Friday, January 9, 2009

Angkat Barang (Jan 9, 2009)

Hari ini hari angkat barang.. Seawal jam 6 pagi kami dah bangun untuk menyaksikan harta karun kami selama 2 tahun lebih berkampung di Notts dipunggah ke dalam kontena. Syukur, 2 malam sebelum ni kami dah berjaga semalaman menyiapkan packing barang, langsung tak tido satu malam.. So, malan tadi kami dapat melelapkan mata dan merehatkan tubuh secukupnya sebelum berjuang lagi untuk kali yang terakhir hari ini.

Seawal jam 8 pagi rupa2nya kontena dah sampai. Tapi, setelah percubaan memasuki Laurie Avenue melalui Russel Road tidak berjaya, pemandu kontena mengambil keputusan nekad untuk pulang sahaja!.. Andy (Pengurus Acadia) berusaha mendapatkan kontena lain dan mangsanya ramai rakan2 yang telah tiba seawal jam 9 pagi di Laurie Avenue beku kesejukan di luar rumah.. Mujur ada mee goreng Nizar, popia segera Kak Zarina serta kuih muih lain yang dibawa oleh rakan2 menjadi pengalas perut kaum adam di luar sana...

Sebaik sahaja kontena kedua sampai jam 11.00 pagi, aktiviti angkat mengangkat pun berjalan dengan rancaknya... Sungguh kami terharu melihat begitu ramai rakan2 yang menghulurkan bantuan. Tak terbalas rasanya budi mereka, mudah2an Allah sentiasa memberkati amalan2 kalian Insya Allah...

Jam 1.00 petang selesai aktiviti punggah memunggah, itupun setelah tergendala selama hampir setengah jam gara-gara sofa sukar dikeluarkan dari tingkap rumah... Sementara kaum adam bertungkus lumus mengeluarkan sofa, suasana dalam rumah riuh rendah dengan pelbagai teori dari kaum hawa.. Ada yang kata, sofa mengembang lah, ada yg kata tingkap mengecil lah.. dan macam2 lagi lah... aku hanya tersenyum mendengar gurauan mereka, sambil tangan tidak henti2 memetik punat kamera dan mengambil video senario hari itu...

Dah ler hari ni hari Jumaat, masing2 sibuk nak berkejar ke Masjid. Sementara 4,5 orang menyelesaikan tugasan terakhir di kontena, kaum hawa di dalam rumah sudah mula menghidangkan makanan tengahari untuk para suami... Syukur Alhamdulillah, takde satu pun kerja dapur yang aku buat, semua kawan2 pandai2 sendiri mencari apa2 barang yang patut di dapur hatta memasak nasi tambahan pun diuruskan oleh rakan2... Bersyukurnya kami memperolehi rakan2 sebegini... Tak terluah dengan kata2 ucapan terima kasih yang sentiasa diucap dibibir...

Menu hari ini sangat special

Nasi putih berserta ayam masak lemak kuning + rebung, sayur campur, sambal telur, pedal + hati masak kicap, sambal belacan, dan juga air bandung + soda...


Malam : Jamuan di rumah mantan Penghulu Pakdin dan Mantan 1st Lady Kak Zalila.. Sejuk mata memandang set Shadow Iris di rumah kak zaa... Menunya juga sudah pasti menyejukkan perut yang sedang bergelora... Nasi, ayam panggang, sayur campur, sambal belacan dan macam2 lagi... Kami pulang lewat ke rumah malam itu, sengaja mengabadikan nostalgia berembun hingga awal pagi di rumah pakdin, satu aktiviti wajib kami hampir saban minggu satu waktu dulu...

No comments:

Post a Comment