pun boleh belajar guna dengan senang
3. tukar wallpaper pada lock screen dan home screen dengan mudah
4. multitasking, boleh buka banyak apps sekaligus
5. FaceTime, laju dan gambar agak berkualiti serta suara yang clear
6. App Store, gedung download 200,000 lebih apps – kebanyakan app adalah percuma manakala yang berbayar pula harga murah
7. Pelbagai app untuk kegunaan pelajar, pakar perubatan, engineer, ustaz-ustazah pun boleh guna…pendek kata pilihan app yang ada untuk iPhone sangat banyak dan sesiapa sahaja tak kira profession boleh memanfaatkan
8. Games yang berkualiti tinggi, boleh main multiplayer, bertanding score paling handal di seluruh dunia. Hari-hari boleh download game jika anda mahu.
9. kompas sangat berguna, dan juga boleh install aplikasi mencari arah kiblat
10. banyak apps untuk tingkatkan kualiti dan menambahkan kecanggihan camera iPhone 4

Apa yang kurang dan tak best mengenai software iPhone:
1. tidak boleh tukar theme, tiada fungsi widget dan multiple homescreen, Android ada kelebihan dari segi ini
2. video player menyokong beberapa jenis format video sahaja, xvid, mkv tidak disupport
3. bukan semua app support multitasking, kadang2 app tu terus close selepas tekan butang menu
4. tiada wireless sync
5. tiada fungsi wifi hotspot
6. FaceTime terhad kepada video call antara pengguna iPhone 4 dengan iPod Touch 4G sahaja, lagipun hanya boleh guna jika ada wifi dan tidak boleh guna ketika 3G


Yang ni plak, aku jumpa di www.mobile88.com

Monday June 28, 2010
iPhone 4 vs Nokia N8

Kita sekarang akan membandingkan dua smartphone canggih terbaru dari Apple dan Nokia – iPhone 4 dan Nokia N8. Keduanya merupakan smartphone dengan layar sentuh berukuran 3.5 inci, iPhone dengan dilengkapi dengan layar beresolusi 640 x 960 sedangkan Nokia N8 memiliki layar beresolusi 360 x 640 piksel. Dari segi rekabentuk iPhone 4 memiliki rekabentuk yang lebih persegi dan rata, sedangkan Nokia N8 lebih membulat pada setiap sudutnya. Nokia N8 berjalan dengan platform Symbian terbaru yakni Symbian^3 sementara iPhone menggunakan iOS 4 terbaru.

iPhone 4 memiliki dimensi berukuran 115.2 x 58.6 x 9.3 mm sedikit lebih kecil dibandingkan dengan Nokia N8 yang memiliki ukuran 113.5 x 59.1 x 12.9 mm. Namun iPhone 4 lebih berat sekitar 2 gram dibandingkan dengan Nokia N8.

Untuk sisi hardware iPhone 4 dilengkapi dengan kamera 5 megapiksel, dan Nokia N8 dilengkapi dengan kamera 12 megapiksel. iPhone mempunyai prosessor A4 1GHZ, sementara Nokia N8 hanya dilengkapi dengan prosessor ARM11 680MHZ. Untuk kapasiti penyimpanan iPhone 4 tersedia dalam dua versi yakni 16 atau 32GB, sementara Nokia N8 memiliki memori sebesar 16GB dengan tambahan slot microSD yang mampu mencapai hingga 32GB.

Untuk 'connectivity' dat, iPhone 4 memiliki dukungan jaringan HSDPA hingga 7.2 Mbps, sementara Nokia N8 memiliki dukungan jaringan HSDPA hingga 10.2 Mbps. Keduanya dilengkapi dengan WiFi, dukungan jaringan GPRS dan EDGE. Untuk konektivitas local iPhone 4 memiliki Bluetooth 2.0 dan Nokia N8 memiliki Bluetooth 3.0.

Keduanya merupakan smartphone high end yang dilengkapi dengan fitur – fitur keren, sangat sukar untuk menentukan siapa pemenang dari persaingan ini, namun nampaknya iPhone 4 akan mengungguli Nokia N8 mengingat laris manisnya penjualan iPhone 4 diseluruh dunia ketika pertama kali dilancarkan.


Apple iPhone 4 (USD 199 for 16GB, USD 299 for 32GB)

3.5G HSDPA + Wi-Fi 802.11 b/g/n, Touchscreen candybar, 5.0 megapixel camera, 16 or 32GB Memory
iPhone 4 dilengkapi dengan layar 3.5 inci dengan resolusi 960 x 640 piksel dan lapisan kaca pada bagian depan dan belakang. Terdapat juga gyroscope yang memberikan kesan gerakan ‘six-axis’ yang dapat dikombinasikan dengan accelerometer dan kompas. Dan juga iPhone 4 dilengkapi dengan lapisan stainless steel yang mengelilingi sisi-sisi iPhone 4.

iPhone 4 memiliki kamera depan dan kamera belakang dengan LED flash, dan juga iPhone 4 dilengkapi dengan layar beresolusi tinggi sebesar 960 x 640 piksel, dimana Apple menyebut teknologi layar ini dengan nama ‘Retina Display’. iPhone 4 memiliki banyak perubahan dibandingkan dengan pendahulunya, iPhone 4 lebih rata pada bahagian belakang, lapisan aluminium yang mengelilingi iPhone 4, iPhone 4 lebih kecil dibandingkan dengan iPhone 3 GS, dan juga iPhone 4 dilengkapi dengan baterai 16% lebh besar.

iPhone 4 memiliki prosessor A4 1 GHz yang sama dengan iPad, iPhone 4 dilengkapi dengan kamera 5 megapiskel dengan 5x digital zoom, ‘backside illuminated sensor’, dan dukungan perakaman HD video pada 720p/30fps.

iPhone 4 tersedia dalam warna hitam dan putih, dengan harga sekitar $199 atau untuk versi 16GB dan $299 untuk versi 32GB. iPhone 4 telah dilancarkan pada 24 Jun 2010 di lima Negara (Amerika, Perancis, Jerman, UK, dan Jepung), dan iPhone 4 akan dilancarkan juga di 18 negara lainnya pada tanggal 18 Julai 2010.

Spesifikasi iPhone 4

Nokia N8

3.5G HSDPA + Wi-Fi 802.11 b/g/n, Touchscreen candybar, 12 megapixel camera, Internal Memory 16GB, MicroSD slot expandable to 32GB Memory
Nokia N8 berjalan dengan platform Symbian^3, Nokia N8 mendukung sentuhan seperti flick scrolling dan pinch-zoom, dan juga Nokia N8 menawarkan tampilan multiple home screen yang dapat dikustomasi dengan menambah aplikasi yang terdapat di Ovi Store.

Nokia N8 memiliki layar yang besar yakni 3.5 inci dengan dukungan 16 Juta warna dan dilengkapi dengan tombol home. Nokia N8 memiliki kamera berkekuatan 12 megapiksel dengan Carl Zeiss optic dan Xenon flash, Nokia N8 menawarkan kemampuan untuk merakam dan mengedit video dengan kualiti HD. Untuk urusan 'connectivity' Nokia N8 dilengkapi dengan dukungan jaringan Quad Band GSM, WiFi, EDGE dan 3G HSDPA dan juga Nokia N8 dilengkapi dengan Bluetooth 3.0.

Wednesday, December 1, 2010

Weekend 26-28 November 2010

Hujung minggu yang lalu kami bercuti sambil bekerja di UiTM Shah Alam... 'Bekerja' dalam erti kata meraikan Majlis Konvokesyen adik iparku Nur Safuraa' bt. Shamshuddin yang telah menamatkan pengajian di dalam bidang undang-undang di UiTM Shah Alam...

26 November 2010
3.00 petang : bertolak ke Shah Alam
4.00 petang : singgah ke Bakri, Muar untuk menjengah persiapan Majlis Perkahwinan saudara mr.hubby5.30 petang : meneruskan perjalanan ke Shah Alam
6.30 petang : berhenti rehat dan solat di Dengkil (sudah pasti pekena sate Samuri dulu!!!)
8.00 malam : tiba di Shah Alam
10.00 malam : late dinner di Pak Li Kopitiam Shah Alam
27 November 2010
9.00 pagi : sesi bergambar bersama graduan di studio


11.00 pagi : menziarah adik angkat kami si Tiqah dan Haja di Seksyen 8 Shah Alam. Tiqah ni kami kenali semasa sama-sama menyertai trip Kelana Convoy ke Europe. Tiqah dan Haja belajar di Cardiff... Adik2 ni mmg rapat dgn kami.. sepanjang trip, asyik mengekor kami ke sana ke mari sahaja, dah macam anak2 kami pulak hehehe... balik dari Europe, mereka menziarah kami di Nottingham...
2.30 ptg : bergerak ke rumah Kak Nas dan Abg. Afifi di Seksyen 7 Shah Alam
4.30 ptg : masuk ke UiTM untuk menanti graduan keluar dari dewan
5.30 ptg : sesi bergambar di sekitar dewan di dalam hujan yang sungguh lebat
6.30 ptg : menikmati makan malam yg sungguh awal
8.30 mlm : semua sudah terbaring kepenatan

28 November 2010
11.30 pg : sekali lagi ke rumah kak Nas...1.30 ptg : bergerak ke Serdang, ke rumah Kak CT/Hang Lias

5.30 ptg : bergerak ke Bangi, ke rumah Kak Yuhanis/ABg Raza yang baru 2 hari pulang dari tanah suci Mekah9.40 mlm : bergerak meninggalkan Bangi menuju 'home sweet home'

Potong... potong... potong...

Potong potong potong potong
potong potong potong
potong saja lah...

itu lagu yg kami sering dendangkan sejak seminggu yg lalu untuk menyakat my little prince si Ahmad Qamarul... Ahmad macam biasa hanya tersengih sahaja...

21 November 2010 ~ 8.30malam...
kami membuat sedikit kenduri doa selamat sempena Ahmad mahu berkhatan... Jiran2 selorong serta jiran2 yang berdekatan kami undang untuk memeriahkan majlis... Rakan2 pejabat, rakan2 rapat serta saudara mara yang tinggal berhampiran juga kami jemput... Tidak ketinggalan juga rakan2 notts yang telah kembali ke tanahair juga dimaklumkan... Selain daripada itu, jemaah surau Parit Sikun juga kami jemput...

Sebenarnya, aku tak plan masak banyak2 sangat, ingat nak buat kenduri biasa-biasa sahaja... Aku pun tak tahu rupa-rupanya majlis berkhatan ni rupa2nya majlis yang besar bagi sesetangah orang (orang jawa jer kot... ntah aku pun tak pasti sbb aku tak pernah pegi kenduri berkhatan dan mak pun tak pernah cakap)... tapi bila mak datang rumah, mak marah kenapa aku tak sediakan goodies utk para tetamu... at least, beli cup cake ke, bahulu ke... pastu tetamu yang datang, balik tangan kosong, cuma dapat bubur putih bubur merah jer... tak dapat bawak balik 'berkat' atau 'boncrot'... Kesian la kat sedara mara yang datang dari kg (parit sulong) balik tak bawak apa-apa... wadus wadus... aku mmg tak tahu... sebab aku tgk kawan2 yang lagi dua orang tu (yg sama2 khatankan anak2nya), jgn kata boncrot, kenduri pun takde!!!

Menu aku malam itu adalah masakan kampung... Ayam masak pecel, sambal hati/pedal, ikan keli masak berlada, sayur boncis campur tempe serta sayur nenas campur ikan sepat masin masak lemak cili api. Pencuci mulut pula puding cocktail dan kuih bakar. Air pula teh 'O' panas dan air anggur sejuk...

Satu lagi perkara yang aku tak sangka, rupa-rupanya adat orang berkhatan ni pun dapat 'salam keruk' juga dari tetamu... Ahmad sangat suka hati dapat banyak duit hehee... Aku dpt lihat perbezaan perasaan takut dan sakitnya sedikit terubat dgn melihat duit di tangan.. Yalah... budak2 kan... tentu suka dapat duit...

Aku mula masak sejak awal pagi sebaik sahaja pulang dari pasar beli ayam, ikan dan sayur... Memasak dgn penuh ketenangan dan relaks... Tidak kelam kabut... Dibantu oleh bibik... Sebenarnya aku lebih suka memasak berdua jer dengan bibik, tak serabut kat dapur tu... Kalau ramai-ramai sangat ada kat dapur pun, lagi pening kepala... Byk sgt kepala, byk sgt arahan dan tindakan... Kusut!!...

Syukur Alhamdulillah, semua makanan habis dan tiada pembaziran... Cuma satu yg aku ralat, tak dapat nak bungkuskan utk para tetamu yg datang... Tapi, aku berniat di dalam hati, bila aku dah lapang-lapang sikit, aku nak masak2 sikit, dan hantar ke rumah jiran-jiran... Insya Allah...

22 November 2010
8.30 pagi : kami bergerak ke rumah kawan di Pt. Daun Pt.Raja... Doktor yang mengkhatankan anak2 ni pun sudah sampai... Seramai 4 orang anak telah dikhatankan pada pagi ini...
Anak pertama ~ anak Shafee(6 tahun)senyap sunyi tiada bunyi...
Anak kedua ~ anak Shahrome (7 tahun) menangis dari awal hingga akhir...
Anak ketiga ~ Ahmad Qamarul (8 tahun) menangis semasa dibaringkan kerana takut, tapi bila ditenangkan oleh ayahnya barulah Ahmad diam dan sepanjang 'dikerjakan' oleh doktor Ahmad terbaring dengan tenang tanpa sebarang reaksi...
Anak keempat - anak Shafee (5 tahun) juga senyap sunyi...






(ini jerla gambar2 yg dapat di upload... inilah sebabnya aku dah mula bosan dengan blog.. lambat, lemau, lembab... waduuuuuuuuuus...keje cepat dan senang jadi susah dan lambat...)